26 June 2013

Tiada lagi pemimpin yang bercakap dan bertindak dengan keluhuran hati

Tidak ada siapa yang mempunyai pemikiran yang realistik akan berupaya mengakui yang dinegara ini sudah ada politik berbilang kaum dalam sesuatu parti. Begitu hebat sekali isu ini menjadi bahan atau barang jualan politik sekarang ini khususnya sebelum pilihanraya ke 13 yang lalu. Tiada pihak dapat melakukan apa yang mereka jaja dan laungkan dimana-mana.

Masing-masing dengan ‘intrigue’ politik masing-masing  dan tidak ada pihak yang serius untuk membina politik berbilang kaum ini. Masih ada lagi unsur satu pihak cuba untuk menguasai satu kaum yang lain dengan melakukan helah yang berbagai semasa pilihanraya yang lalu. Tidak ada satu pihak yang mahu mengakui yang keadaan ini tidak akan berubah sampai bila-bila selagi pimpinan parti yang berteraskan kepada perkauman ini payah untuk menerima hakikat ini.

Apa yang dilaungkan tidak selari dengan apa yang dilakukan. Tentulah keadaan ini berlaku kerana tidak ada kejujuran untuk melakukannya dan ini hanya melambangkan masih wujud dalam jiwa masing-masing sifat tidak mempercayai diantara satu dengan lain. Perhubungan baik yang dipaparkan hanyalah untuk tempelan sahaja bagi mengaut sokongan ramai dalam pilihanraya itu.

Lakunan-lakunan ini akhirnya akan diketahui umum juga dan rakyat yang memahami akan akhirnya dipersalahkan kerana tidak mahu menerima apa-apa pandangan rakyat yang ramai ini. Lakunan-lakunan ini lah yang membuatkan rakyat naik mual dan jemu mendengarnya dan kita mengharapkan tidak ada pihak yang akan menyanyikan irama ‘multiracialism’ lagi bermula dari sekarang.

Jangan lagi ada pihak yang mengkritik pihak lain yang musuh dan seteru politik itu memainkan isu rasis menebal sedangkan pihak yang melaungkan itu sendiri adalah rasis. Tidak ada siapa lagi akan mempercayai yang sekarang sudah ada pihak yang memperjuangkan keperbilangan kaum dalam pertubuhan politik masing-masing. Laungan itu adalah ‘fallacy’ politik semata-mata yang tidak pernah dilakukan dan diusahakan oleh mana-mana pihak pun.

Tetapi kita bukan tidak pernah mengalami penyatuan kaum itu dahulu. Hanya apabila BN menjadi lemah dan keadaan yang telah lama kita alami dengan baik itu terganggu dan menjadikan isu perkauman sebagai isu besar yang menjadi isu mainan pihak yang berseteru dengan BN itu. Sebagaimana yang saya sebut selalu, BN telah wujud lama dahulu apabila setiap kaum bekerjasama dengan baik.

MCA dengan penyatuan kaum Cina yang kuat, MIC pula dengan penyatuan kaum India dan tentulah UMNO itu menjadi parti yang telah menyatukan kaum Melayu selama kita mencapai kemerdekaan negara. Tetapi penyatuan ini telah mula terombak oleh kerana permainan politik yang tidak telus dalam BN sehinggakan parti-parti dalam BN itu mula menjadi persoalan dari rakyat. Salah satu akibatnya ialah pihak yang berseteru dengan BN ini telah berjaya memecahkan kesatuan dikalangan pimpinan dan ahli-ahli dalam BN itu.

Oleh kerana pandangan dan persepsi rakyat terhadap pimpinan UMNO dan BN itu semakin buruk, maka apa-apa sahaja isu yang dilemparkan terhadap BN itu mudah diyakini oleh rakyat jelata. Diantara isunya yang sangat besar ialah isu perkauman yang BN dikatakan telah gagal untuk melunaskan tanggungjawab berterusan untuk penyatuan itu.

Apa sahaja yang dikatakan pembangkang itu betul semuanya dan apa sahaja yang dikatakan oleh BN itu semuanya salah dan tidak berwibawa untuk diyakini oleh rakyat yang ramai. BN telah mengabaikan partinya kerana pimpinan BN sudah tidak tahu lagi apa yang baik dan apa yang buruk yang perlu dilakukan. Semua orang tahu BN itu mahu melakukan apa yang baik, tetapi seperti yang dikatakan tadi mereka tidak tahu apa yang baik yang hendak mereka lakukan.

