Isu yang berbangkit hasil dari
pilihanraya lalu belum reda. Sekarang timbul isu dalaman UMNO yang akan
memulakan ulang tahun berperang sesama sendiri semasa pemilihan parti November
ini. Setiap parti mempunyai masalah masing-masing dan tidak ada mana-mana parti
boleh mengata dan mengkritik parti-parti lain. Masing-masing parti ada hal yang
membosankan.
UMNO sudah menampakkan masalah
yang terlalu rumit jika dipandang dari mana-mana sudut sekali pun. Ada yang memarahi saya
kerana membuat komen tentang UMNO kerana saya bukan lagi ahli UMNO. Tetapi
bukankah UMNO itu mengaku yang parti itu untuk semua kaum dan mempunyai slogan
1Malaysia bersamanya?
Maka setiap rakyat ada hak untuk
memberikan penilaian terhadap parti itu mengikut tanggapan masing-masing. Perhimpunan
Agung yang mendatang sudah menampakkan keretakan dalam UMNO yang menunggu masa
untuk berpecah. Jika dahulu ahli-ahlinya mempunyai segan silu untuk mengkritik
pimpinan tetapi sekarang sudah ada unsur-unsur yang menunjukkan budaya segan
silu itu sudah mula hilang selepas
pilihanraya yang lalu.
Wanita UMNO akan melihat
pertandingan diantara Shahrizat Jalil yang sentiasa menjadi orang kesayangan
Presiden UMNO pada hari ini. Azalina Othman Said akan menandingi beliau sebagai
Ketua Pergerakan Wanita UMNO. Azalina beranggapan yang Najib tidak memberi komitmen secukupnya dalam pembangunan Wanita sebagai sebab beliau akan menandingi
Shahrizat yang telah terjurumus dalam isu National Feedlot Corporation (NFC).
Tetapi yang hendak melawan
Shahrizat ini pun bukannya tidak ada isu dan isu yang masih didalam ingatan
ramai ialah isu Pembangunan Pusat Sukan di Herdforshire England semasa
beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan dahulu dan isu ini bukannya isu yang
kecil. Tetapi apakan daya, seperti yang selalu saya sebut sejak beberapa tahun
dahulu UMNO sudah ketiadaan pimpinan yang tidak mempunyai isu rasuah. Maka yang
hendak membetulkan keadaan pun tidak betul, apatah lagi pimpinan yang hendak
dibetulkan itu.
Mesti satu diantara kedua belah
pihak itu akan memenangi pertandingan itu, tetapi keadaan tidak juga akan
berubah. Mahu tidak mahu terpaksa jugalah UMNO menggunakan nama-nama yang sama
tahap imej mereka untuk mengganti pihak yang ada sekarang. Kata perpatah ‘tidak
ada rotan akar berguna juga’. Ada
dikalangan wanita sendiri bercakap, ‘Azalina pun Azalina lah, asalkan ada
perubahan. Mana nak cari lagi pemimpin wanita yang berwibawa?’
Ada diantara Wanita berkata kalau Azalina
menjadi ketua mereka masalah besar tetap ada, tetapi setidak-tidaknya masalah
yang akan datang itu masalah baru. Kalau Sharizat masih Ketua kami, balik-balik
masalah lama juga. "Shahrizat tu berselindung dicelah ketiak Najib aje” kata
mereka.
Tetapi apa lebih penting yang
perlu kita pandang sekarang ini ialah, kemasukan Azalina dalam kancah Wanita
kali ini merupakan pertandingan ‘proxy’ diantara kedua pihak yang sedang
‘bergebang’ dalam UMNO sekarang ini. Keadaan ini memang telah dijangka dan
‘predictable’. Penonjolan Ahli Parlimen Penggerang ini untuk mengetuai Wanita
itu adalah jelas membayangkan yang ia merupakan ‘undi tidak percaya’ kepada
Najib oleh setengah pihak dalam UMNO.
Penyertaan Azalina dalam
pertandingan Ketua Wanita UMNO ini adalah manifestasi ramai dikalangan Wanita
dan ahli-ahli UMNO terhadap Najib. Kalau dipandang dari budaya dalam UMNO
jarang-jarang diantara pimpinan dalam UMNO yang berani mengkritik Najib seperti
yang dilakukan oleh Azalina itu.
Sesungguhnya penampilan rasa
tidak puas hati kepada pucuk pimpinan ini amat jelas apbila telah dapat dikenalpasti ramai penggiat UMNO yang telah berjalan keperosok negara berkempen
secara senyap-senyap telah begitu ramai berbincang tentang kemungkin Najib
dicabar dalam pemilihan UMNO kali ini.
