MCA telah menjadi korban keadaan
setelah BN memenangi pilihanraya dengan kehilangan majoriti 2/3 dalam
pilihanraya ke12 yang lalu. MCA hanya memenangi 15 kerusi di Parlimen dan keadaan
itu terus menjadi runcing dalam pilihanraya ke13 lalu.
MCA bukanlah melakukan kesalahan
yang begitu buruk tetapi oleh kerana MCA itu rakan kongsi kepada UMNO, MCA
telah menerima bahangnya dan menjadi korban keadaan apabila kawasan Cina DAP
telah mendapat tempat dihati pengundi kaum Cina dalam pilihanraya yang lalu.
Jika di imbas kembali kenyataan
pemimpin-pemimpin MCA selepas pilihanraya ke12 dahulu, kita akan teringat
bagaimana pemimpin-pemimpin MCA membidas kelemahan UMNO sehinggakan parti itu
sendiri menghadapi malang
kerana bersekongkol dengan kelemahan UMNO semasa itu.
Kita bukan tidak ingat MCA
memperjuangkan kaumnya dan meminta serta mendesak agar perkara-perkara penting
wajar diperbaiki dan mengelakkan negara kita terperangkap dengan ‘middle income
trap’ dan sebagainya. Keadaan itu adalah di sebabkan dasar keistimewaan orang
Melayu yang berpanjangan. MCA telah mendesak BN supaya memperbaiki dasarnya
agar pembangunan negara tidak terbantut semata-mata kerana dasar yang mementingkan
kepentingan Melayu yang keterlaluan.
Tetapi apabila pilihanraya ke13
menghampiri masanya, MCA terpaksa berjuang mengikut cara lain iaitu dengan
berbincang dan berbahas didalam BN tanpa diketahui ramai untuk menjaga imej BN
yang kian lemah menghadapi tekanan pihak pembangkang dari Pakatan Rakyat.
Apabila MCA memperjuangkan
bangsanya dari dalam dan secara kekeluargaan dengan UMNO dan lain-lain, DAP
mengambil kesempatan untuk mengambil alih laungan perjuangan untuk bangsanya
seolah-olah pada pandangan ramai MCA dianggap sebagai parti yang menjadi
‘kaldai’ kepada UMNO rakan kongsi terbesar dalam BN itu.
Sebenarnya apa yang di desak oleh
MCA terhadap UMNO lebih dahsyat lagi dari desakan DAP, tetapi tindakan MCA itu
tidak menampakkan ‘aggressiveness’ nya, maka DAP mengambil tempat kononnya
memperjuangkan untuk bangsanya, kaum Cina. MCA terperangkap dengan situasi
menjaga keharmonian BN dan perjuangan terbuka untuk bangsanya.
Malahan banyak dari umpan dan
pertolongan kepada kaum Cina oleh PM Najib sebelum pilihanraya itu adalah hasil
perjuangan MCA bagi mengambil hati kaum Cina dan menyokong MCA dalam
pilihanraya yang lalu. Tetapi oleh kerana ‘mood’ yang berlainan telah wujud
hasil dari kebijaksanaan DAP mengambil alih kasih dan sayang kaum Cina itu,
maka MCA menjadi korban keadaan politik semasa itu.
Beberapa pemimpin MCA yang saya
kenali secara peribadi bercakap hal ini apabila mereka terjumpa saya
dimana-mana. Katanya MCA menjadi mangsa keadaan dan kaum Cina telah melupakan
segala jasa-jasa parti itu dalam membentuk kaum Cina yang ‘dynamic’ dalam semua
bidang sehingga keadaan kaum Cina begitu stabil dan maju jika dibandingkan
dengan bangsa-bangsa lain dinegara ini.
Mereka merasakan kaum Cina telah
melupakan usaha gigih partinya membina kekuatan pendidikan dan pelajaran untuk
kaum Cina. Tiada mana-mana parti pun kata mereka dikalangan kaum Cina yang
telah berjaya menubuhkan beberapa buah institusi pendidikan tinggi yang
dipelopori MCA seperti Universiti Tunku Abdul Rahman, dan TAR College
yang telah menambah daya saingan kaum Cina dalam bidang pelajaran.
