Kian hari kian ternampak dengan
jelas yang ‘ringgit dan sen’ merupakan elemen penting yang menentukan samada
satu-satu negara itu mampu untuk mewujudkan politik yang bersih untuk masa depan negara yang aman. Kadangkala kita menjadi hairan kenapa ada
sesetengah orang yang pernah menjadi pemimpin penting kembali sibuk berpolitik
setelah bersara begitu lama.
Rupa-rupanya yang membuatkan
mereka ini sibuk kembali untuk mempengaruhi politik negara ini untuk memberikan
keuntungan atau perlindungan kepada kerja-kerja mereka lakukan secara tidak
betul semasa berkuasa dahulu. Semuanya mempunyai kepentingan peribadi dan
mempunyai ‘stake’ yang begitu besar jika politik negara tidak menyebelahi
kemahuan mereka. Dulu saya bertanya kepada diri saya sendiri dan juga kepada
rakan-rakan kenalan yang faham tentang politik negara ini.
Kenapa Tunku Abdul Rahman Putra
dan Tun Hussein Onn tidak sibuk bercakap politik apabila bersara walaupun
mereka mempunyai ‘preferences’ mereka sendiri dalam politik ini. Adakah latar belakang
dan cara mereka dibesarkan oleh keluarga mereka itu yang membezakan di antara
dua orang pemimpin yang berbeza nilainya?
Mereka, seperti Tunku dan Hussein,
meletakkan diri mereka lebih tinggi daripada mereka yang sedang berkuasa dan mereka
lebih kepada menjadi seorang negarawan yang dihormati, tempat rujukan kepada
mereka dalam generasi sekarang. Begitu juga kepada Menteri-Menteri kabinet yang
bersara juga tidak mengambil tempat yang besar dalam ruang politik setelah
mereka bersara.
Tan Sri Khir Johari tidak
menyibuk dalam politik, Bahaman Shamsudin tidak sibuk bermain politik dan Tan
Sri Samad Idris tidak bergiat bercakap dan terlibat dalam perkelahian politik
setelah mereka bersara. Abdul Manan Othman tidak bercakap sedangkan semua
mereka ini mempunyai pandangan dan ‘preferences’ mereka sendiri. Pendeknya mereka
tahu membawa diri dan meletakan diri mereka di tempat yang sepatutnya mereka
berada.
Begitu juga pimpinan dari kaum
lain seperti Lee San Choon, Lee Kim Sai serta ramai lagi bekas-bekas pimpinan
utama MCA dan juga Gerakan dan MIC yang lain. Apabila mereka bersara mereka
mendiamkan diri dan hanya bercakap jika keadaan dan waktunya memaksa mereka
untuk bercakap.
Sesungguhnya pimpinan seperti
Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn dahulu, mereka meninggalkan jawatan mereka
tanpa sebarang ‘outstanding issues’ untuk mereka. Mereka bersara dengan tangan
yang bersih kerana mereka sesungguhnya pemimpin yang mempunyai kredibiliti yang tinggi
dan tidak dapat didekati oleh pewaris-pewaris mereka selepas itu.
Keadaan sekarang sudah jauh
berubah, Daim Zainudin dan Dr Mahathir, tidak dapat duduk diam dan di atas nama
menyelamatkan negara mereka bercakap dan memainkan peranan untuk menentukan
segala-galanya dalam politik UMNO dan BN sekarang ini. Mereka tidak senang hati
jika pihak dan parti yang mereka rasakan tidak dapat memberikan perlindungan
dan keuntungan berterusan kepada peribadi mereka.
Mereka menggunakan pengaruh
mereka yang masih ada sedikit saki bakinya untuk berpolitik walaupun mereka
tahu keadaan sekarang tidak seperti dahulu lagi. Walaupun secara peribadi
mereka tidak ke hadapan tetapi mereka ke hadapan melalui proxy-proxy mereka
selalunya melalui syarikat dan individu-individu tertentu.
Kemunculan Halim Saad ke hadapan
dengan tuntutan di mahkamah terhadap kerajaan ini melambangkan yang politik
negara ini adalah berkisar kepada ‘dollars and cents’.
