Membina sebuah negara bukan
semudah yang ramai ahli-ahli politik fikirkan. Ia bukan setakat memenangi
pilihanraya atau mengalahkan musuh politik semata-mata. Ia bukannya
bersandarkan kepada janji-janji pembangunan fizikal semata-mata. Misalnya jika
pihak UMNO menjadikan pembinaan ‘Kompleks Kerajaan Putrajaya’ dan pembinaan KLCC
sebagai contoh untuk menunjukkan kita membangunkan negara, itu merupakan
andaian dan alasan yang tidak betul.
Bagi seorang pemimpin yang
benar-benar mempunyai sisik kepemimpinan yang tulen, ia akan menganggap
pembangunan fizikal ini sebagai sebahagian kecil dan apa yang dikatakan ‘nation
building’ itu. Pembangunan negara atau ‘nation building’ itu melingkupi banyak
perkara dan elemen-elemen penting yang lain yang mesti diambil perhatian.
Tidak berguna kita mempunyai
pembangunan fizikal yang besar tetapi ia tidak melengkapkan negara itu sebagai
sebuah negara yang membina tamadunnya yang tersendiri dan bernilai tinggi.
Kepimpinan yang baik adalah kepimpinan yang berjaya membina identiti negaranya
yang baik dan sempurna, baik dari segi kehidupan sosial rakyatnya, politiknya,
serta pembangunan ekonominya.
Yang lebih baik lagi, ia mesti
merangkumi pembangunan sahsiah rakyatnya yang tinggi dan disandarkan kepada
pembangunan spiritual rakyatnya bagi membezakan negara kita dengan negara lain.
Rakyat semua kaum dan agama ini akan lebih memberi kesan kepada negara jika
nilai dan tahap spiritual mereka berada di tahap yang tinggi.
Kompleks Pentadbiran Kerajaan
Putrajaya itu bukannya komplek pentadbiran yang pertama wujud di dunia ini
seperti yang terletak di tempat dahulunya bernama Perang Besar yang suatu
ketika dahulu berada dalam jajahan negeri Selangor itu. Di Nigeria sudah
terbangun kompleks seperti Putrajaya dan kompleksnya lebih besar dari yang kita
tiru dan dibangunkan di Perang Besar itu yang sekarang kita namakan Putrajaya.
Kompleks di Abuja itu terletak 400
kilometer dari Lagos dan oleh kerana kompleks sebesar itu maka negara Nigeria
telah bankrap kerana segala sumber kewangan yang didapati dari hasil minyaknya
hanya digunakan untuk perbelanjaan penyelenggaraan kompleks yang begitu besar.
Apa gunanya pembangunan seperti ini?
Tetapi bagi pimpinan politik dan
pentadbiran dunia ketiga, sikap berbagga-bangga itu menyebabkan negara Nigeria itu
menjadi bankrap atau hampir bankrap. Great Britain merupakan kuasa dunia
terbesar tetap dan mereka lebih berkemampuan untuk membina kompleks seperti ini.
Tetapi pentadbiran Perdana Menterinya tetap berada di Downing Street yang hanya disambungkan dengan rumah kedai di
Downing Street itu sejak beratus tahun yang
lalu.
Di situ jugalah Perdana Menterinya
tinggal di dalam sebuah apartmen yang kecil cukup untuk melindungi keluarga
Perdana Menteri. Di situ jugalah kuasa dunia berada dan dari situ
jugalah arahan untuk memerangi Iraq
dilakukan dan semua isu dan dasar-dasar besar negara dan dunia digubal dan
dilaksanakan.
Itu sebabnya sesebuah negara yang
berkepimpinan, sikap menunjuk-nunjuk ini sudah jauh ditinggalkan dan kita masih
lagi berbangga-bangga dengan pembangunan yang menyeksa kita sendiri. Walaupun kita
telah lama keluar dari kampung tetapi masalahnya kita masih lagi gagal untuk
mengeluarkan sikap kampung dari diri kita semua ini.
Jika kita benar-benar sudah
membangun, kita sepatutnya membangun dalam sudut-sudut yang lain dari hanya
pembangunan fizikal dan material yang tidak membawa kita ke mana-mana ini.
Pimpinan kita masih tidak dapat
memahami dan mengakui bahawa pimpinan yang sudah ketinggalan zaman ini tidak
mungkin akan membawa negara kepada pembangunan yang kita laung-laungkan itu.
