29 May 2013

Hanya yang bersih layak membersihkan yang lain

Daim Zainuddin kembali aktif memberikan komen tentang keputusan pilihanraya 13 yang baru lalu. Daim yang pada awalnya meramalkan bahawa BN akan hanya mengekalkan kerajaan NS, Pahang dan Johor sahaja kini jelas tidak menjadi. Beliau tidak lagi dianggap ‘dukun’ dan ‘pawang’ yang hebat seperti yang dianggap oleh ramai sebelum PRU yang lalu.

Daim berkata jika orang bertanya, saya akan meminta Najib diketepikan kerana kegagalannya mempertahankan kewibawaan BN yang hanya mendapat 133 kerusi sahaja. Daim beranggapan bahawa semua penasihat Najib yang ramai-ramai itu sepatutnya dipecat kerana kegagalan itu. Daim mengakui bahawa beliau telah menasihatkan supaya Najib jangan pedulikan kaum Cina dalam siri kempen beliau (Najib) kerana kaum Cina sudah menunjukkan keengganan mereka menyokong BN.

Daim selanjutnya berkata apa yang sepatutnya Najib tumpukan ialah kepada kawasan-kawasan yang BN telah tewas dengan tipis di samping menjaga kawasan-kawasan yang BN telah menang dalam PRU 2008 dahulu. Bagi Daim adalah membazirkan wang sahaja memberikan tumpuan terhadap kaum Cina kerana mereka sudah membelakangkan BN dengan jelas.

Pandangan Daim ini jelas-jelasnya menunjukkan betapa kuatnya jiwa perkauman beliau dan jika inilah nasihat yang diambil oleh Najib atau sesiapa pun maka tidak salahlah tanggapan banyak pihak yang BN itu adalah parti yang rasis. Itulah sebabnya saya selalu menganggapkan yang BN sudah ketinggalan zaman bagi rakyat dan negara ini. Pandangan Daim itu menambahkan bukti lebih jelas lagi yang BN itu adalah parti yang tidak mampu memimpin rakyat keseluruhannya tetapi hanya memimpin sebahagian daripada kaum Melayu dan Bumiputra sahaja.

Tetapi yang paling menarik, ialah perbezaan pandangan Dr Mahathir yang mahukan Najib berhenti jika keputusan PRU 13 yang baru selesai ini lebih buruk dari keputusan PRU12 yang dipimpin oleh Abdullah Badawi pada 2008 dahulu. Jika Daim mahukan Najib bersara dan memberikan tugas berat ini kepada Muhyiddin, Mahathir sebaliknya mahukan Najib kekal kerana dalam UMNO sudah tiada lagi pilihan dalam UMNO lagi.

Pandangan kedua-dua ‘warlords’ UMNO ini berbeza dan bagi saya kedua-dua mereka ini tidak perlu lagi memberikan nasihat kepada pucuk pimpinan UMNO. Pasangan kembar Mahathir/Daim inilah yang menjadi penyebab besar kenapa keadaan UMNO itu menjadi keadaan sebegini sekarang ini. Mereka berdua inilah yang menyumbang kepada melekatnya stigma rasuah dan salahguna kuasa dalam UMNO itu.

Lagipun tidak ada sesiapa yang berada dalam pimpinan UMNO sekarang menerima apa-apa pandangan dari kedua-dua ‘warlords’ UMNO ini. Pertamanya, kedua-dua ini mempunyai agenda peribadi sampai ke mati. Keduanya, tidak ada siapa dalam barisan kepimpinan UMNO itu layak menerima nasihat lagi kerana bagi pandangan ramai, mereka sendiri tidak akan dapat dan berupaya untuk memperbaiki keadaan UMNO itu lagi.

Pendeknya, penasihat-penasihat ini tidak layak memberikan apa-apa nasihat kepada mereka yang tidak perlu dinasihatkan lagi. Ia akan menjadi seperti si buta menasihati si pekak sahaja. Sebaliknya kedua-dua pihak ini perlukan nasihat, baik Daim/Mahathir mahupun keseluruhan kepimpinan MT UMNO itu.

