14 May 2013

'Daripada bangkung biarlah nangka', Najib tak payah diganti

Pandangan Saifuddin Abdullah, Ahli Majlis Tertinggi UMNO agar UMNO tidak berputus asa dengan pengundi Cina itu ada kewajarannya. Sebagai sebuah parti yang sedang mentadbir negara walaupun kekurangan kerusi yang dimenangi oleh parti-parti komponennya ia memerlukan undi semua rakyat Malaysia. Itulah sebabnya selalu saya perkatakan yang UMNO perlu merubah segala keterampilannya terhadap rakyat.

‘Taste’ atau citarasa rakyat sudah jauh berubah dan begitu tinggi. Hanya UMNO selama ini tidak mahu bersama berubah mengikut perkembangan dan kehendak pemikiran rakyat yang sudah berubah pesat mengikut zaman dan keadaan dunia sekarang ini. Pucuk pimpinan UMNO masih lagi kaku, tidak berani berubah dan takut pula dengan ‘warlords’ yang berkepentingan peribadi besar dalam politik dan perniagaan semasa.

Jika Najib telah dipersalahkan oleh setengah pimpinan dalam UMNO itu, ia adalah digerakkan oleh kumpulan yang sedang menunggu giliran untuk mengambil kuasa parti itu bagi menaiki satu pihak yang sama-sama tidak berwibawa. Semuanya itu adalah ‘politicking’ yang sudah menjadi budaya dan tidak susah untuk mengetahui sebabnya.

Sesungguhnya rakyat dan kebetulan ramai dikalangannya dari kaum Cina mahukan kerajaan yang bersih dan amanah. Kaum Cina sudah merasakan budaya ‘rent seeking’ yang sudah menjadi tabiat penyokong UMNO sejak tiga puluh tahun dahulu akhirnya dibenci oleh masyarakat bandar dan separa bandar yang diduduki oleh semua kaum. Mereka adalah dari gulungan yang memahami keadaan negara kerana saringan informasi yang pesat sekarang ini.

Rasuah sudah menjadikan kos mereka yang berniaga terlalu tinggi kerana terlalu banyak kos terselindung kerana budaya rasuah yang menggunung dalam kerajaan BN dukungan UMNO itu. Itulah sebabnya imej rasuah UMNO itu menjadi masalah besar kerana stigma rasuah yang melekat kepada UMNO itu tidak boleh lagi ditanggalkan.

Sesiapa sahaja pilihan untuk menggantikan Najib dikalangan Majlis Tertinggi itu adalah pilihan yang sangat tidak betul  Jika pilihan untuk menggantikan Najib itu datangnya dari mereka yang berada dalam Majlis Tertinggi itu, elok dari sekarang kita berikan keputusan kepada pilihanraya yang ke 14 nanti, iaitu UMNO dan BN akan lenyap terus dari politik tanah air ini.

Kalau begitu, bak kata pepatah ‘daripada bangkung biarlah nangka’, kalau nangka dapat juga bau nya sikit-sikit. Dari Muhyiddin biarlah Najib untuk terus berusaha memperbaiki UMNO ini jika di izin Tuhan untuk terjumpa kebaikan. Jika tidak terjumpa kebaikan sememangnya sudah giliran Pakatan Rakyat lah untuk mentadbir negara ini.

Tetapi benarkah keluarga UMNO yang besar ini tidak dapat memberikan pilihan kepada orang yang tidak berada dalam Majlis Tertinggi UMNO itu? Apa yang dikehendaki oleh kaum pengundi samada di bandar atau di luar bandar ialah untuk melihat pucuk pimpinan UMNO berupaya untuk membayangkan yang parti itu masih ada manusia yang dihormati dan diyakini oleh rakyat ramai.

Masalahnya UMNO sudah terlalu jauh ketinggalan dalam pembinaan dan memahami pemikiran rakyat yang sudah berkembang itu. PM Najib mesti faham dan mengakui ‘persepsi’ baik rakyat terhadap usaha beliau untuk kebaikan itu mesti jelas. Politik ini adalah ‘game of perception’ dan kita kena akui hakikat itu.

Pembentukan barisan Jemaah Menteri nanti mesti tunjukkan kelainan. Jika ada seorang dua yang berpengalaman dan dihormati semua kaum, ia akan melonjakkan keyakinan sedikit terhadap Najib kerana ia melambangkan keberanian dan kejujuran beliau untuk melakukan perubahan  Dengan sekali gus Najib akan berjaya mengalih dan menganjak sedikit rakyat ramai dari kegelisahan kepada keadaan yang lebih meyakinkan mereka.

Jika PM Najib mengumumkan nama-nama yang telah tercemar dengan serta merta rakyat akan membuat tanggapan yang PM Najib tidak mampu membawa perubahan kepada imej UMNO itu. Selari dengan itu juga rakyat akan bertanggapan yang UMNO masih dengan cara lamanya yang terbukti tidak lagi diyakini rakyat sejak beberapa lama dahulu.

