Dalam pilihanraya atau sesuatu
pertandingan, ‘post-mortem’ lazim dilakukan selepas pertandingan atau
peperangan khususnya pada pihak yang kalah. ‘Post-mortem’ itu dilakukan kerana
ingin mengetahui apa silap dan salahnya hingga menyebabkan kekalahan dan kenapa
pihak lawan menang mengatasi kita. Ia bermatlamatkan untuk membetulkan
kesilapan yang telah mereka lakukan dan mencari jalan untuk mengatasinya dan
membuat keputusan baru hasil dari ‘post-mortem’ tersebut.
Dalam sesuatu peperangan sejak
dari dulu lagi, ‘post-mortem’ dilakukan dan mencari jalan untuk memperbaiki kesilapan
yang telah dilakukan oleh pihak mereka yang kalah. Dalam peperangan Uhud,
tentera Islam telah kalah ditangan tentera musyrikin sehingga rebahnya ramai
pahlawan Islam yang tersohor seperti Saidina Hamzah dan yang lain-lain di Bukit
Uhud itu.
Pihak tentera Islam sendiri telah
melakukan ‘post-mortem’ dan Muhammad saw telah memperbaiki keadaan dengan
melakukan pembaharuan terhadap undang-undang dan syariat Islam itu. Sehingga
waktu peperangan itu berlaku umat Islam masih tegar dengan minuman arak dan
didapati arak itu merupakan salah satu sebab yang mengalahkan tentera Islam
kerana mereka berada didalam keadaan mabuk. Semasa itu arak hanya sebagai satu
minuman yang tidak digalakkan oleh Nabi saw untuk sesiapa meminumnya.
Tetapi setelah arak itu menjadi salah
satu penyebab kekalahan tentera Islam semasa itu, maka arak telah diharamkan
oleh Islam secara mutlak. Usahkan untuk diminum, untuk disimpan dan dipegang
pun dianggap sebagai pelanggaran syariat agama kita bukan sahaja semasa
peperangan malahan di setiap waktu dan zaman. Itu namanya haram mutlak.
Harta rampasan dan tamak haloba
juga menjadi sebab kekalahan tentera Islam dalam peperangan Uhud itu. Tentera
Islam tidak mendengar arahan Ketua Peperangan Islam iaitu Muhammad saw dengan
sepenuhnya kerana pemikiran dan tumpuan ramai tentera Islam semasa itu adalah
kepada harta rampasan kerana mereka tahu sesudah peperangan, selalunya pihak
yang menang akan mendapat harta rampasan peperangan kerana ia merupakan harta
yang halal.
Tentera Islam menjangkakan yang
pihaknya akan mendapat kemenangan maka ramai diantara yang berperang semasa itu
sudah menunjukkan kecenderungan untuk mendapatkan harta rampasan secara
peribadi maka mereka telah hilang tumpuan terhadap peperangan dan matlamat
peperangan itu. Akhirnya Islam tewas dan
ia merupakan kekalahan yang amat menjatuhkan semangat pihak Islam semasa itu.
Dalam politik ia bukanlah
peperangan bersenjata atau pun peperangan terbuka. Politik adalah pertarungan
‘mental’ dan sesiapa yang berjaya memenangi hati dan pemikiran ramai, mereka
lah yang akan menang. Dalam peperangan diharuskan untuk berhelah bagi
kemenangan pihaknya. Berbagai-bagai cara dan kaedah berkempen dilakukan dan
berbagai-bagai cara dan helah dilakukan oleh kedua-dua belah pihak untuk
memenangi pilihananraya ke 13 baru-baru ini.
Keputusan telah diketahui dan
pihak BN telah memenangi pertandingan perang ‘mental’ ini dan berjaya
mengekalkan kedudukan sebagai kerajaan tetapi dalam kemenangan yang jauh lebih
rendah dari pilihanraya atau pertandingan ‘mental’ yang sebelumnya. Pihak
Pakatan Rakyat pula memenangi undi popular lebih dari apa yang diperolehi oleh
pihak BN. Pendeknya kedua-dua pihak memenangi pilihanraya ini dan jika di
pandang dari sudut kekalahan pula, kedua-dua pihak pun telah mengalami
kekalahan.
Kedua-dua belah pihak telah
melakukan ‘post-mortem’ masing-masing dan hasil ‘post-mortem’ tersebut berbeza
diantara pandangan masing-masing. Pihak BN menyalahkan kaum Cina sebagai
penyumbang kekalahan dengan ‘tsunami Cina’ nya, dan pihak PR pula menyalahkan
pihak lawan dengan isu penipuan yang besar yang dilakukan oleh pihak BN dalam
pilihanraya itu.
Apa pun, tuduhan-tuduhan diantara
parti-parti yang berlawanan ini yang terpenting kita memahaminya ialah,
keputusannya tetap berada ditangan Tuhan yang Maha Kuasa itu. Apa yang di
berikan olehNya itu adalah yang terbaik bagi seseorang atau bagi satu-satu
kumpulan dan pihak itu. Apa yang kita kehendaki dengan ghairah itu tidak
semestinya baik bagi kita. Yang mengetahui yang terbaik bagi kita adalah yang
Maha Esa itu jua.
Tetapi jika kita pandang dan kaji
dari apa yang berlaku dalam peperangan Uhud itu, ia melambangkan satu hakikat.
Walau sesuci mana pun tujuan kita berperang jika kesucian matlamat itu di
selitkan dengan niat yang kotor ia tetap tidak akan mendapat kejayaan.
