BN nampaknya sudah wujud dalamnya
pemikiran yang baru bagi mempastikan ia masih relevan untuk sekarang dan masa
depan. Sudah ada idea untuk menjadikan parti itu parti tunggal dalam mana ia
dianggotai oleh berbilang kaum yang ada dalam negara ini. PM Najib pula berkata
BN boleh mewujudkan ‘laboratory’ untuk menilai cadangan itu dan jika didapati
memberikan kebaikan ia boleh dilaksanakan.
Blog ini pun acapkali memberikan
pandangan yang sama. Hanya yang perlu difikirkan ialah cara dan kaedah apa
untuk digunakan bagi mencapai matlamat itu. Tetapi yang penting perlu kita akui
ialah sistem dan cara sekarang kian hari kian tidak lagi relevan bagi memenuhi
tuntutan perubahan masa dan zaman ini. Apa pun setelah merasakan pahit dan
maungnya jika tidak berubah, BN kini sudah mula sedar yang perubahan amat perlu
bagi menyesuaikan waktu dan zaman kini.
Keputusan pilihanraya baru-baru
ini membuktikan yang kedua-dua belah pihak wajar berubah. Telah dikatakan dalam
blog ini, yang kedua-dua belah pihak mendapat kemenangan. Bagi BN, ia
mendapat kemenangan tipis dengan jumlah kerusi yang sedikit melebihi pihak
Pakatan Rakyat. PR pula mendapat kelebihan undi popular dan isu inilah yang
dijadikan isu besar oleh Pakatan Rakyat yang mereka adalah pilihan rakyat
kerana undi popular itu.
Kekurangan undi popular bagi BN
itu tentulah oleh kelemahan BN itu, dan kegagalan PR mendapatkan jumlah kerusi
juga adalah di sebabkan kelemahan pihak Pakatan Rakyat itu sendiri juga. Apa pun
perubahan yang hendak dilakukan terhadap BN itu adalah kerana kelemahan ciptaan
mereka yang memimpin parti kerajaan itu sendiri.
Di sebaliknya PR yang ingin
melakukan perubahan itu pun tidak sepenuhnya mempunyai kebaikan. Berbagai isu
juga dilihat sebagai penyebab pihak pembangkang itu tidak mendapat kemenangan yang
mutlak disaat-saat akhirnya. Pendeknya pihak PR tidak bersedia sepenuhnya
menghadapi PRU 13 itu. BN pula begitu bebal dengan kedegilan tidak mahu melakukan
perubahan dan menghadapi krisis keyakinan yang amat parah sekali.
Blog yang tidak sepertinya ini telah
menulis beberapa kali sebelum PRU itu yang sesiapa yang melakukan kesilapan
disaat-saat akhir itu akan menghadapi kegagalan. Seperti yang saya sebutkan
beberapa kali PR telah melakukan kesilapan dengan menunjukkan keghairahan yang
keterlaluan kerana telah merasakan kemenangan sudah berada di tangan mereka. Rakyat,
terutamanya yang diatas pagar telah bertukar pilihan mereka dan kembali
memberikan sokongan kepada BN di banyak tempat dan kawasan.
Kembali kepada isu BN yang mahu
melakukan perubahan, BN wajar memaparkan batang tubuh dan manusia dan pemimpin
yang melakukan perubahan itu. Perubahan perlu dilakukan oleh pemimpin yang
berkepimpinan untuk meraih keyakinan baru rakyat. Tidak akan ada perubahan jika ‘entity’ baru
itu masih diketuai oleh pemimpin yang telah melakukan banyak hal dalam ‘entity’
yang lama itu. Jika ‘entity’ baru itu masih dikuasai oleh manusia yang berada
didalam ‘entity’ lama, ia tidak ubah seperti mengisi ‘wine’lama kedalam botol
yang baru sahaja.
Perubahan ‘entity’ harus bersama
dengan perubahan dalam semua dasar dan pendekatan terhadap rakyat dan negara.
Matlamat pembaharuan ‘entity’ itu ialah untuk mencapai matlamat yang baru
sambil mengekalkan ‘ultimate’ untuk mencapai perpaduan kaum. Menanggalkan
‘stigma’ rasuah yang melekat kepada BN itu akan lebih mudah dilakukan dengan
adanya ‘entity’ yang baru itu.
