Memperkasakan Ekonomi Bumiputra
(MEP) menjadi sebutan ramai dikalangan rakyat termasuk oleh rakyat Bukan Bumiputra
di mana-mana dan di setiap tempat di mana mereka boleh bercakap. Bagi Bumiputra
mereka berbincang isu ini kerana pengumuman tentang MEP ini oleh PM Najib
baru-baru ini melibatkan mereka. Perbincangan di kalangan bukan bumiputra pula
kerana isu ini berkaitan dengan bumiputra dan kelemahan mereka tidak
habis-habis diperkatakan oleh kerajaan.
Kedua-dua pihak, Bumiputra dan
Bukan Bumiputra, nampaknya sama-sama bersetuju yang perancangan Najib dalam isu
ini membosankan rakyat termasuk Bumiputra itu sendiri. Orang melayu dan
Bumiputra merupakan 60 peratus dari kependudukan negara ini, dan mereka bukan
tidak suka perancangan yang khusus untuk mereka, tetapi beratus-ratus rancangan
yang diumumkan oleh kerajaan itu tidak membawa apa-apa makna kepada mereka.
Bumiputra tetap ditakuk lama dan tidak berganjak kemana-mana.
Najib memberitahu rakyat yang
perancangan ini boleh di kritik dengan kritikan membina. Jika terdapat
kesalahan di mana letaknya kesalahannya. Jika terdapat kekurangan di mana pula
hendak di tokok dan di tambah asalkan segala kritikan itu adalah kritikan
membina. Kita berharap PM Najib jujur dengan kata-katanya itu dan jika blog ini
memberikan kritikan dan pandangan di harap tidak di salah tafsir sebagai
seorang yang membangkang semata-mata untuk membangkang.
MEB itu merupakan satu
perancangan ‘copy cat’ dari DEB yang telah di abaikan semasa pentadbiran Dr
Mahathir dahulu. Mengumumkan perancangan seperti yang telah pernah kita dengar
pada pertengahan 1970 dahulu merupakan idea seratus peratus ciplak dan tidak
menunjukkan kelainan mengikut masa dan waktunya. Tanggungjawab, DEB dahulu mahu
pun MEB sekarang, ini terbeban kepada kerajaan pusat dan jika gagal
dilaksanakan ia tidak akan dapat diatasi oleh kerajaan pusat.
Dalam pada pimpinan pusat malas
untuk berfikir dan mencari jalan penyelesaian terhadap isu ‘social dan economic
engineering’ yang sangat rumit itu, tanggungjawab itu perlu di pikul oleh kerajaan
negeri tanpa mengira parti dan bangsa apa yang mentadbirnya. Kita mesti
berbalik kepada latar belakang negara kita yang merupakan sebuah negara Persekutuan.
Negeri-negeri mempunyai kerajaan dan legilatifnya sendiri.
Kenapa segala-galanya datang dan
terbit dari Putrajaya dan turun kebawah? Benar-benarkah Putrajaya yang kerajaan persekutuan itu faham keadaan sebenar di negeri-negeri dalam Persekutuan itu?
Elok kali ini atau yang akan datang segala keperluan dan perancangan serta
kehendak negeri masing-masing di ‘incorporate’ kan kedalam perancangan yang di umumkan oleh
PM Najib itu?
Negeri-negeri diperlukan
menghantar perancangan mengikut acuan dan kehendak negeri masing-masing dalam
membina kedudukan Bumiputra itu. Kita mesti menghargai hakikat yang
masing-masing negeri mempunyai ‘idiosyncrasies’ masing-masing dan isu ini tidak
akan diketahui oleh Idris Jala yang terlalu jauh dari memahami keadaan sebenar
di bawah-bawah ini.
Dalam kes ini Idris Jala tidak
diperlukan samasekali dan berikan tanggungjawab untuk memikul bagi menyusun
serta mengkoordinasikan perancangan itu kepada Ketua Pengarah ICU (Implementation
Coordination Unit) Jabatan Perdana Menteri sahaja. Idris Jala boleh bersara dan
melakukan kerja-kerja dan tanggungjawab yang lebih memberi makna kepada negara
dan dirinya sendiri.
