21 July 2013

Di tandingi atau tidak jawatan parti , UMNO akan tetap sama sahaja

Ramai yang meminta saya memberikan komen tentang perhimpunan agung UMNO oktober ini yang kini sudah sampai ke fasa kempen mengempen yang kuat diantara pemain politik UMNO hari ini. Tahun ini adalah tahun pemilihan parti dan tentulah ia mendapat tumpuan istimewa dari orang ramai.

Tumpuan ini di sebabkan ia berkait dengan UMNO. Pertamanya UMNO itu adalah parti pemerintah dan tidak hairan ia menjadi tumpuan ramai. Tumpuan terhadap parti itu lebih kuat lagi kerana parti itu telah menjadi isu besar kepada rakyat dan negara. Lagi pula UMNO baru sahaja selesai bersama dengan parti-parti lain melaksanakan tuntutan perlembagaan persekutuan untuk mengadakan pilihanraya setiap lima tahun.

Keputusannya sudah diketahui umum. UMNO mendapat kelebihan sedikit kerusi dari PRU ke12 tetapi jika dihitung dari kemenangan yang diperolehi oleh ahli-ahli parti dalam BN, ‘coalition’ itu telah kekurangan sebanyak tujuh kerusi berbanding dengan PRU ke12 dahulu.

Mahu tidak mahu kita terpaksa akui yang UMNO masih menjadi pilihan rakyat khususnya orang-orang Melayu. Orang Melayu yang keluar menyokong kempen pilihanraya yang begitu ramai sebelum PRU ke 13 itu diadakan, kembali berduyun-duyun memberikan sokongan kepada UMNO kerana orang diatas pagar terutamanya orang Melayu merasa kehilangan keyakinan yang kekal terhadap Pakatan Rakyat disaat-saat akhir.

Sebab kenapa mereka berkurangan keyakinan kerana ada parti dalam Pakatan Rakyat hanya dikuasai oleh kaum Cina sahaja. Maka perjuangan kita untuk mencapai matlamat perpaduan kaum yang hampir terjadi akhirnya tidak tercapai juga. ‘It crashed before taking off’. Jika dihitung-hitung dalam keadaan dan situasi sekarang ramai yang yakin UMNO akan tetap menang dalam pilihanraya yang akan datang walaupun dengan majoriti yang lebih kecil dari PRU 2008 dan 2013.

Jika di kira dari kemenangan parti secara individu UMNO merupakan parti yang akan menang lagi dalam PRU yang akan datang. Jika sekarang UMNO memenangi 89 kerusi, jika parti itu melalui pilihanraya sekali lagi UMNO mungkin memenangi 70 kerusi pula. Dari segi itu UMNO tetap akan memenangi jumlah kerusi yang terbesar.

DAP tidak mungkin memenangi 70 kerusi dan lagi pun hampir kesemua kerusi yang dimenangi oleh DAP sudah pun mereka menangi. Jika pada keseluruhan nya BN kalah tetapi sebagai sebuah parti secara individunya UMNO akan tetap diminta menubuhkan kerajaan. Hanya apabila UMNO gagal menubuhkan kerajaan melalui rundingan-rundingan dengan parti-parti lain untuk menubuhkan kerajaan campuran, barulah Pakatan Rakyat dengan gabungannya mungkin mampu untuk menubuhkan kerajaan alternatif.

Itu sebabnya UMNO menjadi perhatian ramai terutamanya apabila pemilihan parti sampai.  UMNO sudah hilang keyakinan ramai walaupun parti itu mungkin dapat bertahan dengan keadaan yang lebih lemah lagi pada masa yang akan datang.

Yang mendapat perhatian khusus ialah tentang pemilihan dua kerusi tertinggi parti itu. Ada pihak yang mahukan kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan dan ada yang mahu jawatan itu dipertandingkan. Tidak payah kita bersusah payah memberikan pandangan samada jawatan-jawatan itu patut dipertandingkan kerana samada ia ditandingi atau tidak ia tidak akan memberikan apa-apa faedah tambahan kepada parti itu.

Pertandingan selalunya dilakukan untuk mencari siapa yang paling layak untuk memimpin. Najib telah gagal dengan jelas maka ada suara-suara meminta Muhyiddin mengambil alih kedudukan Najib dengan beliau menandingi Najib dalam pemilihan ini. Tetapi apa kelebihan Muhyiddin dari Najib dan apakah nilai tambahan yang Muhyiddin boleh sumbangkan kepada parti?

Blog ini tidak lekang dari memberikan pandangan yang jika Najib diambil alih oleh mereka yang ada dalam Majlis Teringgi parti itu ia tidak akan membawa apa-apa perubahan. Muhyiddin atau mana-mana diantara Naib Presiden parti itu datangnya dari acuan yang sama. Nilainya sama, sikapnya sama dan imejnya sama. Jika kita hendak bukti yang Muhyiddin pun tidak akan dapat menyumbang kepada perubahan bolehlah UMNO menggantikan Najib dengan Muhyiddin.

