Seperti yang disebutkan dalam
posting yang lepas, satu-satu dasar itu amat wajar mendapat persetujuan dan
sokongan dari semua pihak dan semua pihak itu memahami kenapa dasar itu wujud.
Rakyat semua kaum dan kawasan mesti terlebih dahulu tahu apa kah nilai atau ‘roh’
kepada satu-satu dasar yang diwujudkan itu dengan berunding dengan baik dan
sejujurnya kerana kita memerlukan sokongan yang kuat dari semua pihak. Malahan
kita mahukan kerjasama dan bantuan dari semua bagi menjayakan matlamat dasar
itu.
Tetapi jika pimpinan sekarang
yang memulakan tindakan berinteraksi dengan semua pihak khususnya dengan
kaum-kaum bukan Bumiputra, saya amat yakin bukannya mudah bagi mereka untuk
mendapatkan sokongan dan persetujuan itu. Ia tentunya bersebab dan beralasan.
Sebab-sebabnya ialah kerana rekod-rekod yang lampau serta pengalaman yang
dilalui sebelum ini apabila dasar yang di persetujui ramai itu tidak terlaksana
dengan jujur dan berkesan.
Untuk lebih memahami situasi
kenapa artikel ini tertulis ialah tentang kegagalan DEB, satu dasar yang
dilancarkan setelah melakukan segala pemikiran dan penganalisaan yang
terpeninci itu. DEB bukan sahaja merupakan dasar ‘social engineering’ yang
terbaik ia juga merupakan ‘instrument’ kearah perpaduan nasional yang sangat
'effective' dan boleh diguna pakai dalam tempoh masa yang panjang.
DEB bukan sahaja telah memberikan
lonjakan kedudukan ekonomi Bumiputra, ia juga adalah dasar yang juga menguntungkan
bukan bumiputra dari awal lagi dasar itu di laksanakan. DEB merupakan penawar
yang sangat mujarab untuk memulihkan rasa tidak puas hati diantara kaum selepas
kejadian 13 Mei 1969 dahulu.
Bukan Bumiputra lah yang menjadi
kontrakter besar-besar dalam perlaksanaan segala infrastruktur untuk kemajuan
Bumiputra. Pendeknya semua kaum merasakan nikmat dasar ekonomi baru itu yang
bermatlamatkan perpaduan nasional melalui pembahagian kesempatan dan peluang
secara ‘equitable’ diantara semua kaum.
Tiada keresahan diantara kaum-kaum
bukan Bumiputra kerana mereka sendiri merasakan nikmat DEB yang dirancang dengan
begitu teliti itu. Saya pernah berkerja sebagai pegawai kecilan di satu
perbadanan yang melaksanakan pemindahan kekayaan negara kepada Bumiputra, telah
berkerja siang dan malam untuk memainkan peranan yang sangat penting untuk
menambah pegangan ekuiti Bumiputra, melihat dengan sendirinya bagaimana kejayaan
usaha menambah kekuatan Bumiputra dalam bidang industri dan perdagangan.
Ini adalah hasil dari
perlaksanaan dasar yang bersungguh oleh semua pihak, Bumiputra sendiri, sokongan
dari rakan-rakan bukan Bumiputra serta agensi-agensi pelaksana dan
penggubal-penggubal dasar. Maka dengan jelas pegangan ekuiti Bumiputra telah
meningkat dengan pantas dari 2.7 peratus pada tahun 1970 kepada 18.4 peratus
pada 1983 dahulu.
Dari mula DEB di lancarkan
sehingga 1983 kita telah melihat bagaimana kaum Melayu dan Bumiputra telah
meningkatkan bilangan mereka dalam bidang perniagaan secara ‘organic’ dan
menjadi peniaga yang berjaya dan bilangan ‘rent seekers’ dikalangan orang yang
bergiat dalam politik susah hendak kita jumpai seperti hari ini.
Perkembangan dan kemajuan DEB itu
terbantut setakat itu kerana pentadbiran baru pada tahun lapan puluhan telah
mengabaikan dasar yang begitu 'holistic' itu dan tidak lagi berusaha untuk
menambah dan menokok nilai tambah kepada dasar yang telah diterima semua dan
menampakkan kejayaan yang nyata itu.
Pentadbiran barui pada tahun
lapan puluhan lebih berminat untuk mempercepatkan pembangunan secara 'express'
dan menganggap DEB yang telah dirancang dan menunjukan jasa itu sebagai dasar
yang melambatkan pembangunan negara. Bagi pentadbiran baru semasa itu
matlamatnya ialah untuk melihat pembangunan fisikal negara dan mengabaikan
pembangunan dalam bidang yang lain seperti pembangunan sikap dan nilai
kemanusiaan.
