07 October 2013

Percayalah!

Blog ini tidak henti-henti dan tidak pernah jemu menyarankan pemimpin kerajaan hari ini (UMNO) supaya membuat ‘initiative’ untuk memulakan politik dan kepimpinan baru, berserta dengan kembali menebalkan roh perjuangan yang dahulu. Jika benar masing-masing sayangkan negara dengan sejujurnya hentikan bercakap dengan mendabik dada yang mereka telah berjaya dan mengakui yang kita sedang dalam keadaan baik.

Tidak guna menutup segala kelemahan dengan bercakap bergegar-gegar sedang di dalam diri tersemat perasaan gusar dan gundah gulana, menunggu saat di humban dan di nyiahkan oleh rakyat. Rakyat ada had kesabarannya. Jangan menjadikan rakyat sebagai pelapik untuk kepentingan dan ego masing-masing. Sampai bila rakyat hendak bersabar dengan keresahan di dalam diri mereka yang tidak di selesaikan.

Masing-masing sayangkan negara. Rakyat sayangkan negara kerana mereka manusia biasa dan mereka tidak ada negara lain untuk berhijrah. Mereka tidak mempunyai peluang untuk mengumpulkan harta melalui kuasa dan rasuah yang membolehkan mereka lari ke negara lain untuk hidup bermewah-mewahan sementara menunggu mati. Mereka mahukan kepimpinan yang jujur dan berkemampuan.

Harga barang makan begitu tinggi. Jika mereka tidak ada kereta mereka boleh tangguhkan pembelian kereta itu sampai waktu mereka mempunyai cukup wang untuk membeli kereta atau motosikal mengikut kemampuan mereka. Tetapi makan tidak boleh ditangguhkan. Makan itu amat perlu setidak-tidaknya dua kali sehari. Hendak beribadah pun perlu sedikit perbelanjaan.

Kain untuk sembahyang sudah lusuh dan perlu di ganti. Rakyat sekarang sudah jatuh miskin. Kita pun pernah mendengar yang kemiskinan itu akan membawa kekufuran. Jika tidak juga sedar yang rakyat sudah tidak tahan dengan kesusahan yang kian hari kian jelas di rasakan, ia bermakna UMNO sedang menunggu waktu mautnya. Apabila keseluruhan rakyat sudah tidak tahan lagi dan wujud kekufuran di kalangan mereka yang terseksa keseluruhan negara.

Pemimpin yang kaya raya kerana duduk dalam kuasa begitu lama mungkin ada tempat berlindung dinegara lain tetapi bagi rakyat yang ramai hanya negara ini sahaja ‘sanctuary’ yang ada kepada mereka. Jangan biarkan sehingga rakyat lapar. Kekufuran rakyat itu tidak akan mudah diatasi, kerana mereka sudah merasakan kepahitan hidup agak lama. Najib dan Muhyiddin wajar ingat isu ini.

Rakyat sudah begitu kecewa. Dalam pada mereka berjuang dan berhempas pulas untuk menyara perkara asas untuk hidup kita di paparkan dengan lapuran pemimpin-pemimpin kita bermewah-mewahan dengan terbang ke merata dunia dengan jet peribadi dan membelanjakan hampir seratus juta ringgit dalam tiga tahun menggunakan wang mereka. Siapa yang tidak marah dan siapa yang tidak terasa hati? Kenapa pemimpin tidak mahu berkorban langsung untuk negara?

Tetapi rakyat tidak begitu zalim. Dari sekarang buat kerja yang baik dan rakyat mahukan itu sahaja. Lupakan segala peristiwa yang buruk dahulu. Jika perlu berhenti dan memberikan kuasa dan tanggungjawab untuk membawa kembali negara ke landasan yang betul, jangan teragak-agak lakukan. Tidak perlu tanya isteri masing-masing kerana kita perlu ingat isteri itu adalah kaum hawa dan hawa dijadikan dari tulang rusuk kiri Adam.

Hawa tidak dijadikan dari kepala untuk memerintah kita, dan Hawa juga tidak dijadikan dari kaki Adam untuk kita jadikan landasan mencuci kaki. Hawa itu dari rusuk kiri Adam untuk bersama di sisi dan membantu Adam dan memberikan nasihat yang baik dan berguna kappa masyarakat. Hawa perlu di didik dan di tunjuk ajar dan bukan untuk memerintah Adam.

Rakyat merasakan segala-galanya hanya mereka sahaja yang berkorban. Pemimpin di sebaliknya tidak mahu mengubah cara hidup mereka dan terus-terus berfoya-foya dengan kemewahan yang di biayai oleh rakyat. Pemimpin kena ada perasaan malu biar pun sedikit.

