Kita sedang berhadapan dengan
politik yang terkotor dalam sejarah pilihanraya negara. Pergaduhan begitu
sengit dan ada pihak yang tidak merasa malu dan segan untuk melakukan kerja
yang tidak sepatutnya dilakukan oleh manusia yang bertamadun. Penyiaran video
lucah kini sudah menjadi amalan biasa sejak hampir 15 tahun dahulu dan tentunya
mereka yang terdesak sahaja yang sanggup dan berkesampaian untuk melakukan
kerja ini.
Punca kenapa sampai begini
hinanya permainan politik ini semata-mata kerana di sini setengah pemimpin dan
rakyat masih tidak menghormati semangat demokrasi. Jika tidak kerana kuasa
perkara seperti ini tidak akan berlaku. Tentulah ia berlaku kerana ada pihak yang
tidak sanggup menerima akibat demokrasi itu sendiri.
Jika kita sudah matang, kita
tidak akan merasa gusar menerima kekalahan kerana itulah demokrasi. Budaya
samseng dan tindakan politik yang di luar tabii demokrasi ini menunjukkan kepada
kita yang masih ada pihak yang menerima demokrasi ini jika mereka berada dalam
kemenangan. Jika memang itulah demokrasi.
Sebaliknya jika kalah itu bukan
demokrasi. Itu adalah politik perkauman yang akan memecah penyatuan kaum yang
terbina selama ini. Itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut Mahathir
Mohammad yang tidak dapat mengimbangkan kedudukan sebagai pemimpin yang besar
dengan tindakan yang sejajar dengan taraf yang sepatutnya ada kepada beliau.
Serangan kepada Lim Kit Siang (LKS)
oleh Dr Mahathir sudah melewati batas etika kepimpinan dan ini merupakan igauan
bagi mereka yang mahu demokrasi itu diterima dengan semangatnya sekali.
Kemarahan Mahathir kepada LKS begitu ‘personal’ semata-mata kerana LKS
bertanding di negeri kelahirannya di Johor. Apakah kesalahan LKS bertanding di
Johor? Bukankah LKS boleh bertanding di mana-mana?
Jika Mahathir sendiri merasakan
mahu bertanding saya boleh pastikan yang LKS dan DAP tidak akan menegahnya dan
sentiasa terbuka untuk menerima sesiapa sahaja untuk bertanding di mana-mana.
Asalkan sahaja seseorang itu rakyat Malaysia yang sah, tidak berstatus bankrap
dan tidak gila dan bercakap seorang diri, ia sudah cukup untuk melayakkan
seseorang itu untuk turun sebagai calon menawarkan diri dalam pilihanraya
negara.
Dr Mahathir tahu yang kemenangan
LKS di Gelang Patah itu bukan satu perkara yang mustahil dan ramai berpendapat
LKS akan menang. Tentulah Dr Mahathir sendiri tahu yang LKS akan berjaya
menembusi kubu UMNO di Johor itu. Persoalan, apa kesalahan LKS di sini? Kenapa
Dr Mahathir begitu tersentuh dengan tindakan LKS yang dibenarkan oleh
perlembagaan negara. Dalam isu ini LKS telah melakukan tindakan ke Johor itu
adalah selaras dengan peruntukan perlembagaan. Kenapa Dr Mahathir pula yang
mesti menentukan di mana LKS bertanding?
Hakikatnya Dr Mahathir terlalu
takut dengan kemenangan LKS di Gelang Patah ini. Sebabnya beliau sahaja yang
tahu walaupun orang ramai boleh mengagak kenapa Mahathir tidak lelap mata dalam
tidurnya. Mahathir sentiasa menggunakan isu perkauman untuk politik beliau.
Semasa beliau terpecat dari UMNO asal dahulu, beliau menggunakan isu perkauman
untuk menguatkan sokongan di kalangan orang Melayu untuk kembali dalam politik
negara.
