19 July 2013

Penggabungan MCA, Gerakan dan SUPP isu menarik

Akhir-akhir ini kedengaran di sana sini yang MCA sedang menguruskan rundingan agar kesemua parti yang di dominasi oleh kaum Cina bersatu menjadi satu entiti politik yang berkesan.

Khabarnya Gerakan telah bersetuju untuk mengabungkan partinya dengan kedua-dua parti Cina itu dengan hanya meminta satu syarat iaitu MCA perlu menjadikan parti itu sebagai parti yang 'multiracial' seperti Gerakan dan SUPP. Chang Ko Yuon meminta MCA supaya menjadikan parti itu sebagai sebuah parti ‘multiracial’ kerana parti yang berdasarkan kepada bangsa sudah tidak relevan lagi.

Jika usaha menggabungkan parti itu berjaya maka jumlah keahlian parti-parti dalam BN akan berkurangan menjadi 12 sahaja dan ini akan memudahkan lagi mentadbir BN pada masa-masa yang akan datang. Saya dikhabarkan yang usaha penggabungan ini adalah satu-satunya cara bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada kepada parti-parti yang di dominasi oleh kaum Cina.

Penggabungan ini merupakan satu tindakan perubahan yang drastik dan ia menampakkan yang pimpinan parti-parti ini serius dan ini lah sebenarnya yang mahu dilihat oleh rakyat. Parti-parti atau pertubuhan yang tidak melakukan perubahan adalah sebuah pertubuhan, kewibawaan pertubuhan itu akan beransur-ansur kurang keampuhannya dalam menghadapi rakyat yang ramai.

Ketiga-tiga parti ini telah mengalami kekalahan yang terbesar dalam sejarah penubuhan parti-parti tersebut dan ini merupakan isu yang biasa dalam sejarah sesebuah parti itu. DAP pernah menghadapi kekalahan teruk dalam pilihanraya 1995 dan beberapa kali dalam pilihanraya negara, begitu juga PAS. PKR hanya mempunyai satu kerusi di Permatang Pauh suatu ketika dahulu.

Tetapi parti-parti ini kembali menjadi besar penyertaan mereka dalam Dewan-Dewan Legislatif negara. Keadaan berubah mengikut keadaan dan masa. Jika dalam PRU13 yang lalu MCA dan Gerakan serta SUPP menjadi mangsa keadaan politik semasa itu, itu adalah perkara dan kejadian biasa dalam politik bukan sahaja di negara ini tetapi juga dimana-mana negara lain juga.

DAP sudah sampai ketahap maksima dari jumlah kerusi yang boleh dimenanginya. Terutamanya di Semenanjung Malaysia ini. Itu lah sebabnya parti itu menumpukan tenaga di Sabah dan Sarawak bagi mengembangkan pengaruhnya dan menambah bilangan penyertaan mereka dalam Dewan-Dewan Legislatif negara. Hampir kesemua kerusi di Semenanjung yang dijangkakan boleh dimenangi oleh parti itu telah pun di menanginya.

Jika diikuti formula ilmu statistik DAP sudah sampai ke ‘apex’ nya dan jika ada pergerakan statistik kepada parti itu ia akan hanya menunjukan penurunan. Sebagai sebuah parti yang telah memerintah sebuah negeri seperti P Pinang, parti DAP akan terjumpa dan berhadapan dengan masalah yang lazim dihadapi oleh sesebuah parti pemerintah.

MCA, SUPP serta Gerakan boleh memperbaiki diri semasa dalam kejatuhan dan jika mereka mampu menunjukkan perubahan, tidak terkejut bagi banyak pihak yang parti-parti itu akan bertambah sokongan dari rakyat dalam pilihanraya yang akan datang. Lagi pun dalam kekalahan yang mereka hadapi sekarang secara ‘natural’ nya semua pemimpin yang menjadi isu semasa menghadapi PRU ke 13 yang lepas akan tiada lagi dibarisan pimpinan mereka dan ini akan memberikan imej baru kepada penampilannya kepada rakyat yang begitu mendesak buat masa ini.

Tidak ada satu parti pun boleh menguasai bangsa yang mendominasi sesuatu parti. Contohnya DAP telah cuba mendapatkan kuasa waktu yang terbaik semasa PRU yang lalu. DAP tahu jika ada pun kesempatan untuk menjadi rakan kongsi dalam kerajaan, PRU ke 13 yang lalu adalah masa yang terbaik baginya.

Itu sebabnya parti itu beriya-iya memberikan sokongan dan berpadu dengan PKR bagi mendapatkan sokongan dari ‘secondary source’ untuk mencukupkan kekuatan untuk menubuhkan kerajaan bersama PKR. Tetapi dalam usaha itu ‘coalition’ dalam Pakatan Rakyat tidak mendapat kata sepakat dalam banyak isu yang berkaitan dengan keadaan semasa.

