Bilakah politik perkauman akan
berakhir? Sebagai sebuah negara berbilang kaum selagi tidak ada perpaduan kaum
yang sejati negara tidak akan kemana-mana. Setiap orang terutamanya dibandar
dan separa bandar, mempunyai jiran tetangga dari berbagai kaum. Hidup yang aman
bermula didalam keluarga dan diantara jiran tetangga dalam kariah kita.
Kalau kita tidak setuju dengan
jiran tetangga kita janganlah berbezaan pendapat dan pandangan itu berbeza di
dasarkan kepada perbezaan warna kulit, bangsa dan agama. Perbezaan itu biarlah
di dasarkan kepada isu yang tidak ada kena mengena dengan bangsa, agama dan
warna kulit.
Ramai orang termasuk diri saya yang
kerdil ini amat gembira apabila ada parti yang melahirkan hasrat untuk menjadi
parti perjuangan yang berlandaskan kepada ‘multiracialism’, tanpa menggunakan
isu kaum dalam semua halnya. Bagi orang seperti saya dan ramai yang lain amat
terkeliur dengan perjuangan ini kerana sudah sangat lama kita menunggu masa dan
saatnya bagi kita bersatu dan menjadi rakyat Malaysia
dan bukannya sebagai bangsa Melayu, Cina dan India atau Kadazan dan Iban.
Oleh kerana sesitiviti dan
suasana politik begitu menekan maka ramailah orang Melayu berpusu-pusu menerima
perjuangan berbilang kaum ini kerana orang Melayu sendiri mahu melihat perpaduan
diantara kaum itu wujud dan bersemi dikalangan rakyat negara kita. Semasa
menghadapi pilihanraya baru-baru ini, setiap bangsa bersatu dalam gerakan
menentang Barisan Nasional (BN) dan salah satu isu yang dimainkan terhadap BN
itu ialah isu perkauman yang BN dituduh begitu menebal permainan politik
perkaumannya.
Rupa-rupanya pihak yang memainkan
isu perkauman terhadap BN itu juga adalah parti perkauman dan hanya
mementingkan ahli-ahli dan pimpinan dari kaumnya sendiri sahaja. Apa yang
dilaungkan mereka selama ini hanyalah permainan lidah yang tidak bertulang dan
cara mereka bercakap tentang perkauman itu seolah-olah rakyat tidak akan dapat
menghidu siapa sebenarnya mereka ini. Sesungguhnya mereka yang melaungkan slogan
‘multiracialism’ itu adalah kumpulan yang hakikatnya adalah parti perkauman
yang sangat menebal.
Isu ini jelas dan tidak boleh
dinafikan oleh mana-mana pihak. Saya tidak mahu mencabar sesiapa tetapi saya
dengan rendah hati bersetuju untuk berdepan dan berbincang isu ini secara
terbuka. Tetapi saya lebih berminat kepada mereka yang mempunyai pendidikan
yang asas dari berbilang kaum untuk membuktikan permainan isu perkauman ini
adalah semata-mata modal untuk kempen pilihanraya yang lalu sahaja.
Tetapi segala-gala yang mereka
sebutkan semuanya palsu semata-mata dan amat sukar bagi kumpulan yang saya
maksudkan ini untuk tampil kemuka dan mengaku sebagai parti dengan perjuangan
‘multiracial’ nya selepas ini. Mereka terpaksa menebalkan muka untuk kembali
memberikan retorik perjuangan ‘multiracial’ mereka selepas ini.
Pendeknya tiada mana-mana pihak
berjaya untuk perjuangan untuk berbilang kaum ini dan ia tidak mungkin boleh
dilakukan oleh pihak yang jelas membohongi rakyat ramai ini. Akhir-akhir ini
saya berjumpa dengan rakan-rakan yang saya kenali dan juga dari mereka yang
menghubungi saya secara peribadi. Mereka berkumpul secara santai seramai dua
puluh atau tiga puluh orang dalam satu-satu perjumpaan untuk mengetahui apa
yang saya maksudkan sejak akhir-akhir ini. Mereka terdiri dari orang-orang
kelas menengah dari berbilang kaum dan mereka serius dan tekun dalam
perbincangan secara santai-santai itu.