Apabila berkuasa Mahathir
menggunakan isu perpaduan kaum untuk mendapatkan sokongan bulat rakyat
berbilang kaum pula. Semasa itu Mahathir belasah orang Melayu kononnya Melayu
ini bodoh dan sentiasa bersandar kepada politik untuk kehidupan. Pada beliau,
Melayu tidak pandai dan Melayu wajar membuang tongkat supaya belajar berdiri di
atas kaki sendiri.
Akhirnya beliau sendiri
menggunakan pengaruhnya di dalam UMNO untuk mengeluarkan wang rakyat untuk
menyelamatkan perniagaan anaknya yang terbengkalai dengan hutang berbillion
ringgit. Saudara dan saudari sendiri serta kita semua ini terpaksa melepaskan
bala perniagaan anaknya dengan menggunakan wang ringgit kita yang hampir RM2billion.
Apabila beliau bersara dan
penggantinya tidak mahu tunduk terhadap kemahuan beliau, beliau bertindak
keluar dari UMNO untuk menjatuhkan pengganti yang beliau pilih sendiri. Pada
beliau tindakannya keluar UMNO itu adalah untuk kepentingan negara. Mensabotaj
partinya sendiri adalah untuk kepentingan negara kononnya. Apabila beliau
berjaya menjatuhkan penggantinya itu beliau kembali ke pangkuan UMNO itu dan
sekarang sedang memainkan watak sebagai seorang pejuang Melayu pula.
Apa kenanya dengan Dr Mahathir
ini kita tidak dapat memahaminya. Mahathir ini seperti 'berjalan dengan
seladang'. Jika berjalan di depannya kita akan ditanduknya dan jika kita
berjalan di belakangnya kita akan ditendangnya. Seorang sahabat saya berkata,
“Mahathir is a pest to the nation”. Saya tidak tahu makna kata-kata kawan saya
itu. Tetapi yang saya tahu Mahathir mahukan semua orang mengikut telunjuknya
sahaja.
Beliau sudah menjadi tidak keruan
kerana kehadiran LKS di Gelang Patah dalam PRU ini. Beliau hanya menunjukkan kekurangan
pada diri beliau sendiri. “I feel sorry for this man. I think he needs some
therapy urgently,” kata seorang bekas pemimpin
UMNO sendiri apabila beliau membuat komen tentang bekas PM ini kepada
saya semalam.
Mahathir telah menewaskan semua
musuh beliau dalam politik samada dalam UMNO dan luar UMNO. Sekarang beliau
berhadapan dengan kehendak alam (nature). Kalau semua orang datang membantu Dr
Mahathir pun, beliau sudah tidak dapat dibantu lagi. Semua rakyat akhirnya akan mengenali siapa Dr Mahathir sebenarnya.
Mahathir tidak akan beruntung
selamanya. Biarkan sahaja beliau bercakap seorang diri.
Another quick way to lose fans is by using your Facebook
ReplyDeletePage for nothing but advertisements. But,
at the same time, there are drawbacks as well. We are
the most honest provider of facebook likes in
internet arena.
Also visit my webpage ... buy facebook likes
pengkhianat yang anti melayu secara senyap tapi ramai melayu kagum mamak pedukang kaki kelentong & pemfitnah tegar ini ! ABU !
ReplyDeleteSaudara AA, inilah penyakit zaman sekarang 'jiwa kacau' yang melanda ramai orang termasuklah tun M sendiri. Tidak faham kenapa dia telah memusnahkan kredibiliti sendiri untuk menjatuhkan harga diri. Betullah peribahasa melayu buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Inilah hasilnya. Perjuangan yang ikhlas pada mulanya atau memang sesekali tidak ikhlas dalam hidup tun M telah memakan diri sekarang. Hanya masa akan menentukan perjuangan beliau untuk bangsa melayu ini adalah benar atau palsu.
ReplyDeleteMasa Mahathir bersara dahulu, saya ingatkan dia akan bertukar status menjadi pemimpin dunia. Medan perjuangannya adalah dunia luas, bercakap soal ekonomi dunia, keselamatan dunia dan segalanya tentang dunia global seperti Nelson Mandela.