Dalam tempoh yang sekejap sahaja akan terbukti keadaan akan sama sahaja kerana mereka adalah sama. Itu bukan perubahan namanya. Mereka dari resepi yang sama. Ibaratnya seperti kueh bahulu. Kueh bahulu itu rasanya sama sahaja walaupun ia berbeza bentuknya. Kalau dibuat kueh bahulu dengan bentuk ikan pula kali ini ia akan tetap sama rasanya dengan yang berbentuk buah manggis misalnya. Ia tetap bahulu. Rasanya tetap rasa bahulu.

Dari membazir masa berkelahi dan berpuak biarkan sahaja Najib terus menjadi pemimpinnya. ‘Consequence’ nya akan sama juga samada Najib atau Muhyiddin yang memerintah dan mengetuai kerajaan. UMNO akan terhempas juga akhirnya.

UMNO itu juga ibarat kereta tua yang selalu rosak dan terkandas. Kereta yang belum terlalu teruk kerosakannya boleh di tukar alat-alat ganti di bengkel. Tetapi jika hampir kesemua komponen dalam enjin kereta itu terpaksa diganti dengan ‘spare-parts’ nya maka lebih baik kereta itu dilakukan 'overhaul' samasekali. Atau ditukar kereta itu terus dengan kereta yang baru. Kalau sayang kepada ‘brand’ kereta itu, ditukar sahaja kereta dengan jenama yang sama yang baru.

Pendeknya jika dalam Perhimpunan Agung UMNO pemilihan dibuat diantara mereka dalam Majlis Tertinggi sekarang sebagai seorang yang memandang dari luar ini, elok dilupakan sahaja niat untuk menandingi jawatan tertinggi parti itu.

Kalau sekadar untuk bertanding semata-mata untuk bertanding sahaja bolehlah bertanding. Kalau bertanding pun elok juga kepada setengah penggiat parti itu. Setidak-tidaknya perwakilan mungkin dapat “BRIM” pemilihan UMNO.

Dapat juga mereka menukar kereta atau setidak-tidaknya dapat juga menukar ‘sport-rim’ kereta mereka. Perwakilan semasa pemilihan tinggi nilainya.

Setakat seramai 146,000 perwakilan sekarang pimpinan yang kaya raya masih boleh dan masih berupaya untuk ‘kawtim’ disana sini.

6 comments:

Anonymous said...

Tak usah gusarlah pasal UMNO...dah berdekad UMNO diuji..pemimpinnya silih berganti.

Tak macam Parti anak beranak parti DAP atau PKR..asyik asyik muka tu saje.takde orsng lain lagike.

Anonymous said...

Bila kita menyebut nama pertubuhan UMNO tentu kita tidak bolih terlepas daripada memperkatakan tentang BN.UMNO selaku tunggak kepada BN yang memerintah Negara tentulah mendapat perhatian umum setiap kali pemilihan pucuk pimpinan diadakan. Saperti biasa - sandiwara tradisi UMNO tak ubah bagai memilih pengarah filem (selalunya dikekalkan pengarah sediaada) dan pelakun pelakun baru diundang untuk berganding dengan pelakun pelakun lama yang sudah popular dan berpengaruh untuk melakunkan cerita tradisi yang tidak pernah berubah skripnya. Suara suara yang sama nadanya menjunjung pengarah filem terpilih dalam bakul tadahan riuh kedengaran. Berbakullah pula janji manis penuh kepalsuan diketengahkan untuk halua telinga rakyat hingga mulut ternganga menonton siaran TV di rumah masing masing.
Pelbagai projet besar yang lebih besar dari gunung Kinabalu diwarwarkan. Rakyat terpegun, terpesona dengan perancangan besar kerajaan untuk kepentingan rakyat - yang katanya susunan sosio ekonomi Negara yang bakal dijanakan adalah antara yang terbaik didunia.
Kemudiannya tidak lama selepas itu tiba pula pembentangan bajet Negara untuk tahun hadapan. Berbilion wang Negara akan disalurkan kesetiap kementerian. Berminggu minggu siaran TV memperkatakan tentang bajet mega yang menguntungkan rakyat. Ahli penalnya pula bukan sembarangan orang, dipanggil menjelaskan kebaikan perancangan kerajaan di buat. Memang diakui perancangannya membawa kebaikan kepada rakyat.
Rakyat menarik nafas lega - hujan rahmat bakal mencurah keseluruh Negara.
Malangnya belum apa pun lagi- pengarah pangarah filem pentas Negara sudah mula menghitung untung laba dari tayangan filem akan datang. Cerita pokok durian Putrajaya sudah masak buahnya mula kedengaran.Baunya terhidu hingga kebilik pengarah filem juga kebilik ketua setiausha filem. Air liur mula menitis. Kelaparan kepada kemewahan hidup duniawi menolak erti kemanusiaan, melupakan erti kejujuran, lupakan dosa dan pahala lalu terus menghitamkan mata hati didada.
Durian Putrajaya sudah masak, mana bahagian aku, mana aku punya ...penyangak...penyamun...perampas...
Hanya yang bertakwa kepada Allah dan berpegang teguh pada taliNya - dapat menahan diri dari kemarukan harta dunia.
Harta halal walau segunung emas pun tetap halal disisi Allah. Harta haram walau sebentuk cincin besi pun tetap menjadi isi neraka.

