Siapa boleh beri alasan apa
sekali pun, UMNO sudah lemah dan kalau dipandang dari sudut politik dan cara
pimpinan kita menangani keadaan sekarang kemarahan ramai terhadap UMNO tidak
boleh dinafikan. Jika UMNO masih dalam ‘denial syndrome’ terpulanglah kepada
kehendak pimpinan parti itu untuk terus memaparkan diri mereka dalam keadaan
sekarang.
Parti itu mungkin boleh diperbaiki
jika masih ada di kalangan 30 lebih pemimpinnya dalam Majlis Tertinggi parti itu
sebagai pilihan untuk memimpin parti itu. Orang atau individu yang memimpin itu
penting dari yang dihormati dahulu sebelum langkah membaik pulih parti itu
boleh dilakukan.
Tetapi di kalangan ramai yang
menduduki Majlis Tertinggi itu tidak seorang pun mampu meraih rasa hormat
masyarakat berbilang kaum. Jika seorang yang hendak menggantikan Najib itu sama
sahaja, malahan lebih lemah daripada yang ada, mana mungkin parti itu meraih rasa
hormat rakyat? Kita tahu politik ini adalah ‘game of perception’ dan persepsi
rakyat terhadap mereka yang menggantikan yang sedia ada sama sahaja, apa
perubahan yang boleh dilakukan?
Pendeknya siapa orangnya
di kalangan UMNO itu boleh diyakini boleh melakukannya? Siapa? Muhyiddin? Ahmad
Zahid Hamidi? Shafie Apdal dan Hishamudin Hussein? Atau yang lain-lain dalam
Majlis Tertinggi itu. Maksud saya rakyat sudah mual dengan mereka ini kerana
setiap di antara yang disebut tadi tidak mempunyai sebab untuk diyakini. Kita
sedang memperkatakan perubahan yang disebut oleh Najib minggu lepas.
Kalau kita hendak memasak masakan
yang lebih baik siapa yang hendak memasaknya? Kalau kita hendak kuih kodok yang
sedap kena cari mereka yang pandai buat kueh kodok yang sedap?
Saya mempunyai keyakinan yang
Najib sedar dan mahukan perubahan itu. Pilihanraya 13 yang baru berlalu sudah
terlalu cukup untuk mengakui UMNO sudah benar-benar di ambang kejatuhannya. Itu
sebab saya akhir-akhir ini menyebut jika Najib serius untuk perubahan dan
transformasi parti itu, beliau terpaksa berani melakukan ‘the unthinkable’ dan katakan
kepada pimpinan UMNO dan rakyat, ‘this is what I am going to do!’ dengan jelas
dan berani.
Saya selalu dihentam dan dibentak
apabila saya memberikan gambaran yang akan berlaku jika UMNO tidak mahu
berubah. Saya hanya berdiam diri dan tidak saya balas hentakan ramai itu.
Sekarang apa yang saya katakan dan ramai lagi yang berfikiran yang sama, telah
menunjukkan bukti telahan saya itu. Oleh yang demikian, saya terus sahaja
bercakap dan berkata perkara yang sama.
Dalam pada kelemahan parti yang
jelas itu masih ada kumpulan yang masih terikat dengan cara merubah keadaan
dengan kaedah yang sama, iaitu ‘politicking’ di kalangan pimpinan untuk meletakkan
orang itu dan orang ini sebagai pengganti kepimpinan. Masih lagi bermain
politik sesama sendiri dan tidak mengetahui apa pandangan rakyat yang ramai
terhadap parti itu secara keseluruhannya. Apa gunanya menukar kepimpinan dari
kalangan yang ada sedangkan persepsi rakyat terhadap parti itu tidak berubah
malahan akan lebih buruk lagi?
Dr Mahathir telah mula membayangkan
Najib supaya berhenti, tetapi siapa hendak menggantikan Najib itu? Kita tahu
dan faham, maksud Mahathir itu ialah untuk memberikan Muhyiddin peluang
memimpin pula. Kita faham. Itu sememangnya telah difahami oleh orang ramai
sejak dulu lagi. Beliau mahukan Muhyiddin dan berharap adalah kepentingan
beliau dapat dipenuhi jika keadaan itu berlaku.
Itu untuk kepentingan Mahathir
sahaja. Tetapi orang ramai hendak melihat kepentingan parti itu terjamin dan
mampu menambah kekuatannya. Kita telah mengikut kehendak Dr Mahathir ini sejak
dari dulu tetapi terbukti jika lakukan kehendak peribadi beliau inilah jadinya
kepada parti UMNO itu.
Kalau dituruti kehendak beliau
(Mahathir), Khairy Jamaludin tidak boleh jadi Menteri, orang itu boleh, orang
ini tidak boleh. Akhirnya kita lihat sekarang apa jadi kepada UMNO itu.