Dengan ‘entity’ baru itu juga
akan lebih mudah untuk membina dan mewujudkan dasar-dasar baru yang lebih besar
kerana ia tidak akan lagi terpengaruh dengan budaya-budaya yang sudah lapuk
yang ada didalam ‘entity’ lama itu. Ia juga akan membawa rakyat menukar
persepsi lama yang tidak baik kepada persepsi baru dengan keadaan yang baru
itu.
Contohnya jika ‘entity’ yang baru
bercakap tentang dasar-dasar yang membawa kepada perpaduan diantara kaum ia
akan mudah diyakini jika dibandingkan dengan apa yang disebut oleh BN sekarang
tentang dasar yang sama. Apatah lagi jika ‘entity’ yang baru itu dipimpin oleh
seorang yang lebih dihormati dan disenangi oleh rakyat berbilang kaum ini.
Pimpinan itu biar orang yang
sudah tersedia sebagai seorang yang sudah terdidik dan terbina sebagai pemimpin
sejati ia akan memudahkankan lagi proses memberikan keyakinan kepada rakyat
jelata. Kalau kita perhatikan selama ini kita mempunyai ramai pemimpin yang
hanya terdidik setelah dijadikan pemimpin sahaja.
Itulah sebabnya mereka terlalu
banyak perkara yang hendak dipelajari. Selain dari melaksanakan tanggungjawab
kepimpinan mereka sendiri terkeliru dan dalam masa yang sama mereka terpaksa
melalui proses pembelajaran sebagai pemimpin. Itulah sebabnya kita terdengar
orang yang dijadikan pemimpin memberikan kenyataan-kenyataan yang tidak selari
dengan kehendak kepimpinan dan tanggungjawab mereka itu.
Apabila kita hanya baru hendak
mendidik diri kita semasa mendapat jawatan besar sahaja. Mereka akan
banyak melakukan kesilapan kerana kekurangan didikan untuk memimpin sebelum
mendapat kepimpinan itu. Itulah sebabnya ada pemimpin yang hanya tahu menghalau
rakyat yang tidak sebulu dengan kehendak mereka dalam PRU 13 yang lalu untuk
berpindah kenegara lain, misalnya. Kenyataan itu tidak disedarinya adalah satu
kenyataan yang tidak ‘constitutional’ tetapi ia diterima sebagai kenyataan biasa
sahaja.
Pendeknya banyak lagi isu akan
lebih mudah di selesaikan jika kita berada dalam ‘entity’ yang baru. Kita akan
berada dalam ‘ambience’ politik yang baru dan berada dalam situasi ‘confidence’
yang baru. Dengan ‘entity’ yang baru ini juga kita akan dapat melupakan
perselisihan yang lama dan bersama-sama melihat kehadapan dengan keyakinan
yang baru juga.
DAN yang terpenting sekali
apabila kita berada dalam ‘entity’ yang baru kita mengharapkan tidak lagilah
ada elemen rasuah yang tidak terkawal dan salahguna kuasa yang akan dianggap
sebagai satu perkara yang amat jijik dipandang rakyat.
Dengan ‘entity’ baru itulah boleh
kita memulakan kerajaan dan negara yang baru seperti yang saya sebut dalam
posting yang lepas.
selagi media massa dan jabatan kerajaan diperkudakan untuk kepentingan parti politik selagi itulah kepentingan negara dipinggirkan.
ReplyDeleteAsalam bro ,
ReplyDeletePembaharuan yg bagai mana lagi ??
Dlm era umno, jelas tdk ada pun satu bentuk pembaharuan yg di lakukan, 1 msia tempang, dakwat kekal tdk mnjdi kekal ?? Td ada yg mmberikan harapan dan keyakinan pada rakyat..melainkan janji manis, dan akhir mmbawa erti yg lain pada rakyat/
Media perdana yg kini dlm keadaan yg cukup hodoh dan bais. Jelas tdk ada transform dlm media yg seimbang dan adil dan sakasama. Mana mungkin rakyat yg ada boleh merasai perubahan dan pembaharuan dlm bn umno najib ?
