Benarkah negara ini negara yang
aman? Benarkah yang rakyat negara kita bukan seperti setengah negara di Afrika
dan banyak negara lain yang setiap rakyat bebas kesana kemari dengan selamat?
Jika benar negara kita sebuah negara yang selamat untuk bergerak bebas kenapa
setiap hari dan minggu kita mendengar tembakan dan pembunuhan berlaku terhadap
manusia dan ia berlaku dimana-mana.
Yang terbaru ialah percubaan
membunuh Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan yang berlaku di Bahau. Sebelum ini
Timbaan Ketua Pengarah Kastam Di Raja Malaysia, Shaharuddin juga di
tembak di persimpangan jalan di Putrajaya. Bunuh membunuh sudah menjadi begitu
lumrah dan ia di syaki berlaku kerana pihak yang berkuasa terutamanya pihak
penguasa seperti Polis dan lain-lain terlibat dengan kegiatan jenayah besar
atau melindungi penjenayah kerana ada unsur rasuah yang tidak terkawal.
Apakah benar negara kita negara
selamat? Ini persoalan yang sangat penting yang sehingga hari ini tidak ada
pihak yang dapat diyakini yang kita semua berada dalam sebuah negara yang boleh
di kategorikan sebagai negara yang aman..
Sanjeevan dikatakan menjadi
mangsa penjenayah apabila beliau memberi isyarat yang beliau akan membongkar
sindiket kegiatan dadah yang mungkin melibatkan pihak Polis. Jika ianya benar tidak
sepatutnya Menteri bertanggungjawab awal-awal lagi menafikan yang pihak Polis
terlibat dengan kejadian ini. Elok di lakukan penyiasatan dahulu.
Pembunuhan keatas Timbalan Ketua
Pengarah Kastam diRaja Malaysia
dahulu juga disyaki ada kaitan dengan tugas beliau sebagai seorang penguatkuasa
kerajaan yang tinggi dengan kuasa yang tinggi berada ditangan beliau. Jika kita
lihat dan pandang betul-betul mereka yang menjadi mangsa pembunuhan atau cubaan
membunuh itu melibatkan orang yang berada dalam jabatan dan tugasan yang
melibatkan perniagaan.
Selain dari itu dimana-mana
berlaku jenayah yang menakutkan rakyat negara ini. Beberapa minggu yang lepas
tidak jauh dari rumah saya berlaku usaha untuk membunuh seorang Dr dimana
sekumpulan yang bersenjatakan parang telah menetak Dr Pakar Wanita itu sehingga
putus empat jarinya serta hampir memutuskan lengannya.
Kalau disenaraikan perlakuan
jenayah seperti ini ia amat menakutkan kerana terlalu banyak jenayah yang
melibatkan nyawa manusia berlaku seperti ia perkara biasa sahaja. Kita hanya
mendengar pembunuhan-pembunuhan seperti ini hanya berlaku di Columbia dan beberapa negara di Selatan
Amerika sahaja. Saya percaya lebih ramai lagi manusia mati dibunuh penjenayah
dari kematian anggota tentera yang berperang dengan musuh negara dihutan
belantara dan persempadanan negara.
Setiap waktu dan masa kita
membaca yang pembunuhan berlaku dimana-mana. Banyak diantara pembunuhan ini
berlaku yang berkaitan dengan perniagaan dan wang ringgit. Itu jenayah kolar
biru. Bagaimana pula dengan jenayah kolar putih?
Mendengar pemimpin itu rasuah
disana sini sudah menjadi pendengaran yang biasa. Itu pun jenayah yang tidak
kurang bahayanya dari jenayah pembunuhan nyawa manusia. Jenayah berkolar putih
ini amat merbahaya kepada rakyat negara dan jika ini tidak dapat dikawal ia
akan menjadikan negara kita tidak aman lagi. Rasuah yang tidak henti-henti
dilakukan ini akan membawa banyak mudaratnya kepada rakyat dan negara, kerana
jenayah berkolar putih ini berlaku dalam skala yang besar dan akhirnya ia
pernah melibatkan pembunuhan kepada manusia yang melakukan jenayah rasuah ini.
Jenayah-jenayah tidak kira ia
berkolar putih atau berkolar biru adalah sama. Tidak ada bezanya penjenayah
seperti Botak Chin dahulu dengan perasuah dan peragut harta awam yang banyak
itu. Kita perlu menganggap sesiapa yang melakukan rasuah itu sebagai peragut
atau penyamun dan perompak itu sama
sahaja tarafnya dengan Botak Chin yang sangat terkenal dengan keganasannya
merompak diakhir tujuh puluhan dahulu.
Semuanya ini melibatkan
keselamatan awam. Malangnya kita tidak mahu memberikan pengiktirafan yang
penyamun dan perompak kolar putih itu sama kategorinya dengan penyamun berkolar
biru itu.
Jika benar percubaan pembunuhan
terhadap Sanjeevan ini adalah kerana ada pihak yang tidak senang dengan
tindakannya untuk membongkar sindiket dadah yang melibatkan pihak Polis ia
adalah satu kejadian yang sangat menakutkan rakyat ramai. Yang mengesaki
tentang penglibatan Polis dalam isu ini adalah bekas Ketua Polis Negara, Musa Hasan
sendiri dan ini bukan perkara yang mudah untuk diselesaikan jika apa yang
beliau syaki itu adalah benar.
