Malam tadi saya berceramah di
Bukit Gelugor bersama Pengerusi DAP Karpal Singh dan sambutan seperti biasa
amat menggalakkan dan terlihat denyutan nadi ramai untuk berubah itu lebih
jelas. Ceramah itu diadakan di Taman Tun Sardon dan telah dihadiri oleh ribuan
rakyat berbilang kaum.
Pada keseluruhannya Pulau Pinang
amat susah untuk ditembusi oleh BN walaupun BN telah melakukan apa yang mereka
boleh lakukan untuk kembali berkuku di negeri itu.
Saya merasakan keseluruhannya
Pakatan Rakyat mungkin dapat lebih sedikit kerusi daripada BN apabila semua
undi rakyat dikira pada 5hb Mei yang akan datang ini.
Ada setengah pihak meramalkan yang BN pula
akan menerima kemenangan kecil dan mereka membuat andaian masing-masing
mengikut keyakinan masing-masing. Begitulah keadaannya sekarang dan tidak ada
siapa yang benar-benar tahu apa keputusan sebenarnya sehinggalah kita saksikan
pada tengah malam 5hb ini.
Apa yang saya hendak sebut dalam
posting ini, mana-mana pihak yang akan memenangi pilihanraya kali ini wajar memenanginya
dengan kemenangan besar, kerana jika kemenangan tipis berlaku tidak ada pihak
mampu menubuhkan satu kerajaan yang stabil dan kukuh. Mana-mana pihak pun tidak
boleh mendabik dada mengakui rakyat menyebelahi mereka.
Kita telah melihat apa yang berlaku
sekarang ini di mana BN telah gagal untuk mendapatkan kemenangan yang sebenarnya
kerana telah dinafikan kemenangan dua per tiga itu dalam pilihanraya yang lalu
(2008). Kelemahan sokongan itulah yang melanjutkan permasalahan politik negara
sehingga kini BN terpaksa berhempas pulas mempertahankan arus perubahan
seterusnya dari pihak pembangkang.
Kemenangan Pakatan Rakyat dalam
empat buah negeri telah memberikan asas yang kuat bagi Pakatan Rakyat
mendapatkan sokongan tambahan bagi melengkapkan kejayaan yang telah dicapai
dalam pilihanraya yang lalu.
Sekarang kedudukan begitu
seimbang dan selalu saya sebut yang akan tewas ialah pihak yang melakukan
kesilapan perhitungan bukannya kerana kekurangan sokongan. Mengikut ‘survey’
dari UMR Research dari Sydney, Australia, BN sedang mendapat sokongan sebanyak
49% dan Pakatan pula mendapat 48% setakat semalam. Hanya 3% sahaja undi yang masih terawang-awang. Ia bermakna BN hanya memerlukan
2% untuk mendapatkan kemenangan tipis dan Pakatan Rakyat perlu 3% sokongan tambahan untuk memenangi pilihanraya kali ini.
Ke mana pun arah sokongan 3% lagi undi di awang-awangan ini ia akan tetap membuahkan sebuah kerajaan
yang tidak kuat. ‘Consequence’ sangat besar terhadap taraf kestabilan yang akan
dialami oleh pihak mana yang memenangi pilihanraya ini. Jika kita berada di
dalam sebuah kerajaan ‘minority’ seperti ini, tidak ada sesuatu yang boleh
menjamin masa depan yang cemerlang bagi negara kita.
Hanya yang boleh dipelajari dari
keadaan ini ialah menunjukkan bukti bahawa rakyatlah yang sebenarnya berkuasa
dan BN sepatutnya memahami kehendak rakyat yang sebenarnya sejak dari dahulu
lagi.
Tetapi tiada mana mana pihak
tidak akan merasakan kebaikan jika tidak melalui keburukan dan keserikan. Situasi
ini hanya mampu diselesaikan dengan menubuhkan sebuah kerajaan yang dinamakan
kerajaan perpaduan (unity government) dalam mana semua pihak boleh bersatu
setelah berseteru sebelum pilihanraya itu.
Mungkin itulah perubahan yang
terhasil dari gerakan pembaharuan yang rakyat sedang lakukan ini. Mungkin yang
dirancang itu untuk matlamat yang berbeza tetapi keadaan memaksa semua pihak
untuk bersatu dan meninggalkan segala perbalahan itu jauh ke belakang.
Keadaan ini bukannya tidak pernah
berlaku sebelum ini. BN itu sendiri tercetus daripada perpecahan yang berlaku pada
tahun 1969 dahulu. BN telah membawa semua pihak berselindung di bawah BN dalam
mana sebanyak 13 parti yang berpecah-pecah telah disatukan di bawah BN itu
termasuk parti Gerakan yang semasa itu adalah sebuah parti pembangkang yang
menguasai kerajaan Pulau Pinang. Hanya DAP sahaja tertinggal di luar BN dan
nyata ia telah memberikan kestabilan selama hampir empat puluh tahun.
Jika tidak kerana budaya yang
menyongsangkan nilai dan semangat BN itu oleh Dr Mahathir dahulu, mungkin
keadaan seperti ini tidak akan wujud dan rakyat masih bersatu padu seperti BN
dahulu.
