Selama ini kita merasakan
kekuatan gerakan perubahan ini begitu efektif dan perubahan itu tetap berlaku
dalam pilihanraya yang lalu. PRU13 pun sudah selesai dan kita telah mendapat
keputusannya. Hasilnya PKR tidak menerima keputusan pilihanraya kerana mereka
percaya ada berlaku penipuan besar dalam pilihanraya itu. Sekarang rakyat
berpusu-pusu berhimpun di mana-mana, di Petaling Jaya, Pulau Pinang, Ipoh, Kuala
Lumpur, Kuantan dan yang terakhirnya di Kuala
Terengganu. Malam ini ada lagi perhimpunan di ‘vicinity’ Amcorp Mall, Petaling
Jaya.
Itulah demokrasi dan tidak ada
salahnya mana-mana pihak mengadakan perhimpunan itu untuk meluahkan perasaan
bengis dan marah kita. Lagipun sememangnya sudah biasa kita bersama dalam
perhimpunan seperti itu. Bagi diri saya yang tidak ada apa-apa ini pun telah
menjelajah dan menjejakkan kaki di banyak tempat dan daerah untuk memberikan
penerangan betapa perlunya perubahan dilakukan di negara ini. Tidak ada rasa
letihnya semasa itu kerana semangat untuk berubah itu sememangnya begitu tinggi
dan ditambah pula dengan sambutan yang begitu menggalakkan.
Hasilnya BN tetap memenangi PRU
itu walaupun dengan jumlah kerusi yang menguncup. Sekarang wujud pula fenomena
baru. Rakyat berkumpul kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya.
Kalau dilihat daripada sambutan ramai tidak ada sebab BN kekal memenangi
pilihanraya itu, tetapi keputusannya BN tetap diberikan mandat. PKR tidak mahu
menerima keputusan pilihanraya ini kerana dikatakan pilihanraya itu sarat
dengan penipuan di mana-mana. Mahkamah akan menentukan samada keputusan
pilihanraya itu benar-benar dipenuhi dengan penipuan.
Jika Mahkamah memutuskan yang
penipuan benar-benar berlaku, maka akan berlaku lagilah
perhimpunan-perhimpunan besar-besaran dan Tuhan sahajalah yang tahu bila isu
itu akan berakhir kerana segala-galanya adalah dalam penentuanNya semata-mata.
Sebelum keputusan dibuat pun telah banyak kali perhimpunan itu diadakan dan
sambutannya menggalakkan dengan kehadiran yang ramai untuk memberikan sokongan.
Saya berharap rakan-rakan yang berjuang ini akan mendapat apa yang mereka
hajati dan rakyat kembali hidup seperti biasa dengan aman dan tenang.
Tetapi sebagai seorang yang sudah
begitu lama meniti kehidupan gerakan seperti ini, tentulah saya tidak mahu
mereka kecewa lagi. Saya telah merasakan pahit maungya berjuang dan apa sahaja
keputusan dan hasilnya nanti mesti diterima dengan syukur. Dalam perjuangan
jangan berasa tertekan apabila menghadapi kekalahan. Kekalahan itu adalah
makanan kepada pejuang asalkan sahaja mereka menerimanya sebagai salah satu
dari perkara yang perlu dijangka.
Persoalannya sekarang, adakah
pihak yang membangkang ini akan akhirnya berjaya? Jawapannya tetap berada dalam
ketentuan Tuhan Maha Esa. Hanya sebagai manusia yang hanya menggunakan akal
sahaja ini, ramai yang bertanya samada isu ini akan berjaya membuahkan hasil
itu? Ada yang
bertanya, adakah usaha ini tepat pada sasarannya? Ada
di antara mereka bertanya dan menjawab sendiri dan berkata, ‘peluru habis palembang tak alah jua’.
Alah atau tidaknya Palembang itu, ia tetap
berada dalam ketentuan Tuhan. Anda teruskan sahaja usaha itu tanpa memikirkan
apa hasilnya. Samada berjaya atau sebaliknya akan ditunjukkan Tuhan akhirnya.
Hanya kita perlu ingat satu
perkara, jangan sekali-kali ‘berkokok di atas tunggul yang rapuh’. Kokokan
itu akan senyap apabila tunggul rapuh itu tersembam menyembah bumi. Takut-takut
nanti tiada tunggul tempat hendak berkokok lagi.