Tidak lama lagi rakyat akan di bebankan dengan GST lagi setelah rakyat di bebankan dengan kenaikan harga minyak petrol. diesel dan gas. Harga rokok naik dengan mendadak dan penagih rokok terpaksa mengurangkan menghisap rokok. Kenaikan harga rokok itu ada baiknya untuk mengurangkan ketagihan merokok seperti saya ini dan saya tidak menentang kenaikan itu. Setidak-tidaknya saya dapat mengurangkan ketagihan itu.

Tetapi bagaimana dengan ketagihan yang lain, seperti ketagihan rasuah. Rasuah itu merupakan ‘addiction’ yang terlalu mahal untuk ditanggung oleh kerajaan dan rakyat. Rasuah sudah dibudayakan di setiap jabatan kerajaan dan sesiapa yang terlalu ‘obsessed’ untuk memerangi rasuah di dalam kerajaan tidak akan mendapat pengiktirafan kerajaan itu. Kebanyakan yang di berikan gelaran dan bernama itu secara langsung atau tidak langsung terlibat dengan rasuah kecil dan besar.

Jika penagih dadah di masukkan ke dalam pusat serenti, kenapa penagih rasuah juga tidak di masukkan ke pusat serenti sama. Di dalam pusat serenti itu boleh lah perasuah tegar ini di berikan kelas-kelas fiqah dan mengenal hukum hakam agama. Tidak perlu penagih-penagih rasuah ini di penjarakan. Di pusat serenti sudah mencukupi untuk diberitahu betapa hinanya kerja melakukan rasuah itu.

UMNO boleh memilih siapa dan menggantikan diantara mereka pimpinan parti di setiap peringkat tetapi parti itu sudah menjadi parti yang sudah kehilangan kredibiliti dengan serius. Krisis keyakinan yang dihadapi sekarang merupakan tahap yang terendah sekali dan tidak boleh diubati lagi. Kredibiliti parti itu bergantung kepada manusia yang memimpinnya. Apabila sudah sampai ketahap ini, ia tidak akan diyakini walaupun yang dilakukan mereka perkara yang agak baik dan munasabah.

Masalahnya begitu besar sehinggakan sesiapa sahaja dikalangan mereka yang sedang berkuasa memimpin parti itu ia tetap di pandang rendah bukan sahaja oleh rakyat ramai tetapi oleh ahli-ahlinya sendiri.

Itu sebab saya selalu mengatakan dengan terus terang yang pimpinan hari ini mesti bertanggungjawab dan mengambil ‘accountability’ di atas segala ketidak tentuan hari ini. Sekarang hanya ada dua pilihan sahaja bagi pimpinan UMNO hari ini. Pertamanya dengan terus memimpin dan membiarkan UMNO itu reput dan hancur. Untuk melihat keadaan ini ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dari sekarang. Keduanya pimpinan hari ini wajar mencari manusia yang boleh memimpin dan menjadi pemimpin yang mampu melakukan perubahan sebenar.

Perubahan yang dimaksudkan itu ialah seorang yang boleh di hormati agar penghormatan yang di perolehi oleh pemimpin atau individu itu boleh memberikan nilai tambah kepada keyakinan rakyat ramai terhadap parti itu.

Buatlah pemilihan pada 12 dan 19 oktober ini. Ia tidak akan mengubah keadaan itu. UMNO pasti tergolek jika tidak mengakui kelemahan ini dan berani bertindak drastik untuk menyelamatkan parti ini.

Saya berani bercakap sedemikian kerana apa yang saya perkatakan ini adalah keadaan sebenar-benarnya. Saya tidak peduli apa yang orang lain kata terhadap pandangan ini, kerana kebenaran kepada pandangan ini akan tetap terbukti dan tidak payah menunggu tua untuk melihat kebenaran itu.

'I shall smile last and the sweetest'.

9 comments:

  1. Saya amat tertarik dengan artikel Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Blog "Minda Tajdid')yang bertajuk "Bukan kurang jubah tapi kurang amanah". Malah saya amat tertarik pada setiap isu-isu dan perbincangan yang dikemukakan beliau di dalam blognya "Minda Tajdid" dan ia selari dengan pendapat dan pandangan peribadi saya tentang isu-isu semasa dalam negara akhir-akhir ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benar tu!!!..jgn jadi pemutar belit,menambah siksa rakyat.pemimpin2hari ini bergelumang dgn penyelewengan tahap paling dasyat seperti tidak dpt dibendung lagi.undang2 digubal seolah2 utk melindungi petualang Dan pembolot hasil negara Dan rakyat didahulukan utk menjadi manga mereka2ini...sampai bila???...
      Taktau....