ReplyDeleteKalau tidak pun, duduk diam dengan status tersendiri seperti Abdullah Badawi. Tapi nampaknya dia mahu menghina dirinya sendiri.
Dia berenang dalam lumpur dan berteriak minta orang percaya dia berenang dalam kolam renang jernih olimpik. Kasihan dia. Sungguh kasihan....
ReplyDeleteAt the end of the day Abdullah Badawi is more a statesman than Mahathir. AB is far better than Mahathir.
sulaiman man
Ketinggalan rupanya.
Delete
ReplyDeleteKekesalan berada di dalam diri saya, sdr sulaiman man. Benar cakap sdr, seteruk AB, beliau lebih baik dari Mahathir akhirnya. kebenaran secara bernsur-ansur timbu.
Salam sdr sulaiaman man.
ibrahim selamat
Ada 2 orag yg ketinggalan?
DeleteItu lah keperibadian Tun . Yang penuh dengan sifat tamak , haloba dan pendendam. HAPRAK. dan PENGKHINAT.
ReplyDeleteHis leadership and policies are a total failure and sow the seeds of rampant corruption, lack of basic principles and morals even among highly educated and religious people and etc..
ReplyDeleteThis man, and many like him, are really sick in the mind and should not be allowed to further influence decent ordinary people, with their gutter, divisive and immoral politics, who only want to live an ordinary life.
TDM sedang memainkan peranannya yg paling mahir dalam politik iaitu beliau melihat, memahami & bertindak. Sebagai seorang yg master dalam politik TDM tahu & telah menjangkakan setiap kata-kata beliau boleh mengubah corak pengundian. Sebab itu ramai musuh- musuh beliau yg bertaraf amatur tidak akan senang duduk & mencari jalan utk menafikan kredibiliti beliau. Namun, jika dilihat isu-isu yg beredar sekarang sebelum PRU 13 nanti kebanyakan isu adalah membabitkan PR yg tidak menguntungkan. Perebutan & pertindihan kerusi, kes moral pemimpin PR yg menjijikan, kes utk mengucarkacirkan proses PRU 13 nant & isu pemimpin PR spt Tian Chua yg bercakap tanpa mengunakan akal mengenai kejadian di Lahad Datu. Kesimpulannya, PR akan ditalkinkan pada PRU 13 nanti bukan saja disebabkan peranan TDM tetapi juga masalah dalaman PR yg hanya tahu menyebut perkataan " ubah" tetapi tidak menyedari bahawa perkataan tersebut sebenarnya adalah utk mereka atas kejahilan para pemimpin mereka sendiri. Adalah ironi jika mereka masih tidak berpijak di bumi yg nyata. Akhirnya kesombongan sendiri yg membawa bencana.
ReplyDeleteBro.. Ape pun ko komen aku tetap bersama PR. Perkataan Ubah menjadi nyata insyallah. Hehe. Mari kengkawan sama2 ubah. Bro kita ni nak duk di pangkal pokok kelapa je... Maklum lah xtahu memanjat petik buah kelapa... Huhuhu
DeleteAllah panjangkan umurnya untuk melihat kejatuhan UMNO/BN dlm pilihanraya kali ini......mungkin mati dgn terkejut dgn keputusan kekalahan parti kesayangannya......
ReplyDeleteSalam Sdr Aspan;
ReplyDeleteDemokrasi acuan sendiri adalah terpakai kpd umno saja. SESEKALI TENGOK MACAM SISTEM FEUDAL 200tahun lalu. Kadangkala macam ROBINHOOD pun ada tapi laba yg dirompak tidak diberi kpd rakyat tapi kpd anak beranak dan kroni.
Saya ingin sarankan kpd DrM, jangan pening2 fikir tentang LKS, arah Najib cslunkan DrM lawan LKS,.Baru jantan namanya, jika tidak jangan cakap2, DIAM.
Ambillah ikhtibar dari sejarah pemimpin2 yg telah jatuh kerana gilakan kuasa dan kekayaan, yg sedang menjadi sayur buruk, buatlah kerja yg rakyat tidak membenci diri kita.Jika kita rasa kita pandai, bagi saya jika DrM diaam dia lagi pandai dari bercakap.