Saya mulai sedar yang setiap kaum
mempunyai niat yang serius untuk melihat perpaduan diantara kaum terjalin dan
tidak lagi mahu melihat rakyat dipecahkan oleh kumpulan atau parti yang mahu
rakyat berpolitik mengikut ‘flavor’ perkauman kerana selagi keadaan itu wujud
negara kita tidak akan kekal aman seperti yang kita semua kehendaki.
Itu jugalah sebabnya blog ini
tidak jemu-jemu berpandangan yang kita terpaksa bermula seperti kita berada
dalam sebuah negara yang baru. Proses menyatu-padukan rakyat yang berbilang
kaum ini belum lagi kemana-mana
Kita terpaksa memulakan negara
baru dan segala-galanya baru bagi merubah sistem dan ‘ambience’ politik yang
menebal permainan isu perkauman mereka. Rakyat yang inginkan sebuah negara yang
rakyat berbilang kaum berpadu perlu menolak dan tidak membiarkan sesiapa atau
mana-mana pihak yang rasuah serta menunjukkan sikap dan disposisi sebagai parti
perkauman.
Usaha ini wajar dilakukan oleh
rakyat semua kaum kerana generasi yang akan datang akan mewarisi sikap dan
tabiat kurang baik yang kita tinggalkan nanti. Kalau dilihat dari apa yang
sedang berlaku kini tidak ada pihak yang benar-benar jujur dan telus untuk perjuangan
ini.
Biar kita bermula dari sekarang.
Jika tidak sempat kita menyaksikan kejayaannya biarlah ia dikecapi oleh
generasi yang akan datang.
9 comments:
Abang Aspan, abang munyusahkan kami. Apabila abang Aspan di bohongi oleh Dap dulu, terpaksa kami berkerja kuat untuk menarik balik sokongan daripada PR kepada BN di K Pilah.
Saya panik kerna sambutan pada PR bukanya calang-calang. Alhamdulillah dapat kami lakukan dalam tempoh seminggu terakhir.
Geramnya saya tidak terperi bila Melayu kena tipu bang. Tobat lahum saya tak akan ke PR lagi bang. Dapat kami berikan kembalikan sokongan ke BN.
Umno Kuala Pilah
No such thing as struggle for multiracial ism in this country. It's just fallacies of deceived lots. The malays are the majority, what's the problem? Don't get easily hook winked by LKS, LGE or anyone of them in that illegitimate lineup.
Tiada sape pon ddunia ini yg akan mmperjuangkan naseb sluruh ummat atau 'ummatan WAHIDAH' aka sbg ummat yg'SATU slain drp nabi2 yg bnar7 tlh dpt meNYAKSIkan sbnr7 hakikat hakiki khidupan ini..
Prjuangan mnjurus kpd hasrat murni yg brPAKSI kpd yg'SATU sbg ummatan WAHIDAH itu..mndambakan spenoh7 ksedaran & keINSAFAN yg luhur yg suci yg trtggi skali dgn 'RASA' cinta KASEH & SAYANG yg memenuhi ruang "UNIVERSE"..yakni gema suci AR-RAHMAN & AR-RAHIM sprt yg brkumandang & trkandung dsetiap prmulaan awal surah2 ddlm Quran!
Dpt kah dbulan Ramadhon al-Mubarak ini kita SAKSIkan dgn sdlm7 & sbnr7nya kisah Ibrahim as..knapa Ibrahim as dmusuhi oleh kerabat malah bapa kandungnya sndri bahkan trgamak mnghumban Ibrahim kdlm api?
Mrk TIDAK dpt mnerima Ibrahim as krn Ibrahim teguh brDIRI dgn sbnr7 nilai2 SEJAGAT(non-FORMS) dr yg'SATU itu!
Ibrahim dpulau dmusuh & dbakar oleh kaum/bngsa hatta bapa nya sndri ttpi Ibrahim terus teguh & brtambah2 TEGUH..krn Ibrahim as adalah lambang sbnr7..sbnr7..sbnr7 sbg seorg SAKSI yg hakiki!