Jabatan Koordinasi dan Pelaksana,
Jabatan Perdana Menteri (ICU) itu sudah wujud sejak hampir empat puluh tahun
dahulu yang kini tidak menjadi Jabatan penting lagi kerana sistem memandai-mandai
kini lebih menguasai pentadbiran kita kini. Jika ini dapat dilaksanakan maka
tidak akan ada masalah satu-satu Kementerian Persekutuan melaksanakan dasar
kementerian tersebut tanpa merujuk dan melakukan koordinasi dengan kerajaan
negari-negeri.
Itu masalah di Sabah
pada hari ini. Kementerian Kemajuan dan Pembangunan Luar Bandar pimpinan Shafie
Apdal tidak menghormati semangat dan perjanjian Persekutuan itu dengan
melaksanakan tugas beliau tanpa melalui kerajaan negeri Sabah.
Ini amat menyulitkan kerajaan negeri kerana kerja pembangunan tidak selari
dengan perancangan negeri Sabah itu. Ini hanya
satu contoh dan ini berlaku di banyak negeri-negeri di Persekutuan Tanah Melayu
sendiri.
Perancangan untuk membina asas
kekuatan ekonomi Bumiputra perlu di berikan kepada kerajaan negeri yang
dikoordinasi oleh ICU di Jabatan Perdana Menteri. Jika negeri-negeri diberikan
kuasa yang lebih, maka lebih mudah untuk melaksanakan segala projek yang
bersangkutan dengan perancangan istimewa untuk Bumiputra kerana mereka lebih
dekat dengan kerajaan-kerajaan negeri.
Dengan melibatkan pimpinan dan
kerajaan negeri serta kerajaan tempatan maka segala keputusan kerajaan akan
dirasakan sebagai keputusan bersama oleh rakyat dalam menentukan kejayaan semua
projek yang bersifat ‘social and economic engineering’ ini.
Jika ada pula perancangan dari
Peringkat Persekutuan, segala penerangan secara meluas perlu dilakukan oleh
kerajaan melalui Jabatan Penerangan Daerah dan diadakan semula kursus-kursus
sivik seperti lazim diadakan dahulu. Alasan yang kita sekarang ini semua orang
mempunyai ‘access’ kepada berita melalui media baru itu tidak benar akan
memberi kebaikan kerana masih terlalu ramai rakyat yang belum ada lagi ‘access’
kepada media baru melalui internet itu.
Jika di hidupkan kembali
penerangan secara ‘direct’ dengan rakyat ramai yang ditadbir oleh Jawatankuasa
Kemajuan Kampung (JKKK) itu maka lebih mudah bagi mengetahui apa yang tidak
kita ketahui berlaku melalui dialog dengan mereka semasa penerangan sivik itu.
Semuanya ini telah dilupakan oleh
kerajaan sekarang dan itulah sebabnya rakyat merasa tersisih dari semua keputusan
kerajaan. Bermula dari zaman Mahathir segala-galanya dilakukan dari atas
kebawah dan tidak sebaliknya.
Apabila kerajaan UMNO dan BN ini
dirasakan jauh oleh rakyat maka tidak lah adil jika di salahkan rakyat tidak
bersama kerajaan sekarang ini. Sekarang ini rakyat biasa jika bertanya kepada
Ketua Kampung serta AJK Kemajuan dan Keselamatan Kampung tentang dasar kerajaan,
hampir kesemua mereka tidak akan dapat menjawab persoalan ramai ini.
JKKK sekarang tidak seperti
dahulu, diberikan latihan dan pengetahuan tentang kesemua perancangan kerajaan
akan bakal dilaksanakan. Saya masih ingat lagi dizaman tujuh puluhan dan awal
lapan puluhan Penghulu-Penghulu Mukim
dan Ketua-Ketua Kampung di hantar ke Bilik Gerakan Kerajaan di negeri-negeri
masing-masing. Mereka dipanggil untuk mendengar ‘briefings’ dengan ‘detail’
oleh pihak pelaksana bagi membekalkan mereka dengan kefahaman tentang
dasar-dasar yang akan dan telah dilaksanakan.