Sesungguhnya Najib mempunyai peluang untuk melonjakkan imej beliau dan keyakinan terhadap kepimpinannya dari yang terendah kepada yang tinggi jika keberanian ada kepada beliau.

Walau bagaimana pun kita tidak ada keupayaan untuk memaksa Najib untuk berbuat apa-apa. Keadaan sekarang begini…..terpulang kepada beliau untuk menentukan nasib partinya dan nasib beliau sendiri.

Kita hanya setakat memberikan pandangan sahaja. Beliau mempunyai penasihat atau ‘punai sihat’ yang lebih ramai lagi yang sentiasa bersama beliau setiap waktu dan masa. PM Najib mempunyai nasib sabut atau batu.

Jika nasibnya sabut, timbullah beliau. Tetapi jika nasibnya  batu,  tenggelamlah beliau dan dari saat itu UMNO boleh mula mengira hari untuk mati terus dalam politik tanah air kita ini.

15 comments:

  1. salam pak aspan ,

    umno tak pernah berubah & belajar dari kesilapan mereka . saranan saifuddin abdullah akan dipandang sepi oleh mereka yang berkepentingan.jika umno ingin 'merebut'kembali undi org cina mereka terlebih dahulu patut hentikan sentiment2 perkauman dari ngo2 pro kerajaan & suratkhabar mereka.

    jika perkara ini tidak dihentikan ,pru yang akan dtg umno,mca,mic & parti bersekutu dgn mereka akan mengalami kepupusan

    ReplyDelete
  2. Dato pan sudah kedengaran bahagian2 umno akan menjatuhkan najib angka skrg sudah 30 kita nak ckp apa inilah cara umno tadbir parti,mereka tidak rasa gawat dgn sikap pengundi baru yg tidak bersama mereka.provokasi rasis d mainkan utk dpt simpati org melayu pr,ini tidak bertanggunjawab pada rakyat sendiri.kalau dulu venakular lah yg terbaik utk rakyat bkn melayu dpt pendidikan slps pru inilah sistem terburuk malah minta d hapuskan..adilkah ini.saban hari rakyat melayu d provoc utk membenci cina,umno lah yg sebenarnya meniup api perkauman utk dpt undi melayu pru 14 nanti betapa jahatnya umno yg cipta isu yg mengelisahkan hati rakyat msia

    ReplyDelete
  3. Jangan umno ajar melayu itu tuan dan cina itu pendatang sebab mereka tidak mengajar melayu cara menangkap ikan tapi sebaliknya mengajar melayu bagaimana cara mencuri ikan
    - Batu Batan

    ReplyDelete
  4. Pak Aspan
    cukuplah umno dengan Najib lepas tu adakan re-election biar aje Pakatan Rakyat ambil alih kerajaan. umno ini semua sudah ketahui malas orangnya dan perasuah tabiatnya. cukuplah jangan dihina bangsa Melayu yang tak sokong umno. kasihanlah rakyat yang juta juta lain tak sokong pemalas ni.

    ReplyDelete
  5. haha

    'punai sehat' tu yang ramai. Yang mencari wang banyak untuk menyehatkan punai.

    kueh

    ReplyDelete
  6. Tuan, saya konsisten, kabinet transformasi najib perlu menamakan saifudin abdullah, shahrir samad, KULI, sbg menteri. Di samping itu, ghani othman juga. Idris jusoh walau black list trengganu ttpi melihat jasanya pada mara (ulul albab)dan kewujudan sekolah imtiaz yg berteras agama, mgkin ble duduk di kerusi MPelajaran. Khairy juga sesuai. Jgn amik yg keterlaluan perkauman. Klu nak lebih cantik, KULI sebagai TPM. Klu mahathir boleh letak sapa2 dia suka sbg TPM, Najib perlu buat begitu utk tarik kaum lain utk perubahan.

    ReplyDelete
  7. Salam tuan...saya yakin tiada apa yg boleh diharapkan dr new cabinet line-up.... sayang sungguh kerana setiap tindakan kita adalah lebih berorientasikansejarah lampau dan kepentingan org2 terdekat... tq