Setakat ini , para pmimpin bn umno, jelas tdk mmbawa idealise yg murni dlm kerajaan yg manopriti ini ? Mereka masih dgn keadah yg lama dan usang. Mana2 yg tdk sekata dgn mereka, gunakan kuasa dlm melawan kelainan dan perpedaan ?
Sebenar secara jujur ,rakyat tdk mngharap banyak dari bn, selain mereka berani reform dlm banyak soal, misal media, spr yg adil dan terbuka, kerajaan yg prehatin, bukan kerajaan yg mnindas suara yg berbeda. Rakyat sebenar dlm keadaan yg tertekan dlm msia ini. Mereka di gerunkan , di takutkan , di gertakan ?? Jelas keadah yg lama dan hodoh masih mnjadi jln pendekatan bn umno kini ? Mereka semakin kecut dgn kebangkitan rakyat dlm mncari perubahan yg baik dan adil untuk semua .
Mereka lupa, tdk sebuah pun kerajaan akan kekal selama2 di dunia ini ? Mereka tdek berani berubah oleh sebeb yg cukup senang di bacakan rakyat di msia ?
Najib tdk bertenaga, melainkan nampak lemah dan tdk bermaya dlm mncari keadah yg terbaik dlm kerajaan yg minoriti ini ?? BN UMNO semakin pudar dan tdk mmberikan harapan pada rakyat ?? Rakyat dlm keadaan rimas dan mmualkan dlm bentuk kerajaan yg ada kini ??
SPR yg adil dan bersih adalah jln yg terbaik untuk semua rakyat msia ??
ReplyDeleteThe economy is supported by milions of low skills legal and illegal workers with cheap labour.....they need schools, hospitals and etc., putting further pressure on limited resources.
Without these people, the economy growth will be very small and many businesses will close down.
Meanwhile, increasing numbers of graduates or educated are finding it difficult/impossible to find suitable jobs, even with low pay or work for free.....government, who does not create jobs, cannot continue to take them in by creating 'jobs' to increase expenditure and budget deficit.
Rampant corruption, uncertainity and lack of transparency in doing business are destroying the investors' confidence to invest, both local and foreign investors.
Many foreign direct investment had gone to other countries in the region/world.
Determing the best Training Venues For you personally
ReplyDeleteMy web-site sybaritic
Oohh my god Allah.. Aku dh Bosan dgn semua pemimpin2 BN. X perlu pening komen pjg2 akhirnya result tetep sm jua. X percaya..?! Pjg umur lihat nnt result 2014, beza pun ckit. Nk buat mcmn nak tukar parti pemerintah pun LIAT sangat. Sedap agknya pegang jawatan? Nnt kembali pd Allah baru hah..?!, Aku dh mati adohai..
ReplyDelete
ReplyDeleteSalam Tuan AA,
Saya masih berpendapat isu entiti dan bilangan parti-parti politik yang bertanding dalam PRU diMalaysia bukanlah isu dan masaalah. Masaalah yg paling kritikal ialah pihak pengurusan PRU itu sendiri masih berada dibawah tempurong yang sama. Walaupun tempurong itu dicalit ditukar cat yang berbagai warna, namun ianya masih tetap tempurong. Sistem pengurusan pilihanraya diMalaysia mesti dikeluarkan dari tempurong yakni bertuankan kapada parti politik yang memerintah.
Isu yang paling kritikal sekarang ini ialah bagaimana pemimpin negara dan negeri dipilih.Saya berpendapat kerajaan yang baik hanya dapat dibentuk hasil dari perlaksanaan sistem pengurusan pilihanraya yang baik.
Titik permulaan dan langkah pertama perlu dilakukan ialah membentuk institusi dan pengurusan pilihanraya yang telus dan beramanah. Kita boleh belajar dari negara-negara yang berjaya dalam pengurusan pilihanraya termasuk negara-negara bukan islam yang mempunyai standard pengurusan yang telus dan beramanah. SPR mesti keluar dari bawah tempurong UMNO/BN yang sentiasa menafikan kepincangan dan kebobrokan pengurusan sistem pilihanraya negara kita. Kepimpinan SPR yang ada pada hari ini mesti berundur untuk memberi laluan kapada satu pembentukan pengurusan yang baru yang mesti bertuankan kpd rakyat bukan bertuankan kpd UMNO/BN.