Dalam usaha mendapatkan sokongan padu dari kaum bukan Melayu secara total DAP juga telah melakukan kesilapan dengan menawar isu nama Allah kedepan secara rasmi. Akhirnya Pakatan tidak dapat kerusi yang mencukupi untuk berkuasa bersama rakan kongsi mereka kerana PAS telah tidak berjaya memenangi kerusi yang sepatutnya dimenanginya kerana isu Allah itu. PAS telah menjadi defensif dalam isu ini, dan isu ini adalah isu yang terlalu ‘unnecessary’ yang ditimbulkan oleh DAP.

Impak jangka panjang kepada DAP adalah besar kerana dengan isu itu telah mengurangkan keyakinan bangsa Melayu dan strategi menggunakan sokongan PAS dalam Pakatan Rakyat yang dilakukan secara yang mereka lakukan dalam PRU yang lalu tidak mungkin boleh diulanginya lagi. Orang melayu rata-rata, termasuk penyokong PAS sendiri berkata dengan nada kecewa yang saya berjumpa berkata, mereka tidak akan ‘dipatuk ular dari lubang yang sama’ pada pilihanraya yang akan datang ini. “Once bitten twice shy” kata seorang pemimpin PAS yang hampir dengan saya.

Tetapi kita tidak perlu marah dengan DAP berbuat demikian kerana semasa itu parti itu merasakan itu sahajalah waktu dan ketikanya bagi mereka mempunyai peluang untuk duduk di Putrajaya bersama rakan kongsinya pimpinan Anwar Ibrahim. Keyakinan mereka terlalu tinggi sehinggakan mereka merasakan banyak isu dan janji-janjinya tidak perlu dipenuhi dan selepas berkuasa mereka boleh mempertahankan kedudukan dengan pengaruh ‘incumbency’ yang mereka bakal perolehi.

Apa yang dilakukan oleh DAP sememangnya memberikan kebaikan kepada parti itu, tetapi tindakannya itu telah membantutkan sokongan orang Melayu kepada PAS dan PKR sendiri. Oleh kerana itulah PR akhirnya tidak berjaya memenangi DUN di Negeri Sembilan, misalnya kerana diatas beberapa isu yang dilakukan oleh DAP, PKR telah gagal untuk memenangi satu kerusi pun dalam kawasan Kuala Pilah. PKR yang rata-rata dianggapkan akan memenangi tiga kerusi DUN di kawasan Kuala Pilah akhirnya kecundang kerana ribuan yang sepatutnya memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat telah kembali memberikan sokongan kepada UMNO dan BN.

DAP walaupun menang dalam kesemua kerusi yang ditandingi mereka, PKR dan PAS pula kecundang dan rata-rata keluarga dan rakan-rakan yang hampir dengan saya memberitahu yang ‘intrigue’ yang dilakukan oleh DAP itu hanya boleh di applikasikan hanya sekali sahaja. Selepas ini orang Melayu akan lebih berhati-hati dan akan melihat tindakan parti itu dengan lebih khusus lagi.

Tetapi itulah politik disini. Kadangkala strategi menjadi, kadangkala kecundang. Tetapi yang nyata di Negeri Sembilan, misalnya peralihan sokongan dan tumpuan bagi mereka yang berada diatas pagar bermula dari saat parti itu mengumumkan tiada orang Melayu dan Islam menjadi calon dalam pilihanraya itu. Itu amat bertentangan dari janji-janji awalnya. Ia telah mengakibatkan PAS dan PKR kecundang di kawasan-kawasan majoriti Melayu di timur negeri itu.

Niat dan cita-cita untuk merasakan kuasa di Putrajaya tidak kesampaian dan parti itu terpaksalah mencari dan mendapatkan strategi yang baru bagi mendapatkan sokongan kali ini. Oleh itu dalam situasi sebegini jika parti-parti yang di dominasi oleh kaum Cina boleh bersatu mereka boleh menjadi saingan kuat kepada DAP dihari muka dan pastinya situasi kali ini akan berlainan secara 'total' jika mereka (MCA,SUPP dan Gerakan) berjaya memperbaiki keadaan.

Proses pemulihan bagi parti-parti MCA, SUPP dan Gerakan akan hanya tercapai jika masing-masing sedar betapa perlunya mereka melakukan perubahan secara jelas dan telus. Jika parti-parti ini dapat menunjukkan kejujuran kepada rakyat dengan niat yang difahami bersih, tidak ada sebab kenapa parti-parti itu akan kembali mendapat tempat dihati rakyat yang ramai.

6 comments:


  1. UMNO's politics had destroyed MCA, Gerakan and SUPP.

    The aim, by some in the party, was to decimate the Chinese politics so they have no voice and influence....they had been very successful for decades.

    ReplyDelete
  2. 1 malaysia...bodohnya najib...
    akan dtg kimma boleh ganti umno...bila ramai bangla,pakistan dpt ic malaysia..