Nasihat untuk kedua-dua belah pihak ini ialah supaya mereka membuka minda dan memberikan laluan kepada pihak yang ketiga yang berpengalaman untuk menyusun sebuah negara yang baru dalam semua bidang bagi menjaga kestabilan negara dalam jangka panjang.

Dalam keadaan sebegini rupa adalah tidak ‘viable’ bagi mana-mana pihak yang sedang bertentangan untuk mendapatkan mandat kerana di pihak yang membangkang pun masih terlalu banyak isu yang perlu mereka selesaikan. Bagi pendapat saya mewujudkan pentadbiran dalam sebuah negara baru yang disusun dari mula adalah amat penting.

Kita bukannya tidak ada pengalaman membaharui negara ini. Ia telah dilakukan oleh pimpinan kita pada selepas masalah bertembungan di antara kaum berlaku pada 1969 dahulu. Apa yang berlaku pada 1969 dahului serupa dengan apa yang berlaku sekarang. Perbezaannya hanyalah dalam kemelut sekarang ia tidak akan membabitkan pertumpahan darah di antara kaum kerana semua kaum tertumpu untuk melihat sebuah negara yang bersih daripada rasuah dan berbagai-bagai elemen buruk.

Masalah yang sedang kita hadapi sekarang bukan boleh diselesaikan dengan kumpulan ini dapat menumpaskan kumpulan yang itu. Kalau masih lagi kita memikir dalam kotak seperti yang lazim kita lakukan sekarang ini, maka tidak akan ada perubahan yang berlaku. Masalah akan tetap sama kerana dari segi sikap dan persepsi masing-masing yang sedang bertempur politik tidak ada banyak perbezaan dan jika salah satu daripada dua pihak yang mendapat mandat sekali pun.

Masalah yang asas bagi kita untuk mendapatkan siasah yang betul dan menepati piawaian sebagai sebuah negara demokrasi yang tulen. Apabila seseorang itu sudah matang pemikirannya mereka akan sedar bahawa berdemonstrasi dan berhimpun dengan hiruk pikuk itu tidak akan jumpa penyelesaiannya. Kita anggap sahaja negara kita sebagai negara baru dan biarlah mereka yang mempunyai ‘magnanimity’ yang tinggi memulakan sebuah negara yang seolah-olah sebuah negara yang baru merdeka.

Tidak payah kita memaki hamun di antara satu dengan lain dengan menggunakan bahasa yang kesat seperti manusia yang tidak mempunyai emak bapak. Mereka yang terlalu biasa dengan maki hamun itu adalah daripada orang yang terlalu kosong dan fakir jiwa mereka.

Jiwa yang panas itu adalah jiwa manusia yang tidak aman dan tenteram pemikiran mereka. Ini merupakan pandangan saya dan saya tidak mampu untuk menulis pemikiran orang lain.

Saya tidak pernah menegah orang lain berfikir macam mana sekali pun, maka saya juga tidak mahu berkelahi oleh kerana pemikiran saya pula. Hormati pandangan saya seperti saya menghormati pandangan orang lain. Saya tidak pernah memaki hamun mereka yang tidak sealiran pemikiran dengan saya. Kalau saya luahkan rasa tidak bersetuju dengan pandangan mana-mana pihak pun tidak pernah saya memaki hamun dan menggunakan bahasa yang kotor untuk menundukkan pihak yang tidak sealiran dengan saya itu.

Kita sedang hidup pada zaman kemajuan dan adalah penting bagi kita menilai cara kita berfikir samada sesuai dengan keadaan masa dan zaman sekarang ini.

Memaki hamun seorang yang mempunyai pemikiran yang berbeza dengan kita itu hanya lazim kita dengar berlaku pada zaman batu dahulu sahaja.

19 comments:

Anonymous said...

Pak Aspan..