Kadangkala kita sendiri tidak tahu niat kotor kita tetapi Tuhan lebih tahu apa
yang ada di dalam benak dan naluri kita itu.
Tidak dapat dan tidak boleh kita
nafikan peperangan Uhud itu adalah untuk Islam. Tetapi ia tercemar dengan niat
dan kepentingan peribadi untuk mendapatkan harta rampasan untuk kepentingan
peribadi mereka yang sedang berperang itu. Tuhan tetap tidak meredhakannya dan
tetap memberikan kekalahan kepada pihak ini, walaupun ia adalah dari pihak
Islam sendiri. Maka semua pihak wajar melakukan suluhan kepada diri yang sebenar-benar
diri kita, insyallah kita akan tahu jawapannya.
Jika kita fikir-fikirkan
sedalam-dalamnya, keputusan pilihanraya ke 13 baru-baru ini adalah yang terbaik untuk
rakyat kita kerana ia pasti dan wajib datangnya dari Allah swt. Mungkin ada
pihak yang berani menafikannya, tetapi saya mengakui saya tidak berani menolak
hakikat ini.
Penyelesaiannya hanya boleh
difahami oleh sesiapa yang tidak lepas dari bertawajjuh dan bertawassul kepada
Rasul dan Tuhannya. Tidak pula saya tahu samada ramai yang lebih tahu dari apa
yang dalam pengetahuan Tuhan itu.
Itu sebabnya kedengaran ramai
juga yang memaki-maki keputusan Tuhan yang Maha Esa ini.
Wallahualam.
Pak Aspan, jika yakin akan apa yg dikata & dirasa ucapan wallahualam tidak perlu menjadi penutup kata.
ReplyDeleteAlhamdulillah, tulisan ini adalah satu luahan prototype untuk menenangkan (siapa?).Apa yang jelas sdr kita mengambil contoh dalam context of situation yang salah. Apa yang berlaku semasa Rasulullah adalah rentetan-rentetan penghuraian yang ditujukan kepada satu penentuan. Sama hal juga dengan Nabi Adam dan Hawa mengingkari perintah Allah.Islam masih dalam keadaan membangun. Ia belum sampai kagi kepada apa yang Allah berfirman di dalam ayat 3 surah Al-Maidah. Dalam konteks sekarang kalau kita hendak membahas tentang lakuan Islam kita kena bermula dengan perintah di atas. Aemua terima apa yang berlaku adalah ketetntuan Allah. Tetapi dalam konteks apa. Adakah kita hanya berpeluk tubuh sahaja, walahal Allah memerintah kita supaya membenteras segala kezaliman dan kejahatan. Maka Allah tetapkan hukuman-hukuman. Adakah apabila seseorang itu dibunuh dengan zalim kita hanya mengata ini ketentuan Allah dan kita diam selepas itu. Apa maknanya adanya hukum-hukum (hudud, Qisas dsgnya) yang diturunkan Allah kalau kita hanya menerima apa yang kita kata 'ketentuan Allah' dengan berpeluk tubuh.
ReplyDeleteBN pun dah terima ketentuan Allah bila kalah di Selangor, Penang dan Kelantan. Tak de pun demo oleh BN..tapi PKR lain pulak..nak buat demo..
ReplyDeleteCukup cukuplah..takdo joki cakap orang nogori.
Batu Ronson
Tuan Aspan!
ReplyDeleteKena tipu pun takdir ke?Fikrir-fikirkanlah!
Kepada anon,anon yang menyangkal saya itu, teruskanlah dengan pandangan sdr2. Ini demokrasi pemikiran. Yang bertanya samada kena tipu itu kita biarkan kalau diikut menakrifan saya pun teruskan lah. Saya tidak termampu bercakap dan memberikan pandangan ilmiah kerana yang menerima nya adalah dari kemampuan yang berbagai.
ReplyDeletekadang-kadang yang merasakan teripu itu juga adalah dari mereka yang selalu menipu juga dan kepada siapa yang mengatakan asas kepada unjuran aya itu adalah diatas perkara yang salah juga saya boleh sangkal. Tetapi saya tidak mahu bertekak dengan sesiapa yang mempunyai mental block kerana itu adalah had kemampuan mereka.
yang lebih dahsyat bukan siapa yang menipu kita. Yang lebih dahsyaqt aialah mereka yang menipu ahli-ahli partinya sendiri.
Buatlah apa-apa anggapan dan tidak usah lah memperdayakan diri sendiri. memperdayakan diri sendiri itu juga merupakan sikap yang sangat kebodohan dan jika masih juga hendak bersikap demikian, itu juga hak masing-masing.
Tidak ada siapa yang pernah bercakap tentang hudud itu akan di selesaikan akhirnya dengan hukum Qisas. Ini salah siapa? Dari dulu lagi saya kesana kemarai menganjurkan dalam caramah-ceramah saya untuk menerangkan terperinci tentang hudud dan Qisas, tetapi tidak ada siapa yang mahu melakukannya.
itu salah siapa? Itu sebabnya saya selalu berkata wang ringgit yang banyak amat susah untuk di jaga. Ramai orang herndak merompaknya. Tetapi ilmu itu jika ada kepada kita, jika kita buka dan lambakan puin tidak ada siapa yang akan mengambilnya kerana ilmu itu adalah hak individu yang memunyainya.
Jangan membidas di sebalik samaran anonymous. Tunjukan diri seperti yang saya lakukan. Nama dan tempat serta gambar saya pun terlekat di depan blog ini. Sesiapa yang cuba bersikap garang tetapi menyorok do sebalik 'anonymous' itu sesungguh mereka yang kurang keberanian. Selalunya mereka ini adalah mereka yang mempunyai fakir jiwa dan pemikiran.
salam
Assalamualaikum Dato Aspan,
ReplyDeleteApakah Allah menghalalkan penipuan?