Dengan timbulnya isu Halim Saad
ini ia memberikan kita makluman bahawa UMNO itu adalah sebuah pertubuhan
konglomerat besar dengan menggunakan ahli-ahli dan pemimpin membiarkan keadaan
ini berlaku. Bagi pihak Khazanah, mereka tidak mahu memenuhi perjanjian yang
telah dipersetujui dengan Halim dengan menganggapkan semuanya itu adalah hak
UMNO, sedangkan Halim yang semua tahu siapa di belakangnya itu pula, beranggapan yang
semuanya itu hak peribadi mereka.
Pendeknya apa yang sedang kita
saksikan ini adalah hasil dari laba perniagaan yang menggunakan UMNO itu
sebagai landasan untuk mereka mendapatkan keuntungan peribadi mereka sahaja.
Di sinilah kita mendapatkan bukti
bahawa ahli-ahli UMNO itu diminta terus bersatu mempertahankan parti itu untuk
kepentingan mereka yang besar-besar di dalam parti itu. Ahli-ahli di bawah
bergaduh sesama sendiri kononnya memperjuangkan negara, bangsa dan agamanya.
Akhirnya tidak ada apa yang didapati oleh negara, bangsa dan agamanya.
Hanya mereka yang menjadi
pimpinan besar mendapat laba besar, bukan sahaja untuk diri mereka tetapi juga
untuk rakan-rakan kroni mereka dalam jumlah yang beratus billion ringgit
masing-masing.
Ramai telah menyedari tentang isu
ini, maka ramailah yang bertindak dan memberikan reaksi yang berlainan di antara
mereka. Ada
yang bertukar parti, ada yang menyepi dan ada yang terus mengkririk dari dalam
sehingga hari ini. Hanya mereka yang masih terpedaya dengan dakyah yang UMNO
itu adalah parti yang berjuang untuk agama, bangsa dan agama sahaja yang masih
kekal di dalamnya.
Di dalam PRU 13 yang baru selesai
ini BN sepatutnya sudah kalah tetapi parti itu masih selamat kerana kesilapan
pihak Pakatan Rakyat yang melakukan kesalahan moral dan politik pada saat-saat
akhir sebelum pilihanraya itu.
Dari pandangan sesetengah pihak PR
telah kehilangan peluang untuk memenangi sekurang-kurangnya 28 kerusi parlimen kerana
kesilapan atau kesalahan sendiri yang ‘unnecessary’ itu. Keghairahan yang
keterlaluan pihak PR telah memberikan kemenangan kepada UMNO dan BN yang semasa
itu sudah begitu defensif dan dalam ketakutan.
Apakah hikmah di sebalik UMNO
yang masih memenangi PRU yang lalu itu? Di sebaliknya apakah hikmah di sebalik
kekalahan yang dialami oleh Pakatan Rakyat itu?
Hikmahnya hanya diketahui oleh
sesiapa yang mengambil berat untuk melakukan ‘soul searching’ yang intensif dan
menerima keputusan dengan kesyukuran kerana hikmah yang diperolehi itu.
ReplyDeleteSaya menyeru rakyat Malaysia yang biasa membaca Surah Yasin supaya bertekad menjauhi syaitan samada "Yang DiKenali" atau "Yang Tidak DiKenali" kerana sememangnya syaitan itu kerjanya memperbodohkan dan menyesatkan manusia.
Sesungguhnya tidak ada istilah BERSARA dalam kehidupan golongan syaitan sehingga hari kiamat apabila alam ini dihancurkan dan ditamatkan riwayat oleh Allah SWT.
juga saya cadangkan agar diadakan solat hajat mohon allah tunjukkan segala sifat kebobrokan, kemunafikan, ketamakan, penindasan tanpa batas yang dilakukan oleh golongan ini dan tak terkecuali kita mohon ramai-ramai kepada Allah minta bukakan hijab minda mereka yang masih menganggap UMNO adalah pembela agama, bangsa dan negara. Saya amat bersetuju golongan 'Syaitan-syaitan' ini tidak pernah bersara dalam menjalankan dakyah mereka memperbodoh dan menyesatkan manusia.
ReplyDeleteayah chu
Tunku dan Tun Hussein tak tahu pasal kewujudan sistem mendokong nyawa dan teknologi klon yg dipakai oleh Dr. Henry Kissinger yg khabarnya ada 99 nyawa berbanding dgn kucing yg ada hanya 9. Saya rasa Dr. M memilikki rahsia hidup sepanjang zaman dan keluar masuk merentasi masa.
