18 April 2013

Nampaknya PAS sudah menang satu kerusi DUN sebelum penamaan calon

Benarkah calon-calon BN itu merupakan calon yang dikehendaki rakyat setempat dan ‘winnable’? Siapa yang menentukan mereka itu ‘winnable’ atau tidak ‘winnable’? Kalau benar mereka dipilih daripada mereka yang ‘winnable’, kenapa banyak penolakan terhadap calon-calon mereka sejak pengumuman senarai calon tiga hari yang lepas?

Seandainya perisikan untuk mencari calon yang ‘winnable’ itu benar-benar tepat kenapa calon DUN Johol di Kuala Pilah ditolak mentah-mentah malam tadi oleh orang-orang UMNO dan BN sendiri? Calon yang telah dipilih oleh BN, Ustaz Fadzil Kasim ditolak ramai-ramai oleh orang-orang UMNO sendiri sehinggakan Ustaz ini terpaksa dikawal oleh polis semasa hendak pergi ke kereta beliau?

Dulu, penyokong UMNO membaling telur dan batu terhadap pemimpin Pakatan Rakyat apabila berada di tempat ceramah di banyak tempat di dalam negara ini, sekarang mereka melakukan perkara yang sama terhadap calon ‘winnable’ sendiri. Apa sudah jadi? Sekarang di banyak kawasan sering berlaku ahli-ahli UMNO dan BN berdemonstrasi dengan sepanduk-sepanduk menolak calon-calon yang dipilih oleh parti.

Presiden UMNO selalu menyebut yang calon BN kali ini adalah di kalangan mereka yang diterima rakyat tetapi keadaan sebenar yang berlaku adalah sebaliknya. Dulu-dulu memang biasa calon yang dipilih pimpinan itu ditolak tetapi tidak pula sampai calon itu ditolak oleh ahli partinya sendiri sehingga terpaksa dikawal oleh Polis?

Insiden seperti ini berlaku di mana-mana sejak dua hari yang lepas. Ia berlaku di Selangor, Perak dan Kedah sehinggakan banyak bilik gerakan BN terpaksa ditutup. Bagaimana BN boleh mengaku yang UMNO akan kembali memerintah Selangor sedangkan bilik gerakan yang ada terpaksa ditutup? Keadaan ini boleh diibaratkan seperti 'pesawat yang terhempas sebelum berlepas'?

Apa yang berlaku di Johol itu adalah disebabkan calon-calon UMNO dipenuhi oleh orang-orang Mohammad Hasan sahaja. Mohamad Hasan nampaknya tidak ‘magnanimous’ sebagai pemimpin negeri. Beliau sedang berlawanan dengan kehendak rakyat. Insiden di Johol ini merupakan manifestasi rakyat NS terhadap Menteri Besarnya. Orang ramai selalu kata, "Mat Hasan ni sombong tak tontu di aghah. Hidung eh kek dahi."

Dulu kita di Negeri Sembilan anggap Mohammad ini adalah seorang pemimpin yang datang dari langit tetapi apa yang berlaku sekarang menunjukkan beliau hanya hendak cenderung untuk memilih kelompok beliau sahaja. Pucuk pimpinan negeri yang hebat sepatutnya telus dan berani menurunkan calon-calon yang lebih canggih dari beliau sendiri.

Oleh itu ramai menelefon saya yang PAS DUN Johol hampir pasti memenangi satu kerusi sebelum pun pilihanraya itu diadakan. Kalau begitu keadaannya DUN Johol ini akan diwakili oleh Ustaz Norazman Mohamad yang diterima ramai bukan sahaja oleh ahli-ahli PAS tetapi juga oleh rakyat yang ramai.

Maka calon PAS lah yang lebih ‘winnable’ di Johol itu bukannya calon Menteri Besar Mohammad Hasan. Sesungguhnya Ustaz Fathil itu adalah calon Mohammad Hasan, bukannya calon UMNO/BN.

Kalau saya berada di tempat Ustaz Fathil, saya akan pergi berjumpa Mohammad Hasan dan berkata, “Tok Mat, den tak nak lah jadi calon Johol ni, sobab den ditolak rakyat. Macam mano nak jadi wakil rakyat?”

