Hari ini adalah Hari Malaysia dan
hari ini adalah satu lagi hari cuti umum. Malaysia mempunyai hari kelepasan
yang paling banyak di dunia ini dan itulah mungkin satu keistimewaan yang ada
kepada kita. Kita terima keistimewaan
ini dengan positif apatah lagi kita sedang tercari-cari apa yang lebihnya kita
ini dari negara lain.
Pun begitu ramai yang berbahas
yang mana satu yang lebih istimewa, Hari Kemerdekaan atau Hari Malaysia dan
berbagai-bagai perbahasan kita dengar. Ada yang
mengatakan Hari Malaysia
patut dirayakan lebih hebat dan besar dari Hari Kemerdekaan. Ada
yang berpendapat yang Hari Kemerdekaan lebih penting dari Hari Malaysia dengan
berbagai-bagai alasan.
Walau bagaimana pun ini juga
adalah diantara beberapa perkara yang hidup dinegara ini dan ia merupakan satu
pembangunan sebagai sebuah negara yang merdeka dan sesiapa juga berhak untuk
menilai mana yang baik dan buruk mengikut pandangan dan perasaan masing-masing.
Dalam isu ini tiada siapa yang salah, semuanya benar. Perbahasan ini pun
menunjukkan yang rakyat ramai kasih dan sayang kepada negara. Masing-masing
menunjukkan sayangkan negara dengan berbagai-bagai pendapat tentang isu ini.
Bagi saya kedua-duanya sama
penting untuk diingati, dan tidak semestinya dirayakan secara besar-besaran.
Yang terpenting perasaan sayangkan negara itu adalah penting dan itu tuntutan sebuah
negara merdeka dan jangan lupa itu juga adalah tuntutan agama. Menjaga anugerah
Tuhan ini adalah menjadi kewajipan kepada rakyat sekalian.
Menjaga sebaik-baiknya negara itu
adalah seindah-indah perjuangan jika benar kita semua mengaddinkan agama itu.
Kita selalu mendengar pemimpin bercakap tentang Islam itu sebagai addin dan
diharapkan yang menjaga kebaikan serta keselamatan negara itu adalah menjadi
kewajipan semua pihak.
Memberikan ‘interpretation’
kepada kasih dan sayang kepada negara inilah yang selalu menjadi isu dan
perbalahan masing-masing kumpulan seperti parti-parti politik dan apa-apa
pertubuhan serta individu-individu. Bagi saya samada Hari Malaysia atau
Hari Kemerdekaan itu sama sahaja. Hari Merdeka itu diingati sebagai hari kita
terlepas dari penjajahan asing dan Hari Malaysia itu adalah hari wujudnya
sebuah negara baru.
Ada rakyat yang benar-benar mahu melihat
keselamatan negara ini tanpa menunjuk-nunjuk dengan kebaran bendera dan laungan
slogan untuk membuktikan kasih dan sayang kepada negara. Mereka ini benar-benar
sayangkan negara dan merasakan yang mereka tiada negara lain yang lebih selamat
bagi mereka untuk hidup selain dari Malaysia ini. Mereka ini serius dan
berdoa serta berhajat terhadap Tuhan bagi memberikan keselesaan kepada rakyat
dan negara ini dengan kehidupan yang aman dan makmur.
Bagi rakyat yang dalam kumpulan
ini bendera dan banting negara tersemat dalam sanubari mereka tanpa
menunjuk-nunjuk dan bermeriah dengan perayaan. Itulah sebabnya tidak sepatutnya
ada pihak yang mengkritik mana-mana pihak kerana tidak bermeriah dengan
perayaan-perayaan besar-besaran. Anak-anak yang masih kecil menunjukkan mereka
sudah pandai dan berupaya berpuasa dan hasilnya mereka kadangkala diupah dengan
baju raya yang cantik-cantik kerana anak-anaknya telah menunjukkan kemahuan dan
kemampuan untuk melakukan ibadah puasa walaupun belum sampai keakhir baligh.
Tetapi yang sudah dewasa yang
tahu berpuasa itu adalah ibadah yang telah disyariatkan dan diwajibkan maka mereka tidak perlu
menunjuk-nunjukkan yang mereka telah berpuasa. Dalam umur dewasa kita tahu yang
kita mempunyai Tuhan, maka wajib kita melakukan suruhan dan kewajipan yang
telah di perintah itu.
Itu lah sebabnya sayangkan negara
itu bertahap-tahap dan ia berbeza tahapnya diantara satu orang atau kumpulan
yang lain. Ada
yang menyayangi negara itu dengan melihat dan memerhatikan bagaimana kerajaan
diurus dan mereka yang sayangkan negara ini akan tidak berhenti mengkritik
pimpinan misalnya, jika pimpinan melakukan kerja buruk terhadap negara. Mereka
marah pemimpin yang menjahamkan negara kerana rasuah dan sebagainya.