Ramai dikalangan pimpinan atasan
UMNO juga dilihat membuat persiapan untuk menawarkan jawatan Timbalan Presiden.
Tidak dapat dipastikan samada ia adalah anjuran pihak yang mahukan Muhyidin
untuk bertanding Jawatan Presiden atau Muhyiddin sendiri akan ditandingi oleh
salah seorang Naib Presiden yang kini penuh pejabatnya dengan penyokong beliau
dari seluruh negara.
Unjuran agar jawatan Presiden dan
Timbalan Presiden tidak dipertandingkan juga bertambah berkurangan. Setiausaha
Agong parti itu sendiri sudah berubah pendirian dari mempertahankan agar
kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan kepada terbuka untuk rebutan
sesiapa dalam parti itu.
Dimana-mana kedengaran isu
pertandingan dalam parti UMNO dibualkan. Belum nampak dengan jelas apa yang
akan berlaku kepada Pemuda UMNO, samada Khairy Jamaludin akan mempertahankan
jawatan beliau atau ada pihak dan individu lain yang akan mencabar beliau dan
bertanding bagi jawatan itu kali ini.
Walau bagaimana pun jika jawatan
Presiden dipertandingkan, maka semua jawatan yang lain akan terbuka kepada
pertandingan itu akan terjadi. Dalam UMNO sudah menjadi isu biasa jika ada
pertandingan akhirnya parti itu akan berpecah, bukan kerana apa tetapi kerana
yang dicabar tidak dapat menerima hakikatnya beliau sememangnya perlu dicabar.
Tetapi pertandingan kali ini
mempunyai perbezaaan yang besar dengan pemilihan pada tahun 1987 dahulu kerana
yang akan mencabar kepimpinan yang menyandang itu juga bukannya mempunyai
kebolehan yang lebih dari yang dicabar. UMNO itu akan hanya menunggu waktu
untuk berkecai setelah pertandingan itu berlaku.
Jika pertandingan dalam UMNO itu
benar-benar berlaku kita tidak dapat menjangka sejauh mana UMNO akan binasa kerana pihak
yang menandingi pihak yang ditandingi itu adalah dari mentaliti dan kapasiti
mental yang sama sahaja. Ia ibarat tubuh yang sudah tidak mempunyai sel-sel
hidup yang baik lagi. Ia ibarat sel-sel berperangan dan membunuh diantara satu
dengan yang lain dan akhirnya mematikan tubuh yang sudah usang seperti UMNO
itu.
UMNO dan BN akan hanya mampu
mengekang pembangkang jika pembangkang masih dipimpin oleh pimpinan yang ada
pada hari ini. Perlu diingat parti-parti dipihak pembangkang juga bukan tidak
mempunyai masalah, malahan masalah yang dihinggapi oleh UMNO juga menjangkit
kepada parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
Jika UMNO memakan masa enam dekad
untuk jatuh, parti-parti pembangkang akan menghadapi nasib kejatuhannya hanya
dalam masa satu setengah dekad sahaja jika mereka tidak memilih pimpinan yang baru
dalam kadar yang segera sekarang ini.
Jika ditanya apa yang akan
berlaku pada politik tanah air selepas ini, tidak ada jawapannya buat masa ini.
Biarkan sahaja masa dan keadaan sahaja yang menentukannya.
Kepada mereka yang mempunyai
ketenangan jiwa, mereka akan hanya berdoa agar akan datang kebaikan kepada kita
yang belum dapat dijangka oleh sesiapa. Hanya Tuhan sahaja yang mampu
menentukannya.
Dalam keadaan sekarang ia adalah
dalam keadaan apa yang kita selalu dengar orang menyerah dengan ayat
‘laa hau la wala quwwata illa.....’ sahaja. Tiada lagi berdaya untuk sesiapa yang
menyelesaikannya.
As-salam Pak Aspan..
ReplyDeleteKerajaan yg ada sekarang di menangi secara penipuan tahap dewa..walaupun selama ini terdapat juga berlaku penipuaan sebelum ne..
jadi sistem kerajaan yg ada skrg ada lah penipuaan..sesipa yg hendak berjaya di malaysia ketika ini..hendaklah pandai melakukan penipuan..samaada oleh kakitangan kerajaan,peniaga atau pun pendatang asing..