Saya juga bersetuju, Pak Lah adalah satu2nya PM yg berwibawa,cuba lihat apa yg dia lakukan sekarang.
Semasa jadi PM sekurang2nya kakitangan awam merasa juga perubahan gaji. Jika kita kerja dalam diam, banyak yg menjadi. Yg membenci Pak Lah hanyalah DrM dan kuncu2nya, itupun Pak Lah tetap dengan sopanya, DIAM.
Kpd LKS saya megkagumi ilmu politik sdr. Saya turut kagum sdr telah mewarisi ilmu politik sdr kpd anak (LGE). Sepatutnya satu kerusi dlm pengajian politik patut diujudkan di IPT Malaysia bagi menghormati sumbangan sdr LKS dalam politik Malaysia.
Jika diperamati, isu2 melibatkan kaum Cina yg diketengahkan oleh LKS adalah kerana tindakan parti yg berteras perkauman yg menimbulkan isu2 yg tidak sepatutnya timbul.
Isu2 yang beteraskan kaum kerap dibakar olih parti2 ini. Saya keraap membaca tulisan2 LKS dlm artikel2 yg ditulis, ia adalah berkisar pd keadilan, haksaksama, peluaang yg sama.Dari segi idealoginya ia adalah jauh lebih baik dari apa yg dilakukan olih kerajaan sekarang.
Kami rakyat yg telah lama merasai diperintah olih bn sangat2 inginkan merasai satu ideabaru dalam pentadbiran negara kerana apa yg dapat kita lihat sekarang ini pentadbiran negara yg di terajui olih gulungan yg kurang cerdik dan telah menyebabkan rakyat terundur 20 Tahun kebelakang.
Mana tidak, setiap hari kita dilaungkan yg negara kita maju, makmur,pencapaian sekian2 peratus,kemiskinan menurun, tapi apabila program BR1M dilaksanakan, lebin 30 peratus rakyat memohon.
Adakah benar apa yg diucapkan olih PM najib dan TPM muhyidin? setiap hari dimedia?
Fikir2kanlah. Lebih 35 tahun kita telah diperbodohkan olek kerajaan bn/umno. Orang yg menjerumuskan diri kejurang kebodohan kerana tidak berfikir, bagi saya adalah sekeji2 manusia dalam masyarakat.
BERUBAHLAH......Myi
As Salam Tuan Aspan.
ReplyDeleteAnon 17:26:00,
Kamu ni datang dari planet mana? Atau rasanya kamu ni baru sedar dari koma sejak 12 tahun dahulu kot?
Membaca dan buat analisa lah sedikit supaya nanti orang tak gelar kamu "Melayu Kunta Kente" atau lebih sopan lagi "Melayu Banggang Selamanya". Zaman IT ini pun masih ada ini spesis ke?
Mahathir Pengkhianat Bangsa Dan Negara
ReplyDeleteRahimi
DRM sudah tidak layak untuk bertanding dalam PRU 13 kerana otaknya sudah tidak berfungsi dengan betul.
ReplyDelete
ReplyDeleteBukan sahaja tuan, kami yang ngok-ngok kat bawah nih pun pelik lagi heran juga. Jika mengikut tafsiran perlembagaan dia dikatan melayu. Tetapi hakikatnya dia langsung tidak bercirikan melayu itu. Ciri muslim? entahlah juga.
Orang melayu tidak sepatutnya berterusan dengan kesilapan mengenal dan memeberi status melayu kepada yang bukan sepatutnya.
Wajarkan frasa penyataan perlembagaan yang mentafsirkan siap melayu itu disemak semula?
Apa komen tuan?
Maaf.
agak menghairankan bila kita bersiap sedia menukar arah ke malaysia yg baru, masih ada makhluk yang berfikiran kontra. di mana silapnya? adakah jentera kita tidak cukup berkesan? kadar penembusan internet yg masih kurang atau fees yg mahal? ataupun jawapan mudahnya, mereka ini karat hijau? hanya anon 17:26 yg mampu menjawabnya.