Adakah Allah penentu keputusan PRU 13? Adakah Allah membenarkan dakwat yang tidak kekal?
Wahai Dato Aspan,
Manusia telah kenali SPR yang halalkan hak rakyat untuk mengundi dicuri bagi memenangkan BN secara haram.
Apakah Dato tidak dapat merasai sendiri ketidakadilan keputusan PRU?
Apakah Dato juga akan menghalalkan dan redha dengan segala penipuan dan tipu daya yang telah berlaku?
Apakah itu semua ketentuan Allah?
Allah telah berfirman dalam surah Al Baqarah :111;
Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar.
Politik islam bertujuan mentadbir dan mengurus dunia berdasarkan keadilan.
Apakah perlunya redha dengan penipuan untuk meneruskan kezaliman dan kemungkaran?
Mereka yang menipu lebih tahu akan kelemahan iman yang mudah redha dengan keputusan penipuan.
Apakah Dato mempunyai iman yang rapuh sehingga bisikan penyelewengan manusia yang bertopengkan syaitan sehingga mudah redha dengan keputusan penipuan?
Dato perlu ingat bahawa barang siapa yang berjaya menerima ujian dan selamat dari tipuan dunia ini, dia berjaya mendapat keredhaan Allah SWT, dan dia adalah orang yang berjaya di akhirat. Jangan Dato redha dengan penipuan.
Siapa yang tertipu, maka celakalah dia di akhirat dan siapa yang tidak tertipu dengannya, berbahagialah dia di akhirat dengan syurga Allah.
BAB PENIPUAN,
ReplyDeleteHal penipuan wajar tunggu keputusan mahkamah. Yang saya sebut ialah kita wajar berfikir kauh dan tidak memikirkan apa yang berlaku diwaktu ini dan di depan mata kita. Yang saya maksudkan ialah keputusan itu adalah keputusan Tuhan. Itu pun kalau kita bersama bersetuju segala-gala datang dari Tuhan pada hakikatnya. Itu sebab saya mengatakan yang maha penentu itu adalah Tuhan. Jika semuanya atau sebahagioan perkara ditentukan oleh manusia maka terpulang kepada sdr untuk menerima apa yang sdr hendak terima.
Tetapi kita tidak tahu banyak yang lain. Yang hendak melawan penipuan ini juga adalah manusia yang tidak terlepas dari sikap penipu ini. Itu sebabnya kita sentiasa berrdoa untuk kejalan yang lurus, kerana Tuhan juga yang menentukan hala tuju seseorang itu samada yang baik atau sebaliknya.
Saya menyebut tawassul dan tawajjuh tadi. Jika sdr faham apa yg saya sebutkan tadi maka mudahlah sdr faham. Tetapi jika tidak faham kita hentikan sahaja perbahasan ini kerna diantara kita seorang memnajat tiang dan seorang lagi memanjat bendul. Tidak mungkin ada titek pertemuan. Jika gitu sdr teruskan dengan sikap sdr itu. Tidak ada siapa yang berhak menolak pandangan sdr.
Kita berhenti di sini.
ReplyDeleteSdr AA, kita sama. Biarkan dia org nak demo ke,nak tidor dlm longkang memprotes ke atau apa apa tindakan lain.
Dah kalah tuduh dan menjatuhkan hukum sebelum kemahkamah. jgn jadi kelawar weii!
malam malam duduk rumah dengan anak bini.
Jgan kita dengar kita mereka. Mereka kata kita bodoh. Dia org tak tau dialah org yang paling bodoh!
As Salam Pak Aspan,
ReplyDeleteTok Guru Nik `Abdul `Aziz tidak anti - tawassul dan tabarruk, bahkan Tok Guru dengan tegas menyatakan bahawa mereka-mereka yang melarang bertawassul dengan Junjungan Nabi s.a.w. setelah baginda wafat adalah orang-orang yang sesat yang tidak ada kasih dalam hati mereka kepada Junjungan Nabi SAW.
Maka hendaklah kalian ambil perhatian. Bahkan Tok Guru sewaktu perasmian bangunan Pusat Tarbiyyah Islam Kelantan (PUTIK) pada 23 Ogos 2001 telah memperkenalkan Doa an-Nashiri yang disusun oleh seorang waliyullah Sidi Muhammad bin Nashir ad-Dar`i rahimahUllah.
Dalam doa tersebut terkandung tawassul dengan Junjungan Nabi SAW dan para awliya` pelbagai maqam seperti quthub, awtad, abdal, nujaba` dan nuqaba`.
Oleh itu kalau pun tak mahu bertawassul, janganlah mudah-mudah menuduh orang yang bertawassul sebagai syirik dan sebagainya.
Moga taufiq dan hidayahnya Allah dianugerahkanNya kepada kita sekalian berkat jah Sayyidina wa Mawlana Muhammad SAW yang menjadi rahmat bagi sekalian alam.
Salam Kalian,
ReplyDeleteTawassul atau wasilah artinya adalah mengerjakan sesuatu amal yang dapat mendekatkan diri kita pada Tuhan. Tawassul juga diperbolehkan dalam berdoa, malah hal ini akan lebih membuat doa tersebut makbul.