Keadaan ini bukan sahaja berlaku di DUN Johol, tetapi berlaku juga di DUN Juasseh dan Seri Menanti. Dalam keadaan terdesak seperti ini, Mohammad masih hendak berpuak-puak. Kalau Mohammad masih ada sisek kepimpinan beliau perlu menukar calon-calon Juasseh dan Seri Menanti itu. Masih ada masa untuk membetulkan keadaan.

Kasih Mohammad ini bertompok-tompok, bencinya merata-rata. Mohammad telah memecah-belahkan semua Bahagian UMNO di Negeri Sembilan. Itulah yang akan terjadi jika politik negeri diserahkan kepada ‘political novice’ seperti Mohammad Hasan ini.

Bagi Pakatan Rakyat, pandai-pandailah mendekati rakyat. Jangan pulak berlaku seperti yang berlaku di dalam UMNO. Saya mengingati PR kerana dalam PR sendiri terutamanya dalam PKR, ada unsur-unsur ini wujud.

Jangan bersikap angkuh hanya kerana sudah nampak peluang untuk mendapat mandat itu agak cerah. PKR wajar belajar dari kesilapan UMNO dan BN. 'Jangan buangkan air di tempayan terlalu cepat. Tunggu hujan turun dulu. Kalau hendak menembak pelanduk, jangan bersorak dahulu sebelum menembak. Nanti pelanduk itu akan lari sebelum sempat menembaknya'.

Setahun dua dahulu saya selalu membayangkan yang ratusan ribu ahli-ahli UMNO akan keluar parti melalui peti-peti undi dalam PRU13 ini. Nampaknya seperti biasa telahan saya itu tidak meleset.

Melakukan telahan yang tepat dalam isu ini tidak perlu mempunyai Phd atau Doctorate dalam kejuruteraan seperti taraf pelajaran calon-calon BN yang diumumkan oleh Najib itu.

25 comments:

  1. Apo yang berlaku kek Johol itu adalah bukti cakap tak selupa mikin.Senarai calun umno ns jelas menunjukan somuonya bermasaalah yang dipalitkan berbagai penyakit dunio yang memalukan . For nothing Saiful dimalukan dan mat hasanlah yang wajib dipersalahkan kerana masih ego tak faham2 kehendak rakyat dan pemimpin.Us Norazman ni disukai ramai disoromban ni dan den nampak dio tu ikhlas yang tak ado apo2 kopontingan selain mahu melihat kebaikan .Den bolun jumpo orang umno marah kek us norazman disoromban ni tapi orang marah kek mat hasan bokopok2.Den cadangkan eloklah Saiful tarik diri daripada dihina dan diperlekehkan olih orang umno sendiri .Keadaan yang samo berlaku diTerengganu dimano sahabat den tu tak ambil watikah kerano senarai calun bertanding semuonya orang MB dan dimaklumkan petang somalam umno dah berpecah topi den kato torongganu tak apo korano molayu dan islam ...Apo yang berlaku diJohol tu elok dibersihkan melalui mengalahkan umno supayo sampai mampuih mat hasan tak lupo angkaro diolah umno kalah.Yang marah mat hasan ni bukan pembangkang totapi semuonya orang umno jadi kalau ni dah berlaku untuk kebaikan ummah eloklah Saiful tarik diri biarkan mat hasan solosaikan masaalah yang dio songajo buek tu...Orang yang dogih ni kono ajar cukup kalau tak dio takkan insaf sampai mati....Allah hu akbar

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Memang ada tentangan terhadap BN, tapi tentangan tersebut adalah daripada pengikut yang kecewa Boss mereka tidak terpilih sebagai calon..
    Realitinya, apabila hari mengundi, majoriti pengundi kawasan tersebut masih akan mengundi BN..
    Itulah hakikatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Itulah hakikatnya" tu kata2 selepas 5 Mei. Skrg Be End sdg berangan2 menang sbb tengok byk sgt poster/lambang dacing. Org yg fikir "materialistic" shj yg fikir bagitu tapi tidak org berilmu dgn "facts & figures" dgn tengok ehwal rskyat Msia

      Delete

  3. Eloklah tu. Berikan PAS pula peluang
    di Johol tu.

    umno melekai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Sarawak pun PKR sudah pasti memenagi dua kerusi Parlimen iaitu Parlimen Batang Lupar dan Saratok.Dua calun yang di ketengah adalah Calun Bermasalah dan BUKAN CALUN YANG DI SUKAI RAKYAT .ROHANI DAN MAWAN ADALAH LIABILITI BESAR BN SARAWAK DAN HIDUP PAKATAN HARAPAN RAKYAT.