Pemimpin MCA itu dengan terang
memberi tahu saya semasa terjumpa mereka, yang kaum Cina tidak akan mencapai
keadaan dan kemajuan yang mereka ada pada hari ini jika tidak kerana MCA.
Saya yang mendengar keluhan itu
hanya berdiam diri sahaja sambil berfikir alasan yang mereka ucapkan kepada
saya. Saya juga mahu sahaja mengakui yang kaum Cina yang bijak-bijak memberikan
sokongan kepada DAP sekarang ini mendapat pendidikan dari kolej dan Universiti
anjuran MCA. Malahan tidak salah jika dikatakan yang kaum Cina begitu maju
kehadapan dalam bidang pelajaran dengan usaha gigih MCA memperjuangkan
bangsanya untuk maju dalam semua bidang kehidupan.
Saya tidak memberikan reaksi yang
banyak tentang komen seperti ini, hanya memberikan jawapan yang boleh
menyenangkan mereka mendengarnya. Saya hanya memberikan kenyataan yang setiap
parti ada pasang surutnya. MCA pernah ketinggalan dalam pilihanraya 1969 tetapi
kembali pulih selepas pilihanraya 1974 dahulu. DAP pernah kalah dalam hampir kesemua
kerusi yang dipertandingkan kecuali dikawasan-kawasan yang sememangnya menjadi
kubunya.
Semasa MCA jatuh pada pilihanraya
1969 dahulu ia di nilai dari beberapa kelemahan parti itu pada masa itu. Oleh
yang demikian DAP juga tidak boleh lari dari menghadapi isu yang sama, apa tah
lagi sekarang DAP memenangi kerusi dalam kadar yang optima dan sudah tidak ada
banyak lagi kerusi yang mereka akan menang untuk menambah bilangan kerusi
mereka. Itu sebabnya DAP sedang berusaha untuk mengembangkan sayapnya ke Sabah
dan Sarawak kerana DAP sedang menghadapi
‘saturation’ di Semenanjung ini.
Bagi saya MCA telah menghadapi
‘double jeopardy’ dalam pilihanraya yang lalu. Parti itu kehilangan sokongan
kaum Cina dan juga hilang sokongan kaum Melayu kerana UMNO sedang menghadapi
masalah dengan kaum Melayu juga. Oleh kerana MCA bertanding dikawasan-kawasan
yang bilangan Melayu yang agak besar maka parti itu menghadapi situasi yang
sangat sulit dan akhirnya menjadi mangsa keadaan semata-mata.
Tetapi itulah politik, ada masa
pasang surutnya. DAP yang begitu dorminan di kawasan-kawasan pengundi Cina sekarang
pun sudah mula menghadapi masalah sokongan dari semua kaum, tetapi tidak dapat
di ukur sejauh mana seriusnya keadaan yang dihadapi DAP.
Keghairahan DAP semasa
pilihanraya yang lalu juga sudah menampakkan kelemahan yang sangat nyata. DAP
tidak melunaskan banyak janji-janji seperti yang mereka laungkan semasa kempen
pilihanraya yang lalu dan ini sedang dalam pemerhatian rakyat ramai. DAP begitu
popular dalam pilihanraya yang lalu tetapi apa yang dikhuatiri ia hanya merupakan
populariti seperti populariti lagu pop sahaja, tidak kekal lama.
Laungan DAP sebagai parti
berbilang kaum tidak nampak kebenarannya kerana tidak ada satu elemen pun dalam
parti itu yang menunjukkan parti itu serius dalam janji-janjinya. Ia tetap
sebuah parti untuk kaum Cina dan tidak ada bezanya dengan MCA yang telah banyak
berkerjasama kepada bangsanya itu.
