Kali ini saya menyebut tentang
serangan terhadap Muhyiddin Yassin oleh beberapa pihak yang menuduh beliau
tidak prihatin terhadap sensitiviti rakyat bukan Melayu kerana beliau mengakui
yang beliau mengambil sikap Melayu Islam dahulu barulah Malaysia.
Saya terbaca serangan yang
dilakukan terhadap beliau kerana menyebut tentang isu bagaimana bukan Melayu
telah menyentuh sensitiviti agama Islam dan bangsa Melayu. Sebaliknya mereka
yang mengkritik Muhyiddin pula menuduh beliau sebagai orang yang memulakan isu bangsa
dan elemen rasis dalam mana-mana ucapan dan kenyataan beliau akhir-akhir ini.
Saya bukan hendak mempertahankan
Muhyiddin tetapi adalah adil jika kita lihat dari realiti yang jelas berlaku
didepan mata kita tentang isu bangsa dan agama ini. Apa yang rasisnya Muhyiddin
dan apa yang menyentuh perasaan orang bukan Islam dan bukan Melayu itu.
Bukankah rasis itu sememangnya sudah menjadi cara berpolitik bukan sahaja dari
kaum Melayu bahkan juga dari kaum bukan Melayu?
Saya telah berusaha secara
sendirian untuk memperjuangkan ‘multiracialism’ ini kerana begitu semangat saya
melihat parti DAP bercakap tentang perjuangan keperbilangan kaum itu? Saya
lantas menyertainya dengan berani dan tidak memperdulikan pandangan ramai
kerana saya begitu terpengaruh dengan kata-kata mereka yang akhirnya kita lihat
sebagai retorik politik murahan semata-mata.
Bagi parti ini, rupa-rupanya
keperbilangan kaum itu didefinasikan sebagai sokongan semua kaum terhadap parti
itu dan memberikan semua sokongan untuk kepentigan mereka dalam satu kaum mereka
sahaja. Ramai mengingatkan yang ‘multiracialism’ itu bermakna penampilan
kepimpinan mestilah dari semua kaum mengikut jumlah penyertaan kaum bukan Cina
yang munasabah.
Tetapi akhirnya kejayaan di Pulau
Piang itu telah diperguna untuk memperkuatkan kuasa politik kaum yang
mendominasi parti itu sahaja. Walaupun mereka tidak berbunyi perkauman seperti
Muhyiddin tetapi segala applikasi politik yang terlaksana hanyalah untuk
keuntungan dan diwakili oleh keseluruhannya dari kaum yang mendominasi parti itu.
Oleh kerana tidak ada yang mahu
memperjuangkan keperbilangan kaum itu maka tidak lagi salah jika masing-masing
hanya menumpukan perjuangan untuk kaumnya sendiri. Saya begitu tidak senang
hati menyaksikan satu parti itu diwakili oleh hanya satu kaum, tetapi apakan
daya kerana masing-masing mahu memperjuangkan bangsanya sendiri sahaja, maka
elok kita berkompromi dengan masing-masing hanya menyokong bangsanya sendiri
dan tidak dijadikan isu rasis ini sebagai isu politik kita lagi.
Oleh kerana Muhyiddin berbangsa
Melayu jangan disalahkan beliau bercakap tentang bangsanya kerana ada parti yang
melaungkan slogan berbilang kaum itu sendiri hanya menempatkan kaumnya sahaja
dalam semua perkara. Semua yang diperkatakan mereka hanyalah ibarat ‘menanam
tebu dibibir sahaja. Pepat diluar rencong di dalamnya’.
Sesungguhnya kata-kata Muhyiddin
itu sememangnya menakutkan bukan Melayu dan bukan Islam. Tetapi untuk
memberikan sedikit keadilan kepada Muhyiddin tindakan parti seperti DAP yang
melaungkan kepelbagaian kaum tetapi hasilnya hanya untuk kaum yang mendominsi
oleh kaumnya itu lebih menakutkan kerana bercakap lain diluar tetapi
tindakannya berlainan pula.