Menegur pemimpin umno..ibarat mencurah air ke daun keladi..

Pemimpin umno..makin tua..makin gila nafsu dia..cepat cepat lah pru lagi..supaya ajar umno dan bn..

kueh bakar said...

semoga Pak Aspan terus menegur kedua-dua parti tak pilih bulu.

kalau media dan polis itu bebas menegur mana-mana pihak yang salah - negara tidak akan menjadi seperti hari ini..

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,

Pendapat saya Daim tepat dlm ramalannya, tapi keputusan berubah sebab intervensi hebat terancang. Begitu juga dgn bacaannya ttg orang Cina, golongan tauke besar saja yg sokong BN kerana kepentingan elitis dan perniagaan.

Mahathir sokong Najib utk teruskan kepentingan perniagaan dan politik anak-anak dan juga legasinya. Dia simpan fail Najib dari awal-awal lagi dan Najib di bawah telunjuknya.

Sejarah berulang bila Najib curi kemenangan PRU13 pada 2013 dari Anwar, spt
Mahathir curi kemenangan presiden UMNO 1987 dari Tengku Razaleigh.
Mahathir dgn bantuan Najib dan sejumlah cawangan UMNO yg tak berdaftar telah mengolah kemenangan kepadanya. Lepas tu institusi kehakiman kena kasi sampai skrg belum pulih.

Siapa yg akan jadi arbitrator? Elders (who?), Raja-raja Melayu, rakyat jelata?

Tak silap ada tajuk artikel tuan yg lebih kurang begini ‘Bila pertolongan dari Allah akan datang?. Kalau nak datang, inilah masanya.

Anonymous said...

Aspan, it is a vicious cycle.

When we nurture our children to be a certain way, they will continue to nurture future generations in a same manner. What we don't realise is that, the perdicament we are in, is our own doing.

Eg. A household full of bad tempered, impatient and jealous family members, pass on these traits to their future generations.
Like magnet, they have a tendency to marry people like their parents.
It is very important to move away from this kind of home environment that creates bitterness, jealousy and back stabbing. Bad karma follows the family as there is no harmony.They are also more likely to sow hatred and distrust inside and outside of the family.Bringing in new family members with strong principles and a good heart, might save the family. Bringing in a family member that just adds on to the negative energy, will not help.

Anonymous said...

Daim dan Mahathir.. kedua dua ada charisma tersendiri.. kalau bercakap banyak yang nak mendengar kerana kedua dua mereka banyak pengalaman dalam menerajui negara yang dilanda krisis.

Aspan toksah lah rasa berkecil hati kalau masih ramai lagi akan mendengar akan pandangan mereka tu. Lain lah kalau Aspan pun telah terbukti dengan pandangan Aspan dan terbukti betul. Setakat ni macam macam prediction yang Aspan telah buat,saya rasa Aspan tersilap.

Tak pe Aspan, berusahalan lagi. Manalah tahu tahun depan Aspan betul pulak.

Batu Ronson

Anonymous said...

Bukan Tun Daim saja yang meramalkan begitu, tapi kebanyakan rakyat juga mengharapkan itu lah yang sepatutunya berlaku kalau dilihat dari sambutan rakyat pada PKR di semua tempat terutamanya anak muda. Saya rasa Tun Daim tidak lah terlalu rasis, cuma mungkin orang bisnes, buat apalah melabur pada tempat yang tidak begitu menguntungkan.Yalah di saat-saat genting,jika ada ruang yang mungkin lebih mengutungkan, patut dicuba, kemenangan lebih diutamakan.Sekurang-kurangnya hayat 4 tahun yang diperolehi ini mesti menunjukkan peningkatan dalam semua aspek.Komponen dalam PKR juga mesti mengambil iktibar dalam PRU-13 lepas, jika ingin mencapai kemenangan.

Anonymous said...

