13 April 2013

Dr Mahathir tidak akan beruntung selama-lamanya...percayalah

Kita sedang berhadapan dengan politik yang terkotor dalam sejarah pilihanraya negara. Pergaduhan begitu sengit dan ada pihak yang tidak merasa malu dan segan untuk melakukan kerja yang tidak sepatutnya dilakukan oleh manusia yang bertamadun. Penyiaran video lucah kini sudah menjadi amalan biasa sejak hampir 15 tahun dahulu dan tentunya mereka yang terdesak sahaja yang sanggup dan berkesampaian untuk melakukan kerja ini.

Punca kenapa sampai begini hinanya permainan politik ini semata-mata kerana di sini setengah pemimpin dan rakyat masih tidak menghormati semangat demokrasi. Jika tidak kerana kuasa perkara seperti ini tidak akan berlaku. Tentulah ia berlaku kerana ada pihak yang tidak sanggup menerima akibat demokrasi itu sendiri.

Jika kita sudah matang, kita tidak akan merasa gusar menerima kekalahan kerana itulah demokrasi. Budaya samseng dan tindakan politik yang di luar tabii demokrasi ini menunjukkan kepada kita yang masih ada pihak yang menerima demokrasi ini jika mereka berada dalam kemenangan. Jika memang itulah demokrasi.

Sebaliknya jika kalah itu bukan demokrasi. Itu adalah politik perkauman yang akan memecah penyatuan kaum yang terbina selama ini. Itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut Mahathir Mohammad yang tidak dapat mengimbangkan kedudukan sebagai pemimpin yang besar dengan tindakan yang sejajar dengan taraf yang sepatutnya ada kepada beliau.

Serangan kepada Lim Kit Siang (LKS) oleh Dr Mahathir sudah melewati batas etika kepimpinan dan ini merupakan igauan bagi mereka yang mahu demokrasi itu diterima dengan semangatnya sekali. Kemarahan Mahathir kepada LKS begitu ‘personal’ semata-mata kerana LKS bertanding di negeri kelahirannya di Johor. Apakah kesalahan LKS bertanding di Johor? Bukankah LKS boleh bertanding di mana-mana?

Jika Mahathir sendiri merasakan mahu bertanding saya boleh pastikan yang LKS dan DAP tidak akan menegahnya dan sentiasa terbuka untuk menerima sesiapa sahaja untuk bertanding di mana-mana. Asalkan sahaja seseorang itu rakyat Malaysia yang sah, tidak berstatus bankrap dan tidak gila dan bercakap seorang diri, ia sudah cukup untuk melayakkan seseorang itu untuk turun sebagai calon menawarkan diri dalam pilihanraya negara.

Dr Mahathir tahu yang kemenangan LKS di Gelang Patah itu bukan satu perkara yang mustahil dan ramai berpendapat LKS akan menang. Tentulah Dr Mahathir sendiri tahu yang LKS akan berjaya menembusi kubu UMNO di Johor itu. Persoalan, apa kesalahan LKS di sini? Kenapa Dr Mahathir begitu tersentuh dengan tindakan LKS yang dibenarkan oleh perlembagaan negara. Dalam isu ini LKS telah melakukan tindakan ke Johor itu adalah selaras dengan peruntukan perlembagaan. Kenapa Dr Mahathir pula yang mesti menentukan di mana LKS bertanding?

Hakikatnya Dr Mahathir terlalu takut dengan kemenangan LKS di Gelang Patah ini. Sebabnya beliau sahaja yang tahu walaupun orang ramai boleh mengagak kenapa Mahathir tidak lelap mata dalam tidurnya. Mahathir sentiasa menggunakan isu perkauman untuk politik beliau. Semasa beliau terpecat dari UMNO asal dahulu, beliau menggunakan isu perkauman untuk menguatkan sokongan di kalangan orang Melayu untuk kembali dalam politik negara.

