27 May 2013

Negara perlu disusun semula dari alif, baa, taa

Serius, negara kita wajar disusun semula segala-galanya. Kita tidak lagi mempunyai sistem sebuah kerajaan yang ‘sustainable’ dalam segala bidang. Semuanya sudah tidak boleh dipakai lagi dan jika tiada perubahan maka kita tidak akan lagi berada di dalam sebuah negara yang berkerajaan yang benar-benar selari dengan kehendak demokrasi dan kehendak kemajuan dunia masa kini.

Keyakinan terhadap semua institusi demokrasi sudah sampai tahap terendah dan tidak diketahui lagi samada kita ini akan maju ke tahap dunia pertama atau berundur dan menggelongsor ke tahap kerajaan dunia ketiga. Kita membiarkan kepimpinan kerajaan menyerang dan merobohkan semua institusi demokrasi. Sistem kehakiman, kepolisan, undang-undang dan berbagai-bagai lagi telah dilacurkan. Kita seolah-olah sedang tinggal di dalam sebuah negara yang sama tahap kewibawaannya seperti Zimbabwe, Mali, Congo dan lain-lain.

Jatuhnya kewibawaan sesebuah negara dan kerajaan itu berkait rapat dengan kewibawaan pemimpin-pemimpinnya. Di negara kita sistem yang ada sudah tidak diyakini lagi oleh bukan sahaja rakyat kita sendiri, tetapi telah menjadi cemuhan masyarakat antarabangsa. Sudah tiada pihak yang serius untuk melakukan perubahan untuk mengembalikan negara kita ke tahap yang pernah kita alami dahulu.

Dulu negara kita adalah negara yang paling hampir kepada tahap dunia pertama dan negara maju.sejurus kita mencapai kemerdekaan dahulu. Pencapaian kemajuan yang dimaksudkan bukannya dari segi pembangunan fizikal semasa itu, tetapi sikap dan suasana kepimpinan semasa itu jauh lebih baik dari masa sekarang. Dulu kepimpinan kita begitu masyhur dengan kewibawaan sebagai pemimpin sebuah negara yang cepat mencapai tahap negara maju.

Tetapi bagi pimpinan sekarang mereka mengaku dan memuji diri sendiri yang kita telah hampir ke tahap itu. Tetapi apakah benar kita sudah menghampiri tahap dunia maju seperti yang digembar-gemburkan itu? Kalau kita sebut negara maju itu apakah definasi negara maju sebenarnya? Adakah cukup dengan membina bangunan tinggi-tinggi yang hampir setinggi awan itu untuk menjadi kayu pengukur kemajuan itu?

Adakah sudah mencukupi jika kita membina jambatan panjang-panjang atau membina tiang bendera yang tertinggi di dunia itu sudah melayakkan kita digolongkan ke dalam negara maju? Bagaimana dengan sikap dan nilai pemikiran kita tidak perlu dibina untuk melayakkan kita menjadi sebuah negara maju? Tidak perlukah kita membina kepimpinan yang beretika dahulu sebelum kita menjadi negara maju?

Apakah sebenarnya ciri-ciri penting yang perlu ada sebelum kita boleh menganggap negara kita sudah mencapai ke tahap negara maju itu? Pendeknya tahukah kita semua apa dia negara maju itu?

Negara maju itu adalah sebuah negara yang matang. Kematangan negara itu bukan setakat mencapai kemajuan fizikalnya tetapi kematangan yang meliputi bidang kehidupan yang lain. Kematangan sesebuah negara itu boleh kita lihat dari segi politiknya, kemajuan pemikiran rakyat lebih-lebih lagi pemikiran pimpinannya. Negara maju yang matang mempunyai rakyat yang hidupnya penuh dengan etika kehidupan seharian dan lebih-lebih lagi dari segi sikap mereka terhadap semua isu yang ada di depan mata mereka.

