Dalil BN akan tewas terlalu
banyak. Kali ini kita sebut sebahagiannya sahaja. Yang paling menonjol ialah
tiga Presiden parti-parti dalam BN tidak bertanding, iaitu Chua Soi Lek dari
MCA, Peter Chin dari SUPP dan Koh Tsu Khoon dari Gerakan. Kita tidak perlu
bersusah payah untuk mencari jawapannya kerana kepada siapa yang memahami
keadaan sebenar di dalam BN itu mereka akan mudah mengetahuinya.
Sebenarnya BN itu hanyalah UMNO
dan saya telah menyebutnya setahun yang lalu. Pilihanraya kali ini adalah
di antara UMNO dengan Pakatan Rakyat kerana parti-parti dalam BN sudah boleh
dianggap tidak wujud lagi...MCA, Gerakan, MIC dan PPP boleh kita anggap hanya
tinggal pada namanya sahaja.
Parti-parti komponen dalam BN ini
hanya membebankan UMNO yang mempunyai masalah besarnya sendiri. UMNO sedang
berhadapan dengan krisis keyakinan dari orang Melayu yang paling ketara. Tetapi
dalam politik UMNO terpaksa juga mencari jalan untuk ‘survival’nya sendiri.
Tindakan UMNO mengambil kembali banyak kerusi yang sebelum ini diagihkan kepada
parti-parti komponen itu membuktikan yang UMNO sendiri menganggap rakan komponen mereka itu sebagai beban besar kepada BN.
Kawasan Kuantan dan Gerik telah
pasti kembali ketangan UMNO dan UMNO sedang berusaha mengambil kembali Gelang
Patah dan Wangsa Maju. Semuanya ini tidak sepatutnya dilakukan oleh UMNO jika
BN mengambil berat tentang setiakawanan dalam BN itu. Tetapi apa lagi yang UMNO
perlu lakukan jika tidak mengambil kembali kawasan ini? Pendeknya BN sedang
berhadapan masalah yang paling besar dalam sejarah kewujudannya. Mengambil kembali kerusi yang telah diagihkan kepada MCA dan Gerakan itu merupakan 'vote of no confindence' UMNO terhadap rakan komponennya sendiri.
Semuanya ini membuatkan rakyat
tidak lagi berkeyakinan kerana sesebuah parti atau ‘coalition’ yang bermasalah
sampai ke tahap ini secara ‘natural’nya akan tidak diyakini oleh rakyat yang
mengundi itu. Acapkali saya menyebut tentang isu ‘legitimacy’ dalam blog ini.
Ramai di antara pimpinan UMNO sendiri tidak mangambil kira isu ‘legitimacy’ ini
dengan serius. Mereka mengutamakan kedudukan sahaja dan mereka lakukan dengan
berbagai-bagai cara untuk menaiki tangga kepimpinan melalui cara dan kaedah
yang tidak menjamin ‘legitimacy’ itu.
Saya sudah lama menyedari yang
memilih Perdana Menteri secara ‘convention’ sekarang ini tidak memberikan
‘legitimacy’ terhadap kepimpinan negara. Seseorang Presiden UMNO itu secara automatik
menjadi PM yang diamalkan hari ini tidak lagi berkesan untuk kestabilan negara
ini dalam jangka panjang. Selama ini dengan otot yang ada pada seseorang PM
itu digunakan sepenuhnya untuk menguasai perwakilan UMNO yang tidak melebihi
daripada lima ribu
orang.
Seorang Presiden UMNO hanya
memerlukan undi 51% daripada lima
ribu orang ini untuk menjadi Perdana Menteri, iaitu lebih kurang 2,600 orang
sahaja. Oleh itu nasib negara hanya ditentukan oleh 2,600 orang Melayu yang
boleh dibeli dengan wang ringgit dan janji untuk jawatan-jawatan penting di dalam
kerajaan. Rakyat negara yang berjumlah hampir 30 juta orang ini tidak mempunyai
peranan untuk melakukan pemilihan terhadap seorang Perdana Menteri itu.
Itulah masalah hiliran politik
memilih Perdana Menteri secara ‘convention’ ini. Peruntukan perlembagaan untuk
memilih seorang Perdana Menteri secara betul itu ada tetapi tidak pernah
dilakukan. Dalam Perlembagaan kita, telah diperuntukan yang sesiapa di kalangan
ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti itulah yang sepatutnya menjadi
Perdana Menteri. Peruntukan itu ada tetapi tidak pernah terpakai dan dipakai. Perdana Menteri sekarang ini sesungguhnya tidak mempunyai 'legitimcy' yang kuat untuk mengaku sebagai PM pilihan rakyat.