Apabila berkuasa Mahathir menggunakan isu perpaduan kaum untuk mendapatkan sokongan bulat rakyat berbilang kaum pula. Semasa itu Mahathir belasah orang Melayu kononnya Melayu ini bodoh dan sentiasa bersandar kepada politik untuk kehidupan. Pada beliau, Melayu tidak pandai dan Melayu wajar membuang tongkat supaya belajar berdiri di atas kaki sendiri.

Akhirnya beliau sendiri menggunakan pengaruhnya di dalam UMNO untuk mengeluarkan wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anaknya yang terbengkalai dengan hutang berbillion ringgit. Saudara dan saudari sendiri serta kita semua ini terpaksa melepaskan bala perniagaan anaknya dengan menggunakan wang ringgit kita yang hampir RM2billion.

Apabila beliau bersara dan penggantinya tidak mahu tunduk terhadap kemahuan beliau, beliau bertindak keluar dari UMNO untuk menjatuhkan pengganti yang beliau pilih sendiri. Pada beliau tindakannya keluar UMNO itu adalah untuk kepentingan negara. Mensabotaj partinya sendiri adalah untuk kepentingan negara kononnya. Apabila beliau berjaya menjatuhkan penggantinya itu beliau kembali ke pangkuan UMNO itu dan sekarang sedang memainkan watak sebagai seorang pejuang Melayu pula.

Apa kenanya dengan Dr Mahathir ini kita tidak dapat memahaminya. Mahathir ini seperti 'berjalan dengan seladang'. Jika berjalan di depannya kita akan ditanduknya dan jika kita berjalan di belakangnya kita akan ditendangnya. Seorang sahabat saya berkata, “Mahathir is a pest to the nation”. Saya tidak tahu makna kata-kata kawan saya itu. Tetapi yang saya tahu Mahathir mahukan semua orang mengikut telunjuknya sahaja.

Beliau sudah menjadi tidak keruan kerana kehadiran LKS di Gelang Patah dalam PRU ini. Beliau hanya menunjukkan kekurangan pada diri beliau sendiri. “I feel sorry for this man. I think he needs some therapy urgently,” kata seorang bekas pemimpin  UMNO sendiri apabila beliau membuat komen tentang bekas PM ini kepada saya semalam.

Mahathir telah menewaskan semua musuh beliau dalam politik samada dalam UMNO dan luar UMNO. Sekarang beliau berhadapan dengan kehendak alam (nature). Kalau semua orang datang membantu Dr Mahathir pun, beliau sudah tidak dapat dibantu lagi. Semua rakyat akhirnya akan mengenali siapa Dr Mahathir sebenarnya.

Mahathir tidak akan beruntung selamanya. Biarkan sahaja beliau bercakap seorang diri.

26 comments:

Anonymous said...

Another quick way to lose fans is by using your Facebook
Page for nothing but advertisements. But,
at the same time, there are drawbacks as well. We are
the most honest provider of facebook likes in
internet arena.

Also visit my webpage ... buy facebook likes

Amuraria said...

pengkhianat yang anti melayu secara senyap tapi ramai melayu kagum mamak pedukang kaki kelentong & pemfitnah tegar ini ! ABU !

Anonymous said...

Saudara AA, inilah penyakit zaman sekarang 'jiwa kacau' yang melanda ramai orang termasuklah tun M sendiri. Tidak faham kenapa dia telah memusnahkan kredibiliti sendiri untuk menjatuhkan harga diri. Betullah peribahasa melayu buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Inilah hasilnya. Perjuangan yang ikhlas pada mulanya atau memang sesekali tidak ikhlas dalam hidup tun M telah memakan diri sekarang. Hanya masa akan menentukan perjuangan beliau untuk bangsa melayu ini adalah benar atau palsu.

ahmadyani said...

Masa Mahathir bersara dahulu, saya ingatkan dia akan bertukar status menjadi pemimpin dunia. Medan perjuangannya adalah dunia luas, bercakap soal ekonomi dunia, keselamatan dunia dan segalanya tentang dunia global seperti Nelson Mandela.

Kalau tidak pun, duduk diam dengan status tersendiri seperti Abdullah Badawi. Tapi nampaknya dia mahu menghina dirinya sendiri.