    ReplyDelete
  3. PARTI 'MULTIRACIAL' HASIL GABUNGAN MCA, GERAKAN DAN SUPP.
    Ramai berpendapat bahawa parti berasaskan kaum tidak lagi relevan di Negara ini. Walau demikian saya berpendapat ada perkara harus dipraktikkan terlebih dulu bagi mendapatkan kata sepakat antara kaum sebelum pertubuhan parti 'multiracial' bolih diwujudkan.
    Masaalah besar antara kaum Negara ini tidak mempraktikkan berkominikasi sesama mereka menggunakan bahasa kebangsaan/ bahasa Melayu yang betul dan jelas sebutannya. Hanya bahasa pasar di gunakan. Ini penghalang penyampaian maksud yang tepat dan jelas sesama mereka.
    Ungkapan 'bahasa jiwa bangsa' tetap bertapak dan melekat disetiap jiwa kaum Negara ini. Orang Cina bertutur bahasa Cina sesama mereka,India dengan Tamilnya dan lain lain keturunan dengan bahasa masing masing kaum. Bahkan terasa janggal pula untuk bertutur bahasa Melayu sesama mereka. Hal ini berbeza di Thailand dan Indonesia yangmana rakyat bertutur bahasa rasmi Negara mereka.
    Pertuturan antara rakyat berbeza kaum di Negara ini masih lagi berpaksikan kepada 'bahasa ibunda' kaum masing masing walaupun umum mengtahwi bahasa Melayu itu bahasa rasmi Negara. Tambahan pula wujud system persekolahan pelbagai aliran dengan keutamaan diberi kepada bahasa ibunda kaum masing masing dari peringkat rendah hingga menengah. Sejak mula persekolahan hingga berumur 17 tahun pelajar pelajar ini terpisah antara kaum sendiri dengam kaum lain. Kalau ada pun diajarkan subjet bahasa Kebangsaan pun hanya dipelajari sekadar cukup makan sahaja.
    Disini menunjukkan titik penyesuaian dan perhubungan sebenar antara kaum hanya selepas tamat sekolah menengah. Nyata hubungan murni dengan kesefahaman sebenar hati ke hati tidak diwujudkan dari zaman kanak kanak lagi.
    Dalam keadaan ini memang sukar untuk disatukan dalam ertikata penyatuan sebenar dalam sebuah pertubuhan. Padang lain dan belalang pun lain .

    Orang padang besar

    ReplyDelete
  4. Pak Aspan,

    Kaum cina dari segi politiknya adalah minoriti.Jika diibaratkan didalam filem.ada pelakon utama dan ada sidekick.Samada DAP atau MCA mereka hanya boleh menjadi "sidekick" kepada pelakon utama iaitu PASdan UMNO..

    DAP dan MCA sedar hakikat ini.Apa pun senario ini tidak akan berubah malahan kuasa politik org org cina. Sebenarnya semakin terhakis dan mengecil.Kalau dulu populasi cina adalah 30% skg dlm 20% lbh sikit.10 thn akan dtg mungkin tinggal sekita 18 % shj..India pun sama.Semakin merosot..

    Jdi jagoan yg bertarung dipentas politik masa akan dtg masih tetap parti politik melayu Islam..

    ReplyDelete

  5. It's not the schools or language.

    The 60s & 70s, national schools were doing very well for integration and nation building.

    Now, national schools are like exclusively Malay schools or Islamic schools. No consideration is taken of other races and religions.

    With prolong narrow, divisive and damaging politics of race and religion, infiltrating schools and other institions, the permanent damage had been done with far reaching consequences.

    Racism and religious intolerance start from HOME.....this is made worst by politicians/leaders.

    ReplyDelete
  6. SalaM Aspan ,

    Anon 12.07,

    1.Sorry, I disagree with you.It is of course the school and the language issue that lead to this racial polarisation today.It is the chinese non-acceptance of the Sekolah Kebangsaan ,though not all, and the Bahasa Melayu as the national language that really bothers many right thinking Malaysians and the government. Even the Sekolah Wawasan is not popular and and not well accepted by the chinese. This results in poor integration and assimilation after so much is done by the government for the national unity effort through education.What happen to that Bahasa Jiwa Bangsa slogan?.The Banglas speak better bahasa than mpst chinese here.It has to do with the school and the language of course ,without doubt.

    2.The recent election trend by 90% chinese rejecting BN has sent unhealthy messages to Malaysians and the government.The current political bickering trend between the two political divide does not help one bit either.The Blackout 505 rallies led by Anwar and supported by many chinese unexpectedly and surprisingly,further shows the chinese greed to grab for political power after controlling most of the nation economy.Now they are not well represented in the government out of their own choice.Whose fault are these?.You tell me.

    3.Lim Kit Siang who has done NOTHING for Gelang Patah won the chinese majority constituency there with ease.Can someone explain the logics.I like to believe that it is not the racial sentiment played by DAP.Yes ? No ?.I blame DAP and Anwar of PKR for this upheavals now ,say what you want.

    4.One cannot ignore the importance of having one school system and a common usage of Bahasa Malaysia for all,like in Indonedia and Thailand,where school children are exposed and allowed to mix together since at a tender young age.Do not under estimate the need for this NATIONAL RECONCILATION effort now.Let us be realistic this time if we care about the cointry.It goes along way for nation building,hopefully.

    Salam ramadhan.Terima kasih.


    Kampong man.

    ReplyDelete