Masyarakat kita masih terbelenggu dengan sikap lama yang sudah tidak dipandang
oleh masyarakat yang telah maju. Siapa yang kaya dialah yang dihormati dan
susah untuk menyalahkan mereka jika mereka melakukan kesalahan. Masyarakat kita
masih melihat dan berbincang tentang apa ‘brand’ baju yang kita pakai dan
melihat kereta apa yang jiran kita pandu.
Inilah kegagalan kita selama ini
kerana pimpinannya juga datang dari kumpulan yang sebegini. Pimpinan kita masih
melihat kuasa itu untuk keuntungan peribadi dan masih melihat material sebagi
perjuangan sehingga tamat riwayat hidup mereka. Mengumpulkan harta yang
bertimbun-timbun itu adalah ukuran kejayaan kepada mereka.
Nilai-nilai inilah yang perlu ada
kepada kepimpinan kita. Nilai-nilai ini sudah mula berputik di dalam masyarakat
kita yang tidak ketinggalan dalam pembangunan sikap dan mentaliti ini. Tetapi pimpinan
masih tidak dapat menyaingi pembangunan sikap ini seperti yang sudah mula
berlaku dalam masyarakat kita.
Jika dikaji sedalam-dalamnya
elemen inilah yang menjadi faktor, walaupun bukan utama yang menyebabkan ada
perbezaan yang luas di antara rakyat yang sudah maju dengan pimpinan yang masih
tidak dapat mengeluarkan kampung dari dalam diri mereka ini.
Saya berharap PM Najib akan
berkemampuan untuk membuat pembaharuan ini, tetapi beliau sendiri wajar bersama
berubah ke arah yang betul itu. Lantiklah ahli jemaah kabinet yang mempunyai
njilai-nilai ini bagi membantu beliau dalam pembangunan ini. PM Najib wajar meminta mereka
yang lama-lama untuk menghidupkan kembali nilai-nilai ini. Nilai ini bukan
tidak pernah ada dalam kepimpinan kita.
Tetapi pembangunan kepimpinan ini
telah terbantut apabila Dr Mahathir mengambil alih kerajaan dan nilai ini sudah
diabaikannya dan digantikan dengan tumpuan kepada pembangunan fizikal
semata-mata yang tidak mempunyai roh pembangunan yang bersih.
PM Najib bertanyalah,
berbincanglah dengan sesiapa yang tahu dan memahami isu sebenarnya yang kita
sedang hadapi. Jika sampai masa PM Najib berhenti dan bersara nanti, saudara
akan diingati sebagai seorang yang telah betul-betul merubah dan membangunkan dan mengeluarkan negara dari kancah kehancuran
politik dan siasah serta pembangunan negara kita.
Kepada saudara PM Najib,
sayangilah negara dengan sesungguhnya. Saudara boleh lakukan tanpa pembayaran
BR1M dan seumpamanya. Pembayaran BR1M contohnya hanya mampu menghilangkan sakit
buat sementara. Penyakitnya tidak sembuh juga.
Nak kembalikan keyakinan dah terbukti tak berjaya kerana rakyat dah susah nak percaya kerana UMNO berterusan mengambil kesempatan material dan pada masa sama terlibat dalam berbagai skendal yang tak terjawab.UMNO hanya diselamatkan olih orang melayu dikampung tradisi yang masih "DARA" dan terlindung dari maklumat skendal politik UMNO .DiDUN Ampangan umno berkempen siang malam dengan belanja cukup besar cuma menang 80 undi saja sedangkan PKR tu tak ada bilik gerakan pun dan tak kempen pun.Ini tandanya pengundi dah nekad takkan menyokong UMNO lagi kerana dah muak dengan ragam orang UMNO tu sendiri.Ubat yang najib beri pain killer saja yang akan memberi medharat yang lebih besar diPRU 14 nanti.Pada PRU 14 nanti kampung tradisi dah berkurangan ,pengundinya juga berkurangan jadi macam mana umno bolih hidup...Geraka,PPP,MCA dah hilang dan UMNO tak mustahil tak hilang....
ReplyDeleteTuan Aspan,
ReplyDeleteBagai mencurah air di daun keladi,
pada pendapat saya. Tuan silap jika anggap Najib berfikir seperti tuan. Umpama langit dengan bumi bezanya.