Dia berenang dalam lumpur dan berteriak minta orang percaya dia berenang dalam kolam renang jernih olimpik. Kasihan dia. Sungguh kasihan....

Anonymous said...


At the end of the day Abdullah Badawi is more a statesman than Mahathir. AB is far better than Mahathir.

sulaiman man

ibrahim said...


Kekesalan berada di dalam diri saya, sdr sulaiman man. Benar cakap sdr, seteruk AB, beliau lebih baik dari Mahathir akhirnya. kebenaran secara bernsur-ansur timbu.

Salam sdr sulaiaman man.


ibrahim selamat

Anonymous said...

Itu lah keperibadian Tun . Yang penuh dengan sifat tamak , haloba dan pendendam. HAPRAK. dan PENGKHINAT.

Anonymous said...

His leadership and policies are a total failure and sow the seeds of rampant corruption, lack of basic principles and morals even among highly educated and religious people and etc..

This man, and many like him, are really sick in the mind and should not be allowed to further influence decent ordinary people, with their gutter, divisive and immoral politics, who only want to live an ordinary life.

Anonymous said...

TDM sedang memainkan peranannya yg paling mahir dalam politik iaitu beliau melihat, memahami & bertindak. Sebagai seorang yg master dalam politik TDM tahu & telah menjangkakan setiap kata-kata beliau boleh mengubah corak pengundian. Sebab itu ramai musuh- musuh beliau yg bertaraf amatur tidak akan senang duduk & mencari jalan utk menafikan kredibiliti beliau. Namun, jika dilihat isu-isu yg beredar sekarang sebelum PRU 13 nanti kebanyakan isu adalah membabitkan PR yg tidak menguntungkan. Perebutan & pertindihan kerusi, kes moral pemimpin PR yg menjijikan, kes utk mengucarkacirkan proses PRU 13 nant & isu pemimpin PR spt Tian Chua yg bercakap tanpa mengunakan akal mengenai kejadian di Lahad Datu. Kesimpulannya, PR akan ditalkinkan pada PRU 13 nanti bukan saja disebabkan peranan TDM tetapi juga masalah dalaman PR yg hanya tahu menyebut perkataan " ubah" tetapi tidak menyedari bahawa perkataan tersebut sebenarnya adalah utk mereka atas kejahilan para pemimpin mereka sendiri. Adalah ironi jika mereka masih tidak berpijak di bumi yg nyata. Akhirnya kesombongan sendiri yg membawa bencana.

Anonymous said...

Ketinggalan rupanya.

Anonymous said...

Ada 2 orag yg ketinggalan?

Anonymous said...

Allah panjangkan umurnya untuk melihat kejatuhan UMNO/BN dlm pilihanraya kali ini......mungkin mati dgn terkejut dgn keputusan kekalahan parti kesayangannya......

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan;

Demokrasi acuan sendiri adalah terpakai kpd umno saja. SESEKALI TENGOK MACAM SISTEM FEUDAL 200tahun lalu. Kadangkala macam ROBINHOOD pun ada tapi laba yg dirompak tidak diberi kpd rakyat tapi kpd anak beranak dan kroni.

Saya ingin sarankan kpd DrM, jangan pening2 fikir tentang LKS, arah Najib cslunkan DrM lawan LKS,.Baru jantan namanya, jika tidak jangan cakap2, DIAM.
Ambillah ikhtibar dari sejarah pemimpin2 yg telah jatuh kerana gilakan kuasa dan kekayaan, yg sedang menjadi sayur buruk, buatlah kerja yg rakyat tidak membenci diri kita.Jika kita rasa kita pandai, bagi saya jika DrM diaam dia lagi pandai dari bercakap.
Saya juga bersetuju, Pak Lah adalah satu2nya PM yg berwibawa,cuba lihat apa yg dia lakukan sekarang.
Semasa jadi PM sekurang2nya kakitangan awam merasa juga perubahan gaji. Jika kita kerja dalam diam, banyak yg menjadi. Yg membenci Pak Lah hanyalah DrM dan kuncu2nya, itupun Pak Lah tetap dengan sopanya, DIAM.