      Delete
  4. sdr AA tahniah!, satu pandangan dan kupasan yang menarik untuk dinilai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. .....memang satu kupasan yg menarik utk orang-orang yg tdk mengunakan akal mereka, syabas!

      Delete
  5. Najib buat pemandu dan KPI. KOS BERJUTA2. TUJUAN NYA NAK UKUR PRESTASI wakil rakyat. tapi wakil rakyat yg tak berprestasi maseh bertanding. petanda bn akan LINGKUP.

    ReplyDelete
  6. Melayu Nogoghi dengan Melayu Melaka ni lain sikit ketotokan mereka terhadap UMNO. Marah macam mana pun akhirnya hari mengundi pangkah BN juga....Bukan tak boleh berubah....cuma lambat sikit jer....

    ReplyDelete


  7. Mat Hasan ini memang kaduk naik junjung lagak eh. Sumo oghang bangang. Exco eh dio cakap bangang, sumo bodoh. Dio ajo yang pandai. Dio dah raso gah dek dio beduit dan kayo-rayo. Kita kek Rantau kona keluargo dio ni. Kaki chong gak Mat MB ni

    ReplyDelete
  8. tak po. ese yg akan bertanding kek situ nanti. tunggu penamaan calun.

    ReplyDelete
  9. Calon Adun Lenggeng pun x ponah nampak muko..Duk kt Melako konon x nk org dtg jpo dio..Alasan nk tumpu buisness..Klu naik jd YB nti jgn laghi pulak bilo org2 buisness nk pungut hutang Yoo...
    Syo ghaso BN akan Kalah di N9 andai mukrifah esey tidak bersalahan dgn Taqlid Allah krn dlm 2 tahun kebelakangan ni,Exco N9 terbabit dlm memecahbelahkan Jemaah Tarekat Ahmadiyah di Pondok Rasah sehingga kini terpecah kpd 2 kem..Ini berlaku gara2 ado kepalo otak yg gatal2 nk mohon peruntukan dari kerajaan Negeri utk membuka Pusat Tarekat di Rasah..Lalu kesempatan ini diambil Oleh Exco utk menyingkirkan Org kanan Tarekat berkenaan yg lantang mengkritik kerajaan sblm ini sebagai balasan dari bantuan kewangan mereka..
    Ini menyebabkan org2 awam merasa resah krn tempat mereka berpaut dlm agama digegerkan dgn krisis dalaman dlm gerakan tarekat..
    Aemoga Alla s.w.t membalas pengkhianat2 agama ini dengan menjatuhkan mereka kelak..

    ReplyDelete

  10. Whoever wins, change is only REAL and MEANINGFUL when politicians/leaders fully understand that the ORDINARY PEOPLE are TUAN/BOSS!

    This will not happen overnight but the ordinary people must know their rights and exercise it like a TUAN/BOSS.

    ReplyDelete
  11. Ustaz fadhil tarik diri....jadi penyokong ustaz fadhil dah pasti akan beri undi kat pas....kita kena ingat...ustaz fadhil tu ramai saudara mara eh....itu tak kira anak anak murid bapanya iaitu lebaai kassim....nak tau lagi calon pas..ustaz azman..pangkat anak buah dia....cuba congak berapa undi lari kat pas...dalam kata lain umno kena kerja kuat....dan kita tak tau sape pengganti ustaz padil....adakah pengganti ikut kehendak pengundi....silap silap ustaz azman menang tak bertanding....kita org umno sama sama cari penyelesaian...


    ReplyDelete
  12. Hakikatnya,
    UMNO memang sudah mempunyai syndrome phobia yang tinggi. Yang musuh nampak macam sahabat, yang berjabat tangan hari-hari dan yang senyum sealalu dekat kita manakala yang jahat dan 'diftnah 'dalil akhir zaman' itulah yang sebenarnya menegakkan kebenaran dan sahabat sebenar. Eloklah saudara AA keluar dari UMNO. Takdelah'absorb' penyakit phobia yang merbahaya itu lagi. Mudah-mudahan djauhkan.

