Kadang-kadang terfikir dan
teringat juga tentang sejarah lama UMNO terutamanya sejarah sebelum negara
mencapai kemerdekaan dahulu. Dalam keadaan UMNO tidak tersusun lagi ini, ada
yang teringat kepada kisah bagaimana Presiden UMNO yang pertama Dato Onn Jaafar
meninggalkan parti yang beliau tubuhkan itu.
Beliau meninggalkan UMNO kerana ‘idea’ beliau untuk menjadikan
UMNO sebagai parti ‘multiracial’ ditolak oleh perwakilan UMNO di Perhimpunan Agongnya
pada tahun 1952 dahulu. Mungkin Dato Onn telah menjangkakan dari awal yang perpaduan di antara kaum itu adalah perjuangan utama, mendahului perjuangan yang lain-lain.
Waktu dan zaman telah berubah. Keperluan
dan kehendak manusia itu berubah. Pemikiran Dato Onn itu sekarang sudah mula
timbul kembali kerana keadaan politik perkauman yang terlalu menebal. Kita
mesti mengakui yang selagi kita bermain dengan politik ‘communal’ yang sempit,
selagi itulah matlamat kita yang ‘ultimate’ iaitu mencapai perpaduan kaum itu
akan sentiasa gagal sampai bila-bila.
UMNO begitu kuat laungannya dan
mengaku sebagai sebuah parti kebangsaan tetapi semangat kebangsaan itu pun
sudah tiada lagi dalam parti itu. Laungan semangat kebangsaan itu hanyalah
satu retorik kosong kerana tidak ada lagi sesiapa yang bersemangat kebangsaan
di dalam parti itu, kecuali beberapa kerat sahaja di kalangan mereka yang kekal
dengan semangat kebangsaan itu. Mereka ini tidak pun diberikan kesempatan untuk
berada di persada kuasa dalam parti itu.
Hendak dianggap parti itu sebagai
parti ‘multiracial’ tidak boleh juga. Permainan isu perkauman yang terlalu
menebal di dalamnya tidak memungkinkan UMNO itu boleh diyakini sebagai sebuah
parti yang berkemampuan untuk membawa pencapaian kepada ‘national unity’ itu
tadi. Jadi UMNO itu ‘is neither a nationalist nor a multiracial party’. UMNO
itu hanyalah kekal dikuasai oleh ‘warlords’ yang besar-besar yang menggunakan
parti itu untuk kepentingan peribadi masing-masing yang berada dalam kuasa UMNO
itu.
Oleh kerana keadaan yang
membimbangkan ini, maka banyak laungan dari rakyat yang kita tidak lagi boleh
memilih untuk menjaga kepentingan kelompok dan kumpulan masing-masing sahaja.
Di dalam ‘alternative’ media suatu masa yang tidak beberapa lama dahulu, kita
mendengar jeritan seperti, ‘we are Malaysian, no Malay, no Chinese, no Indian’
dan berbagai-bagai lagi rintihan dan manifestasi rakyat.
Mereka tidak mahu melihat negara
ini berimejkan sebagai negara yang hanya mementingkan sesuatu kaum dan ini merupakan
rintihan yang betul dan benar. Tidak ada satu bangsa pun boleh mengabaikan
rakan-rakan bangsa lain kerana kita mempunyai hak yang sama seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan negara.
Hasilnya berlaku landskap politik
yang baru di mana rakyat mula melakukan ‘soul searching’ yang serius dan mereka
inginkan perubahan yang nyata dalam sistem politik serta bidang kehidupan yang
lain dengan penampilan siasah yang baru. Dalam masa kita berhadapan dengan
kegelisahan yang wujud dalam jiwa rakyat yang inginkan sebuah negara yang
berpadu itu, maka kesempatan ini digunakan oleh setengah pihak untuk politik
dan kepentingan kelompok dan puak semata-mata.
DAP memaparkan ‘disposition’ dan
‘outlook’ yang membawa konsep Malaysian Malaysia dan memperagakan diri sebagai
parti berbilang kaum untuk menjaga kehidupan dan siasah semua kaum. Penampilan
DAP ini mendapat perhatian yang kuat dan jelas dari rakyat termasuk diri saya
sendiri yang telah memohon untuk menyertai parti itu. Saya merasakan yang saat
untuk memulakan politik baru itu sudah sampai dan saya perlu bersama membawa
perubahan itu.
Tetapi saya tahu, dan ramai yang
tahu bahawa parti itu tetap dengan ‘communal politics’ biasa. Malahan di antara
ahli-ahlinya sendiri berlaku apa yang berlaku dalam parti-parti lain seperti
PKR dan UMNO.
