30 October 2013

Busuknya politik, baunya datang dari usus pemimpin-pemimpin sendiri

Apabila kita berbohong lama kelamaan orang ramai akan mengetahui bohong kita itu juga. Apabila kita buat perkara yang terbalik, hasilnya juga akan terbalik. Hanya apabila kita melakukan kerja secara jujur dan mengikut kehendak jiwa jujur sahaja kita susah hendak dipersoal oleh mana-mana pihak, waimma dari musuh kita sendiri.

Apa tah lagi jika pemimpin mengkhianati rakyat dan kerajaan secara senyap sekali pun, akhirnya ia akan terbongkar kepada pengetahuan umum. Tidak ada kesalahan, terutamanya kesalahan pimpinan kepada rakyat itu boleh di lindungi sampai bila-bila masa. Ia akan tetap mendapat perhatian umum akhirnya membawa badai buruk kepada pemimpin itu.

Apabila kita membeli alat persenjataan untuk negara misalnya, kerajaan dan pemimpin yang bertanggungjawab mesti mencari harga yang terendah dalam mengikut spesifikasi yang kita perlukan. Tujuannya ialah untuk mengurangkan perbelanjaan mana yang boleh tanpa mengorbankan spesifikasi yang di perlukan itu.

Matlamat mencari harga yang murah itu tentulah kerana rasa bertanggungjawab ke atas wang rakyat yang di belanjakan itu. Itulah tanggungjawab pemimpin parti yang berada di Kementerian-Kementerian untuk melakukan pemantauan terhadap cara wang rakyat di belanjakan. Tugas menteri itu bukannya satu tugas yang susah jika mereka mengikut apa yang perlu mereka lakukan di Kementerian masing-masing.

Tetapi Menteri-Menteri mencari masalah dengan melakukan tanggungjawab terbalik dari apa yang sepatutnya mereka lakukan. Contohnya Menteri Pertahanan perlu memastikan yang ‘end user’nya ia itu pasukan angkatan tentera kita membeli alat persenjataan dengan harga yang setimpal dengan harga pasaran barang yang di beli itu. Tetapi seperti yang di syaki ramai Menteri yang bertanggungjawab mencari jalan dan berusaha untuk membeli barangan atau alat persenjataan itu dengan harga yang tinggi.

Ini berlaku tentulah kerana ada kepentingan dikalangan mereka itu dan itu sudah pasti boleh di tuduh sebagai tindakan rasuah. Ia dilakukan dengan begitu sistematik dan di lindungi pula oleh akta-akta yang menyukarkan untuk mengambil tindakan terhadap pesalah-pesalah rasuah itu. Malahan mereka bukan hendak mentadbir dan menjaga rakyat sebaliknya mereka memunafaatkan jawatan mereka sebagai modal untuk berniaga secara besar-besaran. Modalnya perniagaan ialah jawatan Menteri, dan pelanggannya ialah rakyat yang membelinya dengan harga yang berlipat kali ganda.

Entah siapa yang mendapat keuntungan di atas penghapusan subsidi gula yang di umumkan oleh PM Najib sama-sama kita boleh agak. Tetapi kalau kita tela'ah dengan teliti keadaan di sekeliling industri gula ini ramai yang merasakan yang harga bahan mentah gula yang di ‘import’ itu adalah amatlah jauh lebih tinggi dari harga pasaran dunia. Harga bahan mentah gula di pasaran tidak melebihi USD 17 pada tahun lepas tetapi kita telah mengimport bahan itu melebihi USD 20.

Tetapi rakyat tidak mengetahui apa yang sedang berlaku di dalam industri gula ini, maka dengan mudah rakyat telah tertipu bulat-bulat dengan menggunakan isu kencing manis dan sebagainya. Apabila seseorang itu tidak tahu menahu apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini mereka tidak akan merasa tertekan hidup di negara ini.