Begitu juga dlm pemilihan umno kali ini..siapa yg pandai menipu akan berjaya..kalau tidak tau mcm mana nak menipu..berguru la pada mahadey..
shahjilat bukan duduk dlawah ketiak najib tetapi bawa kelangkang rosmah..azlina tu wanita ke jika tidak berkhawen???..azlina sendiri akan memalukan serata merosakkan umno..jadi memang betulah umno tidak mempunyai wanita yg boleh diketengahkan...
Mungkin khairy akan ditentang oleh anak mamak mahadey...mukhriz kutty..
sememangnya najib mendapat pembelaan dari najib..kerana najib telah mendengar cakap mahadey..untuk memberi projek dan jawatan penting ke macai mahadey..
Umno hanya tunggu masa untuk dihapuskan dlm politik malaysia jika masa mengharap pada mahadey..
Mahathir punya penangan. UMNO hancur budayanya, BN terombang ambing dan pembangkang pula memberikan reaksi dengan bersedia untuk mempertahankan bangsa mereka bang!
ReplyDeleteHancur segala-galanya. UMNO lumat, Pkr tak setabil, Dap rasis, Pas walaupun parti baik tapi tidak pandai.
Ini semua kata-kata abang sendiri dan saya bersetuju benar bang!!
Anon 17:39
ReplyDeleteUmno itu ibarat kuman. Bukan senang nak hapuskan. Pkr macam lalat, bukan senang nak halau. Kuman itu kan berkait-kait dengan lalat? Pilihlah..nak lalat atau kuman. Sama saj tu bro.
firdaus, yr analogy is terrific. Germs and flies work hand in glove. The flies come in cos of the germs. That's why whenever Pkr comes in there will be lots of epidemics of diseases all along.
ReplyDeleteTolong renung sejenak bahawa teori RAHMAN tidak terpakai dalam PRU 13. Teopemilihanhanya sesuai diimplikasi dalam UMNO. Result nya terhasil apabila pemilihan oleh perwakilannya di akhir tahun nanti. Tunggu dan lihat.
ReplyDeleteKedua, reaksi perwakilan yang bebas dari pemimpin UMNO bahagian dll dalam pemilihan majlis tertinggi menunjukkan bahawa UMNO akan terdedah kepada ujudnya tokoh tokoh baru dalam UMNO yang sudah pasti "kereta kebal" dalam arena yang tuan timbulkan di atas. Silap silap jadi padang jarak padang terkukur.
Ketiga merata rata suara batu api, mangkok ayun poket seluar kosong tengah bergerak kempen suruh melawan, mengadu domba dan menyakinkan kempen kemenangan dgn bersyarat fulus fulus. Perkara ini juga akan dan tengah dlm hala tuju pemilihan UMNO kelak.
Oleh itu Pak Aspan, perkara yang tuan ulas itu " sudah terang lagi bersuluh".
UMNO Baru tidak akan binasa hanya kerana diadakan pertandingan dalam parti. Tapi parti itu boleh dimusnahkan jika ada orang mampu memberi rasuah yang lebih banyak kepada para perwakilan setiap kali pertandingan diadakan.
ReplyDeleteUntuk kekal kan kedudukan dalam parti UMNO Baru seperti Tun Mahathir lakukan hanya ada dua pekara yang perlu dikuasai iaitu duit untuk merasuah dan auta jadikan fakta seperti "jangan adakan pertandingan peringkat presiden dan timbalan bagi mengelakkan perpecahan....."
Bila ahli dapat diperbodohkan dan perwakilan dapat dirasuah maka pertandingan dapat dielakkan maka selamatlah kedudukan orang yang mempunyai kepentingan.
Tapi perlu diingat, apa pun yang berlaku dalam UMNO Baru, Anwar Ibrahim tidak boleh diketepikan seperti yang difikirkan oleh pencacai makan upah.
Walaupun beliau sudah dipecat kini menjadi penasihat PKR namun pengaruhnya masih menebal dikalangan ahli peringkat akar umbi. Pengaruh itu memang menyakitkan tak ubah seperti duri dalam daging. Dan ia menjadi masaalah paling besar yang perlu diatasi oleh semua ahli yang pro Tun Mahathir.
Itu sebabnya kita boleh lihat serangan bertali arus keatas Anwar sehingga auta dijadikan fakta. Cipta bukti tanpa saksi.
Kalau UMNO Baru mendapat sokongan padu daripada ahlinya mana mungkin ic biru diberi secara mudah pada pendatang asing sehingga ke hari ini kalau bukan bertujuan untuk menipu rakyat Malaysia kononnya UMNO Baru dalam BN kuat kerana sokongan ahli nya ?
Sumpit
Insyaallah pak Aspan, Umno kali ini akan belajar dan tidak akan pecah jika ada pertandingan.
