‘The Awakening: The Abdullah Badawi
years in Malaysia’
akan dipasaran tidak lama lagi dan ini satu penerbitan yang bakal menjadi topik
hangat serta polimik besar mengikut jangkaan saya. ‘The pre publication
remarks’ yang kita nampak melihatkan satu polimik yang hebat kerana apa sahaja
yang melibatkan Dr Mahathir terutamanya dalam UMNO dan kepimpinan negara akan
menjadi tumpuan ramai.
Lebih-lebih lagi tentang isu
perlagaan diantara Dr Mahathir dan pewaris kepimpinannya Abdullah Badawi. Dr
Mahathir hanya bertahan selama setahun sahaja sebelum keluar kedepan unutk
membidas pewaris kepimpinannya itu dan beliau terus menerus melemparkan segala
aib kepimpinan negara kita kepada Abdullah Badawi.
"Aku lantik hang, hang degil pulak dengan aku." |
Segala-gala kemudharatan yang
negara hadapi bermula dari Abdullah Badawi dan tidak ada sedikit pun ia bermula
semasa pemerintahannya selama 22 tahun itu. Sekarang Abdullah pula memberikan
pandangan dari sudut pemikirannya walaupun beliau (Abdullah) berdiam diri sahaja
apabila Mahathir menyalahkan segala-galanya kepada Abdullah.
Mahathir berkata yang beliau
belum lagi membaca penerbitan itu tetapi beliau akan memberikan respons mengikut
apa yang beliau akan baca dan sudah menjadi kepastian Dr Mahathir akan
membalasnya dengan lebih sinis lagi. Saya pun belum membacanya lagi tetapi dari
apa yang di sebutkan oleh Abdullah dalam publisiti ‘pre-launching’ nya itu
Abdullah telah memberikan pandangan yang bertentangan dengan Dr Mahathir dan
itulah tanda-tanda ia akan menjadi topik hangat dimana-mana nanti.
Abdullah selama ini berdiam diri
apabila di ‘seksa’ oleh Dr Mahathir tetapi kali ini Abdullah keluar dan waktu
dan masa ini adalah waktu yang paling terbaik bagi Abdullah untuk menjawab
segala tuduhan dan kata-kata penghinaan Dr Mahathir terhadap beliau. Diantara Dr
Mahathir dan Abdullah ini ibarat dua orang yang sedang bermain gasing.
"Kalau nak lantik saya jadi PM, lantik saya jadi PM betui | -betui | ." |
Sudah begitu lama Dr Mahathir
hanya memangkah sahaja. Nampaknya kali ini Abdullah pula mengambil giliran
memangkah dan Dr Mahathir mengambil giliran memusing gasing itu pula. Gasing
siapa yang pecah tidak pula kita ketahui kerana masing-masing dari hakikatnya
adalah saling sandar menyandar dalam membuatkan politik negara kita menjadi
sedemikian rupa.
Bagi saya jika ada kesalahan
Abdullah itu, ia juga adalah kesalahan Dr Mahathir kerana Abdullah adalah
ciptaan Dr Mahathir dalam kepimpinan negara. Mahathir telah mencipta Abdullah
untuk dijadikan pemimpin yang boleh disuruh arah dan dipandu oleh pengaruh
beliau setelah bersara. Media telah memaparkan Abdullah sebagai orang baik.
Tetapi dari awal tidak pula media ini memaparkan sebagai seorang pemimpin yang
baik, hanya sekadar orang baik sahaja.
Tetapi ciptaan Mahathir tidak
menepati kegunaan yang diharapkan oleh beliau (Dr Mahathir), iaitu untuk menyuruh
arah Abdullah. Mahathir terlupa yang Abdullah yang lembut itu adalah seorang
yang degil. Abdullah tidak mudah melakukan sesuatu kerana memandang kearah
telunjuk pemimpin yang telah mencipta beliau dan pengganti beliau (Dr
Mahathir). Bagi Abdullah jika beliau dijadikan PM, jadikanlah beliau sebagai PM
yang sebenarnya dan bukannya sebagai PM boneka kepada seseorang yang lain.
Itulah sebab bermulanya
perselisihan diantara Abdullah dengan Dr Mahathir dan Mahathir bertindak cepat
untuk mengkritik Abdullah secara terbuka dan kesemua kesalahan terhadap negara
beliau lemparkan kepada Abdullah untuk bertanggungjawab. Sejak dari saat itu
semua kesalahan terletak di bahu Abdullah dan bermula dari zaman pentadbiran
Abdullah. Di sebaliknya semua yang boleh dipersepsikan sebagai baik adalah
kepunyaan dan menjadi tuntutan Dr Mahathir sebagai sumbangan beliau kepada
negara.
