Apa yang hendak dihairankan jika
ramai rakyat samada melalui parti-parti pembangkang atau NGO-NGO atau orang persaorangan
mempersoalkan hal kepimpinan dalam kerajaan minoriti yang ada pada hari ini? Di
mana-mana negara pun jika kerajaannya dipimpin oleh kerajaan minoriti keadaan
seperti yang sedang dihadapi oleh BN sekarang adalah kejadian biasa.
Itulah sebabnya kita melihat
banyak kerajaan menubuhkan kerajaan campuran. Kerajaan Britain
sekarang adalah kerajaan campuran apabila tidak ada parti yang menang secara
mutlak. Kerajaan Australia
adalah kerajaan campuran selama satu penggal yang lalu dan akan mengadakan
pilihanraya lagi pada September nanti.
Tiada parti yang mendapat
kemenangan yang tipis, boleh bertahan dan apa yang dihadapi oleh BN hari ini
adalah keadaan yang sama dan dijangka tidak akan bertahan lama. Dalam
memperbetulkan keadaan ini, semua pihak terutamanya kepada pihak yang menang
dengan kerusi yang kecil itu mesti melakukannya secara baik dan jujur dan pertimbangannya hanyalah terhadap
kesejahteraan rakyat sahaja, dan tidak yang lain.
Jangan ada pertimbangan yang lain
dari itu kerana jika ada pertimbangan lain ia sudah pasti akan membantutkan
usaha penyatuan itu. Apabila ada perundingan dan perbincangan ia wajar
meletakkan kepentingan negara lebih dari yang lain. Jika PM Najib mahu
melakukan perundingan itu beliau perlu tegas dan tidak mudah digoyang oleh
elemen-elemen ugutan dari dalam UMNO itu sendiri.
Sekarang nyata memilih Perdana Menteri secara ‘convention’ iaitu seorang Presiden UMNO itu adalah Perdana Menteri sudah jelas tidak lagi ‘feasible’. Ini di sebabkan UMNO sudah tidak mampu lagi mewujudkan kepimpinan yang ber ‘consequence’ untuk negara kita.
Sekarang nyata memilih Perdana Menteri secara ‘convention’ iaitu seorang Presiden UMNO itu adalah Perdana Menteri sudah jelas tidak lagi ‘feasible’. Ini di sebabkan UMNO sudah tidak mampu lagi mewujudkan kepimpinan yang ber ‘consequence’ untuk negara kita.
Penyelesaian mesti dilakukan
dengan kadar segera kerana jika ada kelengahan, ia akan membawa kepada situasi
yang lebih buruk lagi kerana situasinya akan lebih buruk pada masa akan datang
dalam kadar yang cepat pula. Kelalaian UMNO selama ini menyebabkan parti itu
sudah tiada yang berkepimpinan maka rakyat terpaksa mencari orang yang mampu
untuk melakukan perubahan itu.
Jika UMNO tidak mahu bertindak
segera melakukan perubahan ini, maka yang jelas parti itu akan kecundang dan
jika pimpinan hari ini masih dengan acara dan ragam yang sama maka rakyat akan
memberikan persepi UMNO tidak mahu berubah dan sudah bersedia untuk ditumpaskan.
Jika itu berlaku UMNO tidak boleh menyalahkan sesiapa termasuk ahli-ahlinya
sendiri kerana bersikap degil dan tidak memahami apa yang dikehendaki rakyat
sebenarnya.
Sememangnya UMNO dan BN sedang
menurun sokongan ramai. Semasa Abdullah Badawi yang dikatakan oleh setengah
pihak seorang Perdana Menteri yang ‘tidur’ dan tidak bersedia untuk membuat
persiapan menghadapi pilihanraya, beliau tetap mendapat 140 kerusi dalam PRU 12
yang lalu.
Di sebaliknya semasa pentadbiran Najib yang sudah tersedia maklum dengan masalah yang ada di hadapan beliau dan telah melakukan kerja keras. Tetapi kerja keras beliau hanya mendapat kejayaan hambar dengan jumlah kerusi yang lebih rendah dari PRU sebelumnya.
Di sebaliknya semasa pentadbiran Najib yang sudah tersedia maklum dengan masalah yang ada di hadapan beliau dan telah melakukan kerja keras. Tetapi kerja keras beliau hanya mendapat kejayaan hambar dengan jumlah kerusi yang lebih rendah dari PRU sebelumnya.