Jika ada pun seorang dua Melayu
didalamnya ia hanyalah merupakan ‘window dressing’ untuk mengelirukan bangsa
Melayu yang sedikit memberikan sokongan kepada parti itu dalam pilihanraya yang
lalu.
Sesungguhnya sememangnya tidak
ada yang bercakap benar dalam parti-parti samada dalam BN atau pun di dalam
Pakatan Rakyat. Saya yakin jika tidak ada persepsi rasuah yang dikaitkan dengan
UMNO dan BN, Pakatan Rakyat tidak akan kemana-mana dalam pilihanraya yang lalu.
Selagi tidak ada perubahan dalam
struktur politik negara ini, keadaan ini akan terus berlarutan dan semua pihak
akan berhadapan dengan masalah yang tidak akan terungkai sampai bila-bila.
We must be loyal to UMNO and not to the country. That's what our leaders wish to see.
ReplyDeleteIf one is loyal to the country, he has to dish out UMNO forever bro. Do they want to see that to happen? Certainly not.
The chinese voters have been made to believe PR will be the next government after last election but far from it.
ReplyDeleteThey must be seen to vote and be loyal to DAP and abandon MCA/Gerakan.
They care not about the proven BN formula of power sharing all this while because DAP will be the dominant party in PR should the opposition win.They were misled by DAP.Look at DAP Penang is enough.Good for Malaysians?.Ask LGE. CAT?.I have my reservation.
Boleh diumpamakan parti politik seperti fesyen pakaian. Sampai masanya, fesyen itu akan ditinggalkan walaupun ia masih boleh dipakai.
ReplyDelete
ReplyDeleteAA, yang kuat sekali semangat kebangsaannya ialah parti Dap. Tetapi semangat kebangsaannya itu ialah semangat kebangsaan bangsanya, CINA. mengata parti lain main isu rasis, tetapi Dap itu sendiri sangat rasis walaupun tak bercakap isu rasis. Tak boleh salahkan Dap bro, dah Cina tu Cina jugak. Mana ada multiracialism dalam Dap. Semuanya temberang kosong sahaja.
Bersetuju tak AA?
ahmad syahdu...busuk-busuk mca kita melayu sudah lama dengannya. Mca sudah lama dengan orang melayu, begitu juga melayu sudah lama dengan mca bekerjasama. Bak kata Dr M, busuk-busuk mca ada bau melayunya.
ReplyDeleteDap is impregnated with deceits and cheats. Imagine if that party had won and becomes a government. Mati melayu di kelentongnya.
So many comments, but people keeps on misding that what we want is an electoral system that is fair, so that the rakyat is free to make their choice. By all means, UMNO can be the government, but UMNO can also be kicked out if they do not perform. Same with PR.
ReplyDeleteNo political party is perfect, but let us rakyat be the judge!!! And in a free and fair environment. Only when these politicians realize that their arse depends on the rakyat will they start to perform for us, and only then the political parties be as perfect as it can be.
Bottom line: Jangan tipu rakyat. Pulangkan kuasa rakyat kepada rakyat. Why is that so difficult to comprehend?
'Tanda Putra' has been banned in all panggung wayang in Penang by LGE.The film has been viewed as a non patriotic by DAP.See how arrogant DAP is.Hope to see more Malays in the coming CEC.Don't be too hopeful.It will never happen knowing DAP.
ReplyDeletesebab dah berkawan lama dgn umno la jadi perangai buruk umno dah melekat kat mca...
ReplyDeleteMCA dan DAP sama saja, walaupun dapat memenangi semua kerusi 100% belum tentu dapat mengambil alih tampuk pemerintahan negara sekalipun dengan gabungan parti-parti lain yang ada dalam negara malaysia ini.ini fakta bukan auta dan termaktub dalam perlembagaan tidak seperti yang umno jaja sana dan sini.Kalaupun MCA dan DAP racist sekalipun mereka tidak akan dapat melepasi perlembagaan malaysia.Sekarang mereka cuma mengikut rentak umno yang sedang berkuasa saja.
ReplyDelete