Cara pemikiran seperti yang tuan utarakan di sini adalah pelik baginya dan bagi yang sewaktu dengannya, tak masuk akal. Spiritual itu apa? Sori tak paham. Bangunan lebih penting dari orang.
Idealismenya ialah kuasa, kedudukan dan kemewahan.
Golongan bawahan hanya layak berada di bawah telunjuk pemerintah dan sekali sekala diberi Br1m, jalan berturap dan dinaikkan sedikit gaji bulanan. Berjiwa hamba, mereka akan tunduk selama-lamanya kerana hakikatnya itu tempat mereka.
Golongan atasan layak kekal di atas kerana bijak dan kaya. Meraka nampak indah di billboard dan persada media. Sandiwara ialah cara hidup mereka.
Undang-undang hanya untuk orang bawahan. Peraturan SPR ke Polis ke Ugama ke semua untuk orang bawahan.
Tiada batasan bagi orang atasan.
Ini cara mereka befikir.
Podeh jang...
DeleteX buleh tahan...
Tapi tu pn kok org tu ghoti bahaso la..
Ghaso ehhh...buek derk yo...
"Kepada saudara PM Najib, sayangilah negara dengan sesungguhnya. Saudara boleh lakukan tanpa pembayaran BRIM dan seumpamanya. Pembayaran BRIM contohnya hanya mampu menghilangkan sakit buat sementara. Penyakitnya tidak sembuh juga." ~ Aspan Alias
ReplyDeleteBRIM adalah manifestasi yg amat ketara kegagalan UMNO menaikan taraf ekonomi & mental orang2 melayu - mana taknya, selepas 55 tahun mentakbir negara, sejumlah 8.7 juta kaum melayu masih lagi berpendapatan kurang drp RM1,500 sebulan dan apabila mendapat duit mereka sendiri, menangis2 kegembiraan.
Dahlah miskin harta, miskin pemikiran juga..
Pedih & sedihnya!
~ Batu Geliga
Begitulah nasib najib yang malang..memenangi pilihanraya secara menipu....dan dikelilingi oleh org yg tidak berkemampuan untuk memimpin...
ReplyDeleteBagi saya ,najib harus meletak jawatan..kerana sudah pasti dengan mengambil kira apa yg telah berlaku..bn akan bungkus di pru 14...lagi lama najib menjadi pm...lagi banyak duit negara akan disonglap oleh najib and `the gang`..
Sekarang ini pon najib poning memikirkan bagaimana untuk mendapat semula duit yg telah dilaburkan..adakah akan menaikkan harga minyak,gst,saman,tol..yg akan membuat rakyat marah...
Penipuan najib akan membuat malaysia tidak aman..ekonomi merundum..serta masalah sosial bertambah...
Mahayudin sudah tentu akan mencucuk mahadir..supaya najib letak jawatan..walaupun mukhriz telah di jadikan mb kedah...dan juga sudah tentu `kak ros` akan menentang jika ada desakan najib letak jawatan...
Jika najib berkeras untuk kekal berkuasa..hanya rakyat akan memaksa beliau melepaskan jawatan...maka sejarah tun razak berulang kepada anak beliau...
```what goes around comes around```
Dahuluny ada dengar slogan...Membasmi Masalah bermula dari akar umbinya. Tetapi setiap tindakan BN tidak menepati slogan itu. Kudis di kulit hanya ditutup bedak, tidak diberi makan ubat yang betul. Kudis makin merebak.
ReplyDeleteTuan AA, saya setuju dengan pendapat tuan. Bersuaralah, selagi hayat dikandung badan. Kalau tuan PM ada membaca luahan tuan sudah cukup baik bagi saya. Perubahan ketara pengundi2 melayu & cina menyokong PR kerana janji yg cukup menarik dari pihak PR seperti penurunan harga petrol, pendidikan percuma(ptptn dihapuskan), tol dihapuskan & berintergriti dalam pemerintahan. Tiada alasan lain...
ReplyDeleteKuasa bukan tempat selamat untuk menyembunyikan kesalahan, jika ini berlaku sampai kiamat pun tidak relevan kepada pembangunan bangsa malaysia.
ReplyDeletepak Aspan,
ReplyDeletewhat do u expect from najib? even 'suami'nya sendiri pun dia tak mampu nak nasihat supaya jgn boros berbelanja. label Audemars Piguet didahulukan dan jenama Birkin diutamakan.