BN juga tidak mahu melakukan apa yang tidak baik, tetapi mereka tidak tahu apa yang tidak baik yang mereka harus mengelak dari melakukannya. Mereka kehilangan terus segala hidayah untuk mentadbir negara seperti yang diamanahkan oleh rakyat selama ini. UMNO sudah kematian rohnya samasekali dan tidak lagi boleh mara dan berundur. Semuanya serba tidak kena.

Kelemahan inilah yang membuatkan ramai rakyat sudah hilang keyakinan terus terhadap UMNO terutamanya dari kaum bukan Melayu dan sedikit peratusan kaum Melayu. Hasilnya keadaan ini telah diambil kesempatan oleh pembangkang dan mengembalikan isu perkauman terhadap UMNO dan BN. Pembangkang terutamanya DAP telah dengan mudah membalas isu perkauman yang dimainkan oleh UMNO itu. UMNO dalam keadaan terdesak telah memainkan isu perkauman bagi mengekalkan kaum Melayu dibelakangnya.

Hasil dari keadaan ini maka kesempatan itu diambil oleh pihak lain untuk membina kekuatan bangsanya juga dengan memainkan isu perkauman yang dilaungkan oleh BN itu. Keputusan akhirnya isu perkauman itu tetap wujud malah lebih jelas lagi kerana pengundian kali ini menunjukkan ia dilakukan mengikut salur-galur perkauman yang menebal.

Sekarang ini seolah-olah isu perkauman ini tidak dapat diatasi walaupun oleh mereka yang melaungkan ‘multiracialism’ itu. Kalau begitu keadaan keengganan banyak pihak untuk menyerapkan sikap 1Malaysia atau Malaysian Malaysia itu hanyalah setakat dibibir sahaja.

Tidak salah lagi jika masing-masing memikirkan hanya untuk kaumnya sahaja kerana tidak ada yang mahu menghilangkan perasaan dan tindakan perkauman itu setakat ini. Kita wajar menolak mana-mana pihak yang mengaku kononnya sebagai pejuang kepelbagaian dalam parti mereka atau pertubuhan mereka kerana kita sudah mengetahui hasilnya kerana ia terlalu ‘predictable’.

Mana-mana pihak yang melaungkan perpaduan kaum itu, sesungguhnya itulah kumpulan yang paling ‘chauvinist’, tidak kira samada pertubuhan itu pertubuhan bangsa Melayu atau yang bukan Melayu, serta pertubuhan yang mengakui untuk semua bangsa tetapi yang didominasi oleh satu-satu kaum itu sahaja. Elok dihentikan sahaja sesiapa melaungkan slogan-slogan  perpaduan untuk semua kaum itu, kerana kita tidak nampak perjuangan itu akan sampai kemana-mana.

Kalau hendak sangat berjuang berdasarkan untuk memperjuangkan kaum sendiri sahaja, ayuh kita teruskan perjuangan untuk bangsa masing-masing sahaja. Itu pun yang masing-masing mahukan nampaknya.

Hentikan retorik yang memperjuangkan untuk semua bangsa itu dari mana-mana pihak. Itu hanya permainan lidah yang tidak bertulang sahaja.

It’s not REAL. Bukan mudah hendak mencari pemimpin yang bercakap, bertindak dan menulis dengan hati.

20 comments:

  1. Salam Pak Aspan,

    Setuju dgn tajuk namun khuatir dgn takrif isinya.

    Benar,kita harus banyak bertindak utk memperolehi pemimpin yg bercakap dan bertindak dgn keluhuran hati dengan apa yg dicakapkannya.

    Cuma, jgn la hanaya berkias ada beranalisa dari belakang komputer. Melihat hanya dari kacamata jenama umno yg lama saudara tinggalkan.

    Jika pilihan telah dibuat, eloklah sama membantu memperkasa parti dan pihak yg menggerakkan parti.

    Ada dikalangan kita yg berkerja dan bertindak tanpa nama dan tanpa perlu apa@ imbuhan, namun berganjak dari pilihan yg dibuat tidak sekali.