Dalam sebuah negara maju sistem kehakiman mereka tidak boleh dipengaruhi oleh politik dan menyebelahi sesuatu pihak. Pihak eksekutifnya tidak boleh masuk campur dalam hal yang berkaitan dengan kehakiman itu. Sistem kehakiman kita suatu ketika dahulu adalah badan bebas tetapi dihancurkan oleh pimpinan kerajaan (executive) semasa pimpinan seorang Perdana Menteri yang boleh berjalan di atas air dahulu.

Di England badan yang mengendalikan pilihanraya tidak menunjukkan sikap seperti pimpinan SPR di sini yang menunjukkan ‘thumbs up’ di depan media setelah BN berjaya mengekalkan mandat walaupun mandat yang bertambah kecil. SPR di sini seolah-olah adalah salah satu dari anggota Barisan Nasional yang berbelas-belas itu.

Di negara maju anggota Polisnya lebih menumpukan tenaga untuk menjaga keselamatan negara dan tidak seperti di sini di mana anggota Polisnya lebih menumpukan perhatian kepada pemimpin pembangkang sahaja. Jenayah bertambah-tambah dan segala jenis jenayah nampak seperti tidak ada kawalannya. Polis sudah hilang ‘priority’ terhadap tanggungjawabnya.

Mereka lebih percaya yang perhimpunan anjuran PKR itu lebih bahaya daripada kumpulan penyamun yang sentiasa mengintai-ngintai untuk menyamun rumah-rumah yang boleh mereka masuk untuk menyamun. Pendeknya seluruh sistem dan kewibawaan kerajaan sudah tidak boleh lagi diperbaiki oleh pimpinan yang ada sekarang ini.

Seperti yang selalu saya sarankan, negara kita perlu melakukan transformasi, bukan seperti yang dianjurkan oleh Najib tetapi transformasi yang hakiki. Kita terpaksa memulakan dengan menyusun kembali negara ini dari ABC atau alif baa taa.

‘The elders have to take charge’ buat sementara untuk menyusun kembali negara yang telah tersimpul mati dengan kemelut dan masalah yang tidak kunjung selesai itu. ‘Budak-budak’ yang tidak berhenti-henti berkelahi itu duduk di tepi dahulu, hisap curut atau rokok daun, atau duduk bersama saya di kedai kopi mamak mana-mana.

Untuk memulakannya biarlah mereka yang memahami selok-belok siasah dan pentadbiran dan mempunyai roh sejati untuk memperbaiki keadaan ini. Najib hanya pandai bercakap tentang ‘national reconciliation’. Tetapi beliau juga adalah pihak yang terlibat dalam pergaduhan untuk mengekalkan kuasa dengan orang yang hendak mendapatkan kuasa itu.

Jika Najib benar-benar jujur untuk matlamat itu, beliau sepatutnya mempunyai otot yang cukup kuat untuk mendisiplinkan ahli-ahli partinya untuk tidak berkata dan bertindak tanpa mempunyai ‘clue’ yang betul untuk melakukannya.

16 comments:

  1. Apalah yg nak di gaduhkan. PR pun menang...menang undi popular. BN pun menang...menang jumlah kerusi yg lebih. Dah dua-dua menang, apalah nak gaduh-gaduh. Nak kata Anwar nak bersihkan negara?...jgnlah bro...org muda yg tak tau apa apa ni percayalah!

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dgn pendapat tuan 99%.
    Cuma 1% tu tak setuju bahagian bawah sekali.

    Tajuk blog Dato Sakmongkol hari ni:

    Najib's violation of any agreement is expected.

    Apa yg boleh diharap dari beliau? Selain dari ketokohannya yg liuk lintuk, Najib punyai lialibiti besar yg terlalu banyak.

    Tak hairan kalau dia diperas ugut oleh org dlm negara, mahupun kuasa luar negara. Kena gadai negara dan khazanah negara utk kekalkan kuasa, kekayaan dan 'kehormatan'.

    Mungkin dia dah masuk kelab rahsia antarabangsa bg 'pemenang' di mana pengendali yang terbukti licik sj diterima sbg ahli.

    Apapun, saya setuju penyusunan semula spt yg tuan sarankan.


