Daim Zainuddin kembali aktif
memberikan komen tentang keputusan pilihanraya 13 yang baru lalu. Daim yang
pada awalnya meramalkan bahawa BN akan hanya mengekalkan kerajaan NS, Pahang dan
Johor sahaja kini jelas tidak menjadi. Beliau tidak lagi dianggap ‘dukun’ dan
‘pawang’ yang hebat seperti yang dianggap oleh ramai sebelum PRU yang lalu.
Daim berkata jika orang bertanya,
saya akan meminta Najib diketepikan kerana kegagalannya mempertahankan
kewibawaan BN yang hanya mendapat 133 kerusi sahaja. Daim beranggapan bahawa semua
penasihat Najib yang ramai-ramai itu sepatutnya dipecat kerana kegagalan itu.
Daim mengakui bahawa beliau telah menasihatkan supaya Najib jangan pedulikan kaum
Cina dalam siri kempen beliau (Najib)
kerana kaum Cina sudah menunjukkan keengganan mereka menyokong BN.
Daim selanjutnya berkata apa yang
sepatutnya Najib tumpukan ialah kepada kawasan-kawasan yang BN telah tewas
dengan tipis di samping menjaga kawasan-kawasan yang BN telah menang dalam PRU
2008 dahulu. Bagi Daim adalah membazirkan wang sahaja memberikan tumpuan
terhadap kaum Cina kerana mereka sudah membelakangkan BN dengan jelas.
Pandangan Daim ini jelas-jelasnya
menunjukkan betapa kuatnya jiwa perkauman beliau dan jika inilah nasihat yang
diambil oleh Najib atau sesiapa pun maka tidak salahlah tanggapan banyak pihak
yang BN itu adalah parti yang rasis. Itulah sebabnya saya selalu menganggapkan yang BN sudah ketinggalan
zaman bagi rakyat dan negara ini. Pandangan Daim itu menambahkan bukti lebih
jelas lagi yang BN itu adalah parti yang tidak mampu memimpin rakyat
keseluruhannya tetapi hanya memimpin sebahagian daripada kaum Melayu dan Bumiputra
sahaja.
Tetapi yang paling menarik, ialah
perbezaan pandangan Dr Mahathir yang mahukan Najib berhenti jika keputusan PRU 13
yang baru selesai ini lebih buruk dari keputusan PRU12 yang dipimpin oleh
Abdullah Badawi pada 2008 dahulu. Jika Daim mahukan Najib bersara dan
memberikan tugas berat ini kepada Muhyiddin, Mahathir sebaliknya mahukan Najib
kekal kerana dalam UMNO sudah tiada lagi pilihan dalam UMNO lagi.
Pandangan kedua-dua ‘warlords’
UMNO ini berbeza dan bagi saya kedua-dua mereka ini tidak perlu lagi memberikan
nasihat kepada pucuk pimpinan UMNO. Pasangan kembar Mahathir/Daim inilah yang
menjadi penyebab besar kenapa keadaan UMNO itu menjadi keadaan sebegini
sekarang ini. Mereka berdua inilah yang menyumbang kepada melekatnya stigma
rasuah dan salahguna kuasa dalam UMNO itu.
Lagipun tidak ada sesiapa yang
berada dalam pimpinan UMNO sekarang menerima apa-apa pandangan dari kedua-dua ‘warlords’
UMNO ini. Pertamanya, kedua-dua ini mempunyai agenda peribadi sampai ke mati.
Keduanya, tidak ada siapa dalam barisan kepimpinan UMNO itu layak menerima
nasihat lagi kerana bagi pandangan ramai, mereka sendiri tidak akan dapat dan
berupaya untuk memperbaiki keadaan UMNO itu lagi.
Pendeknya, penasihat-penasihat ini
tidak layak memberikan apa-apa nasihat kepada mereka yang tidak perlu
dinasihatkan lagi. Ia akan menjadi seperti si buta menasihati si pekak sahaja.