Tidak perlu kita beretorik panjang dalam hal ini, kalau kalau langkah yang pertama dan paling asas tidak dapat dilakukan...wallahualam.
Salam
ReplyDeleteTuan Aspan,
Berkenaan entiti baru, yg saya nampak kalau sistem yg bertunjangkan kuasa dan wang diteruskan maka pengendali paling licik dan tanpa-moral akan terus berleluasa. Tiada sebab golongan kenyang dan mewah nak ubah kedudukan dan mula berkongsi kekayaan dgn golongan bawah, pengikut dan pekerja 9-5. It is business as usual. Ugama hiasan bukan sekatan. Mereka pakai duit cukai rakyat bayar gaji mufti dan ulama upah mereka keluarkan fatwa yg bukan-bukan dan buat siaran media sanjung diri sendiri, pasang billboard cemar seluruh ruang penglihatan, pasang kamera AES perangkap pengguna dan kutip satu lagi cukai baru GST, ranjau dan tol sepanjang jalan, tak kenyang-kenyang, tak berkesudahan...
Kena cuba satu sistem baru spt UBUNTU, A Blueprint For A New Social Structure
http://www.michaeltellinger.com/ubuntu-cont.php
Kita tidak dapat mengilap parti umno menjadi sebuah parti yang relevan kepada rakyat malaysia melainkan menolak parti umno sepenuhnya.Tiada apa yang dapat menyelamatkan parti ini melainkan orang umno menyelamatkan diri sendiri.Terimalah kehendak rakyat.
ReplyDeletePak AA, jangan memaksa mengilap sebuah parti yang sudah tidak relevan
ReplyDeleteJangan paksa rakyat mengilap parti umno yang sudah tidak relevan kepada rakyat.
ReplyDeleteBuat apa nak tukar bentuk parti.
ReplyDeleteTukar dan ganti aja pemimpin mereka.
Kalau nak tukar nama ,tak payah lah buat makmal dan nak round robin dan test market.
saya rasa script lebih kurang macam steven seagal under siege, di mana najib akan berkata ,"if anything goes round we always blame it on the cook", cakap melayu; boleh lepas tangan.
arjuna waspada
changkat lobak
.......proses dan sistem pengundian, dgn, berteraskan kpd jumlah kerusi mmg diwujudkan dan di 'manipulate' persempadanannya sehabis mungkin,.....dan...di tambahkan pula dgn 'fix deposit' 'kerusi-kerusi' dari sarawakdan sabah....demi mengharuskan kemenangan hanya kpd 'ketuanan melayu'.......maka dgn sistem/cara pengundiaan ini, sampai kuching bertanduk pun, umno akan tetap menang di pru2 yg akan datang..........
ReplyDeleteNegara maju pada 2020 konon...tapi masih ada tempat belum ada perhubungan jalanraya, naik bumbung bot macam naik keretapi di india, kasihan fixed deposit umno, belum sempat rasa kekayaan sumber hasil bumi, sempat dibebankan dengan GST belum juga dapat merasai kemajuan politik pembangunan.
ReplyDeleteada org komen kat artikel ni...
ReplyDeletedap penuh orang cina n india....
memang laa.... abis orang cina n india nk masuk mana?? mic, mca ???
pkr pun ada cini n india multiracial dlm parti tu......
dap memang kurang melayu.... masuk la beramai2 ...
asyik prejudis pada orang bukan melayu, jangan anggap mereka mcm Alien dr outer space....atau orang yang tidak boleh dipercayai... kalau begini cara kita melayan bangsa2 lain, memang hancur lah melayu...
orang PAS yang ahli biasa tu buka hati dan pemikiran tu... jangan jadi mcm sesetengah cina yang Kiasu... sama jer kiasu cina dengan kiasu PAS...
Kalau tak nak orang cina n india kt negara ni, buat referendum jer semua orang melayu dan hantar kat Istana.... biar orang bukan melayu dapat mesej dan mula berhijrah, kalau itu yang orang melayu nak....
come on laa....
Amerika da sampai bulan, tapi orang melayu masih terpikir2 apa nak buat dengan hidup....