    ReplyDelete
  3. harap pak aspan terus mengkritik PR secara bagus.. agar PR membaiki diri. Kalau ada yang marah-marah, peduli kan...yang marah-marah itu sama perangainya dengan umno sebenarnya....

    ReplyDelete
  4. hamdan! pantat kamulah!

    ReplyDelete
  5. ibrahim ahmad, keramat27 May 2013 at 13:00:00 GMT+8

    AA sdr ku...saya sangat setuju dengan pandangan sdr. Fahamlah saya, sdr betul-betul mahukan keamanan. Teruskan memberikan pandangan sejujur ini selalu sdr ku.

    ReplyDelete
  6. Saudara AA

    Penat nampaknya murid-murid sekolah, guru-guru dan orang kampong membawa sepanduk I Love PM. He he cuma dapat 47% aje.

    ReplyDelete
  7. Bila hutang negara semakin menimbun dan menuju bankrap baru melayu umno akan sedar dan berasa aman tenteram.

    Skrg kita impot pendatang2 CIMB, tak lama lg rakyat M'sia pulak diekspot jadi pendatang kat negara luar cari makan. Masa tu cakap apa pun tak guna, nasi dah jadi bubur.

    ReplyDelete
  8. Utk memupuk kesedaran begini perlu kpd sikap Kritikal spt mana yg Saudara AA pamirkan..
    Barulah kita dpt mencernakan pemikiran sebegini..Jika melihat pd satu ruang lingkup sahaja maka selagi itu pemikiran kita tidak bebas..
    Cth bila pihak yg memperoleh Undi sebanyak 47% berjaya menubuhkan kerajaan ttp pihak yg memenangi 52% ketinggalan dari segi jumlah kerusi menunjukkan apa???
    Ianya mernunjukkan agihan Kerusi tidak seimbang dari segi Margin jumlah pengundi di Kawasan yg ditandingi..Berlaku Julat yg sangat yg besar antara kawasan pengundi teramai dan terendah..
    Inilah yg dinamakan Damage management yg hanya mengamalkan double standard dan tiada keberanian politik utk peraduan yg adil dan seimbang..
    Inilah Polisi persis layanan Kerajaan Israel terhadap warga Arab Israel iaitu bangsa Arab yg mendiami kawasan Israel..
    Ini baru satu contoh mudah..

    ReplyDelete
  9. Pernah saya berbicara dengan Ezam Mohd Nor (Bekas Senator dan Pemimpin PKR) sebaik beliau keluar dari Kem Tahanan Kamunting suatu masa dahulu. Katanya negara ini kalau selepas era Pak Lah dan diterajui oleh individu lain sebagai PM, insyaallah, akan boleh diperbaiki lagi keseimbangan sistem politiknya tetapi lihatlah kalau Najib yang dilantik sebagai PM, bukan setakat UMNO/BN, malah negara ini pun akan jadi seperti
    zimbabwe atau Mali.

    Walaupun kini Ezam mohd Nor telah menjadi sebahagian dari gerombolan tersebut, tetapi hakikat dari ramalannya adalah tepat dan menjadi kenyataan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. kalau kira semenanjung sahaja pakatan mampu dapat 60% berbanding bn 40%.

    ReplyDelete
  11. Sememangnya negara perlu disusun dari permulaan sejak berlaku penipuan tahap dewa..iaitu semasa mahadir penipu dlm pemilihan presedin umno ketika menentang tengku razalie...mahadey la punca segala sial dlm umno dan negara...

    Tangkap mahadey dan bicarakan beliau..mana mungkin selama 22 tahun mahadey tidak melakukan kesalahan..mahadey sendiri mengaku yg beliau yg betanggungjawab dengan projek ic disabah..kesalahan yg boleh dikatakan pengkhianat negara...

    ReplyDelete
  12. slm pak aspan, apa kaedahnya? sapa nak mula? nak start kat mana?

    badrul kuantan.