ReplyDeletekita sama2 mncari HIKMAH nya..
ReplyDeleteapa yg akan trjd PASTI trjd!
ibarat Badar, Uhud & Hunain
ibarat Laut Merah & Thur Sina
ibarat Qarun Haman & Firaun
ibarat Abu Jahal & Abu Lahab
ibarat Abdullah Ubai & ibnu Salul
ahli2 kitab Yahudi & munafik LICIK
yg akan trjd PASTI trjd..
slps Badar Uhud & Khandak
prjanjian2 Aqabah & Hudaibiah
seterusnya pmbukaan kota Mekah
yg akan trjd PASTI trjd..
demo after demo
halangan demi halangan
prtempuran demi prtempuran
kehendak"NYA", takde sesape..
takde siapa dpt mngHALANG!!!
pasrah..setuju..& REDHA kan lah..
absolutely "HIS" will..none others!
Manusia yg tipis atau tiada briman langsung mmg lah dunia yg dikejarnya, apa pun carilah reeki mengikut jln yg halal. Manusia bese beranggapan mati, balasan akhirat, hijrahnya roh2 ke sn sbg tajuk x pyh fikir..
ReplyDeletePak Aspan..sememangnya betul..mahadey ne org yg merosakkan malaysia dan bangsa melayu khas nya..
ReplyDeleteSkrg najib ckp wawasan 2020..untuk malaysia menjadi negara maju akan cepat tercapai..sebelum 2020..
sape yg najib nak bodohkan..mcm rakyat xtau apa itu wawasan 2020 bagi mahadey..jika bukan melantik mukhriz jadi pm..skrg najib ckp wawasan melantik mukhriz jd pm akan lebih awal..supaya mahadey membantu dia juka ada pertandingan presedin umno nnti..
Pak Aspan..teruskan tulisan mengenai apa yg tidak kena dgn malaysia skrg..supaya anak cucu bangsa melayu sedar..satu lagi yg sya risau skrg..ialah ada segelintir pemimpin umno yg cuba untuk menjadi malaysia didiami sebanyak mungkin org dari benua india..seperti bangla dan pakistan..tetapi mengapi apikan melayu dan cina..agar kemasukkan bangla di pandang sepi oleh rakyat malaysia..
Salam AA,
ReplyDeleteSaya melihat kelewatan kemenangan PR pada PRU yang lalu ada hikmah yang tersembunyi. Pada pandangan dan pentafsiran saya yang naif ini, hikmah 'kelewatan' kemenangan PR pada PRU yang lalu adalah untuk menunjukkan kecurangan dan pengkhianatan SPR (sekutu UMNO BN) dalam sistem demokrasi di negara ini.
Pada hari ini, satu persatu kejangalan dan kecurangan SPR didedah. Saya melihat ini sebagai satu tanda bahawa Allah nak tunjukkan kepada rakyat semua kenapa UMNO menang. Kalaulah PR menang pada PRU yang lalu, pasti akan ada suara-suara sumbang yang akan timbul; "kalau PR menang, SPR tak tipu..Kalau PR kalah, SPR penipu". Ini hanya menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap PR itu sendiri.
Rakyat akan hilang keyakinan tentang keikhlasan perjuangan PR. Dengan memperlihatkan kecurangan SPR ini, kemenangan PR lebih bermakna dan boleh diterima oleh rakyat. Ramai orang sedar akan kecurangan SPR terutamanya isu dakwat kekal. Penyokong BN mahupun PR masing-masing tahu dan mengakui hal ini. Cuma ego dan ketaksuban telah mengaburkan mata hati mereka. Tapi saya yakin, dalam hati mereka, mahu tidak mahu..mereka terpaksa akui kecurangan SPR itu.
Jadi, saya melihat ini satu hikmah yang pasti akan mendatangkan kebaikan kepada PR. Tidak dalam masa terdekat, mungkin PRU14 nanti.
Kita hanya mampu berdoa dan berusaha agar kemenangan diberikan kepada yang hak.
