28 April 2013

UMNO patut melakukan introspeksi diri sendiri

Dr Mahathir telah pergi ke Putrajaya untuk membantu calon BN Tengku Adnan dengan membidas Husam Musa dan PAS. Bekas Perdana Menteri ini tidak duduk senang dan beliau hari ini kabarnya akan ke Kelantan untuk membantu Ibrahim Ali, calon bebas Pasir Mas di sana.

Dr Mahathir telah pergi ke Putrajaya membantu calon BN sehari selepas Putrajaya didatangi oleh puluhan ribu manusia untuk bersama Tok Guru Nik Aziz dalam lawatan Mursyidul Am PAS itu ke Putrajaya dua hari lepas. Berbeza dengan kehadiran Dr Mahathir, TGNA tidak bercakap banyak dengan liputan media massa perdana. Tetapi kehadiran beliau sahaja sudah cukup untuk menjadikan UMNO lebih-lebih lagi Dr Mahathir ‘makan tak kenyang, mandi pun tak basah’.

Mahathir membidas Husam Musa, calon PAS di Putrajaya dan menganggap Husam bukan lawannya untuk berdebat kerana beliau lebih tua daripada Husam yang beliau anggap seperti kanak-kanak sahaja. Tetapi jika benar Husam itu masih budak jika dibandingkan dengan beliau, tidak ada sebab Dr Mahathir merasa takut dengan kehadiran Husam sebagai calon di Putrajaya itu. Mahathir tidak perlu membidas beliau (Husam) dan seterusnya datang ke Putrajaya untuk berkempen melawan Husam itu.

Mahathir perlu bertanya kenapa TGNA mendapat sambutan sebegitu rupa sedangkan pemimpin UMNO yang telah memerintah yang sepatutnya lebih mampu mempengaruhi orang ramai tidak mendapat sambutan seperti TGNA itu? Adakah UMNO menganggap orang ramai itu bodoh dan tidak siuman dengan menyambut TGNA dengan begitu meriah sekali?

Keadaan sebegini mesti bersebab dan sebabnya itulah yang pimpinan BN tidak dapat kefahaman kenapa TGNA telah menjadi ikutan ramai. Sikap orang ramai membelakangkan pihak yang memerintah itu bukannya berlaku tanpa sebab. Ingat, kedatangan pimpinan PAS itu disambut oleh orang ramai tanpa diangkut oleh bas-bas yang diuruskan oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan seperti yang dilakukan oleh UMNO dan BN itu.

PAS tidak perlu membawa palajar-palajar UiTM dengan membayar seratus ringgit seorang seperti yang dilakukan oleh UMNO untuk menampakkan kemeriahan lawatan pimpinan BN dalam lawatan-lawatannya ke mana-mana. Kehadiran TGNA di Putrajaya Jumaat lepas tidak disediakan dengan nasi bungkus atau karipap-karipap tebal. Mereka datang dengan sukarela dan berbelanja sendiri.

Kalau begitulah keadaannya, UMNO dan pemimpin-pemimpin mereka sepatutnya menumpukan tenaga mereka untuk bertanya kepada diri sendiri, kenapa BN dan UMNO tidak mendapat sambutan secara sukarela seperti yang dialami oleh PAS? Sebabnya mesti ada kepada UMNO dan pimpinan mereka sendiri.

Jawapannya sememangnya ada kepada UMNO sendiri, tetapi hanya UMNO tidak mahu atau tidak tahu yang kelemahan mereka di mata rakyat ramai itu terlalu jelas tanpa disedari oleh pimpinan UMNO itu sendiri. Mereka (UMNO) hanya menumpukan masa untuk membidas pimpinan seperti TGNA terus menerus tetapi bidasan mereka itu tidak juga mampu juga melemahkan sokongan terhadap kepimpinan seperti TGNA ini.

UMNO khususnya Dr Mahathir, tidak usah bersusah-payah membidas orang itu dan orang ini untuk mendapatkan sambutan ramai. UMNO sudah terlalu kesempitan masa untuk membetulkan keadaan serta kelemahan mereka. Lagipun sampai ke saat ini pun UMNO belum lagi mendapatkan sebab kenapa pimpinan PAS seperti TGNA kian hari kian kuat.

Dr Mahathir yang telah mengaku berjasa kepada negara masih terkial-kial untuk mendapat perhatian rakyat. Sesungguhnya Dr Mahathir dan pimpinan UMNO yang lain melakukan introspeksi terhadap mereka sendiri.

Kajilah kenapa lawatan Mahathir tidak mendapat sambutan sedang kedatangan TGNA ke Putrajaya disambut oleh puluhan ribu manusia berbilang kaum itu tanpa dipunggah dengan ratusan bas-bas atau nasi bungkus dan karipap-karipap tebal itu.