    Jgnlah apabila pilihan sudah dibuat saudara masih mengintai2 seberang sana yg sudah ditingalkan. Jika kita sudah berubah, maka kekal segar lah dengan perubahan tersebut. Jgn mudah sgt kecewa dgn angin yg tak sehaluan dgn kita. Kita mesti menjadi pihak yang mahu bekerja membantu dan menggerakkan, dan bukan merobohkan. Manusia pastinya ada serba-serbi kekurangan, dan saudara mengharapkan parti pilihan saudara sekarang tidak ada?Kan tak berapa munasabah tu? Sama2 lah menjadi senarai yg prihatin membantu menaikkan tiang, dan bukan hanya bercekak pinggang memperbetulkan sana-sani walhal tidak langsung tumpah peluh?

    Shah Alam

    ReplyDelete

  2. AA..you are spot on. BUT the situation of the current state will be addressed by nature and the true leader will surface.

    Just watch and wait bro as no man can mitigate the nightmare. I can't compute what is going to happen tomorrow or next week. But something will happen.

    ReplyDelete

  3. Aspan, kami berbuat silap, Aspan pun buat silap dalam hidup ini. Semua manusia buat silap, maka tidak guna kita sebut-sebut lagi tuan.

    tapi yg penting yg kita lakukan ialah mencari dan terus mencari. Tuhan akan anugerahkan jawapan kepada yang berusaha mencari kebenaran.

    Kebenarannya BN itu tidak senonoh, Pakatan Rakyat lagi tidak senonoh. Kaum Melayu mati beransur ansur jika PR menang tempoh hari.

    Ada juga betul nya Dr Mahathir tu tuan. Busuk-busuk Umno itu ada juga bau melayunya. QWangi-wangi PR tu tidak ada bau melayunya.

    Tuan sendiri sudah nampak keadaan dalam PR tu. Kalau Umno kencing berdiri, PR kencing berlari atau kencing atas tilam semasa tidur.

    salim Shah Alam

    ReplyDelete
  4. Orang-orang dalam Pakatan Rakyat..starting from the top..semunya sebati dengan BUDAYA MEMFITNAH.

    alhamdulillah NFCorp finally bring Rafizi to task.
    http://thekl-chronicle.blogspot.com/2013/06/kenyataan-media-nfcorp-saman-pengarah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguih la dia saman rafizi. dah lama tunggu. sekurang-kurangnya apa yg suku-sakat mami jat dah 'balun' dulu dpt la rakyat tau... bole gak pi mahkamah tengok 'sarkis' mami jat...

      Delete
  5. pemimpin malaysia terutamanya dari bn..memalukan sekolah berasrama penuh dan universiti yg mereka belajar dahulu...jauh lebih teruk dari mat rempit,india jual kacang putih mau pun apek jual sayur...mentaliti hampas..hanya bertopengkan sebagai pemimpin yg berkelulusan...

    Mereka mungkin sedar..bahwa mereka boleh menipu rakyat dan org awam..tetapi mereka tidak boleh tipu maha pencipta..kerana itu ada nya hari pembalasan san Allah itu Maha Adil..

    Pemimpin yg telah lama rosak..ibarat besi yg terlampau banyak karat nya..susah hendak di bersihkan..

    Jika mereka pilih dunia dan bertuhankan wang ringgit..kuasa yg ada susah hendak ditinggalkan...seperti mahadey...

    ReplyDelete

  6. Pak AA, saya juga mula terasa permainan Dap ini seminggu dua sebelum PRU lalu. Tak mengapu tu.
    Itu masa dia, masa akan datang tak tau lagi. Pkr pun sama juga. Org lain kerja kuat, Anwar hantar kawan dia jadi calon. Dia ingat kita dibawah ni lembu dia saja. Elok lah kalah tu...

    ReplyDelete

  7. Malaysia is a nation of three nations,Chinese of China,Indian of India and Malay.
    No leader can overcome this ,unless they them self ,Chinese and Indian want to be otherwise ,it's all up to them if they want to remain Chinese or Indian nothing much the government can do . It's easy to claim that they are Malaysian but insisting to keep their vernacular education ,the answer is clear enough and undisputed what they want to remained .
    There's NO slogan or leader can change this ,unless they are wiling, till then everything has to be base on racial line.