Mana mungkin PR boleh meraih 28 lagi kerusi ?.Mereka lemah dan keputusan di PRU 13 adalah predictable memihak BN dengan UMNO bertambah kuat.Tidak pernah saya terlintas yang pakatan lembik ini boleh menang mengatasi BN.
ReplyDeleteZaman berbeza memerlukan pendekatan dan perjuangan berbeza.Di zaman Tunku perjuangan adalah bagi mencapai kemerdekaan.Ini zaman DS Najib perjuangan adalah bagi 1Malaysia.Yang menjadi penghalang perpaduan adalah PKR dan DAP, period.
Angin bayu,
ReplyDeleteMudah menyalahkan SPR dan orang lain.Terima hakikat PR tidak sekuat mana dan tidak layak memerintah pun.
Ada cara dengan petisen jika tidak puas hati melalui undang undang ke mahkamah tinggi.Kenapa meroyan tidak mahu menerima kekalahan.
Kami juga berdoa dan Allah beri pada yang hak ia itu BN terutama UMNO kerana mereka jujur.Yang penipu dan tak jujur adalah PR.Tanyalah Anu-war.Mana 40,000 Bangla dan mana dia pengundi hantu. Dakwat tak kekal ni sengaja SPR tipu ke atau tidak rata di gonchang ?.Berapa puluh ribu yang mengundi dua kali. Alasan..alasan dan alasan.Bodoh betul pakatan rapuh ni.
Mungkin anda tinggal di gua..umno jujur?jgn naif dan bendul sgt..nfc jelas sejelasnya..tak payah sebut yang lain pun..khir toyo dgn banglo jutaan ringgit..pecah amanah..jujur ke?
DeleteAngin bayu
Angin bayu 20.01,
Delete1.Siapa juga yang didapti bersalah akan tetap dihukum mengikut undang undang dan tidak pun dicalon di PRU 13 lalu. Innocent until proven guilty.
2.Isu NFC, Scorpene, Althantuya dan beratus ratus lagi isu dimainkan selama lima tahun dari 2008 bagi menumbangkan satu kerajaan BN yang terbukti berjasa dan berjaya masih GAGAL memberi kemenangan mutlak pada PR.Kenapa dan dimana silap PR agaknya?.133 kerusi BN dan 89 bagi PR bukanlah satu majoriti kecil. Apakah masih mahu tidak dapat menerima ketetapan tuhan lagi ?.
Tidak setuju tidak masaalah.Tetapi ingat,hanya mereka yang bertapa yang ingin tinggal dalam gua.TK
Salam Sdr Aspan;
ReplyDeleteJika dilihat dari segi sejarah, kerja membentuk pemikiran manusia memang mengambil masa yang lama.
Jarang2 terjadi perubahan besar carahidup, kelakuan bangsa dan perubahan sesuatu puak kearah yg lebih baik mengikut selesa majoriti selalunya memakan masa berdekat2 lamanya, mungkin sehingga jenerasi ke tiga atau selepasnya.
Apa yg perlu pendokong perubahan yg ada sekarang perlu meneruskan perjuangan agar semangat perubahan ini tidak kendur.
Bagi gulungan yg tidak mahu menerima perubahan pula akan tiba jua masanya nanti terpaksa berubah samada dengan cara sukarela atau paksaan.Ini kerana apa yg hidup ada
akan ada tarikh lupusnya dan kita semua akan melalui masa itu.
Belum tentu apa yg ditinggal akan mengikut pemikiran manusia yg merancangnya kerana perangcangan yg mutlak adalah dariNya.....Myi
Saya tidak melihat kekalahan PR kerana SRR menipu,sebaliknya PR kalah kerana rakyat Melayu tidak percaya kepada pemimpinan tertinggi PR itu sendiri. Segala tindak tanduknya dan matalamatnya dapat di hidu akan arah tujuannya. Atau luar Nampak bersih tapi dalamnya bergelomang najis nafsu serakah.
ReplyDeleteAtaupun yang menakut-nakutkan bagi UMNO? Macam apa yang berlaku pada tahun 60an. Di mana Tunku terpaksa menceraikan singapura daripada Malaysia
ReplyDeleteMengapakah orang2 melayu sehingga hari ini taat setia terhadap sebuah negara yang dibina di atas keadilan & saksama.