    ReplyDelete
  13. Salam Saudara AA,

    Kita perlu rujuk kembali kepada sirah rasul bagaimana pendekatan yang diterapkan.Rasulullah menanamkan Iman dan Takwa selama 13tahun di Mekah dan bila berhijrah ke Madinah ditegakkan Piagam Madinah.Justru Malaysia perlu menolak sistem politik kufar,tidak menitik beratkan persoalan Iman dan Takwa dan kembalikan pemerintahan khalifah dibawah payung Yang Dipertuan Agung selaku teraju Head of the Country yang menunjukkan kepimpinan berteladan mirip pada kepimpinan Khalifah ArRashidin yq terawal termasuk pemerintahan Umar Al Aziz.Kemudian Malaysia perlu keluar dari kitaran ekonomi bersangkut paut pada sistem kapitalis,sistem riba yang dikawal oleh puak Yahudi melalui pasaran free market dibawah telujuk badan dunia IMF mengguna pakai 'fiat currency'.Kita perlu mengorak langkah mengguna pakai sistem wang berasaskan emas dan perak.Ringkasnya perlu ikut jalan siratul mustakim iaitu jalan kenabian yang berasas pada iman dan takwa.Nostradamus dan banyak hadis2 akhir zaman menyatakan Islam akan bangkit dari Timur,yang dimaksudkan timur adalah Nusantara. Malaysia sesuatu Negara di timur yang dijanjikan akan bangkit kembali sedikit waktu lagi setelah sistem yang ada sekarang dinegara ini punah ranah,hancur berkecai kerana ikut acuan barat melalui sistem sekular berasas pada demokrasi yang memisahkan diantara agama dan politik. Nak bangkit dari ABC atau Alif Ba Ta perlu pada 2 ciri utama yang hilang bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia ketika ini iaitu (1)KEPIMPINAN yang berasaskan pada IMAN & TAKWA DAN(2)BOLEH BANGUNKAN SISTEM EKONOMI ISLAM melalui dinar emas dan perak.Bila ujud 2 pakej ini, insyallah boleh kembalikan semula kegemilangan ISLAM seantario dunia.

    ReplyDelete
  14. Saya setuju pendapat Sdra AA, Sesuatu yang tak dapat dinafikan lagi,,,kita kena 'start' balik dari ABCD, atau alif ba ta ...Malaysia selepas 56 tahun merdeka,,,ada banyak kelemahan yang perlu di perbaiki oleh pemimpin sekarang ini...BETULKAN SEMULA KOMPAS ARAH TUJU DESTINASI NEGARA KITA...SEBABnya kita telah hilang peribadi negarabangsa jatidiri kita,,,kecelaruan fikiran sesetengah anak bangsa ,,,kadar jenayah yang agak tinggi,,,sistem pendidikan yang hilang arahtuju,,,keadaan ekonomi dan keewangan negara yang agak 'kelemasan' dan sistem tadbir urus kerajaan yang lintangpukang dan berbagai lagi...Salah satu puncanya ialah selama "22 tahun zaman yang dikatakan keemasan Malaysia itu", hanyalah luaran shja..orang luar pandang cantik, tetapi didalamnya strata sosialnya berkecamuk dan busuk dan jarang diperbaiki secara sistematik..Penekanan kepada kemajuan sains dan teknologi oleh MM nampaknya tiada kesudahannya, nilai intergriti individu pulak makin terhakis dan kesan sampingan kepada masyarakat kita agak luarbiasa impaknya, dan sebagai Melayu beragamakan islam, saya rasakan diri saya dan anak bangsa saya sudah menjadi "the obedient follower" dan "the slaves" atau hambaabdi kepada perkembangan sains dan teknologi dari luaran dan seterusnya menjadikkan kita terlampau bergantung kepada negara luar,,sebuah masyarakat yang kurang jatidiri dan kurang intergriti..Sampai bila perhambaan dan pengusaan ini akan tamat...Ia tidak akan tamat, selagi pemimpin kita TIDAK meletakkan aras tuju yang baik dalam sistem tadbir urus negara...Salah satu cadangan saya,,kembalikan semula sastera, falsafah,budaya bangsa,,,hidupkan semula budaya, seni dan pebacaan buku sastera,nilai agama dan falsafah puisi jatidiri perjuangan anak bangsa dalam sistem pelajaran kita,,,,yang telah pupus dek kerakusan pemimpin yang mengajar anakbangsa terlalu mendewakan dan membangakan sains dan teknologi..Akuilah sehinggakini kita masih lagi menjadi pengikut bukannya pencipta kemajuan sains dan teknologi...Akuilah kelemahan kita masih, masih berfikir berbudayakan hamba dan bukan tuan,,,masih bermakangaji dan bukan bercita cita menjadi majikan atau menjadi tokeh besar secara usahagigih,,masih jauh dari berfikir seperti caracorakfikir negara maju,,,corak berfikir masih kekampungan walaupun pemimpin kita melaungkan 'global'..Pemikiran rakyat masih terjajah, dah berpuluh tahun sejak era Mahathir sejak kita menekankan sains dan teknologi...Akui lah sains dan kemajuan teknologi yang kita kejar kejarkan selama ini,,,telah menyebabkan anak bangsa kita menagih rezeki, menagih kerja,,gagal berdikari dan menagih simpati dari kerajaan dan mudah hanyut dalam arus teknologi.... KERANA kita telah gagal melahirkan insan insan berjiwa perjuangan, berusaha gigih dalam kehidupan dan mahu berdikari dan mengambilguna kemajuan teknologi untuk kemajuan diri dan bangsa ..Kita tidak menanamkan PERISAI perlindungan jatidiri, intergriti dan nilai agama dan dalaman yang kuat untuk menangkis kesan sampingan kemajuan dan perkembangan teknologi dalam kehidupan seharian...Adakah kita akan merelakan nasib anak bangsa kita menjadi PENGEMIS di bumi sendiri..Ini akan menjadi hakikat jika kita tak berfikir dan berbuat sesuatu dari sekarang...Syabas Saudara AA, sdra telah mengajak kita untuk mula berfikir tentang destinasi anak bangsa Malayisa dimasa dan zaman yang akan datang...Faham fahamlah dan fikir fikirkan lah kita semua.