Kedatangan pilihanraya ini
membawa banyak hikmahnya. Kita semakin hari semakin faham kenyataan yang
sebenarnya. Saya tahu perjuangan untuk ‘national unity’ tidak akan ke mana-mana.
Malahan jika rakyat berbilang kaum terus menerus berpecah, mereka akan terus
menagih keuntungan untuk puak dan kaum masing-masing. Pilihanraya ini tidak
akan membawa apa-apa perubahan. Hanya melalui PAS sahaja memungkin perjuangan sebenar rakyat dapat dilangsungkan.
Masing-masing 'belum pun
menyangkung sudah berak', bak kata setengah orang tua-tua. 'Belum duduk sudah berlunjur. Nasi belum pun masak sudah bersela'. Banyak lagi kata-kata perbidalan yang indah-indah untuk pencerahan pemikiran kita ini.
Jika ada masa dan umur yang panjang, saya sambung rungutan saya ini.
Jika ada masa dan umur yang panjang, saya sambung rungutan saya ini.
ReplyDeleteBetul kata saudara dalam posting yang lalu. Hanya PAS saja yang boleh kita harapkan. PAS buka perfect tapi itu saja yang ada untuk masa depan kita yang miskin dan hodoh ini.
sharudin, pontian
Bang,
ReplyDeleteMenurut seorang hafiz Al Quran rakyat Turki yang saya kenali sewaktu di USA, negara Turki perlukan TIGA generasi utk sedar kegilaan dan kehancuran aqidah yang dipelopori oleh Mustafa Kemal Ataturk.
Nampak gayanya, rakyat Malaysia akan perlukan ENAM generasi utk sedar kehancuran yang dipelopori oleh Mahadet!
ReplyDeleteKamarul adalah pilihan Anthony Loke untuk jadi MB kalau PR menang. 5hb ini kita tahu si Ah Loke itu bejaya atau tidak. Kita tunggu
kumar
Salam Pak Aspan,
ReplyDeleteSaya cukup bangga dgn sikap gentleman Pak Aspan, budiman yang sinonim dgn bangsa Melayu. Persoalan DAP memainkan politic communal memang jelas diketahui oleh golongan yang arif tentang demografik politik negara.
Saya bukan Melayu, berbangsa Cina tetapi jelak melihat ke'cina'an yang dominate DAP. Sebagai Cina yang progresif, amat bebesar hati melihat beberapa tokoh melayu DAP yang menjadi calon, walaupun momokan mereka sekadar window dressings, namun tidak dapat menahan perasan bangga yang masyarakat melayu sudah bertapak di DAP setelah sekian lama.
Bolehkah DAP memasukkan lebih ramai calon Melayu? Secara logikal, ia dapat dilakukan. Adakah percaturan DAP setakat ini the Best Case Scenario? Far from it, klu ikut pandangan saya. DAP sebagai parti multiracial sepatutnya lebih inclusive. DAP sebagai pelopor Bangsa Malaysia patut memajmukkan barisan calonnya. DAP patut dgn aggresif merekrut lebih tokoh melayu seperti Pak Aspan yg mempunyai kebernasan idea, ketelusan hati and berpemikiran jauh.
All said and done, DAP telah mengorak langkah pertama dgn beberapa calon melayu. Langkah pertama yg penuh berliku and yakni banyak kesalahan dilakukan. Namun, parti yang sanggup mengorak langkah pertama walaupun terdapat kepincangan patut diberi peluang.
Pak Aspan, teruskan perjuangan anda di DAP. Saya yakin masa depan lebih cerah klu banyak anak muda melayu yg memasuki parti DAP. Klu ahli parti bangsa melayu seimbang dgn bangsa lain, maka secare semulajadi perwakilan melayu di CEC akan bertambah.
Oleh itu, DAP dibelenggu Chicken and Egg dilemma. Klu perwakilan bangsa melayu tak ramai tetapi byk calon melayu dibentangkan, grassroot support akan terjejas. Kita amat memerlukan khidmat tuan aspan utk enlighten grassroot DAP bahawa masa hadapan bergantung kpd Malaysian, not Malay, Chinese or Indian.
Teruskan perjuanganmu....
Sdr anoy 1402,pandangan saudara terbaik bagi saya. Sepatutnya kita semua 'sudah lupa' melayu sangatkah kita,cina sangatkah kita atau india sangatkah kita
DeleteSaudara aspan...
ReplyDeleteRome is not built in a day...
Kalau ada tengok movie 'Lincoln', perang saudara berlaku untuk membebaskan hamba abdi di Amerika. lepas perang tiada lagi hamba abdi afrika pada 1870an+-..