Contoh berdoa dengan wasilah atau tawassul:
1. Kita mendatangi seorang ulama yang mulia dan dikasihi Tuhan, lalu kita berkata: "Saya akan mendo'a mohon itu ini kepada Tuhan, tetapi saya harap pula tuan Guru mendoakan kepada Allah bersama saya, supaya permintaan saya dikabulkannya".
2. Kita berziarah kepada Nabi di Madinah, ketika beliau masih hidup ataupun pada ketika beliau telah wafat, maka kita berdoa di situ dan kita harapkan agar Nabi Muhammad s.a.w mendoakan kita pula kepada Allah. Ini namanya berdoa dengan tawassul, dengan orang yang masih hidup atau yang telah wafat.
3. Kita datang ziarah ke makam Syeikh Abdul Qadir al Jailani, lantas kita berdoa di situ kepada Tuhan begini bunyinya: "Ya Allah, Ya Tuhan yang Pengasih dan Penyayang, saya mohon keampunan dan keredhaan-Mu berkat beliau yang bermakam di sini, karena beliau ini saya tahu, seorang ulama besar yang engkau kasihi. Berilah permohonan saya , Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim"
4. Kita berdoa kepada Allah : "Ya Allah, berkat kebesaran Nabi Besar Muhammad s.a.w, berilah permohonan saya ..."
5. Kita berdoa : "Ya Allah, berkat nama-Mu yang besar, berilah saya ini itu". Ini berdoa tawassul dengan nama Tuhan.
6. Kita berdoa , "Ya Allah, saya ada mengerjakan amalan yang baik, yaitu saya tetap hormat kepada ibu bapa saya. Kalau amal itu diterima oleh Engkau, maka berilah permohonan saya ini dan itu".
Tawasul adalah amalan sunat yang disukai oleh Allah. Buktinya adalah bahwa amalan tawasul ini disebutkan dalam Al Quran dan hadis, serta menjadi amalan para sahabat, tabiin, dan tabiut tabiin.
Do'a/permintaan melalui tawasul insya Allah lebih mudah dikabulkan.
Tawasul (wasilah) adalah salah satu metode untuk menjadi orang bertaqwa. Sejarah menunjukkan bahwa generasi salafus soleh adalah orang-orang yang sangat kuat mengamalkan tawasul.
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteBolehkan tuan berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)yang menyerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura semata-mata kerana surat Penolong Setiausaha kerajaan Johor pada 1953 kepada Singapura yang tidak menuntut hak milik ke atas pulau itu dan kesilapan kerajaan Malaysia yang tidak tidak berbuat apa-apa untuk menunjukkan haknya ke atas pulau itu selama lebih 100 tahun? Sedangkan, kita baru 50 tahun merdeka dan Singapura pula pernah menjadi sebahagian dari Malaysia walaupun keluar pada tahun 1965.
Apa yang mahkamah putuskan ialah kita dapat batu yang tenggelam bila air pasang dan hanya boleh dilihat bila air surut (Batuan Tengah dan Tubir Selatan) kerana itu keputusan ICJ, walaupun Pulau Batu Puteh terletak hanya kira-kira 12.8 kilometer (km) dari Pengerang, Johor dan 64 km ke timur Singapura.
Kedaulatan undang-undang seperti yang kita maklum antara lainnya memerlukan kewujudan satu badan kehakiman yang benar-benar bebas.
Ini kerana hanya sebuah badan kehakiman yang bebas yang mampu untuk bertindak sebagai pelindung hak rakyat marhaen dan memastikan tindakan kerajaan tidak berada di luar batasan perlembagaan mahupun undang-undang.
Di Malaysia, kita semua sedia maklum yang ramai di kalangan kita yang beranggapan yang badan kehakiman kita tidak bebas dan dipengaruhi oleh badan eksekutif.
Persepsi ini dikuatkan dengan pindaan perlembagaan 1988 yang mengalihkan kuasa kehakiman daripada Mahkamah dan menjadikan kuasa kehakiman tertakluk kepada undang-undang yang digubal parlimen.
Pada masa yang sama, badan kehakiman juga dilihat gagal secara keseluruhannya untuk melindungi hak asasi mahupun kepentingan rakyat berdasarkan keputusan-keputusan yang seringkali dilihat sebagai memihak kepada kerajaan pemerintah.
Hakikatnya, badan kehakiman tidak akan sama sekali berganjak dari kedudukan konservatif mereka yang cenderung untuk memihak dengan kerajaan dan mengabaikan hak asasi rakyat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
@@
Pak Aspan,
ReplyDeleteSaya tahu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah melabelkan UMNO sebagai parti murtad.
Label ini diberikan selepas UMNO dikatakan sebagai ‘kafir’. Ini kerana UMNO dikatakan oleh Nik Aziz sebagai ‘tidak memperjuangkan Islam’.
Bagi Nik Aziz, UMNO tidak cukup dengan hanya mengatakan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu atau Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia semata-mata tetapi UMNO perlu perjuangkan Islam seperti PAS.
Nik Aziz tidak kata penyokong UMNO murtad, tapi parti yang didokong oleh orang Islam adalah murtad. Nik Aziz mendakwa parti UMNO menolak Islam daripada dasar perjuangannya menyebabkan ia murtad.
Bagi Nik Aziz, bukan sahaja UMNO, malah mana-mana pihak yang memperlekehkan Islam dengan sengaja boleh dianggap murtad kerana tidak mahu menerima hukum Allah sebagai panduan hidup.
Pak Aspan janganlah beranggapan bahawa Allah tidak berkenan untuk PAS menang.