    ReplyDelete
  8. Tn AA,
    Pandangan saya yg tiada minat langsung ttg politik Msia kerana bagi saya semua parti yg ada skrg semua nya "target" utk kuasa & harta bukan utk mertabatkan RAKYAT. Dalil nya, kedua dua pihak tidak mahu mengalah. Masing2 mahu tunjuk mereka lebih hebat & pandai. Masing2 kata mereka lah yg betul. Hakikatnya mereka tahu yg ehwal skrg dah tegang & kedua dua pihak tidak boleh duduk berbincang walaupun dah ada Sidang Parlimen utk cari jalan tengah utk berdamai & penyelesian. Ini tanda mereka ini betul2 masih lagi kebudakan & langsing tidak matang. Atau lebih tepat lagi tak faham apa tujuan politik yg sebenar. Jadi utk selesai kemelut ini, mesti ada pihak ketiga utk damai kan kedua dua pihak ini dulu. Kikis semua sifat burok seperti tamak, dendam, dll. Selagi ini tidak tercapai PASTI PASTI PASTI Rakyat akan terus menderita justeru PASTI PASTI PASTI Malaysia akan terus berada dlm huru hara. Selagi RAKYAT RAKYAT RAKYAT tidsk makmur selagi itu Malaysia dlm kaedaan HURU HARA HURU HARA HURU HARA. RAKYAT ADALAH ROH PADA NEGARA SEPERTI HATI MANUSIA. BAIK HATI NYA MAKA BAIK LAH MANUSIA ITU

    ReplyDelete
  9. Selagi sistem pilihanraya yg sekarang tak di ubah, PRU2 akan datang BN juga yg pasti menang, itu tetap akan terjadi. Banyak `safe seat` Parlimen di negeri2 milik BN pasti menang, kerana bilangan pengundi kecil, 20k-30k di Sabah, Sarawak, dan ada juga disemenanjung. Nak tunggu sampai bila? Terbaik cipta `Kerajaan Bergabong`, dan bergerak lah untuk selamatkan Malaysia dari kehancuran.

    ReplyDelete
  10. dalam pakatan DAP berkuasa. PAS dan PKR minoriti. apa yang ko bleh buat untuk pertahan agama dan bangsa. lagi kau gadai ada la..

    ReplyDelete
  11. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

    Pada hemat saya, mentality dan halatuju mereka yang ingin dipilih sebagai wakil rakyat itulah yang patut bersih terlebih dahulu; insha Allah, kenyataan berunsur fanatic seperti yang kedengaran sepanjang 10 hari pasca-PRU ini akan secara automatik akan senyap, membolehkan semua pihak bermuhasabah demi pencapaian yang lebih baik. Namun begitu, persoalannya kini ialah bila kebenaran dan kebatilan telah jelas terdedah, pasti yang bersalah serta ego sombong akan menyangkal kebenaran itu tanpa mengira kesan jangka panjang terhadap generasi mendatang. Justeru, amat tepat seperti yang disarankan oleh Dato' Saifuddin Abdullah itu, sekaligus mengukuhkan lagi pandangan peribadi saya, bahawa, masih kedapatan insan-insan mulia di dalam organisasi pemerintah itu. Tetapi, dik keangkuhan golongan berkepentingan termasuk ketuanya sendiri, juga para penyokong tegar mereka, kemenangan mereka kali ini terasa tawar hambar. Maaf, untuk saya kaitkan dengan sejarah: Sebenarnya inilah sikap para penentang Allah sejak berzaman, dan ianya akan berterusan sehingga tamat usia dunia ini, dik mewarisi sifat Iblis yang terkutuk itu. Oleh itu, saya berpendapat, daripada kepimpinan yang ada sekarang, lebih baik UMNO, khasnya serta paling utama, dirombak seluruhnya denggan menggantikan kesemua pimpinan atasannya serta mengadili mereka di mahkamah, termasuk Mahathir sendiri, jika benar mereka ingin memastikan hayat kuasa mereka "kekal abadi" sebagaimana yang mereka cita-citakan. Apapun, yang baik dan sempurna itu adalah daripada Allah belaka; segala kesalahan dan keterlanjuran bicara, saya mohon jutaan kemaafan.

    Terima kasih dan salam jihad.

    ReplyDelete
  12. Yang pastinya rakyat tak mau menteri lembik. nak cakap pun tak berani. KDN perlu menteri yg berjiwa berani dan besar.

    ReplyDelete
  13. CABINET NAJIB ATAU CABINET MAHATHIR? KALAU NAJIB TAK DENGAR CAKAP MAHATHIR AKAN MENYINGKIRNYA AKHIR TAHUN INI.

    ReplyDelete
  14. Najib harus diganti atas keputusan buruk bn..Adakh tidak ada pemimpin yg bukan dari generasi kedua pemimpin umno yg layak??

    Jgn jadikan jawatan pm berlegar diantara keluarga mereka..jawatan pm bukan untuk nereka yg telah di `setting` sejak mereka dari kecil lagi..

    kerana itu mahadey bnyak cantas pemimpin yg bagus..kerena mahadey sudah setting untung mukhriz sejak 20 tahun lepas...

    ReplyDelete
  15. Dalam UMNO, mereka yg agak moderate, bercakap menggunakan akal bukan emosi dan lantang menegur biasanya akan cepat tersisih. Antara contohnya ialah Shahrir Samad & Saifudin Abdullah (yg kalah di Temerloh).KJ adalah salah seorang yg mempunyai ciri-ciri ini. Kita tunggu dal lihat apa yang akan dilakukannya dan apa akibatnya.

    ReplyDelete