    Aden mudah jo ,kobou Den semuo cokap bahso Kobou ,mudah jo, kalau ado yang cokap bahso lembu kan sosah tu.

    ReplyDelete
  8. Saya tidak menilai pribadi seseorang apabila membuat comment kepada tulisannya berteraskan parti yang dia menjadi ahli.Saya berpendapat AA tidak akan menjadi ahli seumur hidup hanya dalam satu parti sahaja. Bukankah manusia yang mahu berfikir dan menilai yang mana paling baik akan sentiasa berubah tindakannya. Jangan jadi pengikut fanatic yang sentiasa memandang baik apa yang disokongnya walau dia tahu sokongannya telah tidak lagi relevan.
    Langkah yang paling baik ialah menilai sejauh mana kebenaran akan fakta yang disampaikan dalam tulisannya. Kebatilan mesti dipaparkan, agar kita kenal akan kebenaran.
    Contoh yang baik saperti nukilan saudara AA tentang pemimpin UMNO yang ingin buat baik tetapi tidak tahu apa itu kebaikan yang hendak dilakukan. Buah fikiran yang sihat bagini harus diketengahkan walau ada penyokong tegar parti tertentu amat terasa pedasnya.
    Tak salah saya katakana 'ADA ORANG MELAYU PANTANG DITEGUR WALAUPUN TEGURAN ITU UNTUK MEMBETULKAN KESILAPAN DIRINYA'

    Orang padang besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi tu bang... orang melayu kebanyakannya pantang/tak boleh ditegur walaupun untuk membetulkan kesilapannya. sebab tu la sekarang ni dah tak perlu tegur-tegur lagi... buang masa... 'tebas' je terus!!!

      Delete
  9. Tuan AA,

    Semata-mata untuk mengekalkan kuasa ada pihak dengan sengaja menyuburkan sentimen kaum dan agama supaya suatu kaum itu akan sentiasa berada dibelakang sesebuah parti, keadaan ini sebenarnya tidak akan membawa negara kita kearah kemajuan dan kebaikan.

    Apa boleh buat, kita sebagai rakyat biasa dan dalam kumpulan orang yang dikategorikan sebagai "tidak penting" ini, hanya mengikut sahaja kehendak seseorang yang menganggap mereka yang elit lagi penting dan sedang berkuasa.

    Seperti komen saya yang lepas,jika bangsa cina ada masaalah tidak semestinya menghantar seseorang yang berbangsa cina untuk menyelesaikan permasalahan orang cina.Begitu juga bangsa lain.

    Terimalah keadaan ini seadanya kerana apa yang akan berlaku itu sebenarnya boleh dielakkan dan dirancang, jika sekiranya berlaku juga itu sudah tentu disebabkan oleh tindakan mereka(orang penting) yang memimpin kita.

    Scorpene Terbang

    ReplyDelete
  10. Aspan, maybe you are just like many of us down here. You are not a politician like those people. Talking straight kills you bro. Jom kita minum kopi sajalah maam-malam. Biar dia orang berpolitik.

    Almost all, be it from Umno or Pakatan alike, are just talking nonsense and that pollutes our mind.

    The leaders insult us day in day out. They treat us like donkeys and little that they realize we are down here don't care a fuck on what they say.

    Come on, let us go to warongs and talk to ordinary men and women. They are better people to talk to.

    albert, ss2

    ReplyDelete

  11. I am a critic of BN but I am not voting for PR until that 'problem boy' Anwar is not around in PR.

    He is what?...double faces?...triple faces?..or what???

    reynold

    ReplyDelete

  12. Pak AA, salam, Umno pun serupa seperti PR juga. Sekarang Najib tak naik muka lagi dah.Dulu cakap besar yg tak terbawa oleh badannya sendiri.
    Apa sudah jadi beb? Bila dia nak berhenti? Kalau ada malu patut berentilah, betul tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib nak berenti??? mampuih hidup balik pun bolom tontu bro... nak kena balun dgn RM laki dia tu... berenti la