Bagi pentadbiran baru semasa itu,
pembangunan fisikal adalah ‘nation building’ sedangkan hakikatnya pembangunan
fisikal itu merupakan sebahagian yang sangat kecil dalam istilah ‘nation-building’
itu. Maka wujudlah budaya mencari kekayaan dengan cepat dan bermulalah elemen
rasuah yang akhirnya tidak dapat lagi dikawal pada hari ini. Kepesatan
pembangunan fisikal tidak diselarikan dengan pembangunan moral dan spiritual
politik negara itu sendiri.
Semua pemimpin termasuk Abdullah
Badawi semasa mula mengambil alih kepimpinan dahulu berkata yang kita mempunyai
infrastruktor dunia pertama tetapi masih dengan mentality dunia ketiga. Maka
wujudlah masyarakat dan rakyat yang tidak seimbang pembangunan jiwa dan fisikal
mereka. Itu sebabnya kita melihat mereka yang berkuasa dan orang disekeliling yang
berkuasa tidak merasa malu menunjukan kekayaan yang mereka perolehi dari rasuah
dan kuasa itu. Malahan mereka berasa bangga dan tidak merasa bersalah walau
sedikit pun dihadapan rakyat yang ramai.
Perubahan ini secara
beransur-ansur di sedari rakyat dan setelah hampir 2 dekad telah timbul
keresahan dikalangan rakyat dan di campur pula dengan pertelagahan politik
diantara pemimpin-pemimpin besar negara. Rakyat menjadi pecah belah mengikut
parti dan salur-galur perkauman yang menebal. Masalah negara berkembang secara
‘compounding’ kerana selepas satu masalah timbul masalah yang lain dan tiada
siapa yang boleh memberikan kepimpinan untuk menyelamatkan keadaan sampai ke hari
ini.
Blog ini menyebutkan semua ini
kerana kita gagal mentadbir kejayaan kita sendiri sebab kelemahan diri dalaman
kita sendiri. Justeru kita dengan jelas melihat rakyat dan masyarakat mengambil
yang salah itu sebagai benar dan yang benar itu menjadi salah kerana ketidak
seimbangan pembangunan fisikal dengan pembangunan jiwa kita itu sendiri.
Dasar yang baru di umumkan Najib
itu amat mengelirukan kerana tidak ada jaminan dalam pembangunan nilai dan
'attribute' kemanusiaan yang baik. Pimpinan kerajaan sendiri tidak dapat
mengambil isu ini secara serius kerana mereka tidak dapat memahami bagaimana
pentingnya isu isu ini dijadikan elemen penting dalam sesuatu pembangunan rakyat
serta masyarakat itu.
Sesungguhnya dalam negara ini
tiada politik yang mempunyai roh sebenarnya. Yang ada hanyalah
pemimpin-pemimpin yang bermain politik siapa menang siapa kalah semata-mata.
Berbagai-bagai dasar untuk
Bumiputra di umumkan PM kita, tetapi Melayu dan Bumiputra ‘dok tang tu jugak’.
dasar yang hanya untuk sanak sedara & kroni yang nampak jelas ! ABU janagn lupa !
ReplyDeleteSetiap apa yang hendak dibuat kerajaan UBN contohnya bajet tahunan, diminta dahulu pendapat rakyat. Tetapi hakikat sebenarnya bajet itu sudah dibuat, pendapat rakyat itu hanya untuk mengaburi pandangan rakyat sahaja kononnya kerajaan telus dan sebagainya.
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan... Saya melihat apa yg dibuat oleh pm najib adalah krn survival politik. Bukan utk membina negara bangsa. Malah dlm bidang pendidikan, perubahannya semata2 mengikut selera politik, kdg2 lebih kepada keuntungan pihak tertentu yg melihat lubuk emas dalam meraih kekayaan daripada bajet pendidikan.
ReplyDeleteElok bebenau SPRM buat ops cantas pemimpin rasuah mcm Polis buat halau gengster... Ada berani ke SPRM??!!
ReplyDeleteApakah kayu pengukur kejayaan MEB kelak?.
ReplyDeleteJelas sekali komponen "perlaksanaan" hak milik kerajaan UBN. Jurucakap orang Umno, pemohon org Umno, pelulus, Umno, dasar2nya Umno, kerajaan yg buat kerja projek, Umno, maka pembuat bancuhan ramuan MEB jadilah.....tentu pasal tak hasil macam DEB.
Jadi adakah lagi harapan untuk orang Melayu?????