Najib ke Kelantan lagi semalam
dan masih cuba
untuk mengelentong rakyat di negeri yang telah dipersendakan oleh Najib selama
ini. Seperti dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu UMNO berjanji dan berjanji
sampaikan tidak ada lagi janji yang tidak dibuatnya. Bagi orang Kelantan elok
mereka (orang Kelantan) meminta Najib membuka mulutnya lebar-lebar untuk rakyat
Kelantan melihat apakah jenis lidah yang ada di dalam mulut Najib, Mahathir dan
kepimpinan UMNO yang besar-besar itu.
Bagaimana rakyat Kelantan hendak
mempercayai UMNO sedangkan UMNOlah yang membohongi rakyat Kelantan
terang-terangan. Janji Kerajaan Persekutuan melalui Petronas untuk mengotakan
perjanjian Vestine pada bulan Mei 1975 tidak langsung ditepati sehinggakan
rakyat Kelantan dinafikan punca kewangan untuk membangunkan negeri itu.
Perjanjian itu sudah dimeterai
hampir 40 tahun dahulu tetapi sehingga hari ini kerajaan Persekutuan masih
melakukan rampasan wang dan harta rakyat Kelantan yang berjumlah lebih dari
RM7billion itu. Dalam perjanjian itu telah termeterai yang rakyat Kelantan
berhak mendapatkan 5% dari minyak yang dijumpai dan dikeluarkan samada
dalam persisiran atau di luar persisiran negeri Kelantan mengikut harga FOB.
Pembayarannya pula dibuat dua kali setahun secara tunai kepada kerajaan
pilihan rakyat Kelantan pada1hb Mac dan 1hb September setiap tahun.
Perlu diingat perjanjian ini dimeterai di antara Petronas yang diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan
Menteri Besar Kelantan semasa itu, Dato' Mohammad Nasir dari PAS. Tunggakan
pembayaran itu bukannya kecil tetapi melebihi RM7billion sekarang ini. Janji
yang satu ini pun tidak ditunaikan sekarang Najib datang dan mundar-mandir ke
Kelantan memberikan janji-janji lagi. Janji-janji BN kepada rakyat Kelantan adalah
janji-janji yang tidak ditepati.
Kalaulah perjanjian itu ditepati
Kelantan merupakan negeri yang paling kaya, malahan lebih kaya dari banyak
negeri di Semenanjung yang lain. Malangnya, rakyat Kelantan mempunyai
pemimpin dari UMNO yang berkait rapat dengan pimpinan UMNO, tetapi mereka
memilih untuk menyebelahi pimpinan Persekutuan untuk menghimpit rakyat
Kelantan.
Selain daripada Tengku Razaleigh
Hamzah, semua pimpinan UMNO Kelantan memihak kepada Persekutuan untuk menekan
rakyat mereka sendiri. Mereka seperti Mustapha Mohamad, Awang Adek tidak
memihak kepada rakyat negerinya sendiri. Ibrahim Ali yang sedang mencuba-cuba
untuk menjadi pemimpin itu sendiri menyebelahi pimpinan Persekutuan untuk
menekan dan menghimpit rakyat Kelantan.
Itu sebabnya selalu saya katakan,
bagi rakyat Kelantan cara untuk mendapatkan hak mereka ialah untuk terus
menolak pihak yang melakukan kezaliman terhadap mereka itu. Menolak UMNO
habis-habisan merupakan perjuangan yang suci untuk melindungi rakyat Kelantan
daripada terus ditipu dan dianiayai oleh pimpinan UMNO Persekutuan.
Jika pemimpin seperti Mustapha
dan Awang Adek itu melakukan konspirasi penekanan terhadap rakyat Kelantan,
adalah tidak wajar mereka ini dijadikan ayam tambatan untuk rakyat Kelantan.
Mereka ini sepatutnya dinyahkan daripada memimpin rakyat Kelantan kerana mereka
ini adalah penghalang kepada rakyat Kelantan untuk menuntut hak mereka.
Walaubagaimanapun tekanan
terhadap rakyat Kelantan oleh pimpinan UMNO itu, hakikatnya kita wajar percaya
yang kebenarannya akan tetap terserlah. Kebenaran itu rasanya akan dapat diperolehi dalam pilihanraya yang akan datang ini. Jika diizinkan Tuhan, PAS
akan menjadi parti di dalam kerajaan, maka mudahlah bagi rakyat Kelantan untuk
mendapatkan hak mereka yang telah dinafikan oleh UMNO selama ini…Insya-Allah.
Mohonlah keredoan Tuhan tanpa
henti-henti dan secara intensif. Tuhan akan tetap bersama mereka yang benar, lebih-lebih lagi bagi mereka yang dizalimi oleh puak pemerintah ini.
Doa orang yang dizalimi adalah
doa yang mudah dimakbulkan
Tuhan.
17 comments:
rakyat bukan senang dikelentong...masa PM datang kelmarin tu kerana terpaksalah rakyat datang beramai2. itupun kena kerah. selebihnya angkut budak sekolah..
nature pun tak percaya kat Najib sebab tu ribut datang!