Dalam taklimat-taklimat tersebut
Ketua-Ketua Kampung boleh bertanya segala apa kemusykilan unutk menghadapi
persoalan dari orang ramai. Kita mesti mengakui bahawa struktur pentadbiran
kerajaan yang paling rendah ialah JKKK dan dibawah JKKK inilah jumlah rakyat
yang terbesar ditadbir.
Idris Jala bukannya tahu hal ini.
Gagal peranan JKKK, tidak ada apa yang akan berjaya untuk memberikan kefahaman
kepada rakyat jelata yang rata-rata ‘confused’ dengan apa yang berlaku disekeliling
mereka. Dalam taklimat itu elok disertakan Idris Jala itu sendiri kerana beliau
sendiri memerlukan taklimat ini sebenarnya.
Pandangan saya ini mungkin tidak
begitu bernas tetapi saya ingin menjadi proaktif seperti seruan Tuan Perdana
Menteri Najib semalam. Ini hanyalah merupakan cebisan kecil dari apa yang perlu
dilakukan oleh kerajaan jika ia masih berminat untuk menjadi kerajaan yang
relevan kepada rakyat khususnya Bumiputra yang sedang dilaung-laungkan itu.
ReplyDeleteKebanyakan orang pandai mengkritik ,tetapi pantang dikritik.
Kobou Den pon kalau dikritik pon marah ,palingnyo myko .
Saya setuju dgn coretan AA kali ini. Wawasan yang digambarkan agak gilang gemilang, implementasinya yang diragui dan harus diragui kerana track record yang kucar kacir. Saya sendiri lebih pesimistik daripada AA dan menjangkakan wawasan ini tidak akan berhasil sama sekali
ReplyDeletetebing tinggi memang kau kobau pun tak soda yo lai....hapeh botul kau ni
ReplyDeleteThe rise of the modern 'toyols'
ReplyDeletehttp://www.thestar.com.my/Opinion/Letters/2013/09/19/The-rise-of-the-modern-toyols.aspx
I am still baffled that even in this day and age, there are still “toyols” lurking around stealing people’s money regularly but luckily, the sprinkling of water from a RM10 bottle of blessed water onto your money will stop them from stealing your money.
However, “toyols” these days are not those naked and bald-headed short beings whose task is to steal money from the neighbourhood for their masters in return for food in the form of milk and blood sucked from the breasts of their masters’ wives.
“Toyols” of today come in RM30,000 three-piece suits, coiffured hairstyles, complete with RM5,000 pairs of shoes, either Brogues or Oxfords from Saville Row or at least a Church (and Lobbs for some), and they are chauffeur driven in Mercedes Benzs, BMWs, Jaguars or Bentleys.
They play golf and they smoke top quality hand-rolled cigars from Havana, Cuba – the type that Fidel Castro and his younger brother Raul also smoke and chew on.
They also normally have mistresses or if not, “trophy wives” who go round in Italian marquee sports cars shopping either at the Pavilion, Suria KLCC, Garden or Starhill Gallery in Bukit Bintang, if not in London, Paris or Milan.
Like their mythical brothers, they take money that does not belong to them and a lot more than what the real “toyols” steal.
These are people who belong to the super bumiputra class and who are also very well connected to the top leadership and the people who call the shots.
The huge challenge faced by some of our politicians to balance these conflicting demands are causing some of them splitting headaches and some are already suffering from migraine.
They are like huge sponges absorbing liquid non-stop and their coffers do not seem to be able to be filled however much they try.
Their tasks are made easier because of the availability of many willing parties who do not feel any shame taking rewards or kickbacks from the “toyols” and these are people or “guardians” who are entrusted to manage the money allocated to needy bumiputras termed as “usahawan” (entrepreneurs).
Both groups have certain lifestyles to maintain.
The new Bumiputra Economic Agenda (BEA) as announced by the PM last Saturday is meant to strengthen the position of the bumiputra entrepreneurs purportedly as a reward for their loyalty to the ruling coalition and it even ignores the other communities.
A learned fellow even went to the extent of calling it “unconstitutional”. However, “not finding anything radically new” to quote my friend Wan Saiful, the BEA will succeed only if the implementation is done based solely on meritocracy.
However, it will fail if previous practices such as cronyism, favouritism and the dreaded corruption still goes on.
HUSSAINI ABDUL KARIM
Shah Alam