Orang padang besar

antisyaitan said...


Saya sangat bersetuju dengan kenyataan diatas. Sememangnya telah termaktub sejak azali bahawa kumpulan makhluk yang menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan syaitan (samada dikenali atau tidak dikenali) tidak akan berubah dan tidak serik dengan segala kemungkaran yang mereka lakukan. Walaupun mereka dirantai dalam bulan Ramadhan yang mulia, namun macai-macai dan balaci mereka tetap aktif menjalankan kerja-kerja sesat dan menyesatkan
sehingga hari kiamat.

Semuga Allah menjauhkan kita semua dari kerja-kerja jahat mereka...aminnn!

Anonymous said...

yg mmbawa perubahan itu adalah 'VALUE' @ nilai2 SEJAGAT..

ddlm khidupan kita ada 2 fenomena pnting iaitu..

1)FORMS -harta/tanah/wang/wanita dll yg sgt mudah ddpti dgn POWER/kuasa.

2)non-FORMS -adalah unvrsal VALUE yakni nilai2 SEJAGAT yg tggi & suci.

hampir seluruh SEJARAH/event ddlm Quran adalah 'prtempuran' diantara 2 fenomena diatas..FORM & non-FORM.

jk kita sgguh7 & bnar7 mnjd SAKSI 'NYA'..&
jk kita sgguh7 & bnar7 mnjd SAKSI kpd nabi2 'NYA'..
yakni intipati 2 kalimah SYAHADAH diatas itu adalah mrupakan "resipi" unvrsal/SEJAGAT yg bnar7 mampu mbawa kpd ERTI total sbnr7 PERUBAHAN.

selagi kita alpa leka & BUTA dr mnjd sbnr7 SAKSI keatas'NYA' & sbnr7 SAKSI keatas nabi2'NYA' itu..
selagi itu kita akan tertipu kliru buntu GELAP & ahirnya 'lemas' beku sprt bangkai Firaun ditelan laut Merah itu!?

Namrudz Firaun Haman Qarun AbuJahal & AbuLahab..hatta ahlul2Kitab & agamawan2pon adalah idola/BUTA kpd FORMS..(FORMS oriented people)!

marilah sama2 kita bnar7 mnjd SAKSI bgmn nabi2 menilai 'FORMS',mngurus 'FORMS' & mnggunakan 'FORMS' ddlm khidupan mrk dgn sSUCI7 sTGGI7 unvrsal VALUE/wahyu.. iaitu dgn TAQWA(amanah INTEGRTY trnsparency) yg trtggi skali!

Apb kita mmpu mnjd sbnr7..sbnr7.. sbnr7 SAKSI barulah ALLAH bnar2 akan mngangkat martabat kita & scara 'AUTOMATIK' kita akn dHORMATI oleh sluruh ummat..

demikianlah ISLAM itu 'miracle' krn unvrsal VALUE..nilai SEJAGAT..nilai ROH yg SUCI & trtggi skali yg TIDAK mungkin ssekali akan diJUAL BELI ataupon diTUKAR GANTI..

adakah kita tlh bnar7..bnar7..bnar7 mnjd SAKSI, atau skadar mnjd SAKSI2 palsu lidah & bibir yg biasa meNIPU & meNGELIRU???

lahaulawala quata illa biLLAH..

Anonymous said...

Umno parti tinggalan penjajah.parti yg memisahkan politik Dan agama.tergolong dlm golongan munafik. amalan yg pasti ditolak Allah.UMNO arak & Judi berpisah tiada.

Anonymous said...

UMNO dan PAS hanyalah parti politik sahaja buktinya lihat di selangor adakah arak dan judi diharamkan?bukankah alasan ini yg digunakan dahulu bg melabel UMNO tidak islam? PAS hanya menjual slogan islam utk menarik sokongan adakah jika ada sabun jenama islam dikeluarkan sabun yg lain automatik jadi tidak islam? saya rasa cukuplah ber "kempen" pemimpin UMNO bnyk yg tiada intergriti dari melabel UMNO secara keseluruhannya tidak islam nanti sia2 dpt dosa kering :)

nasihat dari bekas penyokong PAS selama 13 thn yg dah x leh bla lagi dgn PAS baru nie