12 November 2013

Kawasan mesti di bersihkan, untuk menjauhi lalat-lalat berkeliaran

Isu yang di hadapi oleh Peguam Negara nampaknya bertambah serius apabila bekas Pegawai Tinggi Polis, Datuk Mat Zain Ibrahim, akan menjadikan akuan bersumpah nya sebagai dokumen awam. Ini adalah kerana Putrajaya (Najib) tidak mengambil sebarang tindakan di atas akaun bersumpah beliau terhadap Gani Patail. Putrajaya telah menerima akuan bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim lebih dari sebulan yang lalu tetapi tidak akan nampak sebarang tindakan di ambil ke atas akuan bersumpah itu sampai ke hari ini.

Akuan bersumpah Datuk Mat Zain itu mengandungi semua salah laku Peguam Negara dan apa yang di bayangkan setakat ini hanyalah kandungan dalam 2 dari 31 mukasurat akuan bersumpah itu. Jika ini berlaku kita akan menghadapi satu lagi isu besar yang akan menjadi polimik di khalayak ramai dan ia di katakan hanya sebahagian kecil dari banyak lagi isu yang selama ini di lindungi oleh mereka yang mempunyai kuasa yang telah menyalahgunakan nya.

Mahu tidak mahu pembongkaran secara terbuka ini merupakan satu pengajaran kepada semua yang pesalah-laku seperti yang di tuduh itu tidak akan dapat di lindungi selama-lamanya. Salah laku kita akan terbongkar juga akhirnya kerana masakan ‘bangkai gajah boleh di tutupi dengan nyiru’ sahaja. Langkah yang terbaik bagi siapa yang telah melakukan jenayah melindungi jenayah itu ialah dengan bersara sahaja dan hentikan segala  salahlaku yang telah di lakukan itu.

Isu seperti ini hanya boleh di selesaikan dan di rungkai kembali oleh seorang Perdana Menteri yang mempunyai wibawa sahaja. Perdana Menteri yang sedang berkuasa mesti mengambil ‘accountability’ ke atas semua salahlaku yang di lakukan penjawat awam tinggi negara. Tentulah apa yang terkandung dalam akuan bersumpah itu adalah perkara yang serius dan perlu mendapatkan tindakan segera dari Putrajaya khususnya Perdana Menteri, Najib Razak. Kalau tidak masakan Datuk Mat Zain begitu serius dan telah berjuang tanpa henti untuk melihat Peguam Negara di ambil tindakan kerana apa yang beliau anggap sebagai salahlaku yang tidak boleh di lindungi lagi.

Tiada seorang pun dalam kabinet negara memberikan reaksi terhadap apa yang berlaku itu. Dr Mahathir berkata beliau akan memberikan reaksi setelah membaca semua isi kandungan akuan bersumpah yang setebal 31 muka itu. Dr Mahathir sendiri perlu membaca dengan teliti dahulu sebelum memberikan reaksi kerana Gani Patail telah menjadi Peguam Negara sejak pentadbiran beliau.

Jika terbongkar kesemua kandungan akuan bersumpah itu ia akan menjadikan semua kesalahan yang dikatakan dilakukan oleh Peguam Negara itu menjadi hak milik awam dan hanya memerlukan belanja RM5 sahaja untuk mendapatkan naskah setebal 31 muka itu. 

Saya sudah pastinya akan menjadi salah seorang yang akan berbelanja RM5 itu untuk membaca kandungan akuan bersumpah itu. Jika jenayah yang dilakukan oleh penjenayah yang merampas anak kepada Sarah Joseph, Jumaat lalu, mendapat perhatian umum dan rakyat bersama-sama mencarinya, dalam kes akuan bersumpah ini juga sepatutnya mendapat reaksi yang sama dari rakyat ramai. Ia sepatutnya menjadi tanggungjawab rakyat untuk menangkap semua penjenayah yang telah melakukan salah laku seperti yang terkandung dalam akuan bersumpah Datuk Mat Zain itu.

Ini penting kerana negara ini yang di punyai rakyat dan rakyat berhak untuk melakukan apa yang sepatutnya untuk menyelamatkan dari kehancuran hasil dari tindakan tidak jujur penjawat awam kita. Selama ini pemimpin-pemimpin kita dalam kerajaan begitu lalai dan mengambil segala-galanya ‘for granted’. Budaya dan sikap ini mesti di hentikan serta merta kerana negara ini perlu keselamatan dan rakyat adalah empunya negara ini. Negara ini bukan Perdana Menteri yang punya atau Dr Mahathir atau Gani Patail yang punya.