Yang pasti tidak ada pihak yang
akan memenangi pilihanraya ini secara mutlak. Maka adalah menjadi kewajipan
semua pihak untuk melakukan pembaharuan dengan semua pihak bersatu di antara
satu pihak dengan pihak yang lain, ‘minus’ mereka yang korup dan rasuah serta menjadikan
tiada penyalahgunaan kuasa sebagai budaya kepimpinan mereka.
Berikan kepercayaan kepada
seorang yang benar-benar mampu melakukan pelan penyatuan ini kerana untuk
melakukannya ia terpaksa dikendalikan oleh seorang yang berwibawa dan berpengalaman.
Ia tidak boleh diberikan kepada mana-mana pimpinan yang sedang berperang maut dalam pilihanraya ini. Penyelesaian untuk jangka panjang wajar diwujudkan. Kita mahukan kehidupan di dalam sebuah negara yang aman dan damai jauh daripada perkelahian dan pergaduhan sesama kita.
Ia tidak boleh diberikan kepada mana-mana pimpinan yang sedang berperang maut dalam pilihanraya ini. Penyelesaian untuk jangka panjang wajar diwujudkan. Kita mahukan kehidupan di dalam sebuah negara yang aman dan damai jauh daripada perkelahian dan pergaduhan sesama kita.
TERKINI!! SAH, ANWAR BERSUMPAH DEPAN KAABAH!!! http://www.youtube.com/watch?v=nKZIPJ0PMTw
ReplyDeleteas salam Tuan.
ReplyDeleteApa sebenarnya yg berlegar dalam benak kepala tuan ni?
Aspan,
ReplyDeleteKalau tak ada clear cut winner pun leceh. Mesti banyak horse trading berlaku dan sogokan untuk melompat parti.
Politik kita terlampau adversorial. Susah nak kedua pihak bertemu ditengah2. Cuba lihat saja percubaan Kerajaan PR Pulau Pinang yang digagalkan oleh ketidakmahuanmengalahwalau secubit kerajaan Pwersekutuan BN.
Doa saya, biar PR menang besar. Adanya 3 komponen yang berdiri sama tegak, duduk sama rendah akan menjadi pati utama untuk sesiapapun tidak besar kepala macam yang berlaku dua tiga dekad yang lampau.
Biar ada check n balance dalam komponen PR sendiri walaupun Pembangkang rasmi dari BN.
Amin.
Yes. Gua pun macam lu .biar rakyat terbanyak mendapat faedah jika tiada satu party yg dominan. Yg penting PR kena menang
DeleteSalam Tuan,
ReplyDeleteSaranan tuan amatlah sesuai dan tepat pada masanya. Kita mestilah menghormati keputusan dan kehendak majoriti rakyat Malaysia.
Slim majority sememangnya akan menghasilkan kerajaan yang lemah namun sekiranya itulah yang terhasil makanya itulah yang akan kita lalui dengan semangat perpaduan seperti saranan tuan itu.
Sekiranya ditakdirkan slim majoriti ini akan menimbulkan huru hara akibat rasa ketidakpuasan mana mana pihak maka kita hendaklah bersama sama berazam untuk memastikan yang panas menjadi sejuk, yang kalah redha manakala yang menang jangan melangit dalam meluahkan kegembiraan. Kestabilan kerajaan yang memerintah adalah amat penting dan usahlah kita hancurkannya.
Salam persaudaraan untuk rakan rakan penyokong dan pengundi pakatan rakyat. Dalam keyakinan tinggi bahawa parti dokongan saya, BN akan memperolehi majoriti selesa, namun jika takdir memutuskan sebaliknya maka redhalah saya untuk berfungsi sebagai pembangkang.
Sekian, terima kasih tuan..
Bila Pakatan mentakbir kat Putra Jaya...kita boleh lakukan Unity government kat seluruh peringkat bermula dari semua negeri.
ReplyDeleteSaya tak akan RISIKO kan peluang ke-emasan untuk TURUNKAN minyat, Belajar PERCUMA kat Institusi tinggi dan HAPUSKAN TOL demi kepentingan UMNO-BN-PBB-PBS!! ABU - UBAH!!
UBAH Kerajaan adalah satu amalan yang baik. Penang, selangor, kelantan, ...dll ... berapa Juta Melayu Islam mati kerana penukaran Kerajaan ADUN negeri? Bukalah mata...harga minyak turun + takde Tol...saya jimat $5,000 setahun.....Batalkan AP, kereta Baru lagi turun..Jimat lagi $30,000 ringgit....tak payah bayar kos sekolah ....jimat $1500.....
Berapa kali x 1BRM kita sudah rakyat dapat dengan SATU ABU - UBAH??
Kalau kita nak tengok PR menang majoriti, kita semua kena turun ke bawah.
ReplyDeleteKetuk setiap pintu rumah di kampung2.
Berkempen betul2 agar orang2 Melayu bersama Pakatan Rakyat.
Jadi humble, jadi sukarelewan.