Mereka akan lebih marah kepada
pemimpin-pemimpin rasuah itu sendiri beretorik dan melaungkan rasa cinta kepada
negara. Mereka beranggapan pemimpin seperti ini adalah pemimpin yang
bermuka-muka dan hanya melakonkan sahaja perasaan rasa kasih dan sayangkan
negara itu dan itulah yang amat menyakitkan hati mereka.
Mereka (rakyat) tahu yang mereka
ditipu dan di muslihatkan oleh pemimpin-pemimpin yang berpura-pura sayangkan
negara itu. Mereka tahu pemimpin-pemimpin yang melaungkan slogan-slogan
cintakan negara itu sendiri adalah penderhaka kepada negara dengan melakukan
rasuah dan salah guna kuasa misalnya. Ada
yang marah kerana hipokrisi yang keterlaluan yang dilakukan oleh pimpinan.
Mereka tahu membawa masuk
pendatang asing dan diberikan kad pengenalan dengan mudah itu adalah tindakan
penderhakaan kepada negara, tetapi mereka yang melakukan ini jugalah yang
berteriak sayangkan bangsanya dan sayangkan negaranya. Mereka ini jugalah yang
diraikan dan di muliakan semasa perayaan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
Mereka yang rasuah dan yang tidak
sayangkan negara ini jugalah yang berdiri diatas pentas dalam masa perayaan itu
dan menunjukkan mereka ini sayangkan negara, sedangkan rakyat percaya yang
mereka lah juga kumpulan yang menjahanamkan negara. mereka diatas pentas
perayaan itu jugalah yang memberikan muka dan membenarkan ahli keluarga seperti
isteri untuk menggunakan pengaruh dalam penentuan banyak perkara penting dalam
pentadbiran negara.
Kumpulan ini jugalah yang
dianugerahkan nama dan gelaran besar-besaran negara semasa hari jadi Raja dan
Ketua Negara. Mereka ini adalah penjahanam kepada negara. Melakukan rasuah
besar-besaran dan seterusnya mendapat gelaran yang besar-besar sekali sambil
mereka menjahanamkan negara itu.
Blog ini selalu mengingatkan yang
kita sedang dalam zaman dunia hampir kiamat. Yang melakukan dosa dan noda
mendapat tempat yang tinggi. Yang benar nampak salah dan yang salah nampak
benar. Yang bathil bermaharaja lela dan yang benar terbenam dan diketepikan.
Pendeknya yang menjadi dalil hari
kiamat selalu menjadi pemimpin kerana itu adalah petanda dunia ini hampir
kiamat. Hanya kita sedang menunggu Imam Mahdi sahaja untuk mengesahkan yang
dunia sudah benar-benar hampir ke akhir zaman.
Tetapi Tuhan juga berfirman yang
selagi masih ada yang berzikir kepadanya walaupun hanya seorang, dunia tidak akan
kiamat. Begitu juga politik. Selagi ada segelintir yang masih insaf dan sedar
tentang keadaan ini, negara akan tetap wujud.
Itulah sebabnya yang sedar
dikalangan kita ini mesti teruskan perjuangan untuk membenteras kebathilan ini
agar negara akan selamat setidak-tidaknya dalam jangka sementara terjumpa
pimpinan yang baik dan menjadi penyelamat kepada negara ini.
Insyaalah kita akan bertemu
dengan orang yang boleh menyelamatkan negara ini. Tuhan juga berjanji kepada
ummah yang akhirnya nanti yang bathil ini akan terhapus dan timbullah yang hak.
Itu biar Tuhan yang menentukannya.
Yang terpenting, kita perlu
teruskan usaha dan itu juga tuntutan Tuhan bagi kita menunjukkan tauhid kita
terhadapNya.
AA, you are spot on bro.
ReplyDeleteDiatas pentas Hari Merdeka dan Hari Malaysia itulah sebenar2nya tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang tidak tulin. Yang membuat dasar "gergaji dua mata", disorong makan di tarik makan.
ReplyDeleteYang berlegar di bawah pentas pula, penyokong membawa rebah.
AA, I like your writing and just carry on doing it. We do learn a lot from your thinking and you may be the last of the Mohican. Not many is thinking the way you do bro.
ReplyDeleteCheers and congrats.
ReplyDeleteNot easy to argue against your arguments.
You have clear thinking sir.
Thnx
Tahniah Tuan kerana tulisan tuan yang bernas lagi banyak benda yang tersirat. Jika kita masih sayngkan negara kita terpaksa mengubah keadaan ini walaupun dengan doa untuk keselamatan dan keharmonian negara yang tercinta ini. Ya Allah selamatkanlah negara tercinta ini.
ReplyDeleteInsyallah....sama2lah kita berdoa agar TUHAN ...zahir kan pemimpin yang berTAQWA utk memimpin rakyat dibumi Malaysia tercinta ini..
ReplyDelete