Baik dari pihak kerajaan, mahu pun
di pihak pembangkang nasihat dan pandangan ini, sama-sama kita ingati.
syabas Tuan AA
ReplyDelete1. masih tajam pandangan dan kupasan tuan
2. sedikit pembetulan
- bukan PKR yg tidak puas hati
- tetapi juga PAS & DAP
- atau boleh dikatakan PR secara keseluruhan tidak puas hati
3. sementara PR sudah berada di puncak , tidak seharus nya semua gerakan menjatuhkan umno [ walau pun dengan apa cara sekali pun ] harus dipertingkatkan dari hari ke hari , dari minggu ke minggu , bulan ke bulan dan tahun ke tahun , sehingga umno tumbang
4. paksi kepada kejahatan di malaysia ialah umno
5. pusat kejahatan di malaysia berada di tangan pemimpin2 umno
6. tidak ada pilihan kepada majoriti rakyat malaysia [ > 52% ] melainkan meningkatkan iltizam , usaha & komitmen untuk berikhtiar sehingga kiamat , dgn 1 matlamat iaitu menghapuskan umno
7. selagi hayat dikandung badan , selagi kudrat masih bertenaga , selagi akal masih sempurna , selagi pancaindera masih normal , misi dan visi untuk menghapuskan umno sangat wajar dipertingkatkan
8 . kaum cina sudah membuktikan nya , almost all [ >90%] sudah menolak umno
ReplyDeleteThe ordinary people should not trust politicians, even from PR.
They are elected to service the people and properly do their jobs so the ordinary people could live their ordinary lives.
Anon above, I agree totally that politicians even from the PR cannot be trusted. They are all for power and use the corruption issues as an expedient excuse to be what the UMNO leaders do.
ReplyDeleteThey drag us to fight for their own advantages. Please trust nobody and suspect everybody. They are just power crazy, BN and PR alike.
So to whom we trust?
DeletePenat atau mengalah bukan suatu pilihan, kita ada perjuangan dan bukan pihak yang sedang mabuk kuasa.kalah dan menang tidak menjadi masaalah(kalah masuk sg.buluh)
ReplyDeletekami tak boleh terima kekalahan kerana penipuan ,jika kita masih lagi berpaksi kepada ISLAM maka tidak kah merasa malu bila kemenangan dengan penipuan ?
ReplyDeleteTuan Aspan!
ReplyDeleteSebenarnya langkah yang diambil oleh PR untuk mengadakan perhimpunan black505 di seluruh negara adalah wajar. Ini bukan masalah orang yang kalah terpaksa mengaku kalah, tetapi rakyat tak mahu ditipu dan terus ditipu. Hanya di Malaysia sahaja pihak kerajaan dapat terus memerintah setelah sudah hampir 55 tahun. Di sini maknanya ada yang tak kena dengan sistem pilihanraya dan boleh dianggap berat sebelah dan tidak adil. SPR itu sendiri yang memainkan peranan supaya BN terus menang. rakyat tak mahu benda kecil macam ini memperbodohkan rakyat.
Sistem yang ada sekarang hanya menjamin BN kekal berkuasa hingga kiamat dan pembangkang boleh beranggan saja.
Tipu kalu., sampai kiamat bn menang.
ReplyDeleteRelakah kita di tipu kini dan selamanya? Sedetik kita diam, selama itulah kita beri mereka peluang berfikir untuk terus menipu. Kita mesti menolak penipuan sehingga mereka penat menipu atau sehingga mereka sendiri tertipu.
ReplyDeleteAmat bersetuju yang penipuan harus ditentang habis-habisan. Saudara AA harus sedar bukan saja rakyat tentang penipuan, rakyat juga akan terus berjuang untuk mrnghapuskan rasuah dalam kerajaan BN sekarang.Selama ini pemimpin yang bersalah tidak dikenakan tindakan, yang kena hanyalah rakyat.(Curi susu 1 tin untuk anak disebabkan kesusahan terus dipenjara, curi duit rakyat berjuta-juta masih lagi bebas bergerak)Adakan ini dinamakan keadilan. Bak kata pepatah "Pemimpin adil pemimpin disanjung, pemimpin tak adil pemimpin disanggah".Setiap perbuatan jahat mudah dimakbulkan oleh yang Maha Esa, tapi setiap yang baik akan menempuh jalan berliku.
ReplyDeletekalau dah kalah tu kalah lah.. terimalah seadanya...kalau rasa ada penipuan sila tunjukkan bukti dan bawa kat mahkamah..