Itu sebabnya kadangkala lebih baik kita tidak tahu apa-apa tentang penipuan dan pembohongan kerajaan ini kerana mengetahuinya akan membuat kita merasa ‘stressful’ di atas perlakuan pimpinan kita itu. Malahan penghapusan subsidi gula itu bukannya mengurangkan bilangan pesakit diabetes malah ia berkemungkinan menambah bilangan pesakit diabetes itu.

Sebenarnya rakyat di bohongi oleh kepimpinan kita,. pembohongan itu di lakukan dengan sistematik sehinggakan mereka memperalatkan pembohongan mereka untuk meraih sokongan ramai. Itu sebabnya kita selalu terlihat, lagi mereka (rakyat) di bohongi lagi kuat sokongan mereka kepada kerajaan dan pimpinannya hari ini.

Sikap berbohong ini bukan sahaja dilakukan oleh parti UMNO dan BN malahan ada parti dalam pasukan pembangkang juga mendapat keistimewaan ini. Ada parti yang mengaku sebagai parti ‘multiracial’, akhirnya menumpukan usaha untuk ‘memompong’ politik dengan kaumnya sendiri sahaja. Berbagai cara dan isu di timbulkan untuk mengenepikan orang Melayu dalam parti itu.

Apabila berlaku keadaan sebegini maka ramai rakyat yang serba salah. Hendak di telan mati bapa, hendak diluahkan mati pula ibu. Saya menyebut ini kita sentiasa di permainkan oleh pemimpin politik, tidak kira dari komponen BN mahu pun dari satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Sememangnya kita berada di akhir zaman. Tanda dan dalilnya banyak di tunjukkan dalam pimpinan kita. Yang baik dikatakan salah dan yang buruk dikatakan benar. Rasuah seolah-olah tidak salah lagi, merompak dan melanun juga menjadi mainan dan hobi kepada yang berkuasa.

Yang bercakap benar akan terhimpit, yang berbohong juga menjadi pemimpin kita. Jika sampai pertolongan dari Tuhan selamatlah kita, jika tidak sama-samalah kita ketahui apa yang akan terjadi.

Yang menerima malangnya bukan setakat generasi yang akan datang, generasi sekarang pun sudah lemas dengan permainan kotor barisan  yang tidak jujur itu. Politik semakin hari semakin busuk mungkin sudah sampai ke ususnya.

Busuknya sudah tidak boleh di lindungi lagi, kerana bau busuknya itu berpunca dari ususnya.

13 comments:

  1. Rakyat hidup susah dan negara menjadi miskin disebabkan oleh jutawan politik( kekayaan haram yang dirompak dari wang rakyat )

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Aspan,

    Itulah realiti politik negara kita. Tidak ada bezanya dengan politik negara2 membangun yang lain. Politik berlandaskan kuasa kekuasaan, bukan politik kuasa rakyat. Pemimpin2 ini terus kekal kerana ketaksuban penyokong yang tidak lagi dapat membezakan yang benar dan batil.

    Mereka2 yang taksub ini menerima apa sahaja omongan ahli politik walau seteruk mana omongan atau bohongan itu, tidak kiralah isu kenaikan minyak, pengenalan GST atau apa sahaja. Kepada yang mengkritik dianggap penentang kerajaan dan tidak tahu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan, walaupun kritikan itu membina. Ini hanya membuktikan apa sahaja dikaitkan dengan politik walhal banyak isu nasional seperti kebanjiran pendatang tanpa izin, kadar jenayah yang tinggi, pemalsuan dokumen seperti kad pengenalan adalah isu yang berkaitan keselamatan negara, bukan keselamatan parti politik, apatah lagi isu seperti rasuah, salah guna kuasa, pecah manah, isu moral pemimpin, hak asasi manusia, kebebasan suara, kebebasan akhbar yang berkait rapat dengan 'legitimacy' sesebuah kerajaan. Itu belum lagi termasuk isu perpaduan kaum, toleransi agama, kemiskinan akibat sara hidup yang tinggi dan bermacam lagi.