    ReplyDelete
  15. memang betul negara perlu disusun dari alif ba ta, tapi kalau tok mufti kita duk pegi izinkan Al Quran dihapuskan dgn cara dibakar dalam relau macamana? Kemudian masuk dlm suratkhabar mufti pegi hantar abu Quran kat tgh laut naik kapal TLDM. Selang beberapa hari dtg pulak puting beliung kat selat melaka yg selama ni tak pernah berlaku fenomena macam tu. Kemudian rakyat mula pulak berhimpun marah2 ckp itu tak betul ini tak betul. Adakah ini semua berpunca dari Al Quran yg dibakar? Kita semua tahu Quran mukjizat, mulia terpelihara. Namun kenapa ada cerdik pandai kita sendiri pegi hina dgn cara membakar. Secara asasnya yg kita tahu kalau Allah tak suka perbuatan manusia dia bakar dlm api neraka, tapi kalau manusia bakar apa yg Dia kata, apa maknanya? Tidakkah mencabar? menghina? Kita fikir sama2. Lihat kesan dia pada alam termasuklah diri kita. Kenapa bakar pedoman, petunjuk jalan? dah cukup pandai ke kita? Ada ke kitab lain yg lagi baik? Zaman memang berubah, namun sikap manusia tu tetap sama. Apa yg dibuat oleh org dulu mesti ada org sekarang akan buat. Kalau awal segala huruf, isi segala kehidupan, ilmu org pergi bakar, Apa cara lain lagi yg lebih utk kita susun dari alif ba ta? Memang Allah Taala itu ghaib namun Dia bersuara, bila Dia berkalam jgn dihina. Letakkanlah Alif itu Benar pada Tempatnya.

    ReplyDelete
  16. I just like the valuable info you supply to your articles.
    I'll bookmark your weblog and take a look at once more here frequently. I'm relatively certain I'll learn a lot of new stuff proper right here! Good luck for the following!

    Feel free to surf to my web blog :: accident claims compensation

    ReplyDelete