Hakikatnya, Islam tidak akan menang jika masih ramai lagi masyarakat jahil. Islam tidak akan menang jika ada yang gilakan jadi pemimpin. Islam tidak akan menang jika tidak ada daya menghidupkan Islam dalam diri, keluarga dan masyarakat.
Saya TIDAK setuju bahawa Allah yang menangkan UMNO dan Allah yang kalahkah PAS. Adakah Allah terlibat dalam keputusan kemenangan bola sepak yang hanya dimainkan di atas padang dalam tempoh 90 minit?
Sebenarnya Islam mempunyai definasi tersendiri mengenai kejayaan dan kemenangan. Pejuang-pejuang Islam sebenar adalah mereka yang berjuang bagi merealisasikan kemenangan yang dikehendaki oleh Allah.
Pak Aspan,
Dalam surah al-Asr; Allah menegaskan bahawa umat Islam akan rugi di akhirat melainkan jika mereka memiliki empat sifat iaitu, beriman, beramal soleh, membudayakan amalan nasihat menasihati sesama mereka untuk berada di atas landasan kebenaran dan saling menasihati untuk bersabar kerananya.
Syarat-syarat untuk terselamat daripada kerugian sebagaimana ditegaskan dalam surah al-Asr tidak akan mampu dilaksanakan melainkan secara berjamaah. Oleh itu objektif berjamaah juga untuk bersama-sama menyusun aktiviti amali bagi merealisasikan empat syarat ini dalam budaya hidup berjamaah.
Umat Islam hari ini hidup berorganiasasi tetapi pimpinan organisasi mereka hanya meletakkan perancangan strategic untuk mencapai matlamat dunia mereka sahaja. Umat Islam hidup dan berkerja dalam organisasi tersebut kadang-kadang terpisah daripada landasan hidupnya sebagai seorang muslim.
Semua sistem, peraturan, perundangan yang disusun memerlukan manusia untuk mengoperasikannya. Bagaimana sistem yang terbaik boleh dioperasikan jika manusia itu bukan manusia yang terbaik?
Manusia terbaik hanyalah manusia beriman, bertakwa dan muhsinin. Mereka hanya akan berjaya jika mereka memiliki cirri-ciri kejayaan dalam diri mereka.
-Annuar Salleh-
ReplyDeleteOne cannot continue to hold on to power through deception and election fraud.
The ordinary people had lost trust in the country's 'leaders' and its institutions. Once that trust is broken, it is impossible to fix.
In a competition/contest to fairly determine the ordinary people true Representative/Champion, if one is found a cheat, one must give up the trophy/Championship to the Runner-up....NO buts and ifs!
If the Cheat have any pride and dignity left, they should apologise to the people and resign from their positions immediately.
Pak Aspan,
ReplyDeleteAllah SWT tidak menyuruh hambanya menerima shj taqdir tanpa berusaha memperbaikinya.Berusaha pelbagai cara.Post mortem salah satu caranya..Kempen Blackout 505 adalah salah satu cara lagi..Kedua duanya betul.
Jika UMNO dibiarkan terlepas lagi dgn penipuan mereka nescaya mereka akan melakukannya lagi dimasa akan datang..Kalau pd PRU13 ni dilakukan secara besar besaran,semasa PRU14 nanti tak tau la apa pula ygnakan mereka lakukan.
Membiarkan musuh senang dan dapat "reorganize" semula adalah taktik yg silap..Musuh perlu terus diserang dan jgn dibenarkan duduk diam..Selama ini itulah yg dibuat oleh PAS dan DAP.
Masa utk duduk diam sudah berakhir..
bagi pendapat saya byk cara lain.elok elakkan mengacau ketenteraman. sedangkan solat bacaan doa ckup sekdar hati kta mndengar, dikhuatiri menggangu org lain solat. itu sekdar gambaran betapa Allah ingin kita menghormati hak org lain.
DeleteAnonymous 16:21,
ReplyDeleteYes, one cannot continue to hold power through deception and election fraud.
Election fraud has been the order of Malaysian politics, not only in the 13th GE but it has been that way since many elections ago. And that includes election while Anwar was at the helm.
So, how can we trust that election fraud won't recur if PR wins and this man becomes the PM?
Then, election fraud could be the manner for him to maintain power.
Honestly, only men and women who know Anwar can tell to the answer.
So sorry, let things be as what it is, until Anwar is not in the game anymore.
Sir, I am serious. Anwar is not a leader. I don't wan to describe anything about him. Time will tell. You all just wait.
ramlan sd
Tuhan juga Putuskan kita TERUSKAN DEMA, RALLY RAKSAKSA.....TUMBANGKAN Kezaliman UMNO dan Terrorist UMNO dan penyokong UMNO tanpa Simpati!!
ReplyDeleteApa jua ketentuan dan keputusan yg telah di terjemahkan,tetapi tidak pada orang yg gila kuasa utk mengambil sebagai iktibar.Menghalalkan apa jua cara, utk mencapai cita2nya.SPR adalah terbaik dlm menjalankan tugasnya.Keputusan PRU 13 lalu,terbukti ada juga yg selari dgn keputusan penganalisa politik tempatan.Rakyat semua faham, akan undi populis dan undi polarisasi serta sistem kiraan jumlah kemenangan kerusi terbanyak, bukan jumlah pengundi terbanyak.Geng2 pembnangkngpun dah tahu,undi luar bandar mereka tidak dapat di kuasai, berbanding undi dalam bandar.Kalau benar ketua pembangkang tidak pernah korup,bermoral tinggi,di iniaya,di zalimi,bercakap benar, maka SPR telah menyediakan jalan yg terbaik utk beliau dan di angkat sebagai Perdana Menteri Malaysia dgn bangganya dari izin Allah.