Mahathir dari dulu sampailah sekarang tidak mahu pucuk pimpinan UMNO itu kuat
untuk beliau boleh memusing dan menguasai pemikiran kepimpinan negara. Semua
pemimpin yang berkaliber telah mati bergelimpangan dalam politik negara disebabkan
sikap ‘inferiority’ yang ada di dalam Mahathir itu.
Najib perlu mengalihkan persepsi
yang ada pada hari ini kepada keadaan dan ‘environment’ politik dan siasah yang
berlainan jika mahukan rakyat berasa berminat untuk bersama melakukan perubahan
itu.
Najib perlu mencari orang yang
mampu memberikan lonjakan terhadap kepimpinan hari ini. Berundinglah dengan
baik dan jujur. Berbincanglah dengan serius dan fokuskan kepada membina kembali
imej kerajaan yang sudah merudum teruk itu.
Keluarlah di hadapan rakyat dengan
‘facet’ politik yang baru bagi rakyat kembali dapat menyedut nafas dengan lebih
lancar lagi. Mungkin PM Najib sedang mendapatkan nasihat daripada
penasihat-penasihat beliau yang ramai itu, dan mereka mungkin mempunyai
pandangan yang berlainan. Tetapi apa yang saya sebut ini datangnya dari naluri
saya yang sebenarnya.
Saya tidak mahu membohongi apa yang ada di dalam naluri saya ini.
Petua untuk mengalahkan bn...
ReplyDelete1.Setiap rakyat malaysia yg berugama islam hendaklah mengamalkan ajaran islam yg sebenarnya serta meninggalkan segala bentuk maksiat dan perkara perkara yg menjadi kesalahan (dosa)....contoh- rasuah,penyelewengan,no ekor minum arak,zina dan sebagainya...dengan berterusan..
2.Setiap rakyat malaysia yg berugama kristian,budha,hindu dan ugama lain mengamalkan apa perkara kebaikan yg disuruh oleh agama masing masing...seperti jgn rasuah,jgn kiasu,hormat mengormati dan meninggalkan perkara keburukan..
Jika semua rakyat malaysia tanpa mengirakan kaum melakukan mengikut ajaran agama masing masing..SUDAH SEMESTI NYA BN AKAN TUMPANG...
JGN KAN BN...KERAJAAN YG KORUP AKAN TUMBANG..
AA..
Maaf bang, umno sudah tidak dapat diubah lagi.Biar apa slogan dan cpendekatan mereka gunakan rakyat tetap tidak akan percaya.Hutang kerakusan mereka terhadap kuasa dan kekayaan harus dibayar sekarang.
ReplyDeleteBolih ke siapa2 tolong bagi tahu macammana nak masuk blog sakmongkol AK47. Terima kasih banyak2.
ReplyDeleteU taip top 10 ranking blog pakatan rakyat..bukan setakat sakmongkol..ada 100 senarai blog pakatan kat situ tq !
Deletesakmongkol.blogspot.com memang kena block level atas, jadi boleh gunakan blogspot domain lain macam sakmongkol.blogspot.ru atau sakmongkol.blogspot.co.uk (mana2 blogspot lain yang bukan .com).
DeleteHebat YB Ariff Sabri... penulisan dia nampak menarik perhatian sampai kena block.
Tuan Aspan,
ReplyDeleteUMNO tidak semakin lemah malah semakin kuat kerana terbukti dengan jelas bahawa majoriti pengundi melayu masih mengundi UMNO. Kuat dibanding kan dengan PAS.
BN yang semakin lemah kerana majoriti pengundi Cina mengundi DAP.MCA dan Gerakan sepatutnya sudah sedia untuk mengebumikan diri mereka sendiri.
DAP terbukti sangat berpengaruh hingga hampir 90% pengundi Cina mengundi DAP. Tambah menarik bila DAP berjaya meyakinkan pengundi Cina untuk mengundi PAS berbanding UMNO mahupun MCA.
UMNO dan DAP terbukti tunjang kepada kepada perkumpulan mereka (BN dan PR).
Berbalik kepada saranan dan harapan tuan kepada Najib dan UMNO. Saya cadangkan tuan simpan sahaja harapan itu kerana walaupun najib mahu berubah, UMNO tidak akan mahu berubah. Malahan najib sedang melalui proses untuk diubah oleh UMNO.
Sekarang hanya terserah kepada pakatan rakyat untuk mengatur strategi memenangi hati pengundi melayu. Jika pada pilihanraya ke 13 pakatan dan BN dilihat menumpukan tenaga pada pengundi Cina, Pilihanraya 14 pula saya jangka akan berlaku sebaliknya. Pakatan setelah memperolehi undi cina dalam genggaman akan berusaha memenangi undi melayu. BN pula akan memastikan undi melayu masih kekal dalam genggaman kerana terbukti dengan 90% hilangnya undi cina, BN masih kekal berkuasa. Kini giliran pengundi melayu serta sabah sarawak pula di belai oleh kedua pihak.