      Delete
  2. tuan

    seperti kata ulamak fathul bari semua ini adalah sudah ditentukan oleh allah swt.kita hanya disuruh berserah sahaja.

    ReplyDelete
  3. Kita marah bertempat, pemimpin marah bermusim, rakyat marah bersebab, (kecuali rakyat umno). Inilah jadinya, harapkan pagar, pagar makan padi. Padi habis pagarpun cabut lari.

    Begitulah tamsilan, pemimpin yang dikatakan berjiwa rakyat olok-olok. Rakyat sekarang teramat terasa dengan apa yang didedahkan oleh audit negara. Parah dibuatnya oleh pemimpin tidak beramanah. Mangsanya rakyat. Pemimpin masih lagi angkuh dan sombong, masih cuba hendak menafikannya seolah-olah ketirisan itu tiada siapa boleh menegurnya, contoh, kecuaian jutaan ringgit dlm masa kendalian pihak polis dan belia. Inilah bahana rakyat yang tidak sensitif.
    Duit rakyat di anggap duit mak bapak dia. Rakyat bodoh, tidak kisah hal-hal ini,
    yang mereka mahu tahu Umno bagi duit, itu sahaja.

    Tunggulah pelapik baru naik, berdondang sayanglah mereka dengan agenda memperkasakan kekayaan diri dan keroni.

    Ini agenda baru untuk

    ReplyDelete
  4. Selagi Sultan merasuah orang dgn jawatan MB, selagi kekayaan dilihat 'dekat' dgn kuasa, selagi kefahaman berjuang demi agama, bangsa & negara diguna hanya sebagai alasan utk mengaburi orang lain, selagi agama yg diajar hanya bahagian 'kulit' tanpa isi oleh ulama jadi-jadian & ostad badut, selagi anak cucu hanya dijadikan tikus makmal dalam sistem pendidikan negara, selagi kitab-kitab 'kuning' lebih dipercayai dari Quran, selagi tidak faham maksud 'langit & bumi, matahari, bulan & bintang-bintang ditundukkan', selagi hanya mengaji tetapi tidak mengkaji, tidak menguji, tidak membukti & tidak menyaksi kewujudan dgn terang & nyata, selagi.....

    ReplyDelete
  5. Saudara Aspan,
    Saya amat meminati membaca tulisan bernas saudara.Pemimpin politik Kerajaan yang ada ternampak amat nyata sekali kurang quality untuk memimpin Negara kita ini. Bayangkan mereka mahukan kita menurut kata-kata dan arahan mereka yang ternyata sekali boleh melingkupkan rakyat dan Negara kita yang tercinta. Semoga Tuhan menunjukkan dan melorongkan jalan kearah kebaikan dan menjahanamkan mereka yang penuh dengan sikap kezaliman dan kekejian. Wassallam.

    ReplyDelete
  6. Tetap dan kena pada saatnya. Paparan tuan harus membuka minda para pemimpin, khusus yg sdg memimpin. Suka atau tidak, pemimpin hari masih bernasib baik sbb majoriti rakyat maaih bersabar. Akan tiba masa dan waktunya yg memungkin para pemimpin berpusu2 kelaur melarikan dari amokan rakyat. Sebelum terlewat molek lah difikirkan demi kesejahteraan dan keselamatan semua. Para perasuah tetap tidak diurus, mereka mungkin makin galak mengambil kesempatan utk menambahkan asset. Tindakan konkrit masih belum ternyata. Penjawat awan yg terlibat kian berdarmawisata. Pemimpin politik pula semacam sudah menetapkan kroni bersama dgn penjawat awam. Itu semua demi diri sendiri. Ckp apapun, perkara dan keradaan ini sedang berleluasa. Bagi kita rakyat biasa, hanya sekadar mampu berkata sabar! Tuan teruskan agenda pemberitaan dan penulisan. Akan sampai pada saat dan waktu segala pandangan jitu dan bernasd akan terserlah.

    ReplyDelete
  7. fokus utama pemilihan umno adaalah prose untuk menabalkan mukhriz..dan itu adalah agenda mahathir...perubahan yg sepatutnya dilakukan umno selepas pru hanyalah cebisan saja...

    ReplyDelete
  8. As Salam Tuan.

    Betul kata Tuan Aspan itu bahawa perempuan dijadikan dari tulang rusuk lelaki. Maka ia lebih hampir dengan jantung, hati dan perut. Oleh itu ia lebih bahaya kerana boleh mengolah citarasa lelaki dengan "nasi kangkang" dan walaupun tulang rusuk tidak memerlukan apa-apa sebagai hiasan tetapi dekat di hati mereka mampu mengidamkan "cincin berlian" untuk perhiasan jari.

    ReplyDelete