Apa yang membuatkan Mahathir
terlalu berdendam terhadap Lim Kit Siang hanya beliau sahaja yang tahu. Rakyat
hanya boleh mengagak apa yang didendamkan oleh Mahathir. Tetapi kita ketepikan
isu sebab dendam Mahathir terhadap bekas Ketua Pembangkang itu itu tidak pernah
padam malahan lebih menyala dari masa-masa lampau.
Wakil calon Ibrahim Ali |
Bertekad untuk pembaharuan. |
Jika UMNO terlalu kuat beliau
mahukan kekuatan UMNO itu diturunkan dengan memberikan komen yang menjatuhkan
kekuatan UMNO. Apabila UMNO sekarang sudah agak hampir jatuh dengan sebenarnya
beliau turun padang
untuk menaikkan sedikit kekuatan UMNO itu. Ini semua permainan politik Mahathir
yang tidak mahu berhenti dari politik negara.
Yang terakhir pula Mahathir
mahukan Ibrahim Ali diambil oleh Najib untuk menjadi calon UMNO di Pasir Mas.
Beliau sentiasa masuk campur dalam urusan negara yang sedang diurus oleh Najib.
Semasa beliau menjadi Perdana Menteri, tidak siapa pun boleh mempengaruhi
kehendak beliau dan beliau mentadbir negara mengikut kemahuan nafsu beliau
sendiri.
Saya selalu berkata rakyat mesti
bersatu kali ini di luar BN kerana jika rakyat bersatu dalam UMNO dan BN, mereka
akan ditunggangi oleh kehendak Mahathir dan kroni serta keluarga beliau
sendiri. Mahathir tidak henti-henti bermain politik walaupun beliau telah bersara.
Keadaan politik yang kucar-kacir sekarang berpunca lama dahulu, iaitu semasa
zaman beliau menjadi peneraju negara ini. Hasilnya kita boleh lihat sekarang.
"I love you, Tun...gua caya lu" |
Yang rakyat bergerak untuk
melakukan perubahan ini adalah kerana gara-gara beliau. Apabila beliau bersara
Mahathir telah mewarisi negara kepada pemimpin yang tidak pernah dididik oleh
beliau dengan nilai murni, sebaliknya mewariskan kepada pimpinan yang tidak
mampu menjaga kehormatan negara dalam erti sebuah negara berdaulat sebenarnya.
Rasuah besar yang bermula di
zaman beliau telah melarat dan menjadi barah dalam kerajaan hari ini. Barah ini
tidak dapat dikawal lagi.
Tidak apalah begitu, tetapi
biarkanlah rakyat membetulkannya. Tetapi Mahathir kembali berpolitik dan UMNO
tidak mampu untuk membuat keputusan dengan betul kerana campur tangan beliau
dalam politik tanah air.
Dr Mahathirlah yang sepatutnya
bersara dan beliau sepatutnya tidak lagi bermain politik. Jangan hendak mengata
LKS sedangkan beliau lebih gila bermain politik dan UMNO kini tidak boleh lagi
membuat keputusan sendirian tanpa campur tangan Mahathir.
UMNO yang lemah sekarang inilah
yang dikehendaki oleh Mahathir kerana kelemahan UMNO hari ini membolehkan
beliau menjadi penting dan terus-terusan berpolitik.
Asalkan boleh bermain politik
menjadi tukang kempen Ibrahim Ali pun jadilah. Yang penting beliau terus
berpolitik. Belum lagi beliau berniat untuk bersara.
pembelot jadi anjing pecacai pada sang katak pun jadilah ,pengkhianat terlicik mamak dari kerala yang meluat kaum melayu terlampau sangup jadi hamba katak ! ABU !
ReplyDeleteInilah spesis yg musnahkan tamadun.
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteAkhirnya mahathir hanya mengharapkan PERKASA menjadi benteng dan pelindung mahathir dan keluarganya sekiranya BN kecundang. .begitu licik perancangannya menyokong dan memuji PERKASA sebab mahathir sedar umno akan membiarkan nasibnya dihitung oleh anwar.
As Salam Tuan AA.
ReplyDeleteKalau pun Lim Kit Siang kalah di Gelang Patah, itu tidak akan menjadi igauan dan mimpi ngeri kepadanya kerana sebagai seorang politiking yang sentiasa dicemuh dan dianiayai serta ditindas oleh sebuah parti korupsi UMNO, beliau akan sentiasa berpuas hati dengan epsiod akhir politiknya. Tambahan pula anak lelaki beliau (Lim Guan Eng) telah tercapai hasrat untuk menjadi pemimpin tertinggi di sebuah negeri di semenanjung.
Makna kalah dan gagal telah menjadi asam garam dalam hidup beliau. Bezanya dengan Mahathir Kutty ialah, bermulanya dengan kontroversi dan helah jahat politik, mendapat kejayaan dan kekayaan sehingga di hujung usia kerana berjaya memperbodohkan bangsa Melayu yang dah lama terkenal dengan bodohnya dan kerana terlalu berhelah dan melakukan terlalu banyak kezaliman kepada manusia lain maka di akhir hayatnya Allah SNT telah menelanjangkan beliau dengan segala kejahatan dan kezaliman yang pernah danb telah beliau lakukan terhadap rakyat dan saingan politik beliau.
Pembalasan tidak perlu ditanya, kerana Allah SNT akan membalas segala kebaikan dan keburukan manusia walaupun masih di dunia lagi, kalau tidak kepadanya pun mungkin kepada anak-anak beliau yang kini terlalu bergelumang dalam kemewahan harta dunia.