ReplyDeleteRasa saya ia akan lebih baik dari Dap yg hanya dikuasai oleg bapak dan anak saja.
Saya tahu dlm Dap tak boleh kritik LKS, LGE. Kalau kritik mati.....
Saya mengharapkan tiada pertandingan antara Najib dan Mohyiddin.Hidup UMNO.
ReplyDeleteAbang tersilap spell lah. Tak ada perkataan Arab yang berbunyi "quwatailah." Sepatutnya "quwwata illa" (tak de 'h'). Zikir yang betul adalah begini: Laa haula wa laa quwwata illaa bi Llah.
ReplyDeleteKita TAK prnah minta dlahirkan sbg org Melayu..
ReplyDeleteKita TAK prnah minta dlahirkan sbg ISLAM..
Kita juga TAK minta lahir dsini..
Ingat, nabi SAW & sume nabi2 pon TAK prnah minta utk jd seorg nabi!!
Demikianlah..
sume itu "lahaulawala quatailla biLLAH.."
sejarah mlalui WAHYU jls mnunjukkan nabi2 silih berganti diselangi zaman2 GELAP & akhirnya terang benderang..
siri2 perjuangan prtempuran perang kalah & menang adalah WARNA warni kehidupan yg sgt7 "INDAH" utk sama2 kita SAKSIkan akan kbsaran'NYA sbg ilham panduan & pengajaran!
sume itu trjd pon..
"lahaulawala quatailla biLLAH.."
Episod2 trajis yg tlh trjd dieropah diasia tengah & dmana2 jua diatas BUMI ini TAK akan lari dr WAHYU/paksi keramat itu..
"lahaula wala quata illabilLLAH.."
Kehadiran2 Madey Tengku Razaliegh Nuar Najib..Sahrizat Azalina.. BengHock Tantuya Kugan dsbnya.. adalah WARNA WARNI yg sgt7 "INDAH" & mgINSAFkan bg sesiapa yg bnar7 meNYAKSIkan sbnar7 keagongan'NYA & tiada DAYA UPAYA utk merobah nya selain DIA apb tiba 'putaran'NYA!
Kita sbg org Melayu yg 'PERASAN' konon2nya bumi Malaysia ini milik mutlak 'bangsa' kita shj..WAJIBlah insaf & SEDAR bhw sume nabi2 yg diutus TIDAK pernah samaskali brjuang demi mmprtahankan 'bangsa' & 'bumi' mrk..mrk HANYA brjuang demi 'HAQ' smutlak2 UNVRSAL value yakni WAHYU dr yg'SATU utk sluruh ummat yg'SATU(ummatan WAHIDAH)!!
Insaflah bhw asal kita dr Adam as, asal yg'SATU dr yg'SATU..
Tujuan kita dibumi ini adalah utk meNYAKSIkan(2 kalimah SYAHADAH} tugas nabi2 itu..yakni bnar7 mnjunjung stinggi7 "HAQ" UNVRSAL value(WAHYU)..itulah SHJ "NIAT" suci para nabi & itulah SHJ daya UPAYA mrk dibumi ini, mrk TIDAK memmiliki NIAT & daya UPAYA yg selainnya..
"lahaulawala quataillabiLLAH.."
Di USA, senator ramai yang senior position dalam commitee usia 70 hingga lewat 80 pun ada...
ReplyDeleteLim Kit Siang sudah tidak menjadi peneraju utama DAP... dia mcm senior MP jer...dan beri pandangan dalam blog dan parlimen.... LKS sudah separuh bersara... tiada masalah... Karpal Singh Chairman DAP jer...mcm Pengerusi UMNO yang tiada kuasa...
Wan Azizah, Hadi Awang dan Anwar bagi saya masih muda dalam usia60++..
Barisan pelapis dalam opposition da ada... Nik Aziz da step down tapi masih Pengerusi PAS Kltn..
Tiada masalah...
Cara Mahathir mengongkong UMNO dan negara ni lain daripada yang pihak opposisi...
Hari ni, nampak UMNO tiada wang lepas Najib setuju jual company2 air balik ke kerajaan negeri Selangor... Rozali dapat gratuity 34 juta...lepas ni akan terhenti.... bukan ke rakyat Selangor akan lebih baik dgn pengurusan air yang lebih tersusun?
so siapa kata pembangkang tak guna.... ada perubahan lebih baik dari UMNO
Buat apa Mukriz nak tanding ketua pemuda ... yg pastinya beliau akan tanding jawatan Naib Presiden. so Kj akan tertinggal kali ini ...
ReplyDelete