Sebaliknya kedua-dua pihak ini perlukan nasihat, baik Daim/Mahathir mahupun
keseluruhan kepimpinan MT UMNO itu.
Nasihat untuk kedua-dua belah
pihak ini ialah supaya mereka membuka minda dan memberikan laluan kepada pihak
yang ketiga yang berpengalaman untuk menyusun sebuah negara yang baru dalam
semua bidang bagi menjaga kestabilan negara dalam jangka panjang.
Dalam keadaan sebegini rupa
adalah tidak ‘viable’ bagi mana-mana pihak yang sedang bertentangan untuk
mendapatkan mandat kerana di pihak yang membangkang pun masih terlalu banyak isu
yang perlu mereka selesaikan. Bagi pendapat saya mewujudkan pentadbiran dalam
sebuah negara baru yang disusun dari mula adalah amat penting.
Kita bukannya tidak ada
pengalaman membaharui negara ini. Ia telah dilakukan oleh pimpinan kita pada
selepas masalah bertembungan di antara kaum berlaku pada 1969 dahulu. Apa yang
berlaku pada 1969 dahului serupa dengan apa yang berlaku sekarang. Perbezaannya
hanyalah dalam kemelut sekarang ia tidak akan membabitkan pertumpahan darah
di antara kaum kerana semua kaum tertumpu untuk melihat sebuah negara yang
bersih daripada rasuah dan berbagai-bagai elemen buruk.
Masalah yang sedang kita hadapi
sekarang bukan boleh diselesaikan dengan kumpulan ini dapat menumpaskan
kumpulan yang itu. Kalau masih lagi kita memikir dalam kotak seperti yang lazim
kita lakukan sekarang ini, maka tidak akan ada perubahan yang berlaku. Masalah
akan tetap sama kerana dari segi sikap dan persepsi masing-masing yang sedang
bertempur politik tidak ada banyak perbezaan dan jika salah satu daripada dua pihak
yang mendapat mandat sekali pun.
Masalah yang asas bagi kita untuk
mendapatkan siasah yang betul dan menepati piawaian sebagai sebuah negara
demokrasi yang tulen. Apabila seseorang itu sudah matang pemikirannya mereka
akan sedar bahawa berdemonstrasi dan berhimpun dengan hiruk pikuk itu tidak
akan jumpa penyelesaiannya. Kita anggap sahaja negara kita sebagai negara baru
dan biarlah mereka yang mempunyai ‘magnanimity’ yang tinggi memulakan sebuah
negara yang seolah-olah sebuah negara yang baru merdeka.
Tidak payah kita memaki hamun
di antara satu dengan lain dengan menggunakan bahasa yang kesat seperti manusia
yang tidak mempunyai emak bapak. Mereka yang terlalu biasa dengan maki hamun
itu adalah daripada orang yang terlalu kosong dan fakir jiwa mereka.
Jiwa yang panas itu adalah jiwa
manusia yang tidak aman dan tenteram pemikiran mereka. Ini merupakan pandangan
saya dan saya tidak mampu untuk menulis pemikiran orang lain.
Saya tidak pernah menegah orang
lain berfikir macam mana sekali pun, maka saya juga tidak mahu berkelahi oleh kerana
pemikiran saya pula. Hormati pandangan saya seperti saya menghormati pandangan
orang lain. Saya tidak pernah memaki hamun mereka yang tidak sealiran pemikiran
dengan saya. Kalau saya luahkan rasa tidak bersetuju dengan pandangan mana-mana
pihak pun tidak pernah saya memaki hamun dan menggunakan bahasa yang kotor
untuk menundukkan pihak yang tidak sealiran dengan saya itu.
Kita sedang hidup pada zaman
kemajuan dan adalah penting bagi kita menilai cara kita berfikir samada sesuai
dengan keadaan masa dan zaman sekarang ini.
Memaki hamun seorang yang mempunyai pemikiran yang berbeza dengan kita itu hanya lazim kita dengar berlaku pada zaman batu dahulu sahaja.