11 comments:

  1. Hati manusia itu dibawah kawalan Allah swt bukan BN, bukan Madey, bukan Pas dan bukan selain Allah yg Maha segala2nya. Apa yg berlaku sekarang rakyat menolak yg bathil yg didokong oleh BN adalah rahmat Allah swt kpd negara ini kerana Allah swt menghendakkan kita kembali kpd yg hak, kerana sudah menjadi ketentuan Dia bahawa hak akan melenyapkan bathil. Sama2lah kita bermunajat agar tertegaknya hak selepas 5 Mei nanti kerana Allah azzawajalla suka perkara itu berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah s.w.t telah menegakkan yg hak sejak sejak UMNO/BN berjaya berunding dgn pihak British utk kemerdekaan Tanah Melayu hingga sekarang. Bukalah mata besar- besar utk melihat kenyataan ini & buka juga seluas mungkin akal fikiran utk memahami sebab ia berlaku & selami hati sedalam-dalamnya utk sedar akan petunjuk serta kuasa Allah s.w.t yg terbentang luas utk berpijak di bumi yg nyata.

      Delete
  2. Diperhatikan ceramah Ustaz Azhar Idrus mendapat sambutan lebih besar daripada ceramah Tun Dr M. Ustaz Azhar satu padang bola manakala Tun Dr M ceramah di bawah kanopi. Walaupun yang datang ceramah UAI tu ramai orang luar. Tak perlu belajar tinggi2 nak buat analisa sambutan orang ramai terhadap sesuatu ceramah atau himpunan. Tu yang Tun Dr M takut sangat2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ....yg datang mendengar ostat Azhar berceramah adalah dari golongan manusia yg menganut ajaran nenek moyang yg sgt takut dosa & gerun neraka tetapi langsung tdk takut pd Allah s.w.t. Tanya Pak Aspan klu tak percaya.

      Delete
  3. Tun M tu takut sebab apa ye?..sepatutnya dia dah boleh rehat je dan tak perlu susah payah nak tolong kempen. Tu lah kalau dah nak menyibuk sgt, org pun dah nyampah kat dia..kah3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, orang dah amat menyampah tgk orang tua-tua yg dah sakit-sakit pun masih tak sedar diri masih nak bertanding dlm PRU 13. Demikianlah siksaan Allah s.w.t terhadap manusia yg memutar-belitkan ayat-ayat Quran demi sedikit undi. Manusia spt ini pun Pak Aspan sokong & masih degil utk menyokong. Maka, terimalah padahnya kelak & jgn kata tiada siapa yg cuba memberi peringatan.

      Delete
  4. Tiada manusia yg boleh berkuasa selama-lamanya melainkan ALLAH SWT. Banyak pemimpin dimuka bumi ini telah jatuh dengan dengan keji kerana mengkhianati rakyat mereka sendiri. Kita tunggu sahajalah KUN FAYAKUN yang termaktub di kitab suci AL-QURAN. Akan tiba juga akhirnya nanti, mungkin pada 6 mei 2013 atau pru14, atau pru15. Rakyat akan menghakimi mereka ini, InsyaALLAH. Selagi tamadun peradaban bangsa melayu belum matang, selagi itulah pemimpin yang tahu mengambil peluang akan mengunakan peluang ini untuk mempermainkan umat melayu. Tunggulah, sekiranya kecerdikan keseluruhan umat melayu mencapai tahap tertinggi, pemimpin-pemimpin ini akan dihumban jauh-jauh dari menjadi pemimpin. Tapi, sebagai muslim yang baik dan bertakwa kepada ALLAH SWT, kita disuruh mendoakan supaya semua muslimin dan muslimat yang ada di muka bumi ini atau yang telah meninggal dunia diampunkan dosa-dosa mereka. Sesungguhnya ALLAH SWT itu maha pengampun.

    MS

    ReplyDelete
  5. Memang ada perbezaan besar antara ramainya orang yang rela datang dan ramainya orang yang dipaksa datang!

    ReplyDelete

  6. Tok Guru dan Husam Musa diserang di Putrajaya

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=0va1sC1173s

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Py5Asa3o6ns

    ReplyDelete
  7. mmg jelas dan nyata madey ni gelabah, jd kaya raya pn hidup x senang sisa2 hidupnya dihabiskan kesana kemari menghasut memfitnah membohong demi menyelamatkan diri dn anak2nya,dosa2nya kpd rakyat malaysia menghantui hari tuanya

    ReplyDelete
  8. Anon 22:44, 22:49 & 22:58

    Ini sah2 macai yg x dapat terima hakikat kebangkitan & kesedaran rakyat yg bangun & mahukan pembentukan sebuah kerajaan baru yg ditunjangi Pakatan Rakyat. Amat jelas penerimaan majoriti rakyat di sana sini terhadap Pakatan Rakyat semakin hari semakin meningkat.

    Bak kata Ku Li, "Kekalahan adalah lebih baik buat BN.." Ya..itu yang kami anak2 muda mahukan..bukan mahukan BN terhapus sama sekali,tetapi mahukan BN yg kononnya 'UNDEFEATED' merasai bagaimana menjadi pembangkang & bagaimana utk memperbetulkan segala kebejatan yg telah dicorak didalam politik negara serta bangkit & sedar bahawa amanah rakyat usahlah harus dipersia2kan dengan segala pengkhianatan terhadap khazanah negara..

    Kembalikan Hak Rakyat Kepada Rakyat...

    ReplyDelete