Apabila Dr Mahathir sedar yang
Abdullah tidak mahu tunduk kepada kemahuannya maka Abdullah terpaksa menerima
segala keburukkan walaupun perkara itu dilakukan oleh Dr Mahathir sendiri.
Segala keburukkan berlaku dari zaman Abdullah Badawi.
Rasuah yang berlaku secara
besar-besaran mengikut pandangan Dr Mahathir berlaku dari zaman Abdullah.
Mengisi kepimpinan yang berbudaya mengampu dan ‘burung balam’ itu bermula dari
zaman Abdullah.
Tidak siapa boleh percaya rasuah
yang begitu besar dan dilakukan secara sistematik oleh kerajaan itu berlaku
dari zaman Abdullah. Lazimnya rasuah yang sampai ketahap seperti yang dialami
negara sekarang memakan masa paling kurang dua puluh tahun untuk berkembang
seperti yang kita lihat sekarang.
Mahathir tidak memberikan tumpuan
untuk membina dan menyuburkan benih kepimpinan dikalangan UMNO kerana membina
kepimpinan bermakna akan membunuh niat beliau untuk berkuasa dalam tempoh yang
lama terhadap negara. Sedangkan semua mereka yang berkepimpinan dan yang
terbina di zaman Tun Razak dan Hussein Onn pun diketepikan oleh Dr Mahathir
dengan begitu halus, bagaimana seseorang itu boleh mengharapkan beliau untuk
membina dan membentuk barisan pemimpin yang berkepimpinan.
Akhirnya Abdullah Badawi yang
dari awal tidak pernah dilihat sebagai orang yang berpotensi untuk menjadi PM
pun boleh manjadi PM dan mereka yang ada disekeliling Abdullah itu adalah dari
ciptaan Mahathir senditri. Mereka mempunyai ciri yang serupa, baik Abdullah,
Najib dan akan berterusan dengan kepimpinan acuan yang sama, baik Muhyiddin
atau kesemua Naib-Naib Presiden UMNO yang ada pada hari ini.
Saya selalu menyebut sesiapa yang
mentadbir negara selepas Dr Mahathir merupakan dari kumpulan yang sama, tidak
boleh diharapkan apa-apa yang besar dari mereka. Mereka adalah ‘tot’ dari Dr
Mahathir dan tidak mungkin ada dikalangan yang berkuasa dalam UMNO sekarang
mampu memimpin negara dengan betul.
Dr Mahathir itu sendiri menerima
akibat kritikan dan pemimpin yang mengambil beliau sebagai pemimpin negara.
Hussein Onn sendiri pernah menzahirkan penyesalan beliau kerana memilih Dr
Mahathir sebagai pengganti beliau tetapi cara mereka yang dibesarkan dalam
keluarga yang baik mereka tidak mengkritik Dr Mahathir seperti Dr Mahathir
mengkritik Abdullah dan sekarang kritikan beliau akan hinggap pula kepada
batang tubuh Najib Tun Razak.
Walau bagaimana pun mari kita baca
dahulu apa yang tertulis dalam ‘Awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia’ yang
akan dilancarkan oleh pemimpin pembangkang Nurul Izah Anwar itu.
Selepas itu kita bahaskan
sama-sama. Apa yang saya komen ini hanyalah merupakan ‘preamble’ terhadap apa
yang mungkin saya komen setelah membaca buku itu dengan sepenuhnya nanti.
Isu ini pastinya merupakan satu
topik yang di minati ramai. Kita tunggu. Tidak lari gunung dikejar.
cayalah pak lah ! ABU jangan lupa !
ReplyDeleteSalam Lebaran Saudara, harap bahagia dan gembira disamping keluarga dan sanak-saudear sahabat handai dan rakan politik seperjuangan.
ReplyDeleteDidoakan saudara juga sudah memikirkan hala tuju politik kandatang!
Kupasan dan taarifan Saudara sangat berkesan kepada pembaca. Saya banyak menimba ilmu dunia politik darinya. Terima kasih.
Semoga Allah memberkati usaha dan perjuangan tanpa erti bosan dan letih semua minda dan jari-jari yang mendedakasikan kudrat dan masa menegakkan Kebenaran Keadilan!
SELAMAT HARIRAYA EIDULFITRI 1434H. Maaf Zahir dan Batin.