Renung2 la, lagu kebangsaan yang digubal oleh Zubir Said
"Mari Kita Rakyat Malaysia
Sama-sama menuju BAHAGIA
Dengan Cita-cita yang MULIA
BERJAYA MALAYSIA
Marilah KITA BERSATU
Dengan Semangat YANG BARU
SEMOGA KITA BERSERU
MAJULAH MALAYSIA 2X"
P.S : Minta maaf kerana saya tukar tukar singapura kepada malaysia. Saya masih berpegang pada kerpecayaan yang lirik sebeginilah lebih bermakna. Semangat Baru, Malaysia untuk orang2 Malaysia tak kira bangsa & agama
Sebuah lagu secular yang digubah oleh Zubir Said. Betapa indah! Tak payah agung2kan agama ni baik, agama tu baik. takdak bangsawan ataupun hamba. Hanya insan2.
ReplyDeleteMacam mana ni boleh pecahkan komuniti kepelbagaian kaum.
http://www.youtube.com/watch?v=tEMHzBPEgds
aLLAH DAH TUNJUKKAN hikmah pr TAK MENANG.. KERNAA KALAU pr MENANG AKAN HANCUR BANGSA MELAYU DAN UMAT ISLAM..
ReplyDeleteyAA aLLAH TERIMA KASIH YA aLLAH KERANA SELAMATKAN MALAYSIA
Tuan Aspan,
ReplyDeletePengakhiran polemik Halim Saad vs Khazanah ini pastinya sudah kita jangka. Ini drama anak beranak yang akan berakhir dengan penyelesaian diluar mahkamah. Mereka dapat laba dan rakyat dapat hama sahaja.
Sebelum pilihanraya lagi telah saya nyatakan bahawa BN pasti akan menang lagi kerana PR masih belum sedia untuk jadi pemerintah. Mentaliti pembangkang masih menebal dikalangan pendukung PR. Namun masa semakin hampir untuk melihat BN tumbang.
loose74,
ReplyDeleteMalaysia bukan Singapura.Anda tidak perlu mengagongkan negara Republik dan pulau kecil ini.Ada lebih baik kita nyanikan lagu Negara Ku lagu negara kita dan buktikan ketaatan kita pada Raja kita kan baik !
Malaysia Tanah tumpah Darah ku.
Kepada Angin Bayu..
ReplyDeleteIngat tak apa kata TS P.Ramlee dalam filem Labu Labi nya..
...Kau tu mimpi la Labu....
Ia sesuai benar dgn pendapat ko...
Looes74;
ReplyDeleteSaya dibesarkan di Singapura pada tahun 70an dulu .Ketika itu kerajaan Singapura memulakan polisi "Stop at Two" untuk menggalakkan orang yang miskin dan tak berpelajran dari beranak ramai.Untuk memastikan polisi ni berjaya, diberi insentif untuk mandol disamping tekanan kos rawatan yg tinggi sekiranya mereka dalam kategori tersebut beranak ramai.Ramai yang dimandolkan dan ramai juga yang mengugurkan kandongan mereka. Kebetulan pula ramai yang miskin dsn tak berpelajaran adalah orang Melayu.Salah sorang yg terkena adalah ibu saya sendiri.
Jadi tak usahlah nak goreng disini pasal kebaikan polisi Singspura..hanya pura pura untuk menyusahkan dan mengurangkan orang Melayu disana.
Batu Ronson
langitbiru suka sangat Daim Mahathir bercakap pasal politik. Lagi banyak mereka bercakap lagi banyak mereka lakukan kesilapan, lagi banyak Najib pening kepala mana haluan.
ReplyDeleteSebab, Ulama dah pesan, kurangkan cakap, lagi banyak cakap lagi banyak silap.
Mahathir Daim fikir zaman mereka zaman terbaik kepimpinan negara. Kalau tuan punya diri fikir macam tu, maknanya takabbur kepada diri sendiri.
La ni, Daim, Zainudin Maidin,Kadir Jasin dan Mahathir mula goncang Najib sebab tak puashati dengan pencapaian PRU13. Teruskan....
Langitbiru sangat yakin, campurtangan mereka ini akan memendekkan usia UMNO yang kian nazak....
Langitbiru sedia hadir diri majlis tahlil untuk UMNO.
MalaysianInsaf pilih Islam satu cara hidup.