Maklumat sebenar tak sampai di kampung2.
Tuan2 kena ingat..undi saya dan undi tuan2 sahaja pada 5-05 nanti tidak cukup utk memenangkan Pakatan Rakyat.
Kita cuma tinggal 2 hari saja lagi.
berubah kerajaan memang suatu yg sangat memberi bermanfaat kepada sesebuah kerajaan kerana mood bersaing akan wujud dengan sendirinya. ianya amat menguntungkan rakyat bila masing2 berlumba membuat kebajikan kpd rakyat.
ReplyDeleteapa yg sy perhatikan di malaysia, perubahan amat wajar dilakukan memandang rata2 rakyat seolah tidak lagi dapat menegecapi nikmat sambutan kebesaran negara seperti hari kebangsaan contohnya. hari kebangsaan bagai tiada roh lagi kerana rakyat melihat ianya umpama sambutan kemenangan umno, lebih2 lagi dengan tema "JANJI DITEPATI" baru2 ini.
roh ini amat penting kerana ianya akan menjadi asas spritual yg sukar digambarkan.
transformasi yg dijanjikan ds najib nampaknya masih belum meyakinkan rakyat. masakan rakyat boleh yakin bila beliau sendiri terpaksa memikul jawatan menteri wanita.
ini hanya satu contoh... banyak lagi contoh lain seperti perasuah2 yg masih lepas bebas kerana ikatan parti dan kroni.....ini semua diperhatikan rakyat.
kes2 kematian di buat main2 tanpa dapat meyakinkan rakyat bahawa penyiasatan telus telah dilakukan....kezaliman memukul dan menyiksa ds anwar menjadi kemuncak ketidakpercayaan rakyat kepada pemimpin2 umno yg sangat jelas rasuh dan menyalahgunakan kuasa.
AYUH UBAH ... ALLAHUAKBAR !!!!!
Mahadey dalah punca segala masalah yg akan berlaku nnti..disebabkan najib yg tidak kuat dan terpaksa miminta pertolongan mahadey...jika najib sayangkan rakyat malaysia..beliau tidak akan meminta pertolongan mahadey..yg terkenal dengan penipuan..
ReplyDeleteJahatnya mahadey...sampaikan maruah rakyat malaysia tergadai dengan isu pemberian ic...sekarang ini kita terfikir adakah malaysia sekarang ini negara berdaulat???
Jika ditakdirkan pakatan rakyat membentuk kerajaan..pendatang asing ini termasuk yg mendapat ic secara tidak sah..haruslah ditangkap dan dihantar negara masing masing...inilah kemahuan rakyat malaysia yg mengundi pakatan rakyat..
Kembalikan maruah rakyat malaysia..dan tunjukan kepada dunia bahwa malaysia adalah negara berdaulat...kita tidak perlukan pendatang asing yg menetukan pentadbiran negara...
Salam sejahtera Sdr AA
ReplyDeleteIf truly both sides of the divide walk their talk to put the country's stability and rakyat's welfare foremost,an alternative formula for forming government is plausible in a balanced situation (I remember your previous postings on this).
Leaders must come clean, accept the fact for sins made known to the public, that they should gracefully bow down and not be party to the new government. Start a clean slate, find a character acceptable by all and truly capable to bring forth stability in this new era.
Your penultimate para brings to mind a thought by a friend, who opines RAHIM shall continue after RAHMAN.
I needn't say more. All the best to you, sir.
Scrooge
Dari jumlah besar orang orang yang menghadiri ceramah ceramh Pakatan, saya percaya Pakatan akan menang besar.
ReplyDeleteWaluapun tuan bukan calon PRU13 ini, saya masih berharap DAP akan memberi tuan peranan didalam kerajaan baru.
Keputusan kajian UMR itu tidak boleh dianggap tepat kerana sample kecil 500 orang yang terlibat dalam survey itu. Lagipun, kita tidak tahu corak dan apa kah soalan soalan yang ditujukan.
kita kena menang untuk perintah kitadan melaksanakan manifesto, kita bukan nak tukar perlembagaan yg memerlukan 2/3 majority.
ReplyDeleteOrg Melayu PPinang jgn jadi Bodoh. DAP perguna parti Pas & Pkr shj. 19 kerusi DAP tiada seorg pun calon melayu. Mana slogan malaysian malaysia yg dilaungkan DAP kononnya multiracial. 4 kerusi dlm DAP diperuntuk kpd kaum india yg penduduknya minoriti di ppinang. DAP akan menang majoriti dan kesemua ahli exco adalah kaum cina. Tolak semua calon PKR di ppinang krn 5 tahun kedua2 calon PKR tidak memberi faedah kepada melayu ppinang. Berilah undi anda kpd calon bebas @ pas.
ReplyDeleteHey there this is somewhat of off topic but I was wanting to know
ReplyDeleteif blogs use WYSIWYG editors or if you have to manually code with HTML.
I'm starting a blog soon but have no coding skills so I wanted to get guidance from someone with experience. Any help would be enormously appreciated!
Here is my blog post :: グッチ 時計