Saya bersetuju dengan pendapat rakan yang di atas.PM kita dan kroninya tak mendengar keluhan rakyat sebenarnya.Apa yang diberi hanyalah sekadar mengaburi mata rakyat.Semua undang- undang adalah untuk rakyat bawahan.Mereka ada kuasa dan telah diberi mandat sekali lagi.Peduli apa.Tahniah kepada mereka yang telah memberi mandat. SATU MALAYSIA. Ambikk kau.
ReplyDeleteTuan Aspan dan Pembahas,
ReplyDeletekampongman menulis dalam posting sebelum ini:
"Prestasi UMNO meningkat lebih baik dari 2008 dari 79 ke 88."
Kampongman sebagai seorang profesional amat betul dengan faktanya. fakta tersebut menunjukkan peningkatan kerusi parlimen yang diperoleh oleh UMNO keseluruhannya dalam PRU 13...jangan sanggah le, tak menang punya sebab itu fakta!
Meh kita tengok satu lagi aspek keputusan PRU 13 yang melibatkan kerusi-kerusi parlimen yang diperolehi oleh BN dan Pakatan rakyat mengikut wiayah: Semenanjung Malaysia dan malaysia Timor ( Sabah & sarawak).
BN
Semenanjung Malaysia = 76 kerusi
Malaysia Timor = 57 kerusi
Jumlah = 133 kerusi
Pakatan Rakyat
Semenanjung Malaysia = 80 Kerusi
Malaysia Timor = 9 kerusi
Jumlah = 89 kerusi
--------
Dari tabulasi diatas 3 fakta utama yang dapat dilihat, iaitu:
1. BN TEWAS DI SEMENANJUNG MALAYSIA DALAM PRU 13.
2. KEMENANGAN BN DISUMBANG OLEH KEMENANGAN KERUSI-KERUSI DARI SABAH DAN SARAWAK. KEDUA NEGERI INI MASIH MENJADI FIXED DEPOSIT BN DALAM PRU 13.
3. WALAUPUN PAKATAN RAKYAT TEWAS TEROK DI SABAH DAN SARAWAK TETAPI DARI SEGI UNDI POPULAR MEREKA MENUNJUKKAN PENINGKATAN. PAKATAN MENUNJUKKAN PENINGKATAN DI PERINGKAT DUN SABAH APABILA MEMENANGI 12 KERUSI DUN DALAM PRU INI BERBANDING 1 DALAM PRU 12.
----------------
data diatas boleh diulas dari pelbagai segi mengikut selera penyokong parti mana, namun, satu fakta yang jelas - walaupun BN menggunakan pelbagai cara untuk memenangi hati rakyat di semenanjung, malah keseluuhan kempen BN bertujuan besar untuk ini, BN TELAH TEWAS DI SEMANJUNG MALAYSIA.Jadi, kelebihan undi popular yang dimenangi oleh pakatan rakyat itu bukanlah satu fakta sampingan jika dibaca bersama-sama data yang saya kemukakan diatas. Data diatas juga menunjukkan bahawa "TSUNAMI MALAYSIA" sudah berlaku dan momentumnya adalah real dan mempunyai energy yang kuat.
Bagi memanjangkan hujahan fakta ini, terpulanglah kepada pembahas-pembahas sekalian untuk meneruskannya dari perspektif masing-masing
Kalau menurut hassan akidah, bn malaya harus memberi laluan kepada borneo untuk jawatan pm sebab kerusi parlimen lebih mereka menang.
ReplyDeleteAA,
ReplyDeletecamner la ko nak NAjib pulihan penyakit nie? sedangkan dia sendiri pun berpenyakit, nak buang penyakit kronik dalam UMNO? compom dia disepak kuar daripada majlis tertinggi umno akhir tahun nie. so apa yg dia blh buat, hidup kan semua project pro kroni, kasi kenyangkan semua ketua umno dulu, lepas tuh selamat la dia terus menjadi president umno akhir tahun ni.
najib letak jawatan? apa kebaikan dia letak jawatan kpd BN? kambeng yg mengambil alih jawatan tuh nanti pun acuan yg sama.. buat benda pun sama, muka dan nama tak sama jer.
merepek betul la pemulihan umno, AA, ulasan pemulihan umno ni tak logic bro....
kenalan saya masuk umno dulu, masa dia masuk umno, media bagi liputan.
