16 March 2013

Rakyat Kelantan kena kelentong lagi

Najib ke Kelantan lagi semalam dan masih cuba untuk mengelentong rakyat di negeri yang telah dipersendakan oleh Najib selama ini. Seperti dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu UMNO berjanji dan berjanji sampaikan tidak ada lagi janji yang tidak dibuatnya. Bagi orang Kelantan elok mereka (orang Kelantan) meminta Najib membuka mulutnya lebar-lebar untuk rakyat Kelantan melihat apakah jenis lidah yang ada di dalam mulut Najib, Mahathir dan kepimpinan UMNO yang besar-besar itu.

Bagaimana rakyat Kelantan hendak mempercayai UMNO sedangkan UMNOlah yang membohongi rakyat Kelantan terang-terangan. Janji Kerajaan Persekutuan melalui Petronas untuk mengotakan perjanjian Vestine pada bulan Mei 1975 tidak langsung ditepati sehinggakan rakyat Kelantan dinafikan punca kewangan untuk membangunkan negeri itu.

Perjanjian itu sudah dimeterai hampir 40 tahun dahulu tetapi sehingga hari ini kerajaan Persekutuan masih melakukan rampasan wang dan harta rakyat Kelantan yang berjumlah lebih dari RM7billion itu. Dalam perjanjian itu telah termeterai yang rakyat Kelantan berhak mendapatkan 5% dari minyak yang dijumpai dan dikeluarkan samada dalam persisiran atau di luar persisiran negeri Kelantan mengikut harga FOB. Pembayarannya pula dibuat dua kali setahun secara tunai kepada kerajaan pilihan rakyat Kelantan pada1hb Mac dan 1hb September setiap tahun.

Perlu diingat perjanjian ini dimeterai di antara Petronas yang diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Besar Kelantan semasa itu, Dato' Mohammad Nasir dari PAS. Tunggakan pembayaran itu bukannya kecil tetapi melebihi RM7billion sekarang ini. Janji yang satu ini pun tidak ditunaikan sekarang Najib datang dan mundar-mandir ke Kelantan memberikan janji-janji lagi. Janji-janji BN kepada rakyat Kelantan adalah janji-janji yang tidak ditepati.

Kalaulah perjanjian itu ditepati Kelantan merupakan negeri yang paling kaya, malahan lebih kaya dari banyak negeri di Semenanjung yang lain. Malangnya, rakyat Kelantan mempunyai pemimpin dari UMNO yang berkait rapat dengan pimpinan UMNO, tetapi mereka memilih untuk menyebelahi pimpinan Persekutuan untuk menghimpit rakyat Kelantan.

Selain daripada Tengku Razaleigh Hamzah, semua pimpinan UMNO Kelantan memihak kepada Persekutuan untuk menekan rakyat mereka sendiri. Mereka seperti Mustapha Mohamad, Awang Adek tidak memihak kepada rakyat negerinya sendiri. Ibrahim Ali yang sedang mencuba-cuba untuk menjadi pemimpin itu sendiri menyebelahi pimpinan Persekutuan untuk menekan dan menghimpit rakyat Kelantan.

Itu sebabnya selalu saya katakan, bagi rakyat Kelantan cara untuk mendapatkan hak mereka ialah untuk terus menolak pihak yang melakukan kezaliman terhadap mereka itu. Menolak UMNO habis-habisan merupakan perjuangan yang suci untuk melindungi rakyat Kelantan daripada terus ditipu dan dianiayai oleh pimpinan UMNO Persekutuan.

Jika pemimpin seperti Mustapha dan Awang Adek itu melakukan konspirasi penekanan terhadap rakyat Kelantan, adalah tidak wajar mereka ini dijadikan ayam tambatan untuk rakyat Kelantan. Mereka ini sepatutnya dinyahkan daripada memimpin rakyat Kelantan kerana mereka ini adalah penghalang kepada rakyat Kelantan untuk menuntut hak mereka.

Walaubagaimanapun tekanan terhadap rakyat Kelantan oleh pimpinan UMNO itu, hakikatnya kita wajar percaya yang kebenarannya akan tetap terserlah. Kebenaran itu rasanya akan dapat diperolehi dalam pilihanraya yang akan datang ini. Jika diizinkan Tuhan, PAS akan menjadi parti di dalam kerajaan, maka mudahlah bagi rakyat Kelantan untuk mendapatkan hak mereka yang telah dinafikan oleh UMNO selama ini…Insya-Allah.

Mohonlah keredoan Tuhan tanpa henti-henti dan secara intensif. Tuhan akan tetap bersama mereka yang benar, lebih-lebih lagi bagi mereka yang dizalimi oleh puak pemerintah ini.

Doa orang yang dizalimi adalah doa yang mudah dimakbulkan Tuhan.

17 comments:

  1. rakyat bukan senang dikelentong...masa PM datang kelmarin tu kerana terpaksalah rakyat datang beramai2. itupun kena kerah. selebihnya angkut budak sekolah..

    ReplyDelete
  2. nature pun tak percaya kat Najib sebab tu ribut datang!

    ReplyDelete
  3. Rakyat Kelantan bukan bodoh sejak dari dulu lagi. Saya sanjung sikap mereka.Cuba tengok Pasukan "The Red Warriors" sebagai contoh. Kekalkan lah begitu.

    ReplyDelete
  4. Tunai janji petronas dulu baru buat janji baru.

