Sementara menunggu bersahur,
teringin pula saya untuk memberikan komen tentang pemilihan Ketua Pergerakan
Pemuda UMNO Oktober ini.
Khairy Jamaludin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, berkata yang beliau belum lagi mengambil
keputusan untuk mempertahankan jawatan beliau sebagai Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO yang beliau sedang sandang sekarang. Beliau mengalu-ngalukan sesiapa untuk
menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu asalkan sahaja ia dilakukan dengan
semangat bersatu dan tidak lari dari asas kewujudan Pergerakan itu.
Sesungguhnya tiada siapa yang
patut menahan atau menyekat sesiapa untuk menawarkan diri untuk memegang
jawatan itu dan kenyataan Khairy itu sangat tepat dengan semangat kepartian
beliau. Saya tidak berniat untuk menyebelahi sesiapa dalam pandangan saya
tetapi hanya saya ingin memberikan pandangan sebagai rakyat biasa, kerana UMNO
itu adalah parti yang sedang memerintah negara dan tidak salah jika sesiapa
juga memberikan pandangan dalam hal yang berlaku dalam UMNO itu.
Khairy telah pun menjadi Ketua
Pemuda dan saya tidak mempunyai apa-apa prejudis terhadap pimpinan pemuda yang
lain. Bagi saya Khairy sepatutnya diberikan peluang untuk meneruskan menerajui
kepimpinan Pemuda kerana, apa pun pandangan sesiapa terhadap beliau itu, Khairy
mudah untuk menerima pandangan pihak lain dalam isu Pemuda.
Khairy ‘has gone through the
mills’ dalam Pemuda dan pengalaman beliau selama beliau menjadi Ketua Pemuda
itu amat bernilai bagi beliau dan Khairy telah banyak belajar melalui
pengalaman pahit manisnya menjadi Ketua Pemuda itu. Kalau hendak melihat dari
pimpinan yang agak ‘berjenis’ sedikit dikalangan yang ada, Khairy boleh lah
dianggap sebagai orang yang sangat berkelayakan untuk meneruskan pimpinan Pemuda itu.
Dalam politik imej dan bagaimana
seseorang itu dipersepsikan itu amat penting. Khairy dipersepsikan sebagai
seorang pemimpin muda yang ada segala-galanya samada dari segi kelulusan,
penampilan peribadi dan beliau bagi saya merupakan seorang yang selayaknya
untuk membawa yang menggalas imej serta kegiatan Pemuda itu dalam masa yang
panjang.
Jika kita buangkan perasaan
prejudis jika ada terhadap beliau, beliau merupakan Ketua Pemuda yang tidak
sepatutnya di alih dan di anjak setidak-tidak buat masa yang terdekat ini. Bagi
saya kedudukan Khairy yang juga seorang Ahli Jemaah Kabinet negara memberikan
satu lonjakan imej yang baru dan beliau mempunyai kemudahan yang lebih baik
dari apa yang ada kepada beliau sebelum ini.
Tidak ada pengorbanan yang besar
jika Pemuda UMNO mahu mengekalkan Khairy ini sebagai Ketua Pemuda. Jika ada diantara mereka yang
mempunyai prejudis terhadap beliau kerana permainan politik ‘competitive’, yang
perlu hanyalah menghilangkan perasaan itu dan untungnya kepada Pemuda adalah
lebih besar dari kerugian dengan mengekalkan Khairy di
kedudukannya sekarang.
Lebihnya Khairy dari banyak
pemimpin Pemuda ialah, beliau telah menerima kritikan dengan terbuka hati dan
ini merupakan ciri kepimpinan yang perlu disuburkan, kerana sifat tidak dapat
menerima kritikan adalah ‘attribute negative’ UMNO selama ini. Khairy telah
mendapat perhatian ramai keraana cara beliau menerima dan menguruskan kritikan
terhadap beliau selama ini sangat disenangi oleh orang ramai. Jika mana-mana
pimpinan itu diterima orang ramai, selain dari dalam UMNO itu sendiri ia
merupakan kelebihan kepada seseorang pemimpin itu.Itu yang sangat terserlah ada kepada Khairy.
Bagi saya seseorang pemimpin UMNO
yang baik itu bukan sahaja kuat sokongan dari dalam parti, tetapi yang lebih penting lagi
bagaimana rakyat ramai yang tidak kena-mengena dengan UMNO itu memandang
pemimpin itu sangat penting. Khairy mempunyai kelebihan di sini. Itulah
sebabnya orang ramai tidak mahu mendengar hujah-hujah dari mereka yang bersikap
‘competitive’ terhadap beliau yang lumrah dalam UMNO itu.