Dalam keadaan terdesak sekarang
ini, UMNO telah menggunakan media massa
perdana untuk mencari kesalahan pihak pembangkang seperti orang mencari kutu.
Media massa dipergunakan untuk memberi ruang kepada orang yang tidak mempunyai ‘purity
of mind’ seperti memberikan ruang kepada Tunku Aziz, seorang ‘political novice’
yang telah meninggalkan DAP oleh kerana perselisihan peribadi yang kecil di dalam parti itu. Tunku Aziz telah memilih untuk melayani ego beliau yang besar dan tidak lagi bertindak seperti seorang yang kanan yang mempunyai 'wisdom' kepimpinan.
Tunku Aziz pula mengambil
kesempatan untuk membelasah DAP seolah-olah parti itu tidak pernah ada jasa
membawa beliau dikenali ramai seperti sekarang ini. UMNO menggunakan isu Tunku
Aziz untuk membelasah DAP sedangkan DAP tidak memberikan apa-apa reaksi
terhadap beliau kerana memberikan reaksi terhadap tuduhan Tunku Aziz itu adalah
tindakan yang membuang masa sahaja. Masalah beliau (Tunku Aziz) itu merupakan
masalah peribadi dan tidak ada kena-mengena dengan perjuangan parti.
Isu perkauman yang dimainkan oleh
Dr Mahathir sekarang ini adalah tanda-tanda dan dalil awal yang UMNO itu akan
gugur dalam pilihanraya ini. Kini rakyat mahukan perpaduan kaum dan tidak mahu
lagi hidup bermusuh-musuhan. Pilihanraya kali ini merupakan titik tolak untuk
penentuan samada ‘ultimate’ kita untuk mencapai perpaduan kaum itu tercapai.
Jika kita mendengar hasutan Dr
Mahathir maka kita akan menghadapi masalah perkauman yang berpanjangan. Jika
rakyat mengambil dan menerima nasihat pihak lain yang mengutamakan perpaduan
kaum dengan lebih tekun itu maka berbahagialah kita hidup dalam suasana muhibbah.
UMNO sudah tidak lagi mempunyai
nilai-nilai untuk kerukunan hidup bersama dalam masyarakat majmuk negara ini.
Mereka sanggup membeli hati rakyat degan berbagai-bagai cara dan membeli
pimpinan yang tidak stabil pemikiran seperti Tunku Aziz dan lain-lain lagi.
Hidup mereka sentiasa hendak bergaduh
dan tidak lagi tunduk kepada tuntutan agama dan adat yang sentiasa melarang
kita bergaduh sesama sendiri. Kali ini, kita lakukan apa yang perlu dalam
pilihanraya yang akan sampai hanya beberapa hari sahaja lagi.
Pastikan permuafakatan di antara
kaum ini kita perkayakan dan tidak lagi terkongkong dengan ‘communal politics’
yang tidak berpenghujungan itu.
Pilihlah di antara kemahuan UMNO dengan kemahuan rakyat.
Pilihlah di antara kemahuan UMNO dengan kemahuan rakyat.
Jangan hairan jika DAP diarah bubar sementara, baru betul PR lawan UMNO
ReplyDeletebenar sekali tiada ragu-ragu lagi! umno-apco-bn melawan rakyat ! ABU saja penyelamat negara !
ReplyDelete"Majoriti Rakyat" tetap menyokong & bersama UMNO / BN. Kecuali yg enggan berpijak di bumi yg nyata.
Delete"Majoriti Rakyat" tu termasuk pengundi hantu dan pendatang tanpa izin ke?
DeleteAsalkan Bukan Umno!
ReplyDeletewLAU BAGAIMANA PUN KITA TERUSKAN USAHA DAN BERDOA.SEGALA APA YANG BERLAKU KITA KETEPIKAN DULU, YANG PENTING KITA ATUR STRATIGI DAN KEKUATAN KITA. USAH DIJADIKAN KELEMAHAN ORANG ASAS KEJAYAAN KITA... TAPI JADILAH IA SEMPADAN AGAR KITA DIAMBANG KEJAYAAN TIDAK TERIKUT KERENAH MEREKA..
ReplyDeletemaknanya selama ini BN itu bapak umno puny la..ABU..
ReplyDelete
ReplyDeleteAA, please admit the fact that ostracizing your name from the candidature list means DAP is not what it portrays to be. That's it.