      Delete
  13. Saya amat seronok hidup di bawah PM Tun Hj Abdul Razak BAPA PEMBANGUNAN dan tidak silap sama sekali juga sebagai BAPA PENYATUAN BANGSA MALAYSIA. Ketiga-tiga pemimpin besar Melayu,Cina,India juga di ikuti serta oleh pemimpin-pemimpin kaum lain menerima usaha baik PM itu, ia itu membela,membina dan membangun bangsa kearah kesepakatan. Cantik sekali, itu zaman pemimpin yang ikhlas dan jujur kerana rakyat. Tiada sekelumit pun untuk mencuri,menipu,menghapus hak rakyat. Wakil Rakyat pada masa itu rata-rata terdiri dari para cendikiawan terutama guru-guru dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang di sayangi rakyat.

    Masa berubah, pemimpin berubah, nawaitunya juga berubah. Awal 80an taufan pandang ke timur melanda negara yang aman dan damai, sikit demi sikit hak keistemewaan rakyat perkhidmatan untuk rakyat beransur-ansur hilang dek DASAR PENSWASTAAN yang diperkenalkan oleh tokoh PM yang menzahirkan wakil rakyat yang "salam berkaut" dgn rakyat.

    Begitu juga kejayaan Bapa Pembangunan dan Penyatuan menyatukan parti-parti politik. Lambang KAPAL LAYAR bertukar ke LAMBANG DACING. Sayang seribu kali sayang akhirnya dacing itu makin lama makin berkarat. Maka ini bertepatanlah dengan pendapat tuan di atas.

    Soalnya siapa yang harus memainkan peranan utk mengembalikan keharmonian kesan segelintir dari akibat yang di ajukan diatas. Jangan lupa mengambil kira kepekaan rakyat, celeknya rakyat dan cerdiknya rakyat dalam usaha ke arah itu. Itu pun kalau pemimpin ingin menjadi wakil mereka di PRU 14.

    ReplyDelete

  14. Tuan,

    Selepas tamat perkhidmatan saya dengan kerajaan tahun depan saya akan berkempen supaya orang melayu hanya undi parti melayu atau islam. Baru baru ni saya undi Dap senyap-senyap kerana dipengaruhi tuan. Nampaknya kita ditipu dan di permainkan. Sekarang Cina undi Cina malyu undi melayu. Itu kehendak Dap namaknya. Lemarkan ketepi semngat perbilangan kaum dan tuan juga kali ini ikut pula kehendak kami. Kami dah ikut tuan, kali ini tuan pulak ikut kami.

    ReplyDelete
  15. Apa yg berlaku di negara maju seperti di amerika syarikat..lambat laun akan berlaku di malaysia..seperti kaum pendatang menjadi presedin..parti yg membentuk kerajaan silih berganti,pemimpin yg terlibat dgn skandal,rasuah yg telah di buktikan akan dgn sendiri akan meletak jawatan atas rasa tanggungjawab dan memelihara maruah diri sendiri..

    Persoalannya..adakah umno dan bn bersedia untuk mengikuti perkembangan tersebut..contohnya kes shahjilat...walaupun dia menjadi ejekan rakyat malaysia..tetapi dia seperti muka tembok setebal 10kaki..tidak tau malu..kekaran ketamakan kuasa dan wang...

    Mungkin umno yelah mengambil pendekatan untuk menjadi parti perbagai kaum..dengan membenarkan kemasukan ahli dari bangsa siam,bajau,suluk,mamak akan dtg bangla..tetapi cuba untuk menipu kononnya membela bangsa melayu...

    Bangsa melayu yg majorati penduduk malaysia perlukan wadah perjuangan yg baru selain umno..kerana pemimpin umno skrg hanya perjuangan untuk diri sendiri,kroni dengan menggunakan perkataan melayu..

    ReplyDelete
  16. Salam AA. Anom22.51 janganlah mudah menuduh orang lain pemfitnah. Ramadhan bakal tiba banyaklah istighfar dan doakan yang baik baik sesama Muslim.

    ReplyDelete

  17. Umno yg kian lemah menjadikan keadaan politik berjerebu. Maka melonjak-lonjaklah pihak PR. PR mengambil kesempatan tapi tidak ada beza diantaranya. Malang kita yg memerintah gila yang nak ambil alih fasik.

    ReplyDelete