Dr: SHAKIRIN ALIIM AL IKRAM
Serdang, Selangor DE!
macam penyamun ngan penyangak pula
ReplyDeleteApa yang tuan paparkan kali ini menyentuh perasaan saya.Hanya jauhari mengenal manikam.Terasa bersalah pula melunggukkan seribu kesalahan kepada Pak Lah bila Umno sudah patah taring perjuangan. Ternyata Pak Lah yang bersabar bagitu lama telah mula membuka gelanggang silat pancaknya.Kali ini dapat diagak dengan pena tajam nya Pak Lah akan menjatuhkan air muka Tun Mahazir.Sama sama kita tunggu pelancarannya.
ReplyDeleteSaya tertarik juga dengan luahan pemikiran Pak Lah dengan kenyataan bahawa musuh UMNO berada dalam diri UMNO itu sendiri.
Musuh itu mungkin bermaksud virus ciptaan Umno sendiri telah memakan tubuh Umno hingga menanah yang sangat tengit baunya. Sebab itulah orang Melayu mula melarikan diri dari Umno kerana meloya melihat nanah kudis Umno yang kian merebak.
Ada penyakit ada ubatnya.Umno mesti mencari ubatnya untuk menyembuhkan tubuh sendiri. Amat saying sekiranya Umno rebah menyembah bumi. Nama nama besar dan intipati perjuangan Umno dahulu akan di sumbat dalam arkib negara untuk dilupakan.Melayu akan kehilangan halatuju perjuangan dan akan meraba raba mencari tempat berpaut.Adakah mMelayu ketika itu akan bercakaran sesame sendiri? Andai ini berlaku musuh lebih besar akan muncul. Kalau dahulu musuh itu hanyalah musuh Umno sahaja tetapi tanpa ada Umno akan muncul musuh Melayu keseluruhannya.Pertubuhan mantap yang berkemampuan melengkapkan ajenda perjuangan Melayu tidak dapat dilihat lagi. Apa yang ada hanyalah boneka penjajah termoden yang memperalatkan anak bangsa Melayu untuk menjajah bangsa Melayu itu sendiri.
Orang Melayu tentu tidak sanggup hal ini berlaku.Ubat tradisional dan ubat termoden mesti dicari untuk mengubati tubuh Umno yang sedang tenat itu. Sayugia diingatkan ada kalanya ubat itu sendiri akan menyakitkan tubuh Umno sendiri sebelum penyakit sebenar berjaya disembuhkan. Risiko ini mesti ditanggung olih tubuh Umno dengan BERANI DAN TABAH.Syaitan bermuka dua dalam Umno mesti dihalau keluar. Nanah dicuci dengan antibiotik pembunuh kuman Umno.Lakukan pembedahan dan keluarkan ulat ulat dalam tubuh Umno yang selama ini membaham wang ringgit Negara.Dengan saki baki tenaga yang ada Umno mesti bangun membersihkan diri sendiri.Hanya yang jauhari sahaja mengenal manikam. Jauhari inilah perlu bangun membina Umno.Pasti lambat laun wajah Umno akan segar semula untuk menghasilkan buah buah kejayaan untuk Melayu dan seluruh rakyat amnya.
Pepatah ada padi semua kerja jadi ,ada beras semua kerja deras. Benar.Tetapi padi dan beras itu bukan untuk makanan ulat tahi.Padi dan beras itu untuk mendaulatkan Negara. Ulat tahi tiada hak untuk menggadai negarademi habuan.Rakyat di tekan dengan pelbagai akta ,penalty, cukai fee dan sebagainya.ulat tahi ini mesti dilenyapkan.
Ayam jantan yang hanya pandai berkokok melolong lolong tetapi membisu bila berhadapan masaalah rakyat disingkirkan.Apa gunanya menyinpan pokok berduri berbunga menwangi tetapi tidak berbuah untuk sajian makanan di meja rakyat.Meja sibodoh dalam Umno mesti dikosongkan. Usir.
Hanya jauhari mengenal manikam.
Orang padfang besar.
Orang Padang Besar,
ReplyDeleteDisebabkan anda bukan penyokong UMNO maka anda tidak akan dapat melihat apa apa juga kebaikan dalam UMNO.Anda seronok kutuk UMNO kerana anda dan oejuang totok dan tegar PR sendiri gagal menjatuhkan UMNO.