Memaki hamun seorang yang mempunyai pemikiran yang berbeza dengan kita itu hanya lazim kita dengar berlaku pada zaman batu dahulu sahaja.
Pak Aspan..
ReplyDeleteMenegur pemimpin umno..ibarat mencurah air ke daun keladi..
Pemimpin umno..makin tua..makin gila nafsu dia..cepat cepat lah pru lagi..supaya ajar umno dan bn..
semoga Pak Aspan terus menegur kedua-dua parti tak pilih bulu.
ReplyDeletekalau media dan polis itu bebas menegur mana-mana pihak yang salah - negara tidak akan menjadi seperti hari ini..
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeletePendapat saya Daim tepat dlm ramalannya, tapi keputusan berubah sebab intervensi hebat terancang. Begitu juga dgn bacaannya ttg orang Cina, golongan tauke besar saja yg sokong BN kerana kepentingan elitis dan perniagaan.
Mahathir sokong Najib utk teruskan kepentingan perniagaan dan politik anak-anak dan juga legasinya. Dia simpan fail Najib dari awal-awal lagi dan Najib di bawah telunjuknya.
Sejarah berulang bila Najib curi kemenangan PRU13 pada 2013 dari Anwar, spt
Mahathir curi kemenangan presiden UMNO 1987 dari Tengku Razaleigh.
Mahathir dgn bantuan Najib dan sejumlah cawangan UMNO yg tak berdaftar telah mengolah kemenangan kepadanya. Lepas tu institusi kehakiman kena kasi sampai skrg belum pulih.
Siapa yg akan jadi arbitrator? Elders (who?), Raja-raja Melayu, rakyat jelata?
Tak silap ada tajuk artikel tuan yg lebih kurang begini ‘Bila pertolongan dari Allah akan datang?. Kalau nak datang, inilah masanya.
Aspan, it is a vicious cycle.
ReplyDeleteWhen we nurture our children to be a certain way, they will continue to nurture future generations in a same manner. What we don't realise is that, the perdicament we are in, is our own doing.
Eg. A household full of bad tempered, impatient and jealous family members, pass on these traits to their future generations.
Like magnet, they have a tendency to marry people like their parents.
It is very important to move away from this kind of home environment that creates bitterness, jealousy and back stabbing. Bad karma follows the family as there is no harmony.They are also more likely to sow hatred and distrust inside and outside of the family.Bringing in new family members with strong principles and a good heart, might save the family. Bringing in a family member that just adds on to the negative energy, will not help.
Daim dan Mahathir.. kedua dua ada charisma tersendiri.. kalau bercakap banyak yang nak mendengar kerana kedua dua mereka banyak pengalaman dalam menerajui negara yang dilanda krisis.
ReplyDeleteAspan toksah lah rasa berkecil hati kalau masih ramai lagi akan mendengar akan pandangan mereka tu. Lain lah kalau Aspan pun telah terbukti dengan pandangan Aspan dan terbukti betul. Setakat ni macam macam prediction yang Aspan telah buat,saya rasa Aspan tersilap.
Tak pe Aspan, berusahalan lagi. Manalah tahu tahun depan Aspan betul pulak.
Batu Ronson
Bukan Tun Daim saja yang meramalkan begitu, tapi kebanyakan rakyat juga mengharapkan itu lah yang sepatutunya berlaku kalau dilihat dari sambutan rakyat pada PKR di semua tempat terutamanya anak muda. Saya rasa Tun Daim tidak lah terlalu rasis, cuma mungkin orang bisnes, buat apalah melabur pada tempat yang tidak begitu menguntungkan.Yalah di saat-saat genting,jika ada ruang yang mungkin lebih mengutungkan, patut dicuba, kemenangan lebih diutamakan.Sekurang-kurangnya hayat 4 tahun yang diperolehi ini mesti menunjukkan peningkatan dalam semua aspek.Komponen dalam PKR juga mesti mengambil iktibar dalam PRU-13 lepas, jika ingin mencapai kemenangan.