Jika itu keadaannya maka saya
berpendapat Khairy mampu untuk menaikkan imej dan persepsi rakyat ramai terhadap
UMNO yang sangat-sangat memerlukan nilai tambahan kepada persepsi buruk rakyat
terhadap UMNO itu.
Walau bagaimana pun itu hanyalah
pandangan peribadi dari saya dan juga mendapat sokongan dari ramai diantara kami
dibawah-bawah ini. Kita dibawah ini mementingkan siapa yang kita anggap selari
dengan pandangan ramai dan bukannya hendak berpolitiking yang mungkin sedang
berlaku didalam UMNO yang kita tidak tahu.
Pendeknya Khairy mempunyai ‘cut’ untuk
memimpin dan mudah di terima oleh masyarakat ramai dan ia amat perlu bagi
menghadapi pilihanraya yang akan datang bagi UMNO. UMNO sebagaimana yang
dipersepsikan ramai sudah ketandusan kepimpinan dan jika di anjak dan di alih
mana-mana ‘budding leaders’ dalam parti, itu merupakan tindakan yang tidak
sepatutnya berlaku.
Saya yakin dan ramai yang
berpendapat, Khairy mempunyai ‘disposition’ yang terbaik dikalangan yang ada
untuk menjadi peneraju kepada Pergerakan Pemuda jika di lihat dari pandangan
rakyat awam yang ramai-ramai ini.
Tidak tahu pula bagaimana
pandangan Pemuda UMNO sendiri. Bagi saya pandangan orang ramai adalah penting
kerana jika dipandang dari pergerakan pemuda di bahagian-bahagian, pandangan
mereka tidak mungkin tepat kerana mereka mempunyai ‘preferences’ mereka sendiri
kerana permainan politik dalaman parti itu.
Isu itu kita tidak tahu dan tidak
mahu pun mengambil berat terhadapnya. Bagi saya, kuat dalam UMNO sahaja tidak
mencukupi tetapi kuat sokongan ramai itu adalah yang terpenting sekali bagi
UMNO untuk kembali diterima rakyat.
Tidak ada gunanya menjadi kuat
dalam UMNO tetapi tidak mendapat penghormatan dari masyarakat awam yang ramai
ini.Kalau di kaji dari sudut mana sekali pun Khairy lebih mudah untuk di bentuk sebagai pemimpin dimasa depan dalam masa yang tidak berapa lama dari sekarang.
Lagi pun UMNO sudah tidak ada lagi kepimpinan. Jangan di korbankan pemimpin yang boleh di bentuk yang hanya tinggal beberapa 'kerat' sahaja dalam UMNO itu.
Lagi pun UMNO sudah tidak ada lagi kepimpinan. Jangan di korbankan pemimpin yang boleh di bentuk yang hanya tinggal beberapa 'kerat' sahaja dalam UMNO itu.
Seorang lagi ialah saifudin abdullah. Walaupun saya pembenci tegar umno tapi 2 orang pemimpin muda umno ini menarik perhatian saya.
ReplyDeleteMereka berdua dilihat lebih rasional dan realistik. Saya amat tertarik dan memberikan penghormatan tanpa dipaksa seperti saya menghormati gaya kepimpinan TGNA berbanding lebai2 lain dalam pas yang memaksa orang ramai menghormati mereka kerana kononnya mereka adalah ulama.
Saifuddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin mempunyai mentaliti pemuda yang terbuka dan rasional berbanding pemuda2 lain yg ada dalam UMNO. Harapkan Abdul Azeez, mentaliti kampung dan tidak mencerminkan pemikiran yg terbuka.
DeleteKita tak tahu kebebalan seseorg sehingga dia buka mulut.
AA, kalau lain dari Khairy siapa nak jadi K Pemuda? Takkan Mukhriz atau Khir Toyo pulak!!
ReplyDeletePenyokong PAS
Gambang
Just and fair comment from you AA. I've just found your blog since 3 days ago. Nice reading your write ups bro.
ReplyDeleteWe now have a very realistic write up from a clear minded writer. Keep on writing sir..
ReplyDeleteBetul, Khairy elok di kekalkan sebagai K Pemuda Malaysia.
ReplyDeletemahadey boleh buang paklah bila mahadey tidak suka paklah..mahadey juga boleh buang kj jika kj adalah ancaman pada mukhriz..