    ReplyDelete
  13. Apa yang penting sekarang ini mereka di sebelah PR jangan teruja berlebih sangat. Berlebih-lebih akan mudah tersungkur atau silap langkah.

    Benarkata bidalan, air dalam tempayan jangan dicurahkan dahulu.

    ReplyDelete
  14. Salam Dato,

    Dalam PKR pun samo jo tok. Contohnyo di DUN Kuang N13. Yang bertahun-tahun bekojo di ketopikan, yang cium tangan, berlago pipi terjun jadi calon. Harapan Rakyat sudah jadi Harapan Kroni. Demi Rakyat sudah jadi Demi kroni.

    ReplyDelete
  15. Pan, hang calunDAP kat mana?

    Ini kawan hang.

    Jawab ler.

    ReplyDelete
  16. datuk mat ajis, tak bertanding di parlimen sri gading, dio kat0 x pe... tapi bilo semak2, ruponyo bini dio yang bertanding cuma beralih kek dun,
    kata najib calon berpendidikan tinggi, tapi kalau srp pun tak lulus macam mano nak jadi calon.
    tulah... kan kroni2 sja yang dicalonkan......
    tulah juga sebabnya... sanggup boli ijazah, kerana nak sangat jadi calon.
    dunio,dunio.... sobab utamo si mat ni sokong najib habih... dan maleh nak sokong mohyudin.

    ReplyDelete
  17. Calon pilihan rakyat dgn calon pilihan pemimpin boleh kita kenal. Kalau BN atau PR cerdik mereka boleh mengesan melaui risikan rakyat. Kerana faktor calon adalah penentu kemenangan kali ini.

    ReplyDelete
  18. alah...... umno..... sok kono tabur duit.... golaplah mato masing2... protes konon, den dah kona bona perangai rang umno johol ni..terutamo orang ineh.. sumo lapar dut....

    ReplyDelete
  19. Saya ini separuh Johol dan separuh Johor. Syabas saya ucapkan kepada Mohd Fadzil Abu Kasim kerana enggan bersekongkol dengan parti yang bermottokan "SYAITAN YANG DI KENALI". Ini bukan den yang cakap tapi si Mamak dari Kerala.

    Saya juga telah mendapat berita dari hembusan sang bayu, siapa yang bakal di ketengah kan oleh parti dacing senget itu. Di harap kan insan yang bakal di pilih, kalau tidak suami mungkin isteri. Elok lah kalau insan insan ini menghayati ayat 113 surah HUD sebelum membuat keputusan, Kalau kurang faham dengan apa yang di maksud kan tanya kan lah kepada..... yang baru balik dari Masir tu. Sengsara di dunia masih boleh berikhtiar, di sana tiada tempat berlindung.

    Akhir sekali jangan lah di tentang cucu saudara kamu yang ingin menunjukkan jalan yang benar dan lurus.

    Den henya memberi nasehat aja. Itu terpulang lah kepada kau. Harap harap hembusan sang bayu tidak membawa perkhabaran yang benar.

    ReplyDelete
  20. Saya ini separuh Johol dan separuh Johor. Syabas saya ucapkan kepada Mohd Fadzil Abu Kasim kerana enggan bersekongkol dengan parti yang bermottokan "SYAITAN YANG DI KENALI". Ini bukan den yang cakap tapi si Mamak dari Kerala.

    Saya juga telah mendapat berita dari hembusan sang bayu, siapa yang bakal di ketengah kan oleh parti dacing senget itu. Di harap kan insan yang bakal di pilih, kalau tidak suami mungkin isteri. Elok lah kalau insan insan ini menghayati ayat 113 surah HUD sebelum membuat keputusan, Kalau kurang faham dengan apa yang di maksud kan tanya kan lah kepada..... yang baru balik dari Masir tu. Sengsara di dunia masih boleh berikhtiar, di sana tiada tempat berlindung.

    Akhir sekali jangan lah di tentang cucu saudara kamu yang ingin menunjukkan jalan yang benar dan lurus.

    Den henya memberi nasehat aja. Itu terpulang lah kepada kau. Harap harap hembusan sang bayu tidak membawa perkhabaran yang benar.

    ReplyDelete