ReplyDelete
ReplyDeleteI don't believe there were massive cheating during the last GE. I don't believe there were forty thousand voters transported from Sabah to the peninsula by plane loads.
Only silly and retarded mind opposition supporters believe in it. It was utter rubbish.
Even if they (opposition) want to manufacture issues, do it appropriately.
Only heads with cow dungs and sand in it will believe these lies.
ReplyDeleteMalaysians are truly a victims of political pollutions fathered by all politicians from both side of the dived.
We are very divisive and as you have said many times in this blog of yours, we really need a new nation badly.
Restart our nation anew. Our total populations are in politics and please be alerted that we are going to fictionalized further until all of us here are unrecognizable Malaysian.
Ku Li, please help!!
Salam Tuan Aspan!
ReplyDeleteTerima Kasih kerana menjawab pertanyaan saya berkenaan dengan takdir oleh penipuan. Ingin saya katakan di sini saya tidaklah sebodoh seperti yang di cemuh oleh segelintir pengujung dalam blog saudara.
Selagi saya masih boleh mengerjakan solat lima waktu dan memberi idea perbincangan bukannya saya bodoh. Orang cerdik adalah orang yang selalu mengingatkan hari kematiannya. Wallahuahlam!
Pihak yg mnerima keputusan..walaupun terdapat bukti penipuan..adalah pihak yg mendapat keuntungan...
ReplyDeleteAdakah Dap telah mendapat janji janji dari najib yg akan bermakna untuk dap??
mungkin dap akan mengkhianati perjuangan pakatan rakyat..kerana dap yg bernasib baik dlm pru 13...
Salam Pak Aspan
ReplyDeleteMenerima itu bererti pasrah? Jika berlaku keruntuhan jambatan, yang mati itu kita pasrah - qadha' Allah jua. Tetapi punca keruntuhan jambatan itu MESTI kita ketahui. Konkrit tidak bermutu? Keluli tidak ikut saiz? Seperti itu PRU13. Kalah itu keputusan. Sebab, musabab dan hikmah kalah dan menang - itulah mainan orang berilmu. Mungkinkah bukan rezeki Anwar utk jadi PM? Itu menjadi rahsia kehidupan. Apapun Anwar akan diadili jika dia berlaku khianat - seperti saya dan Pak Aspan juga. Jelasnya, selagi hayat dikandung badan - buatlah amal sebaik2nya, tegakkan yang benar dan perangi kejahatan. Itu sahaja sudah banyak utk kita
PRU13: Apa yang diputuskan Tuhan itu adalah terbaik bagi kita
ReplyDeleteTapi sebab kita tak kenal Tuhan, maka tak tahu mana yg Tuhan putuskan, mana yg tidak. Masalah besar ni...
Tuan Aspan,
ReplyDeleteIslam malaysia ini kepunyaan PAS. Bangsa Melayu Malaysia ini kepunyaan UMNO. Makanya tuan sebagai Melayu DAP hendak berhujah menggunakan apa?
Sememang malang kerana tahap kematangan berpolitik kita amat rendah. Kita rakyat jadi alat pada UMNO dan PAS sedangkan sepatutnya PAS dan UMNO menjadi alat kita.
Kecaman bertalu talu dari penyanjung tuan sebelum pilihanraya, rasanya sudah pun tuan jangka. Makanya tiada perlulah rasa simpati dari saya untuk tuan. Cukuplah sekadar penghargaan kerana berani menongkah arus.
ReplyDeleteIbni Ismail, Tidak perlu simpati tuan terhadap diri saya kerana menongkah arus. Sememangnya saya secara 'natural' selalu menongkah arus.
Rasa nikamt menongkah arus untuk menyatakan apa yang saya rasa benar itu saya sendiri yang merasakannya. Bukan senang bagi orang seperti saya untuk 'swim with the flow' jika saya rasakan perlu melakukannya.
Kepandaian tidak banyak pada diri saya, tetapi pengalaman itu adalah sikit-sikit. Saya bukan menagih sokongan. Hanya sekadar mencatatkan pandangan saya yang saya rasa akan bertemu dengan kebenarannya suatu hari nanti.
Biar saya membuktikan kebenarannya pada akhirnya nanti. Saya mahu senyum yang termanis dan ketawa yang besar nanti, walaupun saya mengambil giliran yang akhir untuk menikmatinya semua itu.
Salam
Salam Sdr Aspan,
ReplyDeleteSecara pendeknya...saya sangat setuju dengan post tuan.. Dan juga kebanyakan post di artikel ini menunjukkan bahawa mereka kurang kefahaman mengenai perkara yang dibincangankan.. Secara jujurnya, saya juga kurang senang dengan pihak memerintah akan beberapa dasar besarnya, tetapi pada hemat saya.. pihak yang lebih baik telah dimenangkan Allah..
Salam Pak Aspan,
ReplyDeleteMaaf ya, pandangan tuan ini kurang tepat terutama dlm konteks intergriti dan keimanan seseorang.
Jika begitu, adakah kita patut terima parti Zionis itu berterusan menzalimi org Islam di Palestin hingga beratus2 tahun lamanya? ? Adakah ini yg diputuskan oleh Allah utk kebaikan?
Sudah terang lg bersuluh. Kezaliman dan penipuan UmnoBN perlu diperbetulkan. Bkn berpeluk tubuh menerima apasaja kemungkaran berlaku depan mata. Penentangan akan berlaku bila manusia yg kerap ditipu atau dizalimi itu mulai cerdik memproses maklumat, melihat dgn minda dan mata hati.