ReplyDeleteuntuk mendapat kuasa dlm umno..hanya memerlukan berapa ratus juta..berapa bilion mahadey ada??..org umno sudah jadi dunggu di kerjakan mahadey...
Sudah mnjd 'OPEN SECRET' ddlm umno, sape yg paling bnyk duit dia kuat.. & sape yg kuat/bnyk duit boleh beli pengaruh & mnjd PEMIMPIN/idola.
ReplyDelete'OPEN SECRET' itu tlh di'organised' secara systematic sehingga corrupt practice itu mnjd corrupt in d'SYSTEM that corrupt to d'CORE!
Klu ddlm umno SIMBOL "duit" mnjd rukun wajib utk mmBIOL & mnDUNGU kan ahli2/rkyat/ummat...ddlm PAS pula SIMBOL "ostad/ulamak" mnjd TOPENG & bius yg lebih HALUS licik/KESUMAT utk mnyekat individu2 yg bnar2 UNGGUL dgn INTEGRITY merit & BAKAT.
Klu ddlm umno tlh lama SEMANGAT menolak merit/BAKAT ini trjd sbb itu yg tinggal hanya se KETOL @ 2 KETOL jer lagi yg bnar2 bersinar..
ddlm PAS pon 'fenomena' JIJIK ini sdang mnjd2 dmana lebai2 yg konon2 nya ulamak sgt2 CEMBURU bahkan memusuhi lepasan2 MCKK yg cemerlang dgn ijazah2 dr unvrsiti2 brprestej di US & UK...sudah mnjd 'OPEN SECRET' juga bhw kbnyakan lebai2 ini klu mengikut 'IQ' piawaian biasa hanya trmmpu mndpt SPM/MCE gred/pngkat 4 @ 3 shj!
Klu ddlm umno aku KAYA akulah yg berKUASA..ddlm PAS pula akulah ostad/ulamak..'I am HOLLIER than thou'..krn aku gila/'PERASAN' bhw aku lebih-lebih MULIA/suci drp engkau!
Sama ada ddlm umno @ ddlm PAS mrk seolah2 hanya perlukan SOKONGAN dr pak'turut2 yg DUNGU2 jer krn senang digula2 & diperkuda..both of them seriously corrupt to d'CORE!
Kedua2 mrk hanyut TANPA univrsal VALUE.. cuma brmain2 sndiwara keatas TUHAN yg'SATU!?
Asmkm AA Memang tepat pandangan anda . Khairy adalah aset unmo walaupun saya bukanlah penyokong unmo Begitu juga saudara saifudin abdullah. Kedua duanya berjiwa
ReplyDeletebesar. Rugi bagi unmo jika meminggirkan mereka berdua
setuju sangat dengan tulisan tuan.Bagi saya beliau adalah yang terbaik drp ramai pemimpin2 UMNO.tetapi dlm UMNO yang terbaik selalunya sukar bertahan.
ReplyDeleteSaudara AA dan bloggers
ReplyDeleteKhairy seems to be the only option for UMNO Youth, other than Saifuddin Abdullah. Indeed, they are future leaders which the nation yearns.
AA,
ReplyDeletePandangan yang realistik berbeza dari pandangan sebelum PRU 13.Kita semua tahu hanya parti UMNO yang mampu mempertahankan bangsa, ugama dan raja.Parti lain saperti PKR dan Pas langsong tidak boleh diharapkan memperjuangkan ini semua.Jangan sesekali mengharapkan apa apa dari parti chauvanis DAP perjuangan mereka adalah bagi total meritokrasi dan Malaysian Malaysia kerana mereka mahukan kuasa satelah monopoli ekonomi.Greed has got into them.
Akhirnya yang memilih pemimpin UMNO adalah ahli UMNO itu sendiri dimana 150,000 perwakilan dari 191 bahagian yang akanwnentukan.Yang lain hanya layak melihat dari jauh dan mengomel.
Semut Api.
Salam Sdr Aspan,
ReplyDeleteSaya rasa pandangan yg tepat dari sdr. Saya menyarankan agar Sdr KJ bertanding sekurang2nya jawatan TP jika bukan Presden. Itupun kalau perlembagaan umno membenarkan. Jika tidak membenarkan saya cadangkan pindaan terhadap pindaan parti dibuat(maaf saya tidak begitu arif perlembagaan umno kerana tidak terpaut).
Kpd ahli umno yang ada(terutama yg muda) janganlah membazirkan "talent" yg ada pada pemimpin muda kamu ini. janganlah diikut sangat kesantunan parti, sampai parti sudah punahpun kamu masih turut juga. Kadangkala kita perlu bersikap "kurang ajar" demi kebaikan mas depan parti. Kalau bukan sekarang, dikuatiri "telent" ini akan "kerang" dik masa.