Kata-kata Pak Aspan.Alas, alam sekitar yang unik dan demiurge itu tidak wujud di Bumi ini. Maka, dalam serba kekurangan kini, pilihan kalau bukan ButaN, tinggalah PekakR, terpeksa pilih yang bukan terburuk dari yang teruk.

Anonymous said...

Pak Aspan,

Tuan pernah menulis minta Najib sembuhkan penyakit negara ini. Kali ini minta hanya yg bersih layak bersihkan yg lain.

Masalahnya tuan, yg atas2 dan org2 besar yg berpengaruh juga sakit dan tak bersih. Jadi putaran setan ini tak memungkinkan perubahan dan pembersihan tu berlaku. Seperti kata Dr Siddiq Fadhil macam mana nak sembuhkan penyakit kalau doktornya juga sakit.

Jadi tanggungjawab itu nampaknya terpikul di bahu kita rakyat yg sedar. Prosesnya panjang. Iltizam kitalah..

Salam.

Anonymous said...

Diantara Najib dan Muhiyuddin?

Dengan scandal rasuah, penyelewengan, dan kedudukkan yang dipertikaikan bukan hanya oleh rakyat majoriti malah oleh ahli-ahli umno sendiri, maka dari sudut kehendak Mahathir Najib adalah PM yang paling mudah utk memenuhi kehendak Mahathir. Lepas ini kuasa PM yang sebenarnya adalah di tangan Mahathir.

Kepada ahli-ahli umno dan penyokong bersyukurlah..

Mohd Zuki

Anonymous said...

Kalau umno belum tumbang lagi tidak apa, umpama menunggu buah nangka busuk jatuh sendiri.Hutang semakin banyak, pendapatan, hasil bumi semakin kurang dan kita tunggu macam mana cara mereka mengelak dari hukuman dunia

Anonymous said...

rakyat malaysia sedang tunggu najib jilat ludah dia sendiri...dan mahadey sedang menjaga kesihatan..supaya umur panjang untuk melihat mukhriz jadi pm..

Masalahnya..rakayat malaysia tidak mau keturunan mahadey lagi..lubang mahadey dan umno makin besar..rakyat telah sedar..bangkai kalau ditutup..bila ada angin akan berbau juga..

Anonymous said...

salam pak aspan ,

jadi siapakah yg paling layak?

Anonymous said...

Tiada apa yang dapat diubah selagi negara dibawah naungan tempurung umno

Anonymous said...

Salam.
Umno masih relevan lagi ke..sememangnya UMNO perlu kekal kerana UMNO adalah pencetus segala-galanya. Tanggapan generasi baru berbeza sama sekali. Meraka berpendapat kerajaan hanya perlu memberi keselesaan mereka hidup sejahtera. Kemuliaan dan kesucian agama masing-masing masih dan terus terpelihara khususnya agama islam anutan kita sehingga akhir zaman. Walaupun kita ditunjangi oleh UMNO MAHU PUN PAS parti mutlak orang Melayu Islam..ianya terpulang kepada kita untuk beristiqomah dan memperbaiki amalan kita walaupun satu hari nanti bukan UMNO yang menjadi pemerintah. Bukan Parti siasah politik yang mengurang atau melebihkan amalan kita pada ALLAH. Ianya bergantung kepada kita untuk membentuk keperibadian islamiah kita dan keluarga kita walaupun pedang di hujung nyawa..kita sendiri yang akan mempertahankan kesucian agama islam kita bukannya UMNO/PAS/PKR/DAP/MIC dan yang lain-lain.

Apa perlu kita khuatir siapa yang menjadi pemerintah..kalau ada niat tersirat DAP/PKR untuk menghancurkan kesucian agama islam di bumi bertuah ini..kita berjuang habis-habisan menentang mereka..Mengapa PAS suka memomok-momokkan isu agama untuk meraihkan sokongan ?..Saya tidak faham mengapa kita orang islam tidak mahu faham itu adalah mainan orang politik dan kita membiarkan diri kita tersangkut di dalam pemikiran yang dangkal dan akhirnya membuahkan generasi pelapis yang jumud.