Rakyat Kelantan bukan bodoh sejak dari dulu lagi. Saya sanjung sikap mereka.Cuba tengok Pasukan "The Red Warriors" sebagai contoh. Kekalkan lah begitu.
Tunai janji petronas dulu baru buat janji baru.
Jangan tergoda dengan tipu daya UMNO. Pembohong no. 1 MALAYSIA..
Assalamualaikum,
Mengenai muhasabah, Umar r.a. mengemukakan:
‘Hisablah diri anda sebelum anda dihisab, dan berhiaslah (bersiaplah) anda untuk hari aradh akbar (yaumul hisab).
Dan bahwasanya hisab itu akan menjadi ringan pada hari kiamat bagi orang yang menghisab dirinya di dunia.
Renungkanlah
Assalamualaikum,
Mari bersama kita renungkan
1)amaran Allah swt :
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia ke dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian kami kembalikan ia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka).
Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh maka bagi mereka pahala yang tiada putus.”
(QS. At Tiin ayat 4-6)
2) nasihat dari Rasulullah saw
Dari Syadad bin Aus r.a., dari Rasulullah saw., bahwa beliau berkata,
"Orang yang pandai adalah yang menghisab dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian.
Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah swt. "
(HR. Imam Turmudzi )
Saudara AA dan para blogger
Jika pihak BN/UMNO benar-benar nak tolong rakyat Kelantan, maka langkah yang pertama ialah kembalikan royalti minyak kepada mereka. It's as simple as ABC!
Salam.
Observer
Ambo ore kel. Gua muse. Pakoh umno dok la. Biar mapuh sesok tp jihad lawe umno mesti!
DAN RAKYAT MSIA PUN KENA KELENTONG JUGA
http://paneh.blogspot.com/2013/03/anwar-ke-ni-ishishish.html
Syukur alhamdulilah kerana saya tidak memangkah UMNO, Dengannya bererti terpalit juga dosa menzalimi rakyat kelantan.
Umno kalau tak menipu todur malam pun tak boleh lena. Tiada rasa bersalah langsung kerana dah sebati dgn darah dagingnya yg amalan menipu itu umno dan umno itu menipu.
Tuan,
Di kampung saya di Kelantan, pada mulanya boleh dikatakan hampir 100% penduduk merupakan ahli dan penyokong UMNO.
Apabila Tengku Razaleigh melawan Mahathir mereka telah berpecah kedua 2 kumpulan.Yang peliknya apabila Tengku Razaleigh rujuk kepada Umno penyokong2nya menyertai PAS.
Sekali lagi apabila DSAI melawan Mahathir penyokong2 UMNO berpecah kepada 2 kumpulan dan apabila Mahathir keluar UMNO 6 tahun yang lepas boleh dikatakan hanya beberapa keluarga yang berkepentingan sahaja yang masih bersama2 UMNO yang lain2nya telah bersama-sama dengan PAS termasuklah saya dan seluruh kaum keluarga saya.
Pada pendapat saya , dalam PRU13 nanti bukan Najib yang kelentong rakyat Kelantan tapi Rakyat Kelantan yang akan Kelentong Najib dan kuncu2 nya.
Sekian, terima kasih.
Salam,
Najib sudah "mental disorder" sekarang. Lihatlah pemuda UMNO totok liar macam baru keluar dari Tanjung Rambutan.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Ya, benar. Budaya menipu dan UMNO ibarat irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan. Tapi, yang malangnya, Najib ni nak tunjuk hero juga ... Kononnya PAS telah melakukan tujuh (7) dosa besar. Entah dia faham ke tak tu apa dia cakap, ha? Antaranya ialah apa, tau, PAS "bertahalul" siasi dengan DAP yang dikatakan "kafir harbi" ... Sedangkan, kalimah yang sebenarnya bagi makna "kerjasama politik" ialah "tahalul siasi" ... (Kalau saya ada tersalah ejaan, harap saudara dan rakan-rakan perbetulkan). Oleh itu, jangan tunggu lama-lama, kelak Malaysia binasa. Jangan tunggu lama-lama, robohkan takhta mereka ...
Terima kasih dan salam jihad.
Salam. Article yang baik. Tapi mungkin saya boleh tegur skit pasal Awang Adek dan Ibrahim Ali. Saya rasa kedua-dua tu tak layak dipanggil pemimpin kerana pendirian mereka bukan sebagai wakil rakyat Kelantan..tetapi lebih kepada tembolok masing-masing. Mereka akan mengiakan apa saja (walau pun salah) asalkan kedudukan politik mereka lebih selesa. Pendirian mereka juga boleh berubah bila2 masa sahaja sehingga salah seorang dari mereka telah dikenali sebagai putera katak.
Saya tinggal di Kota Bharu. Pada saya Awang Adek dan Mustapha Mohamed dah hilang kelayakan menjadi rakyat Kelantan.Mereka BUKAN rakyat Kelantan. Sedangkan Tengku Razaleigh kata memang minyak di JDA(Joint Development Area) hak negeri Kelantan mengikut perjanjian dengan Petronas bongok dua ekor ni pulak kata tidak. Dia orang dua org ni belajar mana pasal minyak ni?? Negeri Kelantan tak sepatutnya menerima mereka sebagai rakyat negeri penuh barakah ini.
Post a Comment