    ReplyDelete
  5. Jangan tergoda dengan tipu daya UMNO. Pembohong no. 1 MALAYSIA..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    Mengenai muhasabah, Umar r.a. mengemukakan:
    ‘Hisablah diri anda sebelum anda dihisab, dan berhiaslah (bersiaplah) anda untuk hari aradh akbar (yaumul hisab).
    Dan bahwasanya hisab itu akan menjadi ringan pada hari kiamat bagi orang yang menghisab dirinya di dunia.

    Renungkanlah

    ReplyDelete

  7. Assalamualaikum,
    Mari bersama kita renungkan
    1)amaran Allah swt :
    “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia ke dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian kami kembalikan ia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka).
    Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh maka bagi mereka pahala yang tiada putus.”

    (QS. At Tiin ayat 4-6)

    2) nasihat dari Rasulullah saw

    Dari Syadad bin Aus r.a., dari Rasulullah saw., bahwa beliau berkata,
    "Orang yang pandai adalah yang menghisab dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian.

    Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah swt. "

    (HR. Imam Turmudzi )

    ReplyDelete
  8. Saudara AA dan para blogger

    Jika pihak BN/UMNO benar-benar nak tolong rakyat Kelantan, maka langkah yang pertama ialah kembalikan royalti minyak kepada mereka. It's as simple as ABC!

    Salam.
    Observer

    ReplyDelete
  9. Ambo ore kel. Gua muse. Pakoh umno dok la. Biar mapuh sesok tp jihad lawe umno mesti!

    ReplyDelete
  10. DAN RAKYAT MSIA PUN KENA KELENTONG JUGA

    http://paneh.blogspot.com/2013/03/anwar-ke-ni-ishishish.html

    ReplyDelete
  11. Syukur alhamdulilah kerana saya tidak memangkah UMNO, Dengannya bererti terpalit juga dosa menzalimi rakyat kelantan.

    ReplyDelete
  12. Umno kalau tak menipu todur malam pun tak boleh lena. Tiada rasa bersalah langsung kerana dah sebati dgn darah dagingnya yg amalan menipu itu umno dan umno itu menipu.

    ReplyDelete
  13. Tuan,

    Di kampung saya di Kelantan, pada mulanya boleh dikatakan hampir 100% penduduk merupakan ahli dan penyokong UMNO.

    Apabila Tengku Razaleigh melawan Mahathir mereka telah berpecah kedua 2 kumpulan.Yang peliknya apabila Tengku Razaleigh rujuk kepada Umno penyokong2nya menyertai PAS.

    Sekali lagi apabila DSAI melawan Mahathir penyokong2 UMNO berpecah kepada 2 kumpulan dan apabila Mahathir keluar UMNO 6 tahun yang lepas boleh dikatakan hanya beberapa keluarga yang berkepentingan sahaja yang masih bersama2 UMNO yang lain2nya telah bersama-sama dengan PAS termasuklah saya dan seluruh kaum keluarga saya.

    Pada pendapat saya , dalam PRU13 nanti bukan Najib yang kelentong rakyat Kelantan tapi Rakyat Kelantan yang akan Kelentong Najib dan kuncu2 nya.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  14. Salam,

    Najib sudah "mental disorder" sekarang. Lihatlah pemuda UMNO totok liar macam baru keluar dari Tanjung Rambutan.

    ReplyDelete
  15. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

    Ya, benar. Budaya menipu dan UMNO ibarat irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan. Tapi, yang malangnya, Najib ni nak tunjuk hero juga ... Kononnya PAS telah melakukan tujuh (7) dosa besar. Entah dia faham ke tak tu apa dia cakap, ha? Antaranya ialah apa, tau, PAS "bertahalul" siasi dengan DAP yang dikatakan "kafir harbi" ... Sedangkan, kalimah yang sebenarnya bagi makna "kerjasama politik" ialah "tahalul siasi" ... (Kalau saya ada tersalah ejaan, harap saudara dan rakan-rakan perbetulkan). Oleh itu, jangan tunggu lama-lama, kelak Malaysia binasa. Jangan tunggu lama-lama, robohkan takhta mereka ...

    Terima kasih dan salam jihad.

    ReplyDelete
  16. Salam. Article yang baik. Tapi mungkin saya boleh tegur skit pasal Awang Adek dan Ibrahim Ali. Saya rasa kedua-dua tu tak layak dipanggil pemimpin kerana pendirian mereka bukan sebagai wakil rakyat Kelantan..tetapi lebih kepada tembolok masing-masing. Mereka akan mengiakan apa saja (walau pun salah) asalkan kedudukan politik mereka lebih selesa. Pendirian mereka juga boleh berubah bila2 masa sahaja sehingga salah seorang dari mereka telah dikenali sebagai putera katak.

    ReplyDelete
  17. Saya tinggal di Kota Bharu. Pada saya Awang Adek dan Mustapha Mohamed dah hilang kelayakan menjadi rakyat Kelantan.Mereka BUKAN rakyat Kelantan. Sedangkan Tengku Razaleigh kata memang minyak di JDA(Joint Development Area) hak negeri Kelantan mengikut perjanjian dengan Petronas bongok dua ekor ni pulak kata tidak. Dia orang dua org ni belajar mana pasal minyak ni?? Negeri Kelantan tak sepatutnya menerima mereka sebagai rakyat negeri penuh barakah ini.

    ReplyDelete