    Apa yang membuatkan rakyat semakin hari dan semakin tersepit di sebuah negara yang mempunyai segala potensi yang besar untuk menjadi sebuah negara makmur dan maju? Silap siapakah ini? silap pendiri negarakah yang berlandaskan premis perkauman UMNO, MCA dan MIC sewaktu menubuhkan negara ini? Adakah silap sistem pendidikankah dengan masih wujudnya sistem sekolah vernakular mengikut polarisasi kaum yang mana pemimpin2 negara pun tidak mahu menghantar anak2 mereka ke sekolah kebangsaan? atau silap ahli2 politikkah yang diberi kuasa oleh rakyat lalu mengambil kesempatan untuk membolot hasil negara? atau kesilapan sistem ekonomi kapitaliskah yang membuatkan jurang yang kaya dan miskin semakin melebar?

    Adakah ketaksuban kepada sesama manusia ini adalah ajaran agama Islam sehingga buta mata hati tidak dapat membezakan yang benar dan salah?

    Apalagi yang tinggal untuk dibanggakan. Bila tiap kali hari kebangsaan pun ramai yang tidak mahu mengibarkan bendera negara. Amerika itu sebuah negara maju yang terkenal sebagai bapa kepada segala kapitalis, tapi rakyatnya mengibarkan bendera dengan megah dirumah2, di premis2 atau di tempat awam tanpa perlu dipaksa. Itulah kontrasnya, rupa bendera hampir sama, tapi aspirasinya berbeza.
    bottom line, asas berdirinya sebuah negara itu adalah untuk dibanggakan oleh sekelian penduduknya tidak kira bangsa apa sekalipun. Namun begitu saya tidak pernah putus berharap suatu hari nanti negara yang saya cintai ini betul2 boleh dibanggakan.

    ReplyDelete
  3. Selagi UMNO-BN berkuasa, Melayu perlu UBAH hidup mereka supaya Ketua-ketua Sultan UMNO dapat hidup selera..... Macam Rumah najib - PM ...Bil Lektrik $2,200,000....setahun!!!

    Dashyat betul....berapa Kampung melayu boleh dimajukan dari $2.2 Juta Ringgit......ini Bil lektrik aje....belum hitung Bil enjoy, guna kapal terbang, Bil Korrupsi, wang curi, yang rakyat tak akan lihat...samapi akhirat!!...Hidup UMNO...Hidup Melayu....mmmmm cium tangan ketua2 UMNO...dan kurangkan makan,...Jalan kaki kekerja...Ubah cara hidup awak agar Isteri Sultan UMNO, anak Sultan UMNO dapat hidup mewah...hebat BR1M..... undi lagi UMNO-BN!!