Bila informasi berada dihujung jari siapa yg sanggup ditipu selamanya? Sudah tiba saat rakyat bangkit pd Penguasa zalim mengatakan TIDAK! We had enough of corruptions and corrupt leaders.
Spt juga tulisan tuan, saya rasa terpanggil utk tegur kekeliruan agar persepsi negatif itu boleh dibahaskan dgn akal waras. Kalo sesiapa mahu kekal dibodoh dan dibuli oleh Penguasa penipu, terserah!
Kita pun insan biasa yg melakukan silap dan dosa. Bkn bersifat maksum. Apa guna sistem dua parti kalo rakyat tidak diberi kebebasan hak memilih yg lebih baik? Setiap 5thn peluang terbuka sekiranya mrk gagal sbg kerajaan yg berkebajikan. TUKAR, TUKAR DAN TUKAR. Pilihan di tangan pengundi dan mesti dihormati.
Saya mahu jawapan jujur. Brp hari dakwat kekal itu kekal di jari Pak Aspan? Kalo penipuan mudah spt ini berlaku di negara2 bertamadun dah lama Pengerusi SPR dll dihukum penjara atau meletak jawatan. Ini kes jenayah serius melibatkan amanah rakyat dan kredibiliti pemimpin. Jgn sebab mrk itu Melayu maka mata jd buta, mulut jd bisu. Di akhirat tetap akan ditanya peranan individu yg menyokong kemungkaran.
~rakyat marhaen~
Di negara2 bertamadun tidak menggunakan dakwat kekal hanya negara yg mundur menggunakan dakwat kekal.
DeletePak Aspan berkeupayaan menulis tetapi malangnya, sentiasa merungut tak puashati tanpa ada solusi yg praktikal. Menulislah dgn ikhlas dan tegas terutamanya dlm mendidik umat Melayu agar belajar berdikari dan menerima perubahan arus globalisasi. Ini fakta yg tak boleh disanggah.
ReplyDeleteOrg2 Melayu sudah tidak boleh lg bergantung lagi pd mana2 parti politik utk tongkat hidup dan survival ekonomi. Perpaduan dan kemajuan ekonomi individu takkan berubah walopun ada penyatuan parti politik. Masing2 cuba menangguk di air yg keruh. Org Melayu perlu bekerja keras dan mempunyai jatidiri. Ini akan dicapai dgn kualiti pendidikan yg diterima dan civil society yg matang berfikir.
Bukti jelas bila UMNO sendiri mengaku, 30 tahun perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, sasaran untuk kemajuan taraf ekonomi Melayu gagal dicapai. Org Cina itu bangsa yg realistik dan bersifat survivor. Ini perlu dipelajari oleh org Melayu.
Kononnya, tangan menghunus keris pertahan hak-hak Melayu, tangan di belakang merompak tanah Melayu, merompak saham Melayu, merompak hak org Melayu (ie: isu royalti minyak di Kelantan). Budaya rasuah semakin membarah, meracuni darah pimpinan2 melayu dan menyemai nafsu politik yang rakus.
Api perkauman/agama dinyalakan demi menghasut rakyat jelata berprasangka buruk sesama sendiri. Menyalahkan bangsa lain akibatkan kemunduran Melayu, bkn ketamakan pemimpin2 Melayu itu sendiri. Kesedaran ini sukar utk rakyat Malaysia, sekian lama dibrainwashed kerajaan UmnoBN yg menilai setiap masalah sosial dan isu politik dari sudut perkauman.
Kerajaan pilihan rakyat dan ahli2 politik dilantik adalah utk menentukan dasar Negara yg lebih efisien, berdaya saing serta amanah menjaga duit cukai rakyat/harta Negara @ Good Governance.
Negara Msia yg bertuah dan kaya hasilnya wajib dikongsikan dgn semua rakyat yg berhak tak kira kaum. Kurangkan beban rakyat, bukan meneruskan dasar berniaga dgn rakyat sendiri!
Pendapat peribadi saya, pemimpin2 yg ditentang oleh Dr Mahathir itulah yg sebenarnya boleh menerajui Msia ~ Tengku Razaleigh, Musa Hitam dan Anwar Ibrahim.
~rakyat marhaen~
PRU13: Apa yang diputuskan Tuhan itu adalah terbaik bagi kita...pak aspan ada pro dan kontra tajuk tersebut...
ReplyDeleteDan Tuahan tidak akan mengubah nasib seseorang jika org oitu tidak mengubah sendiri...
Jika dlm pru 13.terbukti terdapat penipuan..sama sama pemimpin pakatan rakyat dan penyokong mencari penyelesaian nya..dengan kata lain..berani kerana benar...biar putih tulang jgn putih mata..sebagai contoh:
Apabila nik aziz hendak laksanakan hukum hudud (hukum Allah) dikelantan..mahadey berkata akan hantar bala tentera ke kelantan jika nik aziz laksana kan hukum hudud..sehingga terpaksa di batalkan...
sebelum bn tumbang..pemimpin dlm pakatan rakyat hendaklah selesai masalah sendiri...buang pemimpin yg memberi masalah samada di pihak dap.pkr atau pas...jika karpal singh,lim kit siang,khalid samad,nurul izzah bermasalah umtuk pakatan membentuk kerajaan..
Mereka ini hendaklah di tendang keluar..biar apa pun jawatan mereka dlm parti...kerana mereka seperti double agen..supaya matlamat pakatan rakyat tidak tercapai
Salam Pak Aspan,
ReplyDeleteMaaf ya, pandangan tuan ini kurang tepat terutama dlm konteks intergriti dan keimanan individu.