Sebenarnya yang bercakap lain
yang dibuat lain itu lebih merbahaya, kerana ‘hypocrisy’ lebih mengeliru dan
menakutkan sesiapa yang menjadi korbannya. Sesungguhnya seperti yang saya
sebutkan selalu, ‘we need a new nation and a new politics’.
begitu la cara politik org cina samada mca,gerakan atau dap.. jika pemimpin melayu berkata benar..mereka akan kecam...seolah olah bangsa mereka tidak boleh di usik..
ReplyDeleteInilah akibatnya jika golongan majoroti (bangsa melayu) takut kepada golongan miniroti (cina) kerana bangsa melayu yg silap memilih pemimpin yg telah menerima rasuah dari peniaga cina...
Cina tetap Cina, Melayu tetap Melayu. Itu politik Mealaysia. Saya gembira Pak AA mengambil sikap siapa yang benar memperjuangkan kepelbagaian yang itu sdr sokong. Malangnya belum jumpa lagi parti yang main politik diatas perjuangan itu.
ReplyDeleteBuang semua sekolah kebangsaan, Cina, India dan lain2 jadikan Sekolah 1 Malaysia. Jadikan Subjek wajib Bahasa Malaysia, Cina, India, Inggeris dan Bahasa lain d Malaysia. Supaya anak2 kita tahu semua bahasa dan tidak ada masaalah lagi bergaul.
ReplyDeleteCuma Negeri P.Pinang saje yang ada MB seorang Cina dan timbalannya seorang Melayu.
ReplyDeleteSelain Sabah, negeri mana yang iklas melantik kaum lain jadi Timbalan walaupun kaum itu majoriti negeri tersebut?
Jangan hipokrit ler.
Sarawak. Datuk alfred jabu as timbalan ketua menteri. Go n google
DeletePrinsipnya patut begini :
ReplyDeleteYang benar disokong, yang palsu dikecam.
Kalau DAP mengamalkan multiracialism palsu, parti itu patut dikecam sama dengan BN yang meletakan bukan melayu sebagai window dressing.
Muhidee patut dikecam bukan disokong kerana telah dengan terang-terang meyerang kononya bukan islam menghina islam dalam video Maznah. Janganlah sokong yang salah.
Cina di malaysia nih macam Yahudi di ... hak mereka atau mereka tak boleh disentuh...kalau disentuh kira perkauman...apa yang dipanggil "anti-sementik"...kita mesti lawan ....
ReplyDeletePandangan atau syor yang baik daripada saudara Mohd. Nor Shariff. Sepatutnya ia sudah wujud sejurus kita merdeka pada 1957 atau selewat2nya 1964. Tetapi tahu-tahu saja otak-otak melayu sejak dulu sampai kini dan selamanya bengap macam belacan basi.
ReplyDelete
ReplyDeletesalam eidulfitri tuan Aspan,
"Saya telah berusaha secara sendirian untuk memperjuangkan ‘multiracialism’ ini kerana begitu semangat saya melihat parti DAP bercakap tentang perjuangan keperbilangan kaum itu? Saya lantas menyertainya dengan berani dan tidak memperdulikan pandangan ramai kerana saya begitu terpengaruh dengan kata-kata mereka yang akhirnya kita lihat sebagai retorik politik murahan semata-mata."
Memang benar politik diMalaysia adalah politik kuasa anak-beranak dan anak-menantu. Baik dalam UMNO, PKR, PAS, DAP, MCA, MIC...sama saje.
Anak menantu berhingus pun boleh jadi ahli majlis tertinggi dan ahli majlis syura...hancus!!!
anon 22:27. kat penang, cina majoriti ke?
ReplyDeletebodoh punya melayu.
Anon 22:27 Singapore ade pernah lantik timbalan president melayu ke?