ReplyDeleteSaya melihat perilaku aneh dan penuh misteri mahathir..mengikut landskap pemerhati global dia adalah seorg diktator juga seorg freemason yg miliki harta berbillion,juga freemason yg gemar mempersenda sunah nabi..mengikut bawahan melayu yg sering merasa mereka ini bodo,mahathir merupakan wira Islam yg seringkali melawan yahudi.hanya mahathir seorg berani selepas bersara walaupun membayar jutaan dolar semata ingin bersalam dgn presiden us..
ReplyDeleteAnon 22.27 / 23.46 / 11.13 Buka mata, buka minda & buka hati. Kemudian berpijak di bumi yg nyata. Lihat sekeliling. Jangan menzalimi diri sendiri dgn kepalsuan & khayalan.
ReplyDeletekutti babu nak jadi dalang aka mastermind utk mnyusun hiraki pemerintahan negara ini. lebih2 lagi anaknda kutti pun sedang mengemaskan kedudukan untuk pegang kuasa negeri. duit peruntukkan untuk wayang politiknya dalam GE 13 ni lebih dari cukup...40B tak abih makan, hasil jual minyak anaknda pun masyukkk. lembu proksi bilioner ada 3, 4 ekor. melayu ketua tak boleh tolak arahannya, kacau kalu macai dia siap siaga dah. ala-ala Godfather gituuu. MELAYU betul tak makan rencana dia, UMNO yang makin hilang melayu-melayunya akan dijuarai melayu celup cap kutti je. ini kali lahhhh.... kabo ni ada lah daripada ahli UMNO yang tak pernah bayo yuran keahliannya tapi nama masih dalam senarai. perangai UMNO ni dah teruk sangat, teman takde ati dahhhh...
ReplyDeletePikir baik2: Mahadei anak murid Yahudi sejak 1968!
ReplyDeleteYahudi kan ker pandai berpolitik, bangga, pandai lagi hebat....betul kan
Pandai2 Yahudi, kini mereka sudah terkepong di belakang TABIR KONKRIT setinggi 30 meter!! Maka di situlah mereka akan terkambus satu hari nanti.
Mahadei terlebih pandai ker dari penasihat2 serta guru2 politik Yahudinya???
Boleh jawab anon 16:12 @ anon 17:26 @ anon 20:26 hari tu yang celaru...
hahahahahahah
Mahadet adalah tunggul kayu di tengah padang. Tiada dahan untuk berteduh, tiada manafaat hanya menyakitkan mata memandang. Nak harap reput, anai2 kurang berminat. Maka jadilah tunggul usang buat puak BN pacak bendera..mereputlah engkau Mahadet sipenjenayah terkutuk.
ReplyDeleteskandal banyak sangat. Da lama sangat memerintah. Skandal memali yg bunuh melayu tu spin jadi masalah tabung.. Macam la mahathir yg duk jaga balu2 dan anak-anak yatim angkara memali.. ISA pon angkara org yg sama.. Makhluk macam ni memang patut Allah panjangkan umur dia macam yg sekor lagi duduk dalam alam ghaib.
ReplyDeleteSi Mahathir ini amat sibuk dengan urusan duniawinya dari dahulu lagi, dan mungkin sampai ke akhir hayatnya. Cintanya kepada dunia begitu menonjol sekali !
ReplyDeleteMelayu-melayu, khususnya Melayu UMNO tersangat kagum dengan kehebatannya hingga menganggapnya sebagai saorang manusia yang amat bijak.
Akan tetapi bila merenung kembali apa yang dipesan oleh Rasullullah, ternyata sekali bahawa Mahathir ini amatlah sangat kurang bijaknya dan amat banyak ruginya pula.
Dia tertipu dengan dunia dan juga sekelian yang mengaguminya.
Ingatlah :
"Yang paling bijak di antara kamu adalah yang paling banyak mengingati mati !!!" sabda Rasulullah.
Semuga kita semua mendapat kesedaran daripada pesan Rasulullah tersebut dan semuga Allah memberi petunjuk juga kepadanya. Ameen.