Ayuh..sama2 pula kita SAKSIkan kisah2 "absolute FACTS" tentang Musa as, Isa as & nabi SAW..dmana mrk sume TIDAK & TIDAK pernah samaskali diikat @ trIKAT dgn nilai2 FORMS!
Mrk TIDAK..TIDAK..TIDAK prnah smaskali trJERAT & diikat oleh nilai2 kaum/bngsa tanah harta pngkat2 dsbnya..mrk hanya & HANYA brDIRI teguh steguh7 ikatan KUKUH hanya dgn yg'SATU walau apa pon yg akan mrk hadapi hatta biar apa pon yg akn trjd!
Mrk bnr7 pasrah spsrah7 krn ALLAH..
lahaulawala quata illa biLLAH..
Inilah vissi & missi sbnr7 ucapan '2 kalimah SYAHADAH' kita itu, smoga kita mampu TERBANG tggi dgn nilai2 unvrsal/SEJAGAT itu..demi mndampingi ROH2 suci para nabi yg mnjd OBOR yg prnah mnjd sbnr7 SAKSI & tlh pon "meRASAI" nikmat hakikat hakiki sbg seorg SAKSI..
Betul bang,
Pembangkang ni bukan boleh percaya sangat. Anwar pun cuma ada personal interest je. Kesimpulannya, jangan ambil alih kerja Tuhan. Kot kot terlampau nak ambil alih, betul betul Dia baginya kat kita nanti. Kot tak ter-handle. Masa tu baghulah orang orang bawah mcm anak anak muda baru nak di 'pakai' dan juga orang orang bawahan yg lain yg masa deopan mereka menjadi hitam kerana politik orang orang plitik dan orang-orang tua ni.
Simple...senang...bila makluk2 Ciptaan Allah mulai Soal.....ADAKAH perbuatan begitu BERPATUTAAN....??
Kalau ada, bagi makluk itu masa minta Maaf......
Tapi Jangan terlalu dengar Media Malaysia.....Semua yang Iklas boleh diterjermah jadi Hina Allah, Islam, Bangsa, Agong........
Jangan berat sebelah macam itu sexs blogger....banding dengan Gurubesar nak Pandai suruh murid2 Bukan Islam Jangan makan didepan mereka berpuasa...paksa mereka masuk Lokup...atau di Sarawak dulu Pukul murid bukan Islam Yang makan...Kemudian Kata silap.... Silap Kepala otak dia!! Boleh tak tegur dengan kesabaran.....jangan tegur macam awak Allah dan ada direct line dari Allah!!....ini Ramadan....sabar, relax dan Jangan cuba buat mereka yang tak berpuasa tiba2 hendakkan mereka bertukar corak hidup, insaf,....tukar corak ideologi hidup awak sendiri dulu.....Kalau berjaya...Bagus!!...Biar Allah yang bagi awak Ganjaran yang berpatutan....
Macam dulu pecat Singapura....ingat perbuatan bercorak ideologi racis ini boleh majukan Malaysia....60 tahun kemudian....macam mana negara sekecil Langkawi GDPnya lebih besar dari Malaysia keseluruhan....Itu yang dikata Ganjaran Allah kepada Singapura...tuhan tahu segala yang ZALIM!!...Faham tak analisis realiti ini??
Multiracial, multicultural or whatever name you want to call it, is not going to make any difference....there might not be hope to stop the rot.
The way the country is run is criminal with rampant corruption and gross abuse of power, trust and influence.
There is criminal conspiracy to defraud the taxpayers.
Belum menjadi kerajaan di putrajaya, Dap sudah menunjukan kukunya. Perjuangan berbilang kaum DAP maknanya semua orang melayu dan India beri sokongan untuk mereka control politik negara.
Cantik tak definasi perbilang kaum Dap?
Mmg lah besar gdp nya. 1 bahagi 2 dgn 1 bahagi 10 yg mana besar? Lagipun tak semua declare income di malaysia. Byk privilege
Slm bang ..
Dalam banyak bangsa d malaysia .. bangsa cina yg paling cerdik .. lain 2 bangsa ditipu oleh bangsa cina ini ..
Percaya la ..
Post a Comment