Lee Leong, Nusajaya
ReplyDeleteBro Lee Leong, I m sure AA knows what he is doing. I trust him and let see how. We just follow te way he moves.
Lary
ReplyDeletemasih ada masa untuk menentukan hala tujuan politik negara semasa pilihanraya ini.
masaalah utama umno adalah kepimpinan jadi pemimpin yang yang utama ditukarkan untuk selesaikan masaalah.The most problematic pemimpin ialah yang tertinggi sekali jadi jika ditukar ,diganti yang bawahan ianya tidak memberi apa2 kesan dan masaalah masih ada dan mungkin bertambah.Rakyat tetap tak berganjak bahawa umno tak serius kerana tak mahu terima kenyataan sebenar bahawa yang banyak melakukan kesalahan ialah pemimpin atasan mengapa nak salahkan ketua cawangan misalnya..Pemimpin yang buat keputusan bukannya orang bawahan tetapi bila ada masaalah penyokonlah dipersalahkan.Dalam kes NFC dan scorpene semuanya diputuskan olih pemimpin atasan jadi mengapa orang bawahan dibelasah .Altantuya dibunuh apa kena mengena dengan pemimpin umno bawahan sedangkan umum tahu ianya adalah berkaitan pemimpin atasan .Jadi apa yang umno buat sekarang giving wrong answer to a correct problems jadi bolih menang ke ...my six sense tell me umno will collapse this ge13...
ReplyDeleteSeorang Presiden UMNO hanya memerlukan undi 51% daripada lima ribu orang ini untuk menjadi Perdana Menteri, iaitu lebih kurang 2,600 orang sahaja...mahadey telah lama mengetaui perkara diatas..
ReplyDeletesebab itu mahadey kembangkan umno disabah..supaya mahadey kekal beerkuasa..org umno ptut sedar penipuan mahadey...mahadey seorang pengkhianat yg paling jahat...
Harap AA akan dicalonkan untuk bertanding di PRU13
ReplyDeleteTuan Aspan bertanding ke? Which constituency?
ReplyDeleteTak sabar nak dengar pengumuman.
Singer Aishah is contesting in Jempol.
Why not you who is more experienced and politically savvy?
Harap tuan aa dapat jadi salah seorang ahli parlimen. DAP jgn tamak macam umno pulak. Tunjukan kali ini perpaduan kaum berlaku di luar BN.
ReplyDeleteTsunami PRU 12 tidak akan berulang pd PRU 13 kali ini. UMNO / BN telah pulih dari gejala yg berlaku pd PRU 12 dahulu & kali in Pakatan Rakyat pula menghadapi gejala spt. nepotisme dlm PKR DAP & PAS, salah guna kuasa dlm DAP, pemimpin yg sudah terlalu tua tapi masih berdegil utk terus memegang jawatan termasuk kes kerendahan moral pemimpin yg mengamal & menyokong LBGT, faktor Anwar yg sudah tdk popular lagi, termasuk pelbagai gejala yg negatif yg lain. Semua gejala yg melanda PR ini akan menyebabkan tsunami PRU 13 akan memihak kpd UMNO / BN.
ReplyDeleteAbang ni silap banyak daaaa....
ReplyDeleteUMNO (baru) tak sama dgn UMNO yang tertubuh pada tahun 1946 tu.
DAN
UMNO (baru) adalah HANYA Mahdei & Sons + berghaim ahlee + Zul 9/10 + Assan ahlee + Jahren + Rahim Tambi + Rahim noor
Yang lelain termasuk Najib adalah budak2 suruhan mereka jer.
Majoriti orang Melayu dah sedar kerja pemimpin UMNO ialah memperbodohkan orang Melayu je. Dah berpuluh tahun kena bodoh pun tak sedar ke? Yang tinggal dalam UMNO hanya orang Melayu yang sanggup memperbodohkan sesama orang Melayu untuk mendapat kuasa, harta dan pangkat.
ReplyDelete17 April 2013 03:13:00 GMT+08:00
ReplyDeleteMemang betul...
Rakyat sedar mereka dibuaikan oleh UmNo,ketika itu tiada pilihan yang terbaik,Allah telah mengukir segalanya terjadi,sejak 1988 wadah perjuangan telah berubah,rakyat telah berani melaung , berdemo disekitar jalan,Nah pRU 13 ini menentukan segalanya.
ReplyDeleteSetuju,klu dulu tunggul bertulis umNo pun
ReplyDeleteorang takut,tapi. Tidak arini