ReplyDeletesebab kami rapat, jadi takda apa apa yg hendak disembunyikan.
dia cakap dia masuk umno
1- kecewa kalah tipis permilihan parti lama.
tak sampai setahun berada dalam umno, dia meluahkan dia masuk sebab dengan harapan jika bn menang, dia dapat laba untuk bangunkan perniagaan dia..
kesudahan pru 13.
1-BN kalah di negeri tersebut..yg dikendong terlepas, yg dikejar terciciran.
2- sukar hendak mempercayai mereka yg berjuang dalam umno tiada agenda peribadi yg berbentuk keduniaan.
ramai kawan kawan yg memegang jawatan dalam parti, saya pun tahu sebab mereka mendapat laba mudah, contohnya bantuan atap kepada rumah yg daif, ada peruntukan tertentu, yang dapat projek ialah mereka yg berjawatan dalam umno cawangan.
Tuan Aspan,
ReplyDeleteSaya yakin PM Najib tahu dan sependapat dengan tuan dan kita semua dalam hal yang tuan perkatakan. Cuma nya tahu dan sependapat dengan pengamalan adalah dua faktor berbeza.
Pada firasat saya, PM Najib akan mengambil masa sekurang kurangnya 100 hari untuk menenangkan penyokong tegar beliau dengan pernyataan pernyataan yang mahu (bukan yang sepatutnya) di dengar oleh pengikut tegarnya. Selepas itu, saya berkeyakinan bahawa beliau akan meneruskan dasar 1Malaysia beliau serta menunaikan manifesto BN. Ini penting kerana jika beliau berterusan meratap hiba akan hilangnya undi yang dihajati maka PRU 14 pastilah beliau akan kecundang.
Tsunami Cina memanglah terjadi namun saya berkeyakinan bahawa ianya bukan atas faktor perkauman. Ianya terjadi kerana pengundi Cina berkeyakinan penuh bahawa Pakatan Rakyat akan menguasai kerajaan. Bangsa Cina amatlah pragmatik. Mereka telah buktikan bahawa semasa majoriti melayu menolak Tun Mahathir, mereka menyokong sepenuhnya Mahathir. Pada mereka, kestabilan adalah penting untuk meneruskan survival kehidupan.
Saya amat berharap PM Najib serta DSAI akan mengutamakan rakyat sebelum bertindak mengikut hati. 100 hari ni cukuplah untuk memuaskan telinga penyokong tegar. Selepas itu jadilah pemerintah dan pembangkang yang berwibawa dan berkhidmat untuk rakyat. Terimalah dan hormatilah kepeutusan rakyat. Jangan jadikan pengundi cina (PM Najib) serta suruhanjaya pilihanraya (DSAI) sebagai kambing hitam atas kegagalan memuaskan kehendak kalian. BN dan PR tidak menang semua dan juga tidak kalah semua.
BN
ReplyDeleteSemenanjung Malaysia = 76 kerusi
Malaysia Timor = 57 kerusi
Jumlah = 133 kerusi
Pakatan Rakyat
Semenanjung Malaysia = 80 Kerusi
Malaysia Timor = 9 kerusi
Jumlah = 89 kerusi
---------------------------------
Very good analysis.
Despite the electoral fraud.The analysis has shown that PR has won in Peninsula Malaysia but lost in Sabah and Sarawak. East Malaysia stills the Fixed Deposit for BN.
This mean that most of the ”people” from semenanjung has rejected the BN.
Pak Aspan,
ReplyDeleteNajib anak Bangsawan ini dilahir dan dididikan dengan keyakinan duit adalah penyelesian segala masaalah.
Pembangunan baginya hanyalah pembangunan material/jasmai. Pembangunan rohani dan akhlak tidak penting.
Tanpa pembangunan material tiadalah peluang merompak dan menyamun untuk keluarga dan kroni.
Inilah ideology UMNO Baru yang diwarisi dari Mahatir.
tak mungkin umno boleh reform, ko tgk la saja... dulu MCA tu pa nama ong tee keat, dia nak saji kan ex MCA president kpd MACC pasal klang scandal dan heret semua yg berkenaan.
ReplyDeletepa dah berlaku? ong telah ditendang dan diganti oleh Dr porno chuah. adakah najib akan membuat perubahan yg serupa dan akan menghabiskan karier politiknyer?