    ReplyDelete
  4. Mesy khas koperasi permodln felda ( EGM) pd 27 Okt lalu telah melupuskn pegangan 51% equity milik KPF dlm felda holdings kpd FGV. KPF adalah milik peneroka & staff seramai 253,000 ahli merupakan badan pelaburan yg saban tahun memberi dividend purata 15% setahun kepada semua ahli seluruh negara. Dengan pindahan equity ini, FGV menguasai 100% felda holdings. Ini bermakna syarikat gergasi & empayar perniagaan milik peneroka sudah terlepas ke tangan public. Turn over perniagaan peneroka ini dianggarkn rm15-rm18 billion setahun.
    Keputusan melupuskan pegangan equity milik KPF ini adalah dari Najib yg mahukan FGV menjadi blue chips co dlm pasaran bursa & menghidupkan serta melonjakkan harga saham FGV yg telah jatuh sekian lama. Maka cita2 Najib mengenepikan sykt Bumi sudah tercapai skrg melalui kadam2 setianya Isa Samad, Pradeev Kumar, Faisol Ahmad, Nor Ehsanudin dll.
    Apa lagi yg tinggal di pihak peneroka? Menang sorak kg tergadai. Dapat durian runtuh rm15ribu, tetapi duriannya skrg jatuh di kebun org. Apa yg menyedihkan ialah FGV membeli harga dgn harga paling murah at rm2.2 billion sedangkan valuation lebih tinggi dari itu. FGV sanggup pula membeli sykt kecil untung tahunan anggaran rm35 juta iaitu Pontian Plntation dgn harga paling mahal rm1.2 billion. Sdg KPF mendapat untung dlm felda holdings rm500 juta setahun.
    KPF adalah diantara koperasi terbaik negara menyaingi Bank Rakyat & among top 100 in the world. Ia ditubuhkan semasa era Tan Sri Raja Alias utk menjalankn activity down stream dlm sykt felda, di samping tujuannya menjamin pulangan kpd peneroka & mengelakkan peranan org tengah. Sudah 35 tahun KPF ditubuhkan & ia beri kemakmuran kpd peneroka & staff. Wang rm2.2 billion yg diperolehi dari pelupusan equity ini akan diagihkan kpd semua ahli & membeli saham dlm FGV.
    Ini satu langkah yg cerdik & pintar dari Najib. Penyelesaian ekonominya hanya lah utk jangka masa pendek. Akalnya menjadi pendek setelah menurut kata2 para punasihatnya utk mendapatkan laba sekelip mata, sdgkan merananya sepanjang masa.
    Siapa jadi pengkhianat ? Siapa yg merosakkn economy org Melayu? Siapa jadi makhlok perosak?

    ReplyDelete
  5. umno berkata dasar pakatan rakyat umpama mengecat langit..... tapi rakyat berkata dasar umno umpama mengalas kaki dengan undang-undang.

    ReplyDelete
  6. Demi masa depan negara ini, apakah pendapat dan petua para pengikut blog Pak Aspan mampu lakukan supaya sumbangan setiap kita dapat menyelamatkan generasi masa depan?

    ReplyDelete
  7. Memang betul penulisan Pak Aspan mungkin tidak mampu menggugat si Najib. Teruskn menulis Pak. Setidak2nya kita ada tempat berkongsi dan menyandar pendapat. Biarkn semua generasi menilai dan memerhati. Setidak2nya penulisan ini jadi bukti

    ReplyDelete
  8. Bodoh-bodoh rakyat sebab ditipu, bodoh-bodoh pemimpin sebab sikap tamak haloba....siapa yang bodoh sebenarnya....pemimpinlah yang paling bodoh kerana berjaya menjadi jutawan politik dikalangan rakyat kebanyakanBodoh-bodoh rakyat sebab ditipu, bodoh-bodoh pemimpin sebab sikap tamak haloba....siapa yang bodoh sebenarnya....pemimpinlah yang paling bodoh kerana berjaya menjadi jutawan politik dikalangan rakyat kebanyakannya miskin yang telah ditindas undang-undang jutawan politik

    ReplyDelete
  9. memang peneroka FELDA ini tergolong daripada maanusia yang paling bodoh dan juga staff felda,mereka ini ada yang university grad tapi bodoh macam lembu,India paria masuk islam dapat jawatan tinggi dalam felda? tak ada anak peneroka felda yang layak bertugas dalam Felda,apa anak2 felda pun bodoh juga? wahai peneroka felda awak telah di bodohkan olih Isa Kinzir.bangunlah peneroka,walaupun dah takda apa lagi yang kau ada,janganlah dibodohkan lagi buat selama2nya.

    ReplyDelete
  10. Aspan,
    I disagree finding the lowest price quotation for military hardware. It should be value for money. Of course, I agree Najib has wasted lotsa money

    ReplyDelete
  11. looes 74, I agree with you directly, but i have got the problem of finding a right words for what you mean. I am totally agreeing with you.