Saudara Aspan,
ReplyDeleteJika mahu di bandingkan AI dengan IA saya percaya TDM akan dapati IA lah yang paling banyak menjatuhkan maruah orang melayu dengan akhlaq buruknya. Tapi TDM boleh kata bahawa orang macam IA baik bagi orang melayu. Saya tak faham kayu ukur apa yang digunakan TDM.Sungguh aneh dari seorang yang mahu digelar 'intelek' melayu.
mahathir sepatutnya cabarlah LKS barulah nampak jantan bukan cakap dalam tv atau dalam bilik saja.LKS menang kalah biasa tapi kemungkinan mahathir padam bila umno tumbang mungkin berlaku seperti yang berlaku pada abang ZEK diklang dulu bila tengok umno tumbang dinegerinya...Nampak sangat mahathir mengelabah seperti gila talak.....tentu ada benda yang yang buat mahathir mengelabah....
ReplyDeleteApa masalah dengan Dr M ini? Kan dah berusia 88 tahun masih nak campur tangan secara aktif dalam politik.
ReplyDeleteSemasa bersara pun sudah berusia 78 tahun.
LIm Kit Siang baru 72 tahun mana nak banding dengan anda, Dr M.
Dr M memang terlalu banyak buat salah laku takut BN kalah dalam pilihraya.
CSLee
sorrylah... mahathir tu sebenarnya jenis penakut, bacul... kan dia kata kalau tak bagi IC pada pendatang di Sabah dulu diorang akan memberontak .. punya pengecut sampai terpaksa bagi IC kepada 'bakal pemberontak' maka akhir-akhir ni dia dah jadi separuh gila seperti mana anak dia yang di 'pegang' oleh gangster hong kong masa kalah judi dan tak bayar hutang dulu sampai menghiris dan mengelar badan sendiri maka kerana itu DSAI (ketika itu TPM dan Menteri Kewangan) dipaksa untuk meluluskan dana diambil dari KWSP/Tabung Haji untuk menjelaskan tanggungan hutang/judi anak mahathir kutty al mamaki haramjadahi, dan bila DSAI enggan mengikut telunjuk dia (sebab wang KWSP & Tabung Haji adalah wang rakyat) maka DSAI difitnah dan dipecat .. (bertepatan dengan apa yang disebut oleh TS Musa Hitam dan saya quote disini " kalau saya lawan mahathir masa tu pasti saya akan difitnah melakukan sex dengan binatang " ) well, it's should be clear by now who was this son of a bitch actually is..
ReplyDeleteayah chu
Bila Tun M and Daim mula berkempen, kita semua tahu BN dan kuncu2 dalam keadaan tenat...
ReplyDeleteWhen you are long in government power, this is called dictatorship. When you are long in opposition power, this is called struggle (perjuangan).
ReplyDeleteSelama 22 tahun memerintah negara ini Mahathir telah berjaya menerapkan suatu ideologi di mana rakyat mesti berterima kasih kepada kerajaan yang membawa pembangunan. Sesiapa yang membangkang di anggap musuh negara dan tidak tahu berterima kasih.
ReplyDeleteSedangkan hakikatnya segala perbelanjaan yang digunakan bagi membangunkan negara ini bukanlah dari tabung Iskandar Kutty. Najib pun turut sama menyanyikan lagu tersebut sedangkan semua projek kerajaan menggunakan wang pembayar cukai, satu se3n pun tidak diambil dari Yayasan Noh atau tabung Tun Razak.
Mereka inilah pemimpin penipu terulung di dunia, cuba memutarbelitkan kebenaran tanpa sedikit rasa malu. Di sebalik melaksanakan program pembangunan mereka merembat secukupnya bagi menambah kekayaan anak-pinak dan kroni.
Akibatnya, projek yang sepatutnya berharga 1 bilion menjadi berkali ganda tinggi yang secara langsung membebankan anak cucu kita membayarnya berpulh tahun akan datang selepas penyamun-penyamun ini mereput di dalam kubur. MASIH MENGHARAPKAN RAKYAT BERTERIMA KASIH ???? Hanya saki baki si tolol dalam UMNO saja yang masih buta hati yang masih sanggup diperbodoh-bodohkan pemimpin UMNO. Ibarat lembu di cucuk hidung, di seret ke sana ke mari oleh perasuah penipu......
Rata2 semua orang Melayu baik dikalangan ahli2 UMNO maupun diluar UMNO kenal siapa individu2 yg bernama Mahathir & Brahim Ali.
ReplyDeleteSememangnya mahkluk jenis amphibian akan memilih dimana ada kelopak air disana mereka hidup.
bagi mahadey...pru 13 ne..adalah untuk survival politik mukhriz mahadey..mungkin telah terdapat perjanjian antara mahadey dan najib untuk mukhriz..jika mahadey berkempan untuk umno..
ReplyDeleteAdakah rakyat malaysia yg lain tidak layak meneraju negara selain anak anak bekas pm..mukhriz mesti di kalahkan di kedah supaya mahadey mati kempunan..
Bang,
ReplyDeleteDia ni TUKANG kempen atau BURUNG TUKANG yang kerjanya saban hari MENEBOK batang pokok sendiri sehingga patah dan mati batang pokok, cabang dan rantingnya?
Dia ni buat kerja hancurkan pokok (Parti umno BARU) milik dia atas nasihat dan arahan siapa???
'Saya terSILAP lantik DSAI'!
ReplyDelete'Saya terBELA dan terLANTIK Paklah yang lemah untuk ganti saya'!!
Najib??
'Saya TERketar2 ni sebab Najib ada Rosmah yang berdiri di depan dia'!!