Bagi melakukan perubahan ini kita
mesti akui dahulu yang UMNO serta BN sudah sampai kepenghujungnya dan ia
memerlukan pembaharuan yang besar-besaran. Melakukan pembaharuan itu wajib dengan
menampilkan seorang yang disegani dan boleh membantu membawa situasi politik
yang berbeza dari yang ada pada hari ini. Itu dahulu yang mesti dilakukan.
Selagi ada baki-baki situasi politik sekarang ini wujud, usaha untuk melakukan pembaharuan
itu tidak mudah dicapai.
Pihak yang mahu melakukan
perubahan ini mesti membawa rakyat berfikir dalam ‘environment’ yang baru
supaya masing-masing akan merasa kebersamaan dalam melakukan perubahan dan
membina negara yang bersatu padu itu. Semua pihak wajar merasakan keterlibatan
mereka dalam usaha ini. Apabila dibawa rakyat bersama untuk mencapai penyatuan
ini, maka rakyat akan bersama-sama menjaga apa yang telah diputuskan bersama
itu.
Saya selalu membawa isu ini
kerana saya sedar yang UMNO akan kecundang dan pihak yang mengambilalih pun
tidak mungkin berjaya melakukan perubahan sepenuhnya. Yang menang tidak akan
dapat semua dan yang kalah tidak akan kehilangan semua. Justeru masalah
perbalahan itu akan tetap wujud.
Bagaimanapun ini hanyalah
pandangan peribadi jika diberikan ruang untuk difikirkan bersama. Jika
tidak abaikan sahaja pandangan ini dan teruskanlah dengan perbalahan yang anda
sekalian sedang lalui sekarang.
Umno /BN tidak lagi berkeupayaan, seolah-olah sedang nazak dan kita hanya perlu membacakan surah yasin sahaja.
ReplyDeleteUMNO/BN kini tiada arah untuk mereka keluar. walau ke kiri, ke kanan, ke dapan, ke belakang, tiada lagi jalan untuk mereka. Walau bertaubat macam mana sekalipun, masanya telah sampai.
UMNO/BN seperti sampan yang uzur/buruk di tengah lautan luas, berlobang sana, berlobang sini...tampal di sana, bocor disini...tampal disini, bocor di sana...dan...TAMATLAH cerita UMNO/BN buat selama-lamanya.
GAME OVER.
ALLAH S.W.T LEBIH MAHA BERKUASA dan tiada siapa yang dapat menghalangnya.
ReplyDeleteThe present ' minority ' government is bad for the country.....they will be too busy defending their positions rather than focusing on governing in the best interest of ordinary people....ordinary people will continue to be neglected...there is no quick fix.
Pada tahun ini..malaysia sudah menghadapi pru kali ke 13..dan rakyat
ReplyDeleteingin perubahan..untuk menikmati kehidupan yg berkualiti seperti negara maju..dgn ada nya kerajaan yg korup dan terpaksa mengimport pengundi hantu dari luar negara..adalah susah untuk mengnikmati..agar kerajaan benar benar bekerja untuk rakyat..
Perubahan kerajaan demi kerajaan melalui pru..akan memastikan kerajaan yg bekerja untuk rakyat akan kekal lama..
Dengan kerajaan sedia ada..melalui paksinya umno..rakyat sudah tau siapa yg akan ditabalkan sebagai perdana menteri nanti..seolah olah negara ditadbir sebagai syarikat sendirian berhad..kerana semuanya sudah di`setting`sejak awal yg remote control nya dipegang bekas perdana menteri yg masih hidup..hanya berlingkar diantara keluarga tun razak,mahadey,tun hussien onn..mungkin tun abdullah mampu untuk menyelit..
Dlm masa skrg..mukhriz hanya menunggu masa kurang 7 tahun sebelum 2020..menjadi pm,pengganti najib hanya untuk menutup mata rakyat..jika dilihat lain macam jln nya akan ditukar..seperti berlaku pada pak lah..rakyat sudah nmpak sistem kerajaan sedia ada...kerana itu sejak 2 pru lepas bn kurang 2/3 kerusi...kemungkinan akan kalah dlm pru 14..
Rakyat perlukan pemimpin lain selain dari bn untuk mentadbir negara..dan pengundi cina sudah nmpak akan keperluan pemimpin lain..majorati pengundi melayu sudah jelas akan keperluan tersebut..dan pemimpin utama umno sudah dpt menghidu nya..cuma sikap tamak untuk membolot kekayaan negara sehingga 7 keturunan sanggup melihat rakyat biasa menanggung akibat nya...
