DAP terpaksa mengadakan semula
pemilihan jawatan kuasa pusatnya (CEC) diatas arahan RoS. DAP tidak dapat
mengelak untuk mengadakan pemilihan bagi mengelak dari pendaftaran parti itu
terbatal. Berbagai cara dilakukan oleh DAP untuk mengelakkan pemilihan diadakan
semula tetapi akhirnya akur atas arahan RoS dan akan mengadakan kembali
pemilihan CEC itu ditarikh yang bakal di putuskan tidak berapa lama lagi.
Pemilihan semula kali ini
mengajar parti itu bahawa sesebuah parti politik tidak boleh dimanipulasi oleh
gulungan tertentu sahaja untuk memperkuatkan kuasa satu gulungan dalam parti
itu. DAP sepatutnya belajar zaman untuk parti itu hanya di kuasai oleh pihak
tertentu sahaja sudah berakhir kerana zaman rakyat berfikir sudah mendatang.
UMNO juga akan mengadakan
pemilihan kali ini dan msing-masing yang telah mengambil keputusan untuk
bertanding sudah mula berkempen dan lobi hotel yang banyak bintangnya sudah
mula dipenuhi oleh bakal perwakilan serta mereka yang bertanding. Tidak lama
lagi pusat-pusat hiburan akan dipenuhi oleh bakal perwakilan dan bakal calon
yang akan bertanding. Sudah mula ada pihak dalam UMNO sudah menagih wang untuk
mendapatkan sokongan tetapi bagaimana hendak membeli undi dari seramai hampir
150 ribu perwakilan tidak tahu pula di fahami.
MIC dan MCA serta parti-parti
lain di Sabah dan Sarawak juga akan mengadakan pemilihan dalam persidangan
tahunan masing-masing tetapi yang paling
menarik sekali ialah tentang pertandingan dalam UMNO kali ini. Kali ini
pemimpin-pemimpin lebih dari 20,000 cawangan bersama jawatankuasa masing-masing
boleh memainkan peranan untuk memilih pimpinan peringkat tertinggi dan ini
merupakan satu kelainan dari kaedah pemilihan sebelum ini.
UMNO disamping itu sedang
menghadapi masalah dalaman yang besar di setiap peringkat dan ini juga
mempengaruhi keadaan dalam pemilihan nanti. Kalau keadaan UMNO ini berlaku
didalam mana-mana parti di negeri-negeri maju tentulah pimpinan utama seperti
Najib akan tumbang. Selalunya pimpinan yang tidak mampu membawa perubahan, keamanan serta kemajuan rakyat akan tumbang
ditangan ahli-ahli yang sedar dan bermaklumat.
Bagi saya walaupun ini peluang
untuk UMNO mendapatkan pimpinan yang boleh membawa pembaharuan saya berpendapat
UMNO tidak mungkin berjaya berubah seperti laungan pimpinan mereka sejak
setahun dua yang lalu. Apakah yang menyebabkan saya berfikiran begitu? Mari
kita lihat dari satu dua sudut yang real dan praktikal.
Pertamanya kalau pun hendak
mengubah kepimpinan siapa yang hendak menggantikan Najib kalau budaya ‘patronization’
dalam UMNO terus berlaku? Tentulah pilihan mereka itu adalah dikalangan yang
berada di dalam Majlis Tertinggi parti itu. Kalau pilihan itu datangnya dari
barisan kepimpinan dalam Majlis Tertinggi sekarang ini elok kita lupakan sahaja
niat untuk melihat berubahan itu. UMNO sudah terbiar melata dalam kepimpinannya
sejak hampir tiga puluh tahun dahulu.
UMNO ketandusan kepimpinan.
Mereka yang berkepimpinan sudah tiada dalam UMNO dan tidak ada yang boleh
dididik sebagai pemimpin pilihan dalam keadaan UMNO sudah melata sekarang ini.
Mereka yang akan menawarkan kepimpinan jika ada adalah dikalangan mereka yang
sama kualiti, budaya dan tahap kemampuan mereka berfikir. Ia ibarat menukar
diantara belacan dengan cencaluk sahaja.
Kebanyakan yang ada dalam UMNO
itu ibarat garam dalam gulai sahaja. Walaupun garam itu penting tetapi tidak
boleh di masukkan terlalu banyak dalam masakan kita. Garam diperlukan setakat
sesedap rasa sahaja. Kalau di bubuh garam terlalu banyak maka gulai dan lauk
itu tidak akan mampu di makan oleh sesiapa pun.
UMNO telah membunuh mereka yang
berkepimpinan sejak Dr Mahathir mengambil alih kuasa dan budaya membunuh dan
mengenepikan pemimpin yang boleh memimpin itu masih berlaku sampai kehari ini.
Dr Mahathir akhirnya mendapat set baru pimpinan UMNO dibawahnya. Diantaranya
ialah Anwar Ibrahim, Abdullah Badawi, Najib dan selepas bersara wujud nama
Muhyiddin Yassin.