    I am weak in BM and compounded by too little a vocab in the language.

    Thanks bro for alerting me.

    ReplyDelete
  12. Pak Aspan, sedikit catatan mengenal felda di mana Mentri yg bertanggong jwab ialah Najib sendiri. Najib menjaga felda sejak 2004.
    Apabila YB Lim Guan Eng mempersoalkn felda melabur dlm aktiviti bukan teras dgn membeli apartment di London £98 million atau kira2 rm500 juta , maka Kerajaan dengan selamba mempertahankn felda di Parlimen. Mentri menjawab pembelian ini satu pelaburan bagus di mane harga atas kertas apartment sudah mencecah £120 juta & felda sudah untung. Jawapan Menteri paling selekeh & tidak pun menjawab perkara yg dibangkitkan YB Lim. Ditanya lain, dijawab lain. Menteri tak jawab soalan mengapa felda sanggup membeli dgn harga yg begitu mahal & keupayaan felda melabur di luar negara di mana felda tiada kepakaran & sanggup pula mengenepikan program tanam semula. Jawapan dari Perdana Menteri yg juga Menteri felda adalah sgt mengeciwakan menggambarkan tiadanya integrity dari seorg Perdana Menteri.
    Bulan lalu rombongan besar felda mengadakan majlis pelancaran apartment di London dgn penuh meriah. Semua board member felda, fgv, anak2 sykt fgv dll turut sama memeriahkan acara perasmian ini. Turut dibawa bersama ialah org2 kanan parti & individu yg tak berkaitan dgn felda. Sudah tentu semua kos ditanggong felda. Demikian juga sudah ada org2 parti yg ke London menginap di apartment felda di London. Sudah tentu FOC...!
    Najib berada di London dgn rombongannya. Sekali lagi rombongan besar felda Isa Samad, CEO felda & isteri masing2 turut berangkat ke London utk memberi taklimat kpd Najib hal operational apartment. Bila Mentri datang, tak kan nak suruh PM ofis yg bayar!
    Agak2 bole ke untung felda dgn gaya belanja lavish sebegini? Bole ke recover rm500 juta dlm 30 tahun dgn sikap dermawan felda? Sedar kah Najib yg felda ni dah kering duit ? Sedarkah Najib yg felda ni dijadikan tempat membina kekayaan oleh sekelompok org politik? Tahu kah Najib ada friendly agent dlm urusan pembelian apartment ini & komisen habuannya begitu besar? Bila kah Najib nak terhantuk kepala di dinding supaya dia segar hasil & pendpatan peneroka kian merosot setelah felda tersasar dari matlamat hala tujunya????

    ReplyDelete
  13. Anon 19:58

    Bijak atau tidak Peneroka FELDA tidak pasti, tetapi kakitangan FELDA semuanya bijak2 belaka. Kakitangan FELDA sudah bertahun2 bekerja keras untuk menaikan taraf hidup peneroka dan menaikan nama FELDA menjadi terkenal. Dulu orang pandang FELDA satu macam jee tetapi sekarang ramai hendak bekerja di FELDA. Oleh kerana ada seorang …………………….. di bawa masuk ke FELDA semua Jawatan Tertinggi Syarikat FELDA seperti CEO di tukar dan d ganti dengan orang baru yang di ambil dari luar FELDA, mereka ini tidak pernah merasa perit lelah untuk bangunkan FELDA. Mereka masuk dengan gaji yang tinggi dari sebelum ini. Kenaikan pangkat orang2 lama telah dilupai, kalau boleh diharapkan mereka besara secepat mungkin. Inilah yang terjadi di FELDA sekarang. Pegawai lama hanya boleh lihat dan diam saja. Jika banyak bercakap , periok nasi mereka terjejas. Pegawai2 baru hanya ikut arahan sahaja kerana mereka baru nak mula bekerja.

    ReplyDelete