Anda tidak realistik dan toling lihat disekeliling anda bahawa siapalah mahukan DAP, PKR dan Pas agaknya.Walaupun dengan berbagai fitnah akhirnya UMNO terus disokong ramai dan berjaya terus membentuk kerajaan. Siapa kata UMNO tenat?.Poodah...Yang lemah adalah PR .Faham .
Manusia yang bijak dan waras sahaja akan menyurat dengan apa yang tersirat dalam jiwanya dengan tenang dan bernas. Kebiasaannya hasil yang di tulisitu mengandungi bahan isi yang di olah dengan kewajaran yang waras pula.
ReplyDeleteJawapan Pak Lah melalui bukunya itu sudah pasti yang terbaik. Harap Mahathir juga bersikap berhukum akal yang baik jua, jangan semborono "menembak" Pak Lah.
Ahli UMNO yang kalau masih lagi ada bibit kesayangan kepada parti itu kena baca buku Pak Lah dan lihatlah hujahnya dengan matahati.
Assalaimualaikum
ReplyDeleteYang Berbahagia AA
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir & Bathin
Bagaimana dengan sambutan raya tahun ini ?
Semoga semuanya berjalan dalam suasana meriah , bahagia bersama sanak saudara & ahli keluarga
Seperti biasa , tulisan AA tidak pernah tumpul , sentiasa tajam macam 'ceramic knife' pulak , tak perlu di asah , malah sentiasa tajam
sudah agak lama tidak menyusuri tulisan AA , rasanya ada dah 2 bulan dah
Perbandingan yang AA buat selama ini , antara BN & PR banyak menyedarkan saya , mungkin kita semua juga
Apa yang dapat saya kuitp di sini , anggapan UMNO/BN menang kerana 'kehebatan' nya , mungkin ada 'ketidakbenarannya'
Begitu juga , PR kalah bukan kerana ditolak oleh rakyat , malah sebaliknya disebabkan oleh 'kehebatan' UMNO/BN dalam menipu dulu , kini dan selamanya
Mungkin AA boleh buat ulasan terperinci mengenai bagaimana 'hakim - hakim' membuat keputusan menolak hampir 100% petisyen , samada oleh BN dan lebih - lebih lagi oleh PR
Tak tahu lah begaimana UMNO/BN boleh terlibat dalam 'keputusan' yang dibuat oleh hakim2 ini
Mungkin saya terlepas sekiranya sudah ada ulasan tajam AA mengenai bagaimana keputusan hakim - hakim TIDAK dipengaruhi oleh UMNO/BN dalam membuat keputusan menolak 'semua' petisyen yang dikemukakan
Berbalik kepada tulisan di atas , jelas UMNO sebenarnya tidak lah kuat
Hampir di semua peringkat , dari cawangan , bahagian , negeri hingga ke tertinggi penuh dengan perseteruan
Ianya berunca dari soal berebut harta , projek , duit , kekayaan dan pangkat
Tetapi , bagaimana UMNO/BN sentiasa boleh 'menang' dalam setiap PRU ?
Itulah kekuatan UMNO?BN
Menipu dalam semua tindakan , samada melibatkan SPR,, HAKIM , MAHKAMAH, POLIS
Sudah tidak ada agensi kerajaan yang terlepas dari dipergunakan oleh UMNO?BN
Cuma , hanya tinggal satu sahaja lagi harapan rakyat terbanyak , iaitu kematian mahathir
Bila mahathir akan mati ?
hanya Allah sahaja yang tahu
Selepas kematian mahathir , rakyat terbanyak berpeluang untuk hidup sebagai manusia yang fitrah kejadian nya sepatutnya tunduk kepada hukum hakam Tuhan
InsyaAllah
Tapi
Bila mahathir akan mati ?
Segala politik busuk/jahat..nama mahadey tidak dapat dipisahkan,,tidak hairan lah..semua bekas pm malaysia selain tun razak(pasal dh meninggal) merasa kurang senang dgn mahadey semasa mereka masih hidup..(rakyat telah sedar betapa buruknya perangai mahadey)..
ReplyDeleteApa yg berlaku antara mahadey dan paklah adalah berkait rapat dengan survival politik anak dan menantu...mahadey dgn wawasan 2020 (tahun 2020,mukhriz harus ditabalkan menjadi pm)paklah dengan khairy yg bercita cita menjadi pm termuda di malaysia...dan rakyat melihat khairy lebih bagus dari mahadey..