Jika begitu, adakah kita patut terima parti Zionis itu berterusan menzalimi org Islam di Palestin hingga beratus2 tahun lamanya? ? Adakah ini yg diputuskan oleh Allah utk kebaikan?
Sudah terang lg bersuluh. Kezaliman dan penipuan UmnoBN perlu diperbetulkan. Bkn berpeluk tubuh menerima apasaja kemungkaran berlaku depan mata.
Penentangan akan berlaku bila manusia yg kerap ditipu atau dizalimi itu mulai cerdik memproses maklumat, melihat dgn minda dan mata hati. Bila informasi berada dihujung jari siapa yg sanggup ditipu selamanya? Sudah tiba saat rakyat bangkit pd Penguasa zalim mengatakan TIDAK! We had enough of corruptions and corrupt leaders.
Spt juga tulisan tuan, saya rasa terpanggil utk tegur kekeliruan agar persepsi negatif itu boleh dibahaskan dgn akal rasional. Kalo sesiapa mahu kekal dibodoh dan dibuli oleh Penguasa penipu, terserah! Kita pun insan biasa yg melakukan silap dan dosa. Bkn bersifat maksum.
Apa guna sistem dua parti kalo rakyat tidak diberi kebebasan hak memilih yg lebih baik? Setiap 5thn peluang terbuka sekiranya mrk gagal sbg kerajaan yg berkebajikan. TUKAR, TUKAR dan TUKAR. Pilihan di tangan pengundi dan mesti dihormati.
Saya mahu jawapan jujur. Brp hari dakwat kekal itu kekal di jari Pak Aspan? Kalo penipuan mudah spt ini berlaku di negara2 bertamadun dah lama Pengerusi SPR dll dihukum penjara atau meletak jawatan. Ini kes jenayah serius melibatkan amanah rakyat dan kredibiliti pemimpin. Jgn sebab mrk itu Melayu maka mata jd buta, mulut jd bisu. Di akhirat tetap akan ditanya peranan individu yg menyokong kemungkaran.
~rakyat marhaen~
Pak Aspan berkeupayaan menulis tetapi malangnya, kerap merungut tak puashati tanpa ada solusi yg praktikal. Menulislah dgn ikhlas dan tegas terutamanya dlm mendidik umat Melayu agar belajar berdikari dan menerima perubahan arus globalisasi. Ini fakta yg tak boleh disanggah.
ReplyDeleteOrg2 Melayu sudah tidak boleh lg bergantung lagi pd mana2 parti politik utk tongkat hidup dan survival ekonomi. Perpaduan dan kemajuan ekonomi individu takkan berubah walopun ada penyatuan parti politik. Masing2 cuba menangguk di air yg keruh.
Org Melayu perlu bekerja keras dan mempunyai jatidiri. Ini akan dicapai dgn kualiti pendidikan yg diterima dan civil society yg matang berfikir. Bukti jelas bila UMNO sendiri mengaku, 30 tahun perlaksanaan DEB, sasaran utk kemajuan taraf ekonomi Melayu gagal dicapai.
Org Cina itu bangsa yg realistik dan bersifat survivor. Ini perlu dipelajari oleh org Melayu.
Kononnya, tangan menghunus keris pertahan hak-hak Melayu, tangan di belakang merompak tanah Melayu, merompak saham Melayu, merompak hak org Melayu (ie: isu royalti minyak di Kelantan).
Budaya rasuah semakin membarah, meracuni darah pimpinan2 melayu dan menyemai nafsu politik yang rakus.
Api perkauman/agama dinyalakan demi menghasut rakyat jelata berprasangka buruk sesama sendiri. Menyalahkan bangsa lain akibatkan kemunduran Melayu, bkn ketamakan pemimpin2 Melayu itu sendiri. Kesedaran ini sukar utk rakyat Msia, sekian lama dibrainwashed kerajaan UmnoBN yg menilai setiap masalah sosial dan isu politik dari sudut perkauman.
Kerajaan pilihan rakyat dan ahli2 politik dilantik adalah utk menentukan dasar Negara yg lebih efisien, berdaya saing serta amanah menjaga duit cukai rakyat/harta Negara @ Good Governance. Negara Msia yg bertuah dan kaya hasilnya wajib dikongsikan dgn semua rakyat yg berhak tak kira kaum.
Kurangkan beban hidup rakyat dan menghentikan dasar berniaga dgn rakyat sendiri!
Pendapat peribadi saya, pemimpin2 yg ditentang oleh Dr Mahathir itulah yg sebenarnya boleh menerajui Msia ~ Tengku Razaleigh, Musa Hitam dan Anwar Ibrahim.
~rakyat marhaen~
Negara2 bertamadun tidak menggunakan dakwat kekal krn kredibiliti pemimpin2 atasannya ada intergriti dan maruah diri.
ReplyDeleteSekiranya didapati ada penipuan atau salahguna kuasa, otomatik minta maaf atau meletak jawatan.
Di Msia? Boleh pulak Pengerusi SPR dll bg berbagai2 alasan yg berubah-ubah. Matlamat tak menghalalkan cara yer.
Negara ni dikatakan negara membangun tetapi terpaksa guna dakwat kekal krn pucuk pimpinan dan minda rakyatnya masih kelas ketiga.
Kalo ikut demokrasi negara bertamadun undi majoriti adalah kerajaan sebenar.
~rakyat marhaen~