ReplyDeletecina bersatu hati utk merebut kuasa politik org Melayu, tak kira apa, dorang betul ke salah ke, rasis ke tak rasis ke, hampir semua bersatu hati dan cukup pandai main opera cina ..
ReplyDeleteMelayu? ada setengah tu krn termakan budi cina, bukannya nak menyokong bangsa sendiri, org tegur cina yg 'cakap tak siuman' pun jadi marah balik kat bangsa sendiri dan kata bangsa sendiri yg tak betul ..
So where will you go from here?
ReplyDeletesetelah UMNO NO! DAP no-no!
Bukankah Allah sudah berfirman bermaksud,`Dan janganlah kamu mengambil kafir itu sebagai wali (orang yang boleh dipercayai)!' Melainkan saya silap. DAP pun kong kali kong?
Sekarang ROS hanya tidak de-register tetapi menolak barisan CEC!
Kenapa susah sangat nak Mesyauarat dan buat pemilihan semula?
SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA,ya!
Belum lagi terlambat untuk masuk PAS saudara. Tetapi saya orang PAS pun dah mula LEMAS dengan tindak tanduk pucuk pimpinan PAS sekarang. Ade yang menyokong dan mengikuti fahaman Shiah. Akan datang jadilah Hebollah chapter Malaysia pulak!
Dan bertukar shuhada ditambah `wa ala Ali siadina Muhammad.'
Pandei PAS!
Lawan jangan tak lawan adik ooi, hipokrasi, meritokrasi, nepotisme, dna theokrasi!
Yang mana satu!
Politik Malaysia ini tidak kiralah UMNO ke, PAS ke, DAP ke, PKR ke dan sebagainya penuh dengan politik berasaskan prasangka. Melayu kata cina perkauman. Cina kata melayu perkauman dan sebagainya. Sebenarnya semua bangsa dalam dunia ini ada perasaan perkauman soalnya bagaimana mereka bijak menangani perbezaan tersebut dengan sebaik-baiknya. Itulah bezanya.
ReplyDeletePersoalan besar membicara memperjuangkan bangsa di saat Umno di ambang kucar kacir. Bila tu? Apabila adanya pemilihan Umno kelak. Teori RAHMAN pun rasanya terbukti menjadi kenyataan pada pemilihan itu juga.
ReplyDeleteRata rata berhujah mempertahankan bangsa terutama parti politik berteraskan NASIONALIS. NGO nasionalis pun tumpang semangkuk untuk memanaskan gelangang yang nyata ianya boleh mencetuskan api perkauman yang semakin menebal. Tolong lihat ke belakang siapa yang mencungkil intipati perkauman ini terlebih dahulu jika tidak para pemerintah yang di lihat kebal oleh undang undang. Maka terbitlah rasa berani memperjuangkan matlamat parti perkauman masing masing. Terkini kenyataan MCA akan mengambil contoh cara parti china mentadbir negaranya dalam menyatukan bangsa rakyatnya. Negara China yang satu ketika dahulu di tolak hidup hidup oleh Malaysia kerana dasar parti komunisnya. Jadi tidak pelik kalau MCA berbuat demikian kerana sekarang Malaysia mengiktiraf negara China ini.Matlamatnya menghalalkan cara menyatukan bangsanya China.Lihat lah apa akan terjadi nanti.
Berbalik kepada Muhyiddin Yassin kita tidak tahu apa tersurat dan tersirat dalam fikirannya dengan kenyataan beliau itu. Adakah untuk Malaysia atau untuk survival politiknya. Tunggulah kita dalam debaran keamanan kah atau kemusnahan bara dalam sekam.
I fine it a good jokes b this AA and all the commentator because other South East Asian is grabbing their chance to be integrate as a global citizen by libertarian and liberal through their progressive, but those conservative in these country just like any other conservative country in Asian country still embracing their right wing ideology by imposing extreme right wing ideology. no wonder Malaysia political is not advancing and never achieve the dreams of a high income nation that is in par with other South East Asian
ReplyDelete