Satu malaysia boleh tipu..satu dunia boleh tibu..boleh kah pemimpin bn menipu Allah??
Setuju sangat
DeleteMajority in urban areas only which one constituency equivalent to three constituencies in rural areas for Parliament seats.Do not be so naive to pass statements the minority govt could not last long,open our eyes.Most of the govt in the world achieved minority votes but still governed,good eg.USA the so most democratic country in the world.The other aspect,considering the result of the last GE 13,UMNO still strong having won 88 seats,but I forsee PAS was the great loser and adding together the Parliament seats won by PAS and PKR,the total connot surpass UMNO.Only DAP stood strong adding more seats.So PAS and PKR supporters please bugged up and do not just talk but we want result..mah
ReplyDeleteOn a level playing field, Umno would only muster not more than 65 seats. Actually a decline. So where does that leave Pas n Pkr? A great combination! You cheat and have no shame with condescending remarks on Pakatan Rakyat! Poh dah!
DeleteSgt teruja dan yakin dgn post tuan. Tanpa "bias"memang umno sdg sakit tenat. Mempastikan kesembuhan ada memerlukan doktor pakar dan ubat yg terbaik. Dlm masa. Yg sama, pentadbiran negara kena diteruskan. Dgn keadaan yg "lemah", sesuatu pendekatan perlu dicari. Utk mendptkan pemimpin yg di"sayangi" semua agak sukar namun masih tidak payah utk dicari. Berbekalkan keikhlasan dan political will yg tinggi serta tidak dlm "berada" dlm suasana jaguh, semua pehak perlu memikirkan sesuatu. Negara kita sdg menuju wawasan 2020.justru, hendaklah berusaha memperelokkan keadaan. Hentikan dendam kesumat dan berusaha mencari penyelesaian segare hatta sekalipon menerusi kerajaan campuran. Apa salahnya! Demi Malaysia tanah air ku.
ReplyDeletePAS sounds that they have accepted the result of the elections. So Anwar should follow.
ReplyDeleterock
PR won and message has to be spread to the people that BN cheated its way to power. Only rallies are the means to reach the people as the media is being controlled by BN.
Deletecukuplah nuar!!
ReplyDeleteHakikatnya kita tiada pilihan selain dari menerima bahawa BN telah menang walaubagaimana sakit hati pun. Tetapi selama-lamanya akan aku simpan dalam ingatan, bahawa BN menang dengan menipu. Itu sahaja dan satu lagi, aku sungguh, sunnguh, sunnguh tidak sanggup melihat Mukhriz menjadi PM. Sudah rakyat dirompak 22 tahun oleh bapa, rakyat akan dirompak 22 tahun lagi oleh anak?? Manakah keadilan??
ReplyDeletePak Aspan...
ReplyDeleteTeringat lirik oleh..Roberta Flack
Antara kerajaan bn dgn rakyat malaysia...
Strumming my pain with his fingers,
(one time, one time)
singing my life with his words,
(two time, two time)
killing me softly with his votes,
killing me softly with his votes,
telling my whole life with his words,
killing me softly with his votes...
Bn..dan umno nmpak sudah nazak
.........di era pm najib razak
Adakah Jika bee end tewas, pihak yang mengambil alih akan gagal juga? Gagal atau tidak bergantung kepada iltizam untuk perubahan. Jangan ada rasa ragu2. Jika tidak, kita terpaksa menerima anak cucu pemimpin bee end sekarang menjadi pee m pada masa mendatang. Hancusss...
ReplyDeleteTangan anda diikat kebelakang, mata ditutup kain hitam dan kepala anda diketuk 13 kali, dan anda di suruh redha? Malahan ada yang menyuruh anda bersalaman dengan pembuli anda dan berdiam diri, jangan melawan!! shhhh...duduk diam-diam!! tunggu kepala anda diketuk untuk kali ke 14 dan seterusnya....
ReplyDeletekebodohan dan kebebalan apakah ini? MasyAllah.
Bila DSN bercakap mengeneai reconcilation, saya membayangkan DSN akan membuat apa yang AA pertuturkan diatas. Ternyata andian saya itu salah. Sebaliknya DSN masih mengekalkan corak pengurusan yang sama selepas 12 PRU yang dahulu. Saya sungguh kecewa, ini menambahkan keyakinan saya DSN tidak ada apa istimewanya sebagai pimpinan No 1 negara, malah lebih teruk dari cara pimpinan pemimpin2 yang terdahulu. Bagi saya Kerajaan Campuran yang dicadangkan adalah salah satu option terbaik bagi menyatupadukan kepelbagaian masyarakat negara yang kita cintai ini dan dapat meredakan ketegangan politik yang berlaku kini. Wake-up la kita kini bukan lagi masyarakat yang kita kenal 30 tahun dulu.