ReplyDeletekalau masih tak puas hati sebab rasa kita ni lebih popular tapi masih kalah dalam lumba lari sebab kita ni sampai kemudian, nak merajuk teruskankanlah..
Nak demostransi ke, nak buat hari hari. Ada aku kisah..
Batu Ronson
Kalau lari acara 100m pecut..tapi di lorong PR diletakkan hurdle..dan pengadil kata itu adil..maka xsalah kalau PR nk pertikai kekalahan mereka.
DeleteYang pelik, bila PR pertikai, dikatakan tak boleh terima kekalahan. Dan lebih pelik, pengadil kata mereka yg paling adil sbb letak hurdle dlm lorong PR dan pendekkan lorong BN. Itu pun BN nyaris2 kalah.
Salam Pak,
ReplyDeleteJika pertandingan itu adil, refreenya bertindak adil, Pengurus Stadium juga berlaku adil maka kita akan akur walau pun kita berasa hampa.
Tapi jika refreenya dgn sewenangnya mangangkat kad kuning dan merah kerana kita di sepak oleh pihak lawan dan Pengurus stadium menghalang penyokong kita tidak boleh bersorak sebagai tanda sokongan padahal penyokong mereka bebas menjerit apakah kita perlu akur dengan kekalahan yang di atur dan tidak berbuat apa-apa dgn mengatakan itu takdir?
Oh ya Pak, semasa saya hadir perhimpunan 505 dgn umur sudah 57 tahun ini rata-rata pimpinan PR turut hadir.
Saya bersetuju dgn bapak perhimpunan ini dimulakan oleh PKR kerana PKR adalah pencetus kepada kebangkitan rakyat semua kaum.
Mohd Zuki
Salam Pak Aspan dan para pengulas,
ReplyDeleteSaya rasa pandangan Pak Aspan amat tepat, tajam dan bernas berhubung posting yang diutarakan. Saya merasakan Pak Aspan akhirnya sedar dan menerima realiti yang berlaku didepan mata sekarang iaitu kekalahan PKR dan kekecewaan YB DS Anuar Ibrahim hendak menjadi PM. Pak Aspan juga redha yang perjuangan PKR yang menongkah arus tidak akan kemana. Kalau Pak Aspan guna kalimah "peluru habis, Palembang tak alah juo" maka orang Negeri Sembilan kata perjuangan pihak PKR ni seolah-olah "menghabeh an bogeh jo". Justru itu saya sebagai anak muda ingin merayu kepada mereka yang sudah tenggelam punca ni supaya belajar berpijak di bumi yang nyata. Terima lah kekalahan PKR dengan rela dan redha serta cuba lagi 5 tahun daripada sekarang. Tiada gunanya berkumpul-kumpul, melalak di tempat-tempat awam kerana perbuatan itu tidak akan memberi kesan..menghabeh an bogheh jo.
Pak Aspan yang saya muliakan,
Seperkara lagi berhubung undi popular tu saya rasa, YB DS Anuar Ibrahim tidak boleh terlalu perasan yang kelebihan undi yg diperolehi itu adalah undi untuk Pakatan Rakyat. Ada orang kata kelebihan undi tersebut adalah daripada kaum Cina untuk YB Encik Lim Guan Eng dari parti Pak Aspan, DAP. Kenapa agaknya YB DS Anuar Ibrahim begitu perasan yang beliau mendapat undi popular? Katanya juga orang-orang PAS tidak bersetuju menyokong beliau untuk jadi PM sekiranya Pakatan Rakyat menang banyak kerusi parlimen.
Oleh itu, Pak Aspan yang saya hormati, posting yang Pak Aspan kemukakan ini amat sesuai sekali dibaca oleh golongan PKR yang tidak dapat terima kenyataan. Ungkapan Pak Aspan berhubung "jangan berkokok jika bertenggek di tunggul yang rapuh" tersebut amat bertepatan sekali dan saya amat faham maknanya. Golongan muda PKR ataupun yang tua-tua ada faham ka?
Salam hormat daripada,
Sharifah Delila Syed Ali Uda Omar
(Perawan Jilbab)
Cyberjaya.
INCIK Batu,
ReplyDeletePKR nak bawak 27 petisyen
Pas nak bawak 10 petisyen
BN Kelantan nak bawak 3 petisyen. (hehe)
Tunggu yer. Ketua Hakim negara kata bagi semua petisyen, hakim mesti nak kena settle dalam 6 bulan......bulldoze?
hehehe