Mohon jangan disalah anggap pandangan saya sebagai rasis. Ini adalah realiti sebenar politik kita yang masih belum matang.
Ibni Ismail,
ReplyDeleteSaya telah katakan dalam tulisan saya tadi, siapa pun boleh mengaku UMNO itu masih kuat tetapi saya tetap dengan pandangan saya.
Katalah apa yang saudara hendak perkatan. This is a free country bro.
Betul tuan Aspan, this is free country, jgn menidakkan undi Melayu untuk PR, tiada siapa blh kata umno itu kuat kalau pemainnya tetap muka yg sama dengan cara permainan yg sama.
DeleteTuan Aspan,
ReplyDeleteThanks for agree to disagree..
Yang pasti, parti tuan lebih kuat dari parti saya. UMNO hanya lebih kuat dari Pas tetapi DAP nyata lebih berpengaruh.
Pak Aspan
ReplyDeleteMengulas Ibni Ismail
Jika UMNO kuat, berdebatlah
Jika UMNO kuat, adakan pemilihan
Jika UMNO kuat, jangan menipu
Tapi jika tidak berdebat, tiada pemilihan dan menipu - itu bukan kuat, itu zalim namanya!
Anon 15:19,
ReplyDeleteblog sakmongkol boleh diaccess jika menggantikan ".com" di penhujung alamat laman dgn ".ru". selamat membaca.
Lantik saifuddin abdullah (walau tewas), Kuli (tpm), ghani othman, org baik pd saya... Itu mgkin klu najib berani.
ReplyDeleteTuan AA,
ReplyDeleteSaya agak terpesona dgn. Carta pencapaian 20 undi majoriti tertinggi parlimen (rujuk kelab greenboc ) yang disapu bersih oleh PR kecuali tangga ke 9 yg diduduki oleh BN Pekan. Itu pun tak dapat dikenalpasti bersihnya.
Oleh itu amat wajar PR yang menerajui Kerajaan Malaysia. Apa pun kita tunggu hasil siasatan Rafizi PKR dan kita Mahkamahkan.
Sentimen perkauman adalah permainan utama umno supaya kekal relevan dalam politik malaysia.Umno akan pastikan selain dari mereka akan disekat dengan akta hasutan atau dispin supaya hanya umno saja yang betul dan selain itu nampak salah dalam semua perkara.
ReplyDeleteanon 17.03.00
ReplyDeleteterima kasih banyak2, akhirnya saya dapat masuk blog Dato Sak
umno semakin lama semakin lemah,sokongan yg diberikan kpd umno kebanyakannya palsu dibeli dgn wang ringgit,saya sentiasa setuju dgn pak aspan yg umno ni dirosakan oleh mahadir,umno ditimpa penyakit sejak mahadir take over semakin lama semakin kronik,drpd mengubati penyakit mahadir sebaliknya menambah racun kpd umno siapa boleh lupa peranan mahadir mensabotaj umno pd pru12 semata2 keran benci pd pak lah?sanggup keluar umno dan berkempen di pentas pkr,skrg umno ibarat pesakit kanser tahap 4 tp masih lagi berlagak sihat dan menyalahkan org lain kerana penyakit yg dicarinya sendiri ini stail klasik mahadir tk pernah tgk tgk kesalahan sendiri,yg baik semua aku buat yg x baik semua musuh aku buat,yg pandai aku sahaja org lain bodoh belaka
ReplyDeleteAdui...jgnlah ambik ghani jadi menteri...dia dah kalah dah...Sapa cakap ghani excellent? Saya dah 3 kali undi dia kat dun serom pada 1999, 2004 & 2008...Memang saya tak puas hati... Tak payah nak cerita isu negeri johor lah...isu kominiti pon dia dah gagal...Salah satu kegagalan dia adalah campur tangan dia membuatkan ada surau yg langsung tak ceria...Itu pasal kena hukum karma didoakan oleh jemaah surau supaya kalah...Tolonglah...bagi dia rehat betul2...byk2 kan pergi surau,muhasabah diri...
ReplyDeleteJika saya adalah Najib, saya akan cepat-cepat buar 'redemption'. Walaupun dia mungkin tidak dapat bertahan lama sebagai PM, tapi jika dia dapat menyekat kuasa Mahathir,banyak orang yang akan berterimakasih kepadanya, kerana berapa orangkah yang benar-benar berani berdepan dengan Mahathir yang terlalu berkuasa hingga walaupun sudah bersara tetap membuat komen yang merugikan UMNO sendiri. Tetapi Najib beranikah? Kerana dalam kabinet sekarang, berapa menterikah yang tangan dan sejarah mereka bersih dan mereka tidak takut dianiayai Mahathir?
ReplyDelete