Batu,
ReplyDeleteBermakna engkau pendatang jugak! Macam Syed Albar dari Indonesia yang datang ke tanah melayu pada umur 30an. Ataupun Khir Toyo dari Jawa
Apa dengar tak lagu untuk kanak2 yang digubah oleh Zubir Said. Anda tinggal di Singapura seketika waktu. apa salahnya dengan lirik itu?
Di mana salah dengan lirik lagu kebangsaan singapura? Tu pun panggil agung2kan.
BATU,
YOU ARE A QUITTER! YOU QUIT SINGAPORE. THAT'S WHAT YOUR FORMER PM, GOH CHOK TONG SAYS ONE
PLUS, YOU PENDATANG IN MALAYSIA? NO QUALIFY TO JUDGE ANYBODY
Ruginya menjadi rakyat Singapura.Stop at two ? Dah lah hidup flat macam burung merpati rakyat nya tertekan dengan pemerintah macam kuku besi tidak ada kebebasan.Tak hairan banyak yang berkata bila ditanya 'How is Singapore?. Jawapannya 'Singapore is a fine country !!'.Batu Ronson buat keputusan yang baik tinggalkan Singapura.Salah sikit kena fine !!.kahkahkah..
ReplyDeletedin JB
Looes74;
ReplyDeleteJangan serkap jarang.Ayah dan ibu saya keturunan Melayu dan kedua dua nya dan tuk nenek saya lahir di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Dalam tahun 1950an dulu ayah saya berhijrah ke Singapura untuk bekerja sebagaimana ribuan orang asal Melaka dan Negeri Sembilan.Bila Singapura berpisah dari Malaysia, ayah saya jadi rakyat Singapura sementara ibu saya masih kekal jadi rakyat Malaysia.Adik beradik saya ada yang rakyat Malaysia dan ada yang rakyat Singapura bergantung kepada tempat mereka dilahirkan. Saya yang lahir di Kuala Pilah menjadi rakyat Malaysia secara otomotik. Walaupun saya membesar di Singapura, saya bersekolah di Johor Baru.. Adakah saya ni pendatang?
Di Singapura walaupun PAP dikatakan parti yang memperjuangkan hak samarata sama kaum, hakikatnya tidak begitu di Singapura. Bila diberi peluang pemerintahan, orang Melayu dipinggirkan dengan memperkenalkan polisi rasis. Bezanya antara Malaysia dan Singapura, di Malaysia orang miskin dan majoriti dibantu untuk mengubahkan sosio ekonomi mereka. Di Singapura pula, orang kaya dan berpelajaran diberi insentif untuk mempertingkatkan produkitivi mereka, sedangkan orang miskin aka orang Melayu disana ditekan agar tidak beranak ramai. Apa komen Looes74 bila LKY berkata dalam tahun 1969;
" Free education and subsidised housing lead to a situation where the less economically productive people in the community are reproducing themselves at rates higher than the rest. This will increase the total population of less productive people. Our problem is how to devise a system of disincentives, so that the irresponsible, the social delinquents, do not believe that all they have to do is to produce their children and the government then owes them and their children sufficient food, medicine, housing, education and jobs...We must encourage those who earn less than $200 per month and cannot afford to nurture and educate many children never to have more than two. We will regret the time lost if we do not now take the first tentative steps towards correcting a trend which can leave our society with a large number of the physically, intellectually and culturally anaemic."
Kalau Looes74 rasa Singapura lebih baik dari Malaysia, saya syorkan Looes74 berpindahlah kesana, bawak sekali adik beradik kesana.Mungkin kekosongan itu boleh diisi oleh orang lain yang rasa syukur dapat jadi rakyat Malaysia dengan "imperfections" yang ada.
Batu Ronson
Salam semua,
ReplyDelete1.Pakatan Rakyat bercadang memboikot sidang Parlimen dalam majlis angkat sumpah 24 June ini kerana tidak puas hati pada keputusan PRU dan SPR.Sekira ini benar benar menjadi kenyataan maka wakil rakyat ini akan hilang kelayakan mereka sebagai wakil rakyat.Hanya saorang wakil pebangkang yang menghadiri sidang taklimat parlimen hari ini.Harap wakil parlimen PR ini dapat menghormati keputusan pilihanraya dan menghormati pilihan rakyat yang menyokong mereka.