Dengan kekayaan mahadey..pemimpin umno hanya menunggu disuap kemulut dgn wang ringgit..tetapi sandiwara ini juga mungkin hanya untuk menutup peluang rakyat jelata seperti mahayuddin,zahid hamidi untuk mengintai peluang menjadi pm..( apabila gergasi bertarung..yg kecil duduk tepi)..kerana untuk mengintai kedudukan tertinggi dlm umno/kerajaan perancangan rapi harus dilakukan...bagaimana najib menpersiapkan anak beliau sehingga fasih berbahasa mandarin...
Jahat tun mahadhir telah jelas dimata penduduk malaysia..sehingga tidak dpat ditanggung lagi.
ReplyDeleteBagaimana tun mahadhir yg jelas keturunanan mamak dpt berkuasa terlampau lama melalui umno yg kononnya parti org melayu..adakah pemimpin umno dahulu seperti tun razak,arwah ghafar baba dan lain lain terlalu bodoh untuk menilai tun mahadhir?? atau tun mahadhir telah menjadi proksi zionis/amerika syarikat untuk merosakkan jati diri org melayu..
Sekarang ini tun mahadhir cuba untuk melonjakkan anak beliau untuk menjadi perdana menteri malaysia..dan pemimpin umno skrg pun dangkal juga seperti pemimpin umno terdahulu...
Jika dikaji apa yg tun mahadhir lakukan dahulu..seperti beliau seorang agen dajjal..
Pembahas altimayang berkata:
ReplyDelete"Apa yang dapat saya kuitp di sini , anggapan UMNO/BN menang kerana 'kehebatan' nya , mungkin ada 'ketidakbenarannya'
Begitu juga , PR kalah bukan kerana ditolak oleh rakyat , malah sebaliknya disebabkan oleh 'kehebatan' UMNO/BN dalam menipu dulu , kini dan selamanya"
Kesimpulanya anda berhati busuk dan berperasangka buruk pada manusia.Anda mendoakan kematian saorang PM yang banyak berjasa.
DimanakAh penipuan 40K pengundi Bangla dan berapa ribu pula pengundi yang mengundi dua atau tiga kali GAGAL dibuktikan.Malah belum ada satu petisen bodoh PR pun yang berjaya melepasi keputusan dari mahkamah.PR terus gagal dan telah gagal dahulu kini dan berkemungkinan selamanya.
Anda juga saorang dungu yang lebih beremosi dan tidak berhujah dengan fakta.UMNO terus meneraju negara.PR akan terus beranganlah nampaknya.
Anoy 21.44
ReplyDeleteSaya suka sesiapa saja komen pendapat saya.Dari situ kita akan lebih mengenali diri kita sendiri . Dan dapat mengagak sejauh mana fikiran kita dapat menilai sasaran perjuangan rakyat keseluruhannya.
Tak perlu saya menjawab komen tuan itu,tetapi cukup dengan tuan membaca komen ulit mayang yang menampakkan agak jelas akan batang tubuh sebenar Umno masa ini. Harap semua ahli Umno sedar hal ini dan segeralah menilai sejauh mana anda telah tersasar dari landasan perjuangan.
Tidak salah rasanya saya katakana Umno kini dijulang olih pelahap yang mahukan habuan secara mudah.Sebab itu ajenda tikam belakang sangat popular dalam pemilihan kepimpinan Umno.Yang menang akan ketawa penuh sombong dan yang kalah berdendam tak sudah.
Fakta benar tetap benar.Bangkai gajah tak dapat ditudung dengan daun sehelai.
Orang padang besar
Bagaimana jika persengketaan antara 2 bekas pm ini adalah sandiwara politik...hanya untuk melonjakkan anak dan menaantu...bagi mengenelamkan peluang org lain...
ReplyDeleteJawatan pm di malaysia bukan untuk diwarisi oleh keluarga bekas pm..ahli umno hendakkan lah menolak antara hisyamuddin,mukhriz dan kj..cukup la setakat najib saja..
ramai lagi pemimpin rakyat malaysia lebih bijak daripada mereka bertiga..
kerana UMNO, Malaysia tewas dan mundur!!...apa lagi Umno mahu?...lapar...rakyat marah....hidup hamba abdi kepada UMNO???...Apa yang perlu diRayakan??
ReplyDeleteKeraa UMNO dan BN negara makmur selama ini. Bayangkan PR emerintah negara akan mundur kerana PR tidak bersatu dan lemah.Tidak hairanlah meteka tidak diberi peluang sekali pun memerintah Malaya/Malaysia.Syabas BN.Teruskan kemenangan di pru 14 dan seterusnya dengan semangat 1Malaysia .
ReplyDelete