Tapi wanita masih tidak boleh mengundi sehingga awal 1910an+-...
Segregation masih berlaku antara afrika dan whiteman sampai tahun 1960an sehingga selepas kematian Martin Luther King...
Dont expect things to change in few years. This is just the stepping stone. Zaman cucu kamu akan berbeza dengan zaman sekarang.
hindraf, Perkasa , Dong Zong etc are all communal parties.... People even without any party can be prejudice and communal... Everything needs time... People are changing...
Great write-up. Kita berdoa agar Allah SWT memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara ini dengan lebih baik, insya'Allah.
ReplyDelete
ReplyDeleteNo decent ordinary person should put up with the damaging and unhealthy political environment.
Saya ingat dan tetap dalam ingatan bahawa KEMERDEKAAN itu kebebasan manusia untuk hidup dalam keharmonian. Tapi ingat, laluan kemerdekaan itu amat perit dan kadangkala sekali sekala riang ria dibuatnya.Laluannya bersegmen, SEBELUM MERDEKA, semuanya bersemangat waja untuk mencapai kemerdekaan,membujur lalu melintang patah. SEMASA MERDEKA, laungan keramat MERDEKA, MERDEKA,MERDEKA ....!!!tersemat dijiwa hingga ke akhir hayat. SELEPAS MERDEKA lima puloh tahun lebih berlalu, akhirnya hancur dibuat oleh mereka yang mencipta senjata perjuangan kemerdekaan itu sendiri yang berandad UMNO. Aduh, sakitnya bangsa ku dilumati oleh bangsaku sendiri.
ReplyDeleteSelagi bernama manusia pasti ada kelemahan. Atas dasar ini perlunya teguran supaya manusia itu terarah kesifat malaikat kalau tiada teguran maka manusia terarah kesifat haiwan.
ReplyDeleteUban Janggut...
belum menyangkong taik dah meleleh dalam seluar bang aspan oii!!.nak buek camno!?.
ReplyDeleteMemang kita mengharapkan PAS menjadi sebuah parti yang boleh menyatukan semua kaum di negara ini.Cara Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang hidup dengan penuh kesederhanaan dan tanpa rasuah telah membuka mata semua kaum di Malaysia( 20 tahun memerintah Kelantan).PAS berpegang pada prinsip halal dan haram, pahala dan dosa, Syurga dan Neraka.Selagi PEMIMPIN PAS berpegang pada perinsip2 ini, parti PAS akan terus releven.Tapi kalau sebaliknya berlaku tunggulah kehancuran PAS.
ReplyDeletePR perlu menang. Isu dan masalah PR kecil jika dibandingkan dgn agenda utk menumbangkan BN.
ReplyDeletePak Aspan cuba tgk & dengar ucapan Hj Hadi tentang pilihan calon PRU 13 yg pelbagai latar belakang
ReplyDeletedlm PAS. Ada penjual pil kuda, ada penyokong fahaman Karl Marx & Lenin & ada yg berpura-pura hingga banyak berlaku pertindihan. Hj Hadi kata rupanya ramai setan dalam PR. Kesimpulannya, Pak Aspan. Hj Hadi dah mula berpijak di bumi yg nyata. Pak Aspan bila lagi?
Menakjubkan. Di mana disimpan hati nurani tu ya Pak Aspan?
ReplyDelete
ReplyDeleteYou are brave bro. Sooner or later people will see and appreciate your wisdom.
Prem
WOWW!
ReplyDelete61 orang dikorbankan?? antaranya demi Zul 9/10 dan berghaim ahlee???
GADO2 100!!...hehehehh
TERBERAKKKLAAA!!!!
Najib kata sudah ada pengundi berbangsa India sudah mula cium tangan Zul 9/10 neh.....
ReplyDeletenak terberakkk aku rasa!
hahahahahha
Pak Aspan..jika dengan izin Allah..pakatan rakyat akan menubuhkan kerajaan selepas pru nnti..
ReplyDeleteDengan mengambil iktibar akibat kekalahan parti golkar yg kalah dlm pru di indonesia...dimana suharto telah melarikan duit berbilion..bagaimana pakatan rakyat ingin mengambil semula..kerana akan proses akan mengambil masa bertahun tahun...
kemungkinan akan berlaku kemelesetan ekonomi akibat perubahan kerajaan..bagi rakyat malaysia yg ingin melihat perubahan kearah malaysia yg lebih baik..terpaksa la berkorban mengadapinya untuk beberapa tahun..
tu nama err 'cirit'..patut tajuk ni belum duduk dah belunjur
ReplyDelete