Kpd LKS saya megkagumi ilmu politik sdr. Saya turut kagum sdr telah mewarisi ilmu politik sdr kpd anak (LGE). Sepatutnya satu kerusi dlm pengajian politik patut diujudkan di IPT Malaysia bagi menghormati sumbangan sdr LKS dalam politik Malaysia.
Jika diperamati, isu2 melibatkan kaum Cina yg diketengahkan oleh LKS adalah kerana tindakan parti yg berteras perkauman yg menimbulkan isu2 yg tidak sepatutnya timbul.
Isu2 yang beteraskan kaum kerap dibakar olih parti2 ini. Saya keraap membaca tulisan2 LKS dlm artikel2 yg ditulis, ia adalah berkisar pd keadilan, haksaksama, peluaang yg sama.Dari segi idealoginya ia adalah jauh lebih baik dari apa yg dilakukan olih kerajaan sekarang.

Kami rakyat yg telah lama merasai diperintah olih bn sangat2 inginkan merasai satu ideabaru dalam pentadbiran negara kerana apa yg dapat kita lihat sekarang ini pentadbiran negara yg di terajui olih gulungan yg kurang cerdik dan telah menyebabkan rakyat terundur 20 Tahun kebelakang.
Mana tidak, setiap hari kita dilaungkan yg negara kita maju, makmur,pencapaian sekian2 peratus,kemiskinan menurun, tapi apabila program BR1M dilaksanakan, lebin 30 peratus rakyat memohon.
Adakah benar apa yg diucapkan olih PM najib dan TPM muhyidin? setiap hari dimedia?

Fikir2kanlah. Lebih 35 tahun kita telah diperbodohkan olek kerajaan bn/umno. Orang yg menjerumuskan diri kejurang kebodohan kerana tidak berfikir, bagi saya adalah sekeji2 manusia dalam masyarakat.

BERUBAHLAH......Myi

Anonymous said...

Bro.. Ape pun ko komen aku tetap bersama PR. Perkataan Ubah menjadi nyata insyallah. Hehe. Mari kengkawan sama2 ubah. Bro kita ni nak duk di pangkal pokok kelapa je... Maklum lah xtahu memanjat petik buah kelapa... Huhuhu

Alam Flora said...

As Salam Tuan Aspan.

Anon 17:26:00,

Kamu ni datang dari planet mana? Atau rasanya kamu ni baru sedar dari koma sejak 12 tahun dahulu kot?

Membaca dan buat analisa lah sedikit supaya nanti orang tak gelar kamu "Melayu Kunta Kente" atau lebih sopan lagi "Melayu Banggang Selamanya". Zaman IT ini pun masih ada ini spesis ke?

Anonymous said...

Mahathir Pengkhianat Bangsa Dan Negara

Rahimi

Anonymous said...

DRM sudah tidak layak untuk bertanding dalam PRU 13 kerana otaknya sudah tidak berfungsi dengan betul.

Anonymous said...


Bukan sahaja tuan, kami yang ngok-ngok kat bawah nih pun pelik lagi heran juga. Jika mengikut tafsiran perlembagaan dia dikatan melayu. Tetapi hakikatnya dia langsung tidak bercirikan melayu itu. Ciri muslim? entahlah juga.

Orang melayu tidak sepatutnya berterusan dengan kesilapan mengenal dan memeberi status melayu kepada yang bukan sepatutnya.

Wajarkan frasa penyataan perlembagaan yang mentafsirkan siap melayu itu disemak semula?
Apa komen tuan?
Maaf.

Anonymous said...

agak menghairankan bila kita bersiap sedia menukar arah ke malaysia yg baru, masih ada makhluk yang berfikiran kontra. di mana silapnya? adakah jentera kita tidak cukup berkesan? kadar penembusan internet yg masih kurang atau fees yg mahal? ataupun jawapan mudahnya, mereka ini karat hijau? hanya anon 17:26 yg mampu menjawabnya.

Anonymous said...