Tak rugi jika kita membuat perubahan. Bagilah orang muda yg mempunyai banyak idea memimpin umno agar umno terus relevan dimasa depan.
Buanglah peminpin2 yg telah "kerang" idea, pemikiran yg semakin benak, ciri2 pemikiran yg "Stagmatik" tidak akan membawa kemajuan kepada survival umno.
Ini pandangan orang luar, yg telah memerhati umno melebihi setengah abad... Wasalam...
AA,
ReplyDeleteKJ hanya baru satu sahaja .Sebenarnya ada ramai lagi yang layak.Jadi jangan terlalu ghairah hanya pada KJ sahaja.
Cadangan bagi KJ bertanding bagi TP tidak realistik.You don't suddenly climb up fast and take a short cut to the top by stepping on many heads.Sebelum berlari belajar merangkak dan lepas itu berjalan. KJ telah diberi peluang menjadi Menteri Belia dan Sukan maka biarlah beliau perform dahulu.Dalam UMNO kita ada protocol dan possible succession plan dan yang pasti juga berjuta wang tidak mampu menentukan kejayaan individu pada format pemilihan baru ini.
Benar,orang muda banyak idea BUT nothing can beat experience.Experience requires time.KJ masih perlukan banyak lagi pengalaman.Terima kasih.
Semut Api.
Experience is never gained if you never experienced it.
DeleteKalau nak tengok UMNO yang sebenarnya.. Pertandingkan beliau dlm pemilihan UMNO nanti.. Kita akan dapat warna UMNO yang sebenarnya..
ReplyDeletekasi zulkifli nordin lah plak...
ReplyDeleteSetuju dengan semut api. Orang tua lebih banyak experience terutamanya experience menjadi penyamun.
ReplyDeleteOrang muda yang kurang experience macam khir toyo mudah terkantoi. Khir toyo walaupu masih muda tapi muka nampak macam sebaya najib... wakaka
Sdra AA,mohon
ReplyDeletePEMUDA di Majlis IFtar beri Bantuan dan bagi kpd orang KL:
Dulu punya tak ade bajet dalam akaun Pemuda.
Hari ini punya kos bolih hantar bill kapada KBS, c/o regina, dan akan di bayar olih Kerajaan Malaysia, yanani duit wang rakyat.
Semua pak menteri PM,DPM MB CM sama aje, baik BN dan PR.
Engkau ingat diaorang nak bayor dari poket sendiri iklas kerana nak dapat pahala ?
Ah Beng Pinang tak dapat pahala pun,sbb masih Kalipah Omar A Aziz wannabe in training.
Semua sama aja, caj kompeni caj jabatan caj GLC GLIC ,tuntut kos perjalanan.
Ini antara strateji kempen PAU Kj ,agar di di tetapkan Ketua Pemuda.
Cakap aja ,main mainan politik, tak pertahan jawatan.
Kos kempen orang lain taja.
Tumbangkan Najib BENGONG
arjuna waspada
changkat lobak
Salam Sdr Aspan, saya setuju degan pandangan saudara. Selain dari Khairy dan Saifudin, Nurul Izzah juga perlu di ketengahkan. Saya berharap ketiga-tiga pemimpin muda ini akan jadi pemimpin negara dimasa akan datang
ReplyDeleteSetuju dengan Waris, Sekira semua pemimpin macam TGNA semua orang boleh masok syurga dan peduli apa dengan angkasa lepas dan science.Tak hairan Pas sentiasa tercorot dalam pilihanraya kan...buka semua setuju dengan cara beliau.Saya tak suka Pas
ReplyDeleteKJ salah seorang yang bijak membaca tingkah laku dlm Umno sekarang. Seorang pemuda yang lihat jauh kedepan.
ReplyDeleteSekitar beliau dlm dan luar ahli parlimen Umno sekarang tidak sehebat AP- PR. Maka KJ dan SA perlu diselamatkan jika Umno mahu dicerminkan.
assalamualaikum wbt...walaupun bukan fanatik politik, baik BN/PR,KJ jika boleh dikekalkan.muda lg dah dpat menteri penuh. membawa harpan org muda. setiap manusia bukan semua baik tetapi utk KP UMNO utk sekarang ni. KJ antara yang berbakat..mungkin akan mnjdi cbaran kepada ahli yang "otai"
ReplyDelete