2.Teringat saya pada jatuhnya pemerintahan PR di negeri Perak salepas PRU 12 dahulu. Kerana tidak dapat menerima kekalahan angkara keluarnya wakil DUN dari PR itu sendiri maka BN dilantik membentuk kerajaan negeri Perak.Kita harap mesyuarat dibawah pokok saperti di Ipoh dulu tidak berlaku di parlimen.Salah siapa ni ?
Kita sebagai pengundi biasa cuma boleh lihat dan tunggu telatah pembangkang PR kali ini.Tungguuu...
3.Berbalik pada topik saya berpendapat mana mana mantan pemimpin parti yang sayangkan parti perlu membantu parti secara direct dan indirect menentukan kejayaan parti.Ini tidak salah dan tidak melanggar undang undang parti kan ?.
4.Nothing can substitue experience and not many politicians has vision, Mahathir has both.All thanks to Mahathir for the BIG heart.Tuhan sayang pada mu Tun kerana masih dapat melihat UMNO/BN mu terus meneraju negara diatas kehendak dan izin mu jua.Alhamdullilah,syukur.
@ Terdapat usha pengomen yang cuba membandingkan negara Malaysia dan Singapura dan memperkecilkan institusi raja.Lihatlah yang tersirat.
Takut " AYAM MENANG KAMPONG TERGADAI ! " Bukan yang satu lagi tu..
"AYAM TERLEPAS TANGAN BAU TAHI"
Maaf,sekira ada yang tersinggung.Sekadar teguran.Terima kasih and good night.
Pak AA, setelah saya baca komen dari penyokong-penyokong PR dalam beberapa artikel Pak AA, saya bersyukur PR kalah dlm pru yg lalu.
ReplyDeleteSaya tengoklah, kalaulah pr menang itu hari, tak taulah mcm mana sombongnya mereka ini. Bila berkata kata tak ada tokmaninah, tetapi dalam pada itu bercakap pasal nabi dan agama.
Saya tu yg bercakap agama itu tidak kemana agamanya pun. Alhamdulillah walaupun saya kecewa semasa mengikuti keputusan melihat pr kalah.
Tetapi sehari dua ini saya bersyukur pulak kerana jika pr menang tempoh hari mereka ini akan menjadi orang yang sombong dan takbur. Sombong dan takbur itu adalah dua dari 13 sifat yang di cela Tuhan itu.
Syukur pr kalah.
Betul badardin, kalau pr memenangi PRU lalu, entah begaimanalah perangai dan kesombongan Anwar dan pimpinan DAP.
ReplyDeleteMereka akan letakan hidung mereka di dahi gamaknya. Saya bersama bersyukur kerana kekalahan PR..biarkan keputusan ini berterusan dlm PRU ke14 nanti.
Sebebnarnya pimpinan PR lah yang sedang menghadapi krisis keyakinan itu, bukannya pimpinan BN seperti yang dituduh AA itu.
UMNO parti cabuk. tak payah buat apa-apa lagi. tunggu masa untuk dibuang sahaja.
ReplyDeleteUMNO adalah parti terkuat diantara semua parti yang ada.Kita harap Anu-war bersalah dan dihumban ke penjara Sg Buluh dalam isu Lahat Datu.PKRlah yang akan hilang taring dan dijangka skan terus hilang dan hancur .
ReplyDeleteChilli padi
ReplyDeleteIt is a blessing in disguise that PR did NOT win.
Both parties are the same....from past experience, you can't trust career and self-serving politicians with your future.
With all the grand and uncosted promises made during the election to win at all cost, now the winner BN, with minority votes, must fullfil those promises.....life in this situation is a living hell.
Pak Aspan,
ReplyDeletepd saya UMNO sepatutnya bersyukur kerana org org melayu majoritinya masih lagi bodoh dan enggan berubah.Hanya 45% shj yg dah berubah..
UMNO perlu berterusan mengimplementasikan program program pembonzaian pemikiran melayu agar merek berterusan menyokong UMNO.Antara program pembozaian tersebut ialah melayu tak boleh maju dlm bizness kalau kerajaan tak tolong.
Jika melayu boleh berfikir susah lah UMNO..