Ini adalah pandangan generasi pelapis yang telah menyumbangkan kepada kemerosotan dan kecundang undi di saluran 6 setiap Parlimen dan Adun. Mereka sanggup mengambil risiko walaupun UMNO sering momokkan cerita kebangsatan umat melayu di Singapura tetapi hakikatnya mereka tidak ambil peduli kerana di Bumi Malaysia ini ramai umat melayu yang masih bangsat dan merempat…

Anonymous said...

SALAM.
Teori dan sumbangan analisa Daim dan Zam sebenarnya tidak sesuai dan relevan pada saat dan ketika ini kerana mereka dah out of date. Hanya sekarang bila semua dah menjadi bubur , sibok-sibok memberi hujah dan nasihat.

Ulasan sebenar-benarnya ialah Rakyat sudah bosan dan mual dengan BN / UMNO. Sebab itulah berbagai-bagai cara , dakwaan ke atas anwar Ibrahim walaupun pada masa sejenak dan terfikir barangkali memang anwar ini bermasalah atau hidup dalam 2 alam..tetapi itu hanyalah dakwaan dan yang palis manis sekali , anwar tidak perlu bersusah payah untuk menidakkannya.. kerana apa?. Kerana Rakyat yang sudah benci dengan pemerintah sekarang akan dengan sukarela menghabiskan masa di dalam media social untuk mencari hujah-hujah untuk mempertahankannya..Kerana kebencian teramat sangat pada BN / UMNO hinggakan pada hati kecil mereka , anwar ni bermasalah..tetapi mereka menjawab untuk menyedapkan hati dengan berkata..so what if anwar is a gay..sebab anwar adalah satu-satunya hero kami untuk memusnahkan BN/UMNO.

Tun Daim , Zam serta barisan yang kaya-raya semasa era Mahathir dan sekarang kini adalah penyumbang besar kepada kebencian Rakyat..Hingga di saat ini masih ada lagi pemimpin-pemimpin umno tengah sibok berkempen untuk pemilihan tertinggi yang dijangkakan hujung tahun ini atau mungkin di tangguh lagi..Kerana Apa?..kerana nafsu sarakah menghimpun harta karun masih menebal di kalangan orang umno samada yang menang mahupun yang sudah kalah pada PRU13 tempoh hari.

Rakyat sudah benci dan tidak percaya kepada UMNO / MCA /MIC / GERAKAN lagi walaupun calon-calon BN tempoh hari telah memberi perkhidmatan yang tinggi pada mereka.Tetapi kali ini mereka tidak kisah dan tidak berterima kasih kepada perkhidmatan yang diberi kepada mereka..kerana apa?
Mereka teramat benci dengan sikap angkuh , sombong dan kepura-puraan dan perangai keji menuduh orang sana sini dan suka mencarut semasa berkempen…itulah hakikatnya dan kita tak perlu orang macam Daim dan Zam mencuri tumpuan dengan analisa yang karut-marut ini.

Ibni Ismail said...

Tuan aspan,

Tiada salahnya pemikiran Tun Daim itu sepertimana tiada salahnya pemikiran tuan yang kerap tidak sehaluan dengan najib. Ianya perlu diambilkira oleh najib. Namun, isu utamanya adalah apakah najib ini jenis yang mendengar pemikiran orang lain selain dari penasihat yang beliau bayar melalui wang kerajaan..

Anonymous said...


Rampant corruption, gross mismanagement, gross abuse of power and etc. are destroying the country.

If the ' leaders ' want to properly tackle it, they could.....but for various political reasons, they won't.

Most politicians are self serving.....nobody cares of the innocent ordinary people made to suffer, let alone the country!

Anonymous said...

Org yg paling layak Ku Li.

Anonymous said...

Pendedahan tentang Malaysiakini.

http://rainbowoftruth.blogspot.com/2010/07/malaysiakini-dan-pembiayaan-dari.html