Sesiapa sahaja yang pemimpin semasa berlakunya salah laku Gani Patail itu (jika benar) mesti mengambil ‘accountability’ dan wajar di ambil tindakan juga. Oleh kerana ‘accountability’ yang bakal di ambil oleh mereka dan pemimpin yang bertanggungjawab itu, maka masanya akan tiba di mana negara ini perlukan rombakan besar-besaran dalam hal politik dan kerajaannya.

Sumber salah laku pegawai tinggi kerajaan ini selalunya berpunca dari kerajaan yang korup dan kotor. ‘Tikus dan lalat akan berkeliaran di tempat yang busuk dan kotor’. Tikus-tikus dan lalat serta langau hanya akan berkeliaran di tempat kotor sahaja kerana mereka tidak boleh hidup di tempat yang bersih dan nyaman. ‘Ulat taik hanya selesa hidup di dalam taik’. Ulat taik akan mati dan tidak boleh hidup dalam suasana bersih.

Begitu jugalah pegawai atau pemimpin yang kotor tidak boleh hidup dalam politik yang bersih. Mereka juga seperti ulat taik tadi. Lagi kotor suasana politik itu lagi selesa mereka hidup dengan suasana kotor seperti dalam taik tadi.

Sekarang rakyat perlu melakukan pembersihan dan membuang taik-taik yang ada semata-mata untuk mengelak dari kehadiran ulat-ulat taik yang sudah sekian lama mengerumuni kita sejak berdekad dahulu.

Selagi kita di kerumuni oleh ulat-ulat taik dan lalat serta tikus-tikus yang kotor itu selagi itulah jangkitan penyakit yang sedang menyerang sekarang ini tidak akan dapat di ubati lagi.

Buang taik-taik itu maka tidak akan datang lagi ulat-ulat taik yang kotor itu. Jika kita mahu menutup makanan kita dengan tudung saji, jangan pula di kurung lalat-lalat dan tikus bersama dalam makanan yang kita tutup tadi.

Itu yang berlaku sekarang. Perasuah dan penyangak di kurung bersama dengan harta rakyat. Itulah sebabnya pemimpin yang bersih tidak akan kekal dan berada dalam UMNO dengan mudah kerana parti itu di kerumuni oleh ulat-ulat taik yang kelaparan sentiasa.

15 comments:

  1. Asmkm saudara Aspan.Tahniah.Inilah naskah tuan yang paling saya sukai.Ianya padat dan tepat .Malaysia milik kita semua bukan milik segelintir yang tamak.

    ReplyDelete
  2. Tn. Aspan,

    Tempat yg boleh bersih manusia hanya lah di Masjid/Surau. Itu pun sudah byk Masjid/Surau tak jadi bersih (tak berfungsi) kerana ketandusan pengunjung yg berniat betul

    ReplyDelete
  3. Di zaman permulaan pemerintahan Pak Lah, ada saya terjumpa seorang penyokong tegar umNO,katanya, kami tak memerlukan pemimpin yg "clean" spt Pak Lah. Saya tak faham. Sekarang fahamlah sudah kenapa beliau mengatakan demikian... Dah confirm 101% Malaysia mempunyai pemimpin yg berhati setan yg nampak.
    Lagi lama....hancurlah jwbnya

    ReplyDelete
  4. Mereka bernasib baik kerana tinggal di sebuah negara dunia ketiga. Kalau perkara ini berlaku di amerika atau eropah atau jepun sudah pasti menjadi satu skandal besar yang memaksa yang bertanggungjawab melepas jawatan hatta presiden atau perdana menteri sebab akauntabiliti amat dipandang tinggi..bagaimana orang2 bukan islam lebih memahami tentang sikap kebertanggungjawaban berlandaskan etika 'dont cheat dont lie and dont steal semata sedangkan kita orang islam diajar tentang akhlak yang bak cukup susah memahami apa itu tanggungjawab. apatah lagi tentang rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya..

    ReplyDelete
  5. Bagus artikel ni. Sinis sungguh...! Lebih-lebih lagi penggunaan 'ulat-ulat taik' tadi... hehehe...

    ReplyDelete
  6. Tuan AA,masaalahnya kalau tiada pihak yang tampil ambil tindakan macam mana, kalau bukan kerja polis takan kerja sprm pula, atau CIA Amerika pula yang buat kerja untuk menyiasat salahlaku pemimpin malaysia.

    ReplyDelete
  7. Aspan Alias,

    Saya bergembira menjumpai blog saudara dan saya berminat mengikuti pemikiran saudara.

    Sangat mudah bagi saya memahami maksud saudara Aspan.

    Pandangan saudara telus dan penuh dengan kiasan yg boleh menjadi pelajaran.

    Syabas saudara.

    ReplyDelete
  8. Polis Malaysia bole dikatakan cekap kerana byak jugak kes2 berprofail besar dapat diselesaikan di pkt Polis. Kes kematian Sosilawati & yg lain dpