07 May 2013

Jangan polimikkan isu perkauman kerana kekurangan sokongan

‘Rumah siap pahat mula berbunyi’. Masing-masing menyalahkan pihak lain kerana kegagalan dan kekurangan sokongan. BN kecewa kerana hampir kalah dalam pilihanraya ini dengan mendapat jumlah kerusi yang jauh kurang daripada PRU12 yang lalu. BN menyalahkan orang Cina kerana kekalahan banyak kerusi BN di seluruh negara.

Pakatan Rakyat menyalahkan pihak kerajaan kerana penipuan yang berlaku dalam pilihanraya yang baru selesai ini. Pihak Pakatan menuduh kerajaan kerana manipulasi yang merata di dalam pemilihan dua hari lepas.

BN dikatakan telah memberi ruang kepada pendatang asing untuk mengundi dengan cara haram dan dilakukan secara sistematik. Bagi saya ini sudah berlaku dalam banyak pilihanraya-pilihanraya yang lepas. Isu ini merupakan isu lama tetapi akhir-akhir ini menjadi isu besar kerana rata-rata rakyat mahukan perubahan.

Tentulah pihak Pakatan tidak bersetuju dengan tindakan songsang pihak yang melakukan kesalahan ini kerana mereka sudah menghampiri kuasa yang mereka perlu untuk melanjutkan usaha ke arah perubahan ini.

BN pula tidak begitu suka kerana hasil gerakan rakyat itu telah hampir melumpuhkan BN dengan kemenangan tipis walaupun dengan tindakan memanipulasi undi dan pemilihan rakyat itu. BN menuduh yang mereka hampir kalah di mana-mana kerana ‘tsunami Cina’ yang saya  anggap sebagai satu tuduhan yang sangat buruk. Ia tidak perlu dijadikan isu.

Jika benar sekalipun kali ini Cina menolak BN, di mana letaknya kesalahan orang Cina itu. Ini demokrasi. ‘Be free to choose anyone and it’s not an offence’. Selagi ia tidak bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan tidak ada siapa yang boleh menuduh sesuatu kaum itu jika tindakan mereka melemahkan pihak kita.

Kenapa hendak marah dengan kaum Cina semata-mata mereka memilih pembangkang? Tidakkah kita ingat selama ini kaum Cina telah memberikan sokongan kepada BN? Malahan kaum Cina juga merupakan kaum yang bersama-sama memainkan peranan untuk melengkapkan pencapaian kemerdekaan kita. Pencapaian kemerdekaan negara bukannya hanya dilengkapkan oleh orang Melayu, kaum Cina dan India pun memainkan peranan mereka yang tidak kurang besarnya.

Tetapi saya tidak juga menyalahkan kenapa UMNO memainkan isu kaum Cina tidak patriotik ini, kerana UMNO sememangnya membudayakan menyalahkan pihak lain atas segala kegagalannya. Tetapi perubahan kaum Cina ini bukannya tidak bersebab. Mereka bukan suka-suka untuk menolak BN yang selama puluhan tahun mereka sokong. Hanya baru-baru ini sahaja kaum Cina memberikan sepenuh sokongan kepada DAP dan tindakan itu ada sebabnya.

BN patut bertanya kepada mereka sendiri kenapa BN ditolak oleh kaum Cina dan sebahagian kaum Melayu dan India? Kenapa ia berlaku? Jika UMNO dengan cara terbuka memainkan isu perkauman dan menakut-nakutkan orang Melayu kenapa pimpinan UMNO pula menyebut tentang isu rasis ini apabila orang Cina bersatu di belakang DAP?

Apakah hanya UMNO sahaja mempunyai kekebalan memainkan isu perkauman itu dan DAP tidak boleh disokong oleh kaum Cina? Memainkan isu rasis merupakan tindakan yang sangat buruk kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah sampai bila-bila. Saya sendiri menjadi mangsa mereka yang rasis dengan menuduh saya sebagai orang yang anti Islam, anti-Melayu, penderhaka kepada bangsa dan berbagai-bagai lagi tuduhan apabila saya menyertai DAP.

Saya bukan mengatakan sesiapa, tetapi saya sendiri mengalami asakan permainan isu perkauman setelah saya menyertai DAP. Apa yang berlaku ke atas diri saya itu adalah ‘real’ dan saya galas segala bebanan itu sendirian. Saya teguh dengan pendirian yang menyertai DAP itu tidak mengurangkan Melayu saya dan akidah saya. Saya tetap Melayu dan saya tetap, malah lebih teguh lagi untuk menyembah Tuhan yang satu itu.

Tetapi dalam politik kezaliman seperti ini terpaksa saya lalui kerana ia tidak merendahkan diri saya dan ia tidak merosakan akidah saya. Saya tetap bertawajjuh dan bertawassul ke hadirat Allah swt. Saya tahu ikan yang hidup di lautan itu tidak akan masin walaupun dalam suasana masin di lautan yang dalam itu. Apa lagi tuduhan ini datangnya dari mereka yang masih ‘kencing bercabang’ dan tidak perlu mendapat respon dari saya.

Oleh yang demikian saya amat keliru dengan tindakan pihak yang menuduh kaum Cina menyebabkan kejatuhan sokongan terhadap BN. Jika benar pun apa yang dituduh itu apa yang menjadi masalahnya? Kenapa semasa kaum Cina berduyun-duyun menyokong BN dulu tidak diingati?

Tidak ada siapa yang menolak perpaduan kerana setiap kaum telah merasakan kesusahan berpecah-pecah di antara kaum ini. Itu sebab saya sambut dengan gembira kenyataan Najib untuk melaksanakan ‘national reconciliation’ itu dan diharapkan PM Najib tidak menukar gol lagi kali ini.

Bagi diri yang tidak ada apa-apa ini, saya akan menyokong sesiapa sahaja yang mahu melakukan kerja yang baik ini apatah lagi kerja memadukan perhubungan kaum ini adalah ‘ultimate’ kepada perjuangan rakyat yang insaf dan sedar.

Saya sangat berharap jangan dipanjangkan isu tuduh menuduh ini jika kita benar-benar hendak mencapai matlamat perpaduan kaum itu. Apabila kita kekurangan sokongan, buat introspeksi kenapa kita tidak disokong oleh mana-mana pihak?

Jika didapati isu perkauman menjadi punca kekurangan sokongan kepada kita, elok bertanya pada diri kita sendiri, samada kita sendiri memainkan isu perkauman itu? Tidak perlu mengakui secara terbuka. Akui kepada diri sendiri sudah mencukupi.

Selepas itu perbaiki diri sendiri.

18 comments:

  1. Setuju 100%. BN & PR perlu baiki diri sendiri. "TETAPI" SPR mcmana?. SPR kena d baiki juga. Memang SPR rasa mereka x perlu baiki diri mereka kerana mereka ni ibarat referee je dlm pertaruhan. Jadi kalau SPR x betul cari lah SPR lain. Baru lah "fair & free" game akan wujud.

    ReplyDelete
  2. Salam Sdr. AA., kalau kita imbas balik keputusan mana-mana PRU ( signifikannya selepas terhumbannya BN semasa gelombang Barisan Alternatif Merampas Kelantan & Trengganu - PAS bersama Semangat 46 ) BN terus mengulangi (kitar semula) isu perkauman dan membakar sentimen perkauman untuk melagakan penyokong PAS dan DAP. tapi kali ni usaha mereka semakin hilang sengat bila generasi muda (kira-kira seramai 1.4 juta orang sebagai pengundi baru di PRU 13) tidak termakan hasutan BN... syabas anak muda - sesungguhnya kalian adalah pembela sebenar tanah air bukan UMNO, bukan BN jauh sekali PERKASA , demi Allah yang memiliki sekelian alam, tunggu saja kehancuran UMNOBN yang akan terbakar kerana api yang dinyalakan oleh mereka sendiri. Apa agaknya maksud tersirat di dalam keluhan Liow Tiong Lai.. ?
    Mungkin UMNOBN belum sempat membuat analisa keputusan PRU 13 ni, cuba tengok pertambahan undi, bilangan kerusi ( Parlimen atau DUN) yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat - sekadar 0.7 juta undi tambahan sahaja yang diperolehi BN sebaliknya (perbetulkan saya sekiranya saya silap) - 1. 2 undi tambahan untuk Pakatan... hmm maaf saya tak akan menerima sebarang perkiraan yang dibuat oleh Rais Yatim..

    ReplyDelete
  3. Salam a.a
    Saya ada video menunjukkan pengundi2 melayu hantu yg klaim duit..seorg wanita yg marah lalu berkata "hangpa senang la hangpa tendang aku sana sini,la ni aku nk duit aku"..
    Dalam video ni jelas wujud pengundian berganda yg suatu konspirasi jahat spr untuk memberi dakwat tidak kekal kepada seluruh rakyat nalaysia..saya juga hairan kemana peeginya undi pos dan undi awal yg berjumlah ratusan ribu undi ni..tidak dinyatakan terperinci oleh sesiapa..mohon aa kupaskan..

    ReplyDelete
  4. .....it is easier to make a suggestion than to carry it out......

    ReplyDelete
  5. Saya sangat berharap umno kalah masa pru 13, harap PR berusaha lebih gigih pada pru 14 nanti

    ReplyDelete
  6. Tolak amalan perkauman, apapun pilihan rakyat, umno harus terima dengan semangat demokrasi kerana hak mengundi dijamin oleh perlembagaan malaysia.

    ReplyDelete
  7. In quarreling about the shadow we often lose the substance.

    ReplyDelete
  8. Salam Tuan Aspan1

    Betul tak apa yang saya katakan dahulu. Sebenarnya kita bukan bertanding dengan pengundi BN tetapi kita berlawan dengan SPR sebenarnya. Penipuan adalah berlaku di mana-mana terutamanya di Kedah! Contohnya akan dihuraikan dilain masa.

    BN adalah silap bila mengatakan tsunami masyarakat Cina adalah perkauman, tetapi sebenarnya Melayu juga melakukan tsunami besar-besaran tetapi di patahkan oleh penipuan SPR.

    Masyarakat Cina melihat penyelewangan dan korupsi kerajaan BN adalah satu pekara yang tak boleh di maafkan, Nasyarakat Cina adalah bangsa yang realistik. Berjaya mestilah atas usaha sendiri dan gigih. Pantang bagi mereka penyelewengan dalam pentadbiran negara. Jadi itulah secara ringkas terjemahan undi mereka.

    Bukan bangsa Cina saja, malah orang melayu yang realistik juga menganggap bahawa rasuah dan kronisma sebagai lebih bahaya dari pengganas komunis. Ia boleh mejdi negara ini runtuh ekonomi.

    Jadi bak kata pepatah melayu"kalau tak tahu menari jangan disalahkan lantai yang tak rata". Apapun PRU kali ini memang penuh dengan penipuan sebab SPR tak bebas dari cengkaman kerajaan BN dan lagipun SPR tak sepatutnya berada satu bumbung dengan pihak kerajaan BN di Putrajaya!

    ReplyDelete
  9. Setinggi-tinggi kalung tahniah kepada semua rakyat malaysia yang telah sokong perubahan politik..tahniah juga kepada pulau pinang,selangor dan kelantan yang dapat kekalkan kemenangan walaupun banyak tipu helah ubn untuk merampas kepimpinan di negeri tersebut...isu perkauman telah memakan pihak ubn sendiri sebab rakyat telah sedar semua isu perkauman semata-mata permainan politik ubn..semua orang tahu kalau pilihanraya dibuat secara telus dan bersih sudah lama ubn tersungkur...tetapi selagi spr bawah ubn pakara yang sama tetap berlaku...ubah spr dulu rakyat malaysia yang inginkan perubahan...inilah politik malaysia....! Plik bin heran juga kenapa matdirr tak happy dengan kemenangan najib...mungkin ada perubahan yang akan berlaku dalam ubn dalam masa terdekat...nasib kamulah najib...jangan lupa anak matdirr dah jadi mb...silap langkah orang no dua kamu naik jadi pm dan anak dia jadi tpm pulak..siapa tauk semua boleh berlaku..jangan heran kalau isu-isu yang jatuhkan najib akan terkeluar lepas nie...hahahaha

    ReplyDelete
  10. As Salam Tuan Aspan.

    Ulaslah macam mana pun keputusan PRU13 yang lalu, pokoknya rata-rata rakyat tahu SPR adalah "penipu besar". Sebagai seorang bekas Pegawai Tentera, saya telah lama mengalami situasi "penipuan" atau manipulasi undi pos oleh SPR bagi memenangkan UMNO/BN.

    Sebenarnya segala usaha rakyat yang celik politik untuk keluar mengundi adalah sia-sia belaka kerana telah dikhianati hidup-hidup oleh SPR. Kesyukuran dan kesabaran rakyat tiada maknanya jika puluhan tahun ditindas dan ditipu tanpa sebarang pembelaan. Contohnya rejim Israel yang saban waktu membunuh dan mengebom rakyat Palestin di Gaza sedangkan di pihak Palestin hanya mampu berdoa.....apa ini?

    Pengerusi SPR boleh tersenyum sinis gembira kerana pengkhianatan beliau terhadap anak bangsa dan agama berjalan dengan lancar dan licin di samping mendapat habuan lumayan kelak sedangkan rakyat dipaksa untuk menderita dan hidup tertekan untuk jangka masa sekurang-kurang 5 tahun lagi. Rakyat hanya disuruh bersyukur atas kekalahan yang diterima dengan tipu helah mereka. Terima kasih Tuan untuk posting ini.

    ReplyDelete
  11. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

    Ulasan kali ini saya mulai dengan sekalung tahniah kepada Malaysia yang kini semakin maju dari sudut kematangan demokrasinya. Juga, tahniah di atas kekalahan golongan asabiyah walaupun mereka merancang pelbagai tipu muslihat menjijikkan.

    Justeru, kenyataan "racist" seperti yang semakin ditonjolkan oleh golongan "RACIST" ini, khasnya UMNO dan sekalian ahzabnya sebenarnya lebih memecahkan tembelang ego mereka sendiri serta menambah kemenangan moral PR walaupun PAS kelihatan terkebelakang dalam pecahan keputusan itu. Mana tidaknya? Antara lain, tindakan perwakilan MCA yang telah diumumkan menang tetapi "merajuk tak tentu pasal" enggan menyertai cabinet negeri dan persekutuan turut dijana demi meniupkan rasa kebencian melampau sesama warga Malaysia ini. Oleh itu, terus terang ingin saya tanyakan kepada parti United Mungkarat Number One ini: Di manakah jati diri kalian? Adakah ini juga bentuk Islam yang ingin kalian jana bagi Malaysia? Apakah dengan kemenangan DAP yang sememangnya parti demokratik untuk semua ini, kalian rasa terancam, sedangkan rakan-rakan lagi adik-beradik sekeluarga yang sebangsa lagi seagama daripada PAS dan PKR, kalian kutuk dan hina? Akhirnya, berdosa besarkah jika pada kali ini dan seterusnya pentadbiran ini diwariskan kepada mereka yang lebih berketramplan lagi sanggup memikul tanggungjawab dengan bersih, cekap, amanah lagi adil?

    Mengakhiri perkongsian ini, marilah kita bersama merenung kembali kandungan ayat ke-59 Surah An-Nis' yang mudah sekali untuk difahami, di mana, ketaatan kepada Allah dan Rasul adalah ketaatan mutlak sedangkan ketaatan kepada kepimpinan Negara, tidak. Malah, kiranya timbul sebarang permasalahan, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul (Al-Quran dan sunnah) kiranya benar-benar beriman. Juga, sedarilah, segala yang kita miliki hatta kekuasaan yang kononnya begitu kita tamak-halobakan, bersifat fana dan pinjaman yang akan dipertanggungjawabkan bila tiba masanya. Dengan itu, pilihan saudara menyertai mana-mana komponen PR memang tepat lagi tak perlu dipertikai sesiapapun khasnya saudara-saudara seagama lagi sebangsa. Oleh itu, ayuhlah kita bersama lupakan segala perbezaan dan persengketaan remeh-temeh ini dan bermuhasabahlah serta beriltizam penuh bagi maksud "national unity" dan kecemerlangan agama, Negara lagi bangsa kita bersama, insha Allah. Apapun, hanya Allah yang Maha Sempurna lagi Maha mengetahui.

    Terima kasih dan salam jihad.

    ReplyDelete

  12. DAP is working TOO closely with PAS leaders....eg. using PAS logo for election.

    Racial issue is again raised as a distraction to the MASSIVE ELECTION FRAUD to deny the ordinary people of an accountable, responsible and transparent government.

    ReplyDelete
  13. Salam,

    Saya percaya orang pertama yang mesti dikeluarkan adalah bekas PM, Pak Chedet. Dia (tidak boleh dikatakan 'beliau' oleh kerana saya sudah lama hilang rasa hormat saya kepadanya) seorang yang cukup gila kuasa sehinggalah sudah bersara untuk jangkamasa dua PM pun dia masih tidak mahu melepaskan hal pengurusan negara. Tambahan lagi sebagai seorang yang berumur 80-an, dia masih manjalankan aktiviti menghasut secara terang-terangan, tidak kira kepada dan terhadap siapa, asalkan tercapai matlamatnya. Bila saya mengetahui apa yang dia telah lakukan kepada Tunku, terasa sungguh jijik yang orang tua biadap ini menerajui negara lebih 20 tahun. Bila masanya ini semua akan berakhir?

    ReplyDelete
  14. Setiap yg mula akan berakhir,tiada kutakut akan cobaan .........jika Begitu sediakan pelapis awal seperti saudari Nurul Izzah Lembah Pantai sebagai calon PM perempuan akan dtg insyaallah undi wanita 4 kaliganda.........itu kalilah masanya tiba ...........berdepan PM Muhkris Mahadir

    ReplyDelete
  15. ....jauhi perkauman.......

    ReplyDelete
  16. Dari UTUSAN : Apa yang Cina Mahu?

    1) Cina mahu harga petrol/toll/TNB/Astro/Gula turun.

    2) Cina Mahu harga kereta turun.

    3) Cina mahu harga rumah turun.

    4) Cina mahu kadar jenayah turun.

    5) Cina mahu gejala rasuah dihapuskan.

    6) Cina mahu hidup aman damai.

    7) Cina mahu cost sara hidup turun.

    8) Cina mahu bisnes mereka jalan.

    9) Cina mahu keadilan.

    10) Cina mahu cost pendidikan rendah

    11) Cina mahu harga barang rendah.

    12) Cina mahu keadilan untuk mencari pembunuh Teoh BH/Sabrini/Kugan/Atantuya.

    Semua yang Cina mahu, Melayu juga mahu, semua rakyat Malaysia mahu.

    Hanya Blanga saja tak faham.

    ReplyDelete
  17. WAN AHMAD SPR lah yang menjadi mastermind dalam penipuan. Ini adalah pengkhinatan terhadap rakyat Malaysia.Di negara lain sudah dihukum gantung satelah ditangkap, dibicara dan didapati bersalah.

    Hanya satu atau dua orang penjenayah di SPR menentukan pihak mana mentadbir negara bukan 53% pengundi.

    ReplyDelete
  18. DAP MEMPUNYAI LEBIH RAMAI ADUN DAN MP INDIA DARI BN.

    ReplyDelete