Saya melihat perilaku aneh dan penuh misteri mahathir..mengikut landskap pemerhati global dia adalah seorg diktator juga seorg freemason yg miliki harta berbillion,juga freemason yg gemar mempersenda sunah nabi..mengikut bawahan melayu yg sering merasa mereka ini bodo,mahathir merupakan wira Islam yg seringkali melawan yahudi.hanya mahathir seorg berani selepas bersara walaupun membayar jutaan dolar semata ingin bersalam dgn presiden us..

Anonymous said...

Anon 22.27 / 23.46 / 11.13 Buka mata, buka minda & buka hati. Kemudian berpijak di bumi yg nyata. Lihat sekeliling. Jangan menzalimi diri sendiri dgn kepalsuan & khayalan.

orang UMNO sendiri said...

kutti babu nak jadi dalang aka mastermind utk mnyusun hiraki pemerintahan negara ini. lebih2 lagi anaknda kutti pun sedang mengemaskan kedudukan untuk pegang kuasa negeri. duit peruntukkan untuk wayang politiknya dalam GE 13 ni lebih dari cukup...40B tak abih makan, hasil jual minyak anaknda pun masyukkk. lembu proksi bilioner ada 3, 4 ekor. melayu ketua tak boleh tolak arahannya, kacau kalu macai dia siap siaga dah. ala-ala Godfather gituuu. MELAYU betul tak makan rencana dia, UMNO yang makin hilang melayu-melayunya akan dijuarai melayu celup cap kutti je. ini kali lahhhh.... kabo ni ada lah daripada ahli UMNO yang tak pernah bayo yuran keahliannya tapi nama masih dalam senarai. perangai UMNO ni dah teruk sangat, teman takde ati dahhhh...

Anonymous said...

Pikir baik2: Mahadei anak murid Yahudi sejak 1968!

Yahudi kan ker pandai berpolitik, bangga, pandai lagi hebat....betul kan

Pandai2 Yahudi, kini mereka sudah terkepong di belakang TABIR KONKRIT setinggi 30 meter!! Maka di situlah mereka akan terkambus satu hari nanti.

Mahadei terlebih pandai ker dari penasihat2 serta guru2 politik Yahudinya???

Boleh jawab anon 16:12 @ anon 17:26 @ anon 20:26 hari tu yang celaru...

hahahahahahah

Anonymous said...

Mahadet adalah tunggul kayu di tengah padang. Tiada dahan untuk berteduh, tiada manafaat hanya menyakitkan mata memandang. Nak harap reput, anai2 kurang berminat. Maka jadilah tunggul usang buat puak BN pacak bendera..mereputlah engkau Mahadet sipenjenayah terkutuk.

Anonymous said...

skandal banyak sangat. Da lama sangat memerintah. Skandal memali yg bunuh melayu tu spin jadi masalah tabung.. Macam la mahathir yg duk jaga balu2 dan anak-anak yatim angkara memali.. ISA pon angkara org yg sama.. Makhluk macam ni memang patut Allah panjangkan umur dia macam yg sekor lagi duduk dalam alam ghaib.

Anonymous said...

Si Mahathir ini amat sibuk dengan urusan duniawinya dari dahulu lagi, dan mungkin sampai ke akhir hayatnya. Cintanya kepada dunia begitu menonjol sekali !

Melayu-melayu, khususnya Melayu UMNO tersangat kagum dengan kehebatannya hingga menganggapnya sebagai saorang manusia yang amat bijak.

Akan tetapi bila merenung kembali apa yang dipesan oleh Rasullullah, ternyata sekali bahawa Mahathir ini amatlah sangat kurang bijaknya dan amat banyak ruginya pula.

Dia tertipu dengan dunia dan juga sekelian yang mengaguminya.

Ingatlah :

"Yang paling bijak di antara kamu adalah yang paling banyak mengingati mati !!!" sabda Rasulullah.

Semuga kita semua mendapat kesedaran daripada pesan Rasulullah tersebut dan semuga Allah memberi petunjuk juga kepadanya. Ameen.