ReplyDeleteKata-kata Pak Aspan.Alas, alam sekitar yang unik dan demiurge itu tidak wujud di Bumi ini. Maka, dalam serba kekurangan kini, pilihan kalau bukan ButaN, tinggalah PekakR, terpeksa pilih yang bukan terburuk dari yang teruk.
ReplyDeletePak Aspan,
ReplyDeleteTuan pernah menulis minta Najib sembuhkan penyakit negara ini. Kali ini minta hanya yg bersih layak bersihkan yg lain.
Masalahnya tuan, yg atas2 dan org2 besar yg berpengaruh juga sakit dan tak bersih. Jadi putaran setan ini tak memungkinkan perubahan dan pembersihan tu berlaku. Seperti kata Dr Siddiq Fadhil macam mana nak sembuhkan penyakit kalau doktornya juga sakit.
Jadi tanggungjawab itu nampaknya terpikul di bahu kita rakyat yg sedar. Prosesnya panjang. Iltizam kitalah..
Salam.
Diantara Najib dan Muhiyuddin?
ReplyDeleteDengan scandal rasuah, penyelewengan, dan kedudukkan yang dipertikaikan bukan hanya oleh rakyat majoriti malah oleh ahli-ahli umno sendiri, maka dari sudut kehendak Mahathir Najib adalah PM yang paling mudah utk memenuhi kehendak Mahathir. Lepas ini kuasa PM yang sebenarnya adalah di tangan Mahathir.
Kepada ahli-ahli umno dan penyokong bersyukurlah..
Mohd Zuki
Kalau umno belum tumbang lagi tidak apa, umpama menunggu buah nangka busuk jatuh sendiri.Hutang semakin banyak, pendapatan, hasil bumi semakin kurang dan kita tunggu macam mana cara mereka mengelak dari hukuman dunia
ReplyDeleterakyat malaysia sedang tunggu najib jilat ludah dia sendiri...dan mahadey sedang menjaga kesihatan..supaya umur panjang untuk melihat mukhriz jadi pm..
ReplyDeleteMasalahnya..rakayat malaysia tidak mau keturunan mahadey lagi..lubang mahadey dan umno makin besar..rakyat telah sedar..bangkai kalau ditutup..bila ada angin akan berbau juga..
salam pak aspan ,
ReplyDeletejadi siapakah yg paling layak?
Tiada apa yang dapat diubah selagi negara dibawah naungan tempurung umno
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteUmno masih relevan lagi ke..sememangnya UMNO perlu kekal kerana UMNO adalah pencetus segala-galanya. Tanggapan generasi baru berbeza sama sekali. Meraka berpendapat kerajaan hanya perlu memberi keselesaan mereka hidup sejahtera. Kemuliaan dan kesucian agama masing-masing masih dan terus terpelihara khususnya agama islam anutan kita sehingga akhir zaman. Walaupun kita ditunjangi oleh UMNO MAHU PUN PAS parti mutlak orang Melayu Islam..ianya terpulang kepada kita untuk beristiqomah dan memperbaiki amalan kita walaupun satu hari nanti bukan UMNO yang menjadi pemerintah. Bukan Parti siasah politik yang mengurang atau melebihkan amalan kita pada ALLAH. Ianya bergantung kepada kita untuk membentuk keperibadian islamiah kita dan keluarga kita walaupun pedang di hujung nyawa..kita sendiri yang akan mempertahankan kesucian agama islam kita bukannya UMNO/PAS/PKR/DAP/MIC dan yang lain-lain.
Apa perlu kita khuatir siapa yang menjadi pemerintah..kalau ada niat tersirat DAP/PKR untuk menghancurkan kesucian agama islam di bumi bertuah ini..kita berjuang habis-habisan menentang mereka..Mengapa PAS suka memomok-momokkan isu agama untuk meraihkan sokongan ?..Saya tidak faham mengapa kita orang islam tidak mahu faham itu adalah mainan orang politik dan kita membiarkan diri kita tersangkut di dalam pemikiran yang dangkal dan akhirnya membuahkan generasi pelapis yang jumud.