Diantara nama yang disebut tadi
Anwar lah yang paling menonjol dan keghairahan beliau terlalu nyata,
sehinggakan dalam proses beliau menaiki kekuasaan itu terlalu ramai pemimpin
yang dilandanya dan ini menyakitkan hati banyak pihak. Dr Mahathir terlalu
memilih orang yang beliau hendak kuasai tetapi beliau jauh tersasar niatnya
dengan Anwar.
Silat dan langkah Anwar mendapat
perhatian termasuk usahanya untuk menjadi terkenal di pentas dunia khususnya di
Amerika Syarikat. Anwar menghabiskan banyak masa untuk ‘solicit international
support’ sebagai persediaan beliau untuk menongkah Dr Mahathir.
Apabila Anwar rata-rata
dikhabarkan akan menentang Dr Mahathir Presiden UMNO, Mahathir dan teman-teman
rapat beliau mula melakukan apa yang sepatutnya dilakukan untuk menyekat Anwar.
Mereka mula sedar yang sokongan Anwar terhadap beliau (Mahathir) hanyalah
sementara menunggu waktu yang sesuai untuk melakukan gerakan mengejut untuk
menentang Dr Mahathir yang kian hari kian merosot persepsi orang ramai terhadap
beliau,.
Anwar semasa menyertai UMNO telah
berjanji kepada rakan-rakannya di dalam Abim yang beliau akan meningkat menjadi
Perdana Menteri dalam tempoh 11 tahun sahaja dan meminta mereka merestui
tindakan beliau meyertai UMNO. Silat dan langkah Anwar yang begitu ‘aggressive’
telah akhirnya berjaya menumpaskan halangan seperti Ghaffar Baba dan kumpulan
Dr Mahathir sendiri seperti Sanusi dan rakan-rakannya.
Anwar akhirnya menjadi Timbalan
Perdana Menteri, dan merupakan orang yang mengambil giliran yang ketiga menjadi
Timabalan kepada Dr Mahathir. Cita-cita besar Anwar sudah hampir kepada
matlamatnya. Anwar begitu yakin yang beliau akhirnya akan dapat mengatasi
halangan terakhir iaitu dengan mengenepikan Dr Mahathir melalui pengaruh kuatnya
dalam UMNO.
Mahathir begitu ‘innovative’
dalam mencari jalan penyelesaian untuk dirinya dalam menghadapi asakan dari
pengaruh Anwar yang tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri itu.
Caranya tidak lain dan tidak
bukan ialah dengan memecat Anwar Ibrahim dari UMNO, dan asas untuk Anwar
dipecat di sediakan oleh Anwar sendiri. Mahathir hanya menuai apa yang terbit
sahaja bagi memecat Anwar dari parti dan jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Hari yang paling baik untuk pemecatan Anwar sampai pada September !998.
Mahathir memulakan kembali usaha memperkuatkan diri beliau dari saat itu.
Seperti yang kita semua fahami dalam krisis seperti ini Mahathir sentiasa terselamat
dari bahaya politik peribadinya. Mahathir hanya kuat dalam krisis.
(bersambung)
Saudara AA
ReplyDeleteTulisann dan komen saudara memang padat sekali. Teruskan usaha saudara. Syabas!
Betulkah Anawar Ibrahim adalah pemimpin yang tamak dengan yang dahagakan kuasa?
ReplyDeleteTidak timbul seseorang rakyat itu adalah tamak dengan yang dahagakan kuasa selama mana Perlembagaan Negara membenarkan dan memberi hak ia boleh menjadi calon dalam PRU dan bila menang dari segi undang-undang tiada halangan baginya boleh menjadi PM jika direstui oleh YDPA.
Dalam politik tidak timbul seseorang ahli politik itu adalah tamak dengan yang dahaga dan kuasa selama mana masih banyak lagi pemerintah yang sedia ada tidak melaksanakan kuasa mengikut kehendak ajaran Islam.
Firam Allah SWT.:
وَقُل رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَانًا نَّصِيرًا
yang maksudnya:
“Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta KEKUASAAN yang menolongku,” [Al-Israa: 80].
Mengenai siapakah Anwar Ibrahim ada dua sudut pandangan, iaitu oleh:
(a) Golongan sekular yang tidak mengedahkan pengajaran Al-Qur'an, dan
(b) Golongan yang berminda Islamik yang mengendahkan pengajaran Al-Qur'an.
Golongan yan tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an adalah golongan yang Allah SWT Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 1307-1308].
Contoh golongan yang mengendahkan pengajaran Al-Qur'an dapat didengar pandangannya mengenai siapakah Anwar Ibrahim di youtube ini, iaitu oleh Prof. Dr. Razali Hj. Nawawi:
http://www.youtube.com/watch?v=vghH1mWE0is&feature=related
Siapakah Prof. Dr. Razali Hj. Nawawi? Baca di link ini:
http://www.aqm.my/new/index.php?option=com_content&view=article&id=77&Itemid=93
.