Ramai merasakan kehidupan mereka
tidak lagi aman dan tenteram kerana kita telah mendengar yang pihak yang
sepatutnya melindungi orang ramai sendiri sudah dipersoalkan kejujuran mereka
memikul tanggungjawab melindungi rakyat itu. Jika Polis tidak boleh dipercayai,
Mahkamah tidak boleh diyakini serta pemimpin pula tidak boleh berlaku adil dan
bersih ia amat menakutkan rakyat. Jika yang ditugaskan melindungi negara itu
sendiri terlibat dengan jenayah yang mereka patut mencegahnya, maka tiada
lagilah rakyat yang dahagakan keamanan itu tempat untuk berlindung.
Jika semuanya terlibat maka tidak
akan ada pihak yang boleh melakukan apa-apa untuk menjaga kesejahteraan negara.
Jika kita mengakui perkara-perkara yang berlaku ini melibatkan pihak penguat
kuasa undang-undang, maka kita sekarang seolah-olah berada dalam sebuah negara
yang tidak aman keseluruhannya.
Kadangkala ada kecederungan untuk
mempercayai yang negara kita seolah-olah berada di dalam darurat. Darurat dari
pemikiran dan darurat dalam segala-galanya. Harta benda rakyat tidak selamat,
kesejahteraan rakyat tidak terjamin dan keselamatan negara sendiri pun belum
pasti dapat dilindungi.
Jika semua pihak lebih
mementingkan kedudukan dan kekayaan diri dan keluarga sendiri maka tidaklah
lagi sempurna kehidupan dalam sebuah negara yang dikatakan sudah merdeka dan
aman damai ini.
Lebih teruk lagi ada kumpulan
yang hanya mementingkan bangsa dan warna kulitnya sendiri sahaja dengan
menyanyikan lagu lama yang mengelirukan orang ramai. Tajuk lagu yang saya
maksudkan itu ialah ‘multiracialism’.
Sampai bila kita tidak akan aman…
8 comments:
sorang menteri kata amanlah negara dengan indek jenayah terendah ! pala otak rendah ! ABU jangan lupa !
Salam,
Inilah akibat dia bila pemimpin banyak kerenah. Sekarang semua yang berlaku ini akibat dari sikap dan perbuatan mereka sendiri yang telah lalu. Sekarang semua menikus diam, menyorok. Bak kata pepatah Melayu, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Tidah dapat lari dari Tuhan alam semesta.
Kalau everything very peaceful tak shoklah brother ,dulu ada macam-macam undang-undang semua terkongkong semua senyap takada kicklah.
Sekarang baru bagus ada lebih news baru lah hidup.
Polis buat apa pun akan tetap d salahkan, di tohmah, di politikkan, Pembangkang satu hal, Najib al tantuya aka Najib zmonggolia pun beri muka pada penjenayah dgn hapuskan akta isa dan Eo...Malaysia da x selamat, d atas jalaraya ramai pemandu lagak sebagai pembunuh, Di rumah pun sama takut rumah d ceroboh, d jalanan takut d rompak, d tembak.., tahniah Najib Ah Jib Gor @ Najib Monggolia, @ Ajib Althantuya..
Byk jenayah peguam yg untung..abis cita..
LAPURAN PEMANDU FA PDRM..INDEK JENAYAH TURUN..MEKA SEMUA LUPA..YG LAPUR 10 ORANG YG TIDAK LAPUR 10 OTANG ATAU MANGSA, LAPURAN TAK TEPAT, RAMAI KELUARGA POLISPUN DA JADI MANGSA ROMPAKAN DAN SEBAGAINYA,,ADA YG TIDAK REPOT SEBA MEA TAU, REPOT HANYA SETAKAT TEPOT, BUKA IP TUTUP, BUKA IP KUS, BUKA IP TUTUP..BILA ADA PELUANG NA TUDUH DPP ARAH BEBASKAN DAN LENGKAPKAN SIASATAN, BILA DA LENGKAP, NAK CARI OKT DA LESAP...SEMUA SALAH NAJIB AH GIB GOR..YG DI BEBASKAN RAMAI TAIKO CINA ..YG TAK SOKONG NAJIB PRU13 YG LEPAS PUN..
Sapekah yg bnar7 dpt selamatkan kita
ayat SELAMAT itu sndri 'kalam' sape?
sapekah plopor PENYELAMAT kpd ummat?
adakah slain 'DIA' tempat SELAMAT?
jd kmana dcari definasi SELAMAT??
Adakah wang/HARTA hujjah SELAMAT?
adakah KUASA/mjoriti jamin SELAMAT?
adakah kaum/bangsa negara SELAMAT?
Ooh SELAMAT!
SELAMAT itu adalah 'RASA'..
SELAMAT itu anugrah 'RASA'..djiwa..
anugrah 'RASA' djiwa dr yg ESA..
dr yg maha7'ESA..Ooh yg maha7'ESA..
Semutlak7 KSELAMATAN hanya dsisiNYA
Skalipon Ibrahim as d'TELAN' api..
Skalipon Yusof as d'PENJARAkan..
Skalipon Musa as meredah LAUTAN..
Skalipon nabi SAW d'KEPONG musuh..
Mrk/nabi2 sntiasa 'RASA' selamat..
mrk m'RASA' sbnr7 nikmat selamat..
krn djiwa mrk solid NILAI2 sejagat..
NILAI2 dr ygSATU..itulah 'KERAMAT'..
itulah 'KERAMAT' pnyelamat ummat..
Dimana2 ada nilai2 'KERAMAT' yg mnjd pnyelamat ummat..dsitu kita SELAMAT!
Well, that's the price we pay for abolishing EO, ISA and laws which ensure our safety.
LKS and his cohorts fave word is draconian when describing these laws.
Yeah. Now we are burdened with draconian people who escaped from Simpang Renggam and trigger happy.
Didn't the saying goes be careful what we wished or asked for.
I thought I'm living in my birth-pace of Chicago.
Post a Comment