Ini adalah pandangan generasi pelapis yang telah menyumbangkan kepada kemerosotan dan kecundang undi di saluran 6 setiap Parlimen dan Adun. Mereka sanggup mengambil risiko walaupun UMNO sering momokkan cerita kebangsatan umat melayu di Singapura tetapi hakikatnya mereka tidak ambil peduli kerana di Bumi Malaysia ini ramai umat melayu yang masih bangsat dan merempat…
SALAM.
ReplyDeleteTeori dan sumbangan analisa Daim dan Zam sebenarnya tidak sesuai dan relevan pada saat dan ketika ini kerana mereka dah out of date. Hanya sekarang bila semua dah menjadi bubur , sibok-sibok memberi hujah dan nasihat.
Ulasan sebenar-benarnya ialah Rakyat sudah bosan dan mual dengan BN / UMNO. Sebab itulah berbagai-bagai cara , dakwaan ke atas anwar Ibrahim walaupun pada masa sejenak dan terfikir barangkali memang anwar ini bermasalah atau hidup dalam 2 alam..tetapi itu hanyalah dakwaan dan yang palis manis sekali , anwar tidak perlu bersusah payah untuk menidakkannya.. kerana apa?. Kerana Rakyat yang sudah benci dengan pemerintah sekarang akan dengan sukarela menghabiskan masa di dalam media social untuk mencari hujah-hujah untuk mempertahankannya..Kerana kebencian teramat sangat pada BN / UMNO hinggakan pada hati kecil mereka , anwar ni bermasalah..tetapi mereka menjawab untuk menyedapkan hati dengan berkata..so what if anwar is a gay..sebab anwar adalah satu-satunya hero kami untuk memusnahkan BN/UMNO.
Tun Daim , Zam serta barisan yang kaya-raya semasa era Mahathir dan sekarang kini adalah penyumbang besar kepada kebencian Rakyat..Hingga di saat ini masih ada lagi pemimpin-pemimpin umno tengah sibok berkempen untuk pemilihan tertinggi yang dijangkakan hujung tahun ini atau mungkin di tangguh lagi..Kerana Apa?..kerana nafsu sarakah menghimpun harta karun masih menebal di kalangan orang umno samada yang menang mahupun yang sudah kalah pada PRU13 tempoh hari.
Rakyat sudah benci dan tidak percaya kepada UMNO / MCA /MIC / GERAKAN lagi walaupun calon-calon BN tempoh hari telah memberi perkhidmatan yang tinggi pada mereka.Tetapi kali ini mereka tidak kisah dan tidak berterima kasih kepada perkhidmatan yang diberi kepada mereka..kerana apa?
Mereka teramat benci dengan sikap angkuh , sombong dan kepura-puraan dan perangai keji menuduh orang sana sini dan suka mencarut semasa berkempen…itulah hakikatnya dan kita tak perlu orang macam Daim dan Zam mencuri tumpuan dengan analisa yang karut-marut ini.
Tuan aspan,
ReplyDeleteTiada salahnya pemikiran Tun Daim itu sepertimana tiada salahnya pemikiran tuan yang kerap tidak sehaluan dengan najib. Ianya perlu diambilkira oleh najib. Namun, isu utamanya adalah apakah najib ini jenis yang mendengar pemikiran orang lain selain dari penasihat yang beliau bayar melalui wang kerajaan..
ReplyDeleteRampant corruption, gross mismanagement, gross abuse of power and etc. are destroying the country.
If the ' leaders ' want to properly tackle it, they could.....but for various political reasons, they won't.
Most politicians are self serving.....nobody cares of the innocent ordinary people made to suffer, let alone the country!
Org yg paling layak Ku Li.
ReplyDeletePendedahan tentang Malaysiakini.
ReplyDeletehttp://rainbowoftruth.blogspot.com/2010/07/malaysiakini-dan-pembiayaan-dari.html