ReplyDeletePak cik Aspan,
ReplyDeleteSaya baca dengan teliti posting pak cik tetapi saya tidak bersetuju dengan pandangan dan pendapat pak cik. Terlalu `bias' dan emosi. Pandangan seperti yang pak cik utarakan hanya seronok dibaca oleh pihak pembangkang dan mereka yg pro-pembangkang yang terlalu sukar hendak redha dengan kekalahan. Pakailah atau gunalah sistem pilihanraya apa sekali pun, kalau yang kalah tu tetap kalah dan janganlah mempersalahkan orang lain. Rakyat yang tergolong dalam `silent majority' memerhatikan gelagat anda dan amat menyampah dengan kerenah mereka yg tidak mahu menerima kekalahan. Bermacam tafsiran dan ungkapan dikeluarkan termasuk lah `undi popular' dan `kerajaan minority' demi untuk menafikan realiti yang berlaku di depan mata. Insaflah pak cik Aspan...you sudah tua dan berilah peluang kami yang tergolong dalam generasi Y ini untuk menentukan hala tuju negara ini demi untuk kesejahteraan hidup kami di masa hadapan. Berhentilah daripa meracun pemikiran kami. Kami sudah muak dan menyampah dengan orang-orang seperti pak cik Aspan dan yg sebulu dengan nya. Mohon maaf sekiranya perkataan yg digunakan agak keras tetapi untuk maju kita perlu bersikap `sedikit kurang ajar'. Salam hormat.
Anda kurang membaca, berfikir dan mengkaji. Kalau menang bermaruah saya bersetuju dgn anda. Tapi kalau melalui penyelewengan dan penipuan tentulah pihak lawan tidak akan berpuas hati. Contohnya, kalau anda bermain bola sepak dan pengadil berat sebelah kpd lawan anda, apa perasaan anda? Tepuk dada...Nasihat saya, bacalah laporan dan penerangan dari YB Rafizi. Klau nak lebih jelas jumpa dia lagilah baiknya.
DeleteYa , saya setuju umno itu sedang tenat..tapi saya tidak setuju yg umno tidak mampu mengekalkan kuasa mereka. Umno akan memerintah untuk jangka masa yg lama lagi selepas ni. Selagi adanya Spr yg berperangai mcm Jkk umno, selagi tu lah..umno akan terus memimpin negara. Umno tidak akan peduli tentang kemenangan bermoral atau tidak..yg penting kuasa dan harta negara di bawah kawalan mereka. Biar berbuih mulut rakyat mengkritik umno, mereka akan terus dgn agenda mereka iaitu membesarkan tembolok masing2 & juga kroni. Mungkin sehingga bangkrapnya negara ini baru lah diserahkan pada parti lain untuk diperintah. Saya sudah hilang keyakinan dgn menentang umno melalui mahkamah di negara ini. Saya dah tak kisah melihat korupsi & kezaliman terus menerus pemimpin yg terus dipilih sebahagian besar penduduk luar bandar ini. Bak kata orang kedah "mampuih pi la hampa nak buat apa pun"....
ReplyDeleteMelayu Original
Yang penting UMNO terus mendominasi malah betambah baik dari 2008.Yant menurun adalah Pas dan PKR.Uang menang tetap menang dan yang kalah cuba lain kali.Jangan lah meleweh tak boleh terima kekalahan.Kalah menang perkara biasa beb.Tunggu lima tahun lagi ya !
ReplyDeleteMungkinkah UMNO berubah? Atau lebih tepat mahukah UMNO berubah? Tengok saja perangai Zahid dan Sabery Chik, bolehkah UMNO berubah? Jelaskan jawapannya? It is "business as usual".
ReplyDelete
ReplyDeleteWhen caught cheating to win, people lose all respect and trust of the 'leaders' and institutions.
Until respect and trust are fully restored, the country cannot properly move forward.....trust once broken is impossible to fix.
kalau menang dengan cara penipuan buat apa? kalau kami meredhai keputusan pilihanraya ini, maka seolah2 kami merelai penipuan yg berlaku. Apa kita nk beritahu kpd cucu kita kelak? Yang kita ni takut kpd pemerintah dan menerima bulat2 keptusan PRU yg kotor?
ReplyDeletehttp://extremerich.com/dap/a/?a=15001
Adalagi pencacai Bee End 22 May 2013 08:55:00 GMT+8 ni
ReplyDeleteSaya generasi Y juga tapi kalau Islam nama tapi perangai merasuah..mencuri..mencuri dan menyalahguna kuasa, buat apa saya sokong yg sebangsa dan seagama.
Biar saya sokong yg amalkan nilai murni biar tidak seagama dan sebangsa. Terimakasih Tok Aspan atas pencerahan yang berani. Insyallah saya akan sebarkan dengan rakan lain di FB.
Amirul
Salam Sejahtera Tuan Aspan.
ReplyDeleteAnon 08:55:00 (Budak Skima)
Tolong Tuan Aspan jangan terasa hati dengan komen anak kecil di atas itu sebab beliau tidak layak pun mengundi dan seperti saya semasa seusia beliau dahulu yang melihat istilah "pembangkang" seperti berwajah polong atau jin tanah lagaknya atau berperwatakan komunis rasanya.
Lebih teruk lagi beliau di asuh oleh bapanya untuk melayari blog Papagomo atau Semut Hitam atau lebih teruk lagi setiap hari beliau ke kedai di hujung kampung untuk membeli Utusan Meloya atau Berita Hairan untuk santapan pagi. Berlainan pendapat tidak mengapa tetapi jangan kekurangan otak ya dek kerana kamu kurang membaca dan kurang tahap menilai.
saya setuju dgn TUAN AA
ReplyDelete1. ini semua adalah pandangan TUAN AA
tapi , tidak salah kalau ada yg bercanggah pendapat , pandangan , misi dan visi.
dalam semua ideologi , apatah lagi dalam islam , perbezaan pendapat sgt digalakkan
pada pendapat saya
1. kaedaan ini [ perbalahan politk ini ] sangat wajar diteruskan
2. satu pihak [ Pakatan Rakyat ] sedang berada di puncak dan kemuncak ,,,, hanya beberapa step sahaja lagi ke mercu kejayaan , insyaAllah. janji Allah tidak pernah dimungkiri , hanya janji mahathir & najib yg selalu tidak ditepati
3. manakala satu pihak lagi [ iaitu mahathir ,najib & umno ] sedang menuju kehancuran. tidak wajar ketika ini bagi sesiapa saja yg cuba menghalang kejatuhannya. biarkan dia jatuh. itu lebih baik bagi mahathir , najib & umno
Salam Tuan Aspan!
ReplyDeleteRakyat Malaysia boleh menerima kekalahan, tapi mestilah PRU tu adil. Tapi jika ada bantahan SPR buat senyap je. Itu menunjukkan PRU di Malaysia penuh dengan penipuan. Kami sudah menjangkau umur 50 an dan telah berkali-kali mengundi, tetapi bila selesai saja PRU, ada perkara yang sama juga yang berlaku. Itu menunjukkan SPR tak bersih. Dan berkali-kali saya katakan, sebenarnya rakyat Malaysia bukannya bertanding dengan BN tapi melawan segala tipu dakyah SPR. SPR kerjanya untuk pastikan BN sentiasa menang. Pada yang tak faham tu, bukalah minda, perkara seperti pengundi hantu dan mengundi berkali-kali adalah tektik SPR yang cukup licik. Tengok apa yang berlaku pada PRU baru-baru ini, dakwat kekal tak kekal tapi SPR buat pekak badak saja.Sungguh tak bermaruah!
Betul tu. Sy pun umur dah 57. Mmg tiap kali PRU ada je complain tapi langsung xde jwpan drpd SPR ?
DeleteJangan salahkan nyamok kelabu dibakar,jangan kata penyelewengan tanpa bukti sahih.Dah dekat 3 minggu dah mana bukti 40,000 Bagla,mana bukti blackout,yang ada panafian orang DAP sendiri,padan muka orang sendiri dia kata Bangla.Negeri yg dimenangi tak ada tipu pula,malah cepat cepat angkat sumpah jadi MB.PAS dan PKR campur dua pun tidak dapat tanding UMNO,kalaulah tidak ada sepet tolong lagilah banyak kerusi hilang.Berlaku adil pada diri sendiri dulu,baru tuduh orang lain tak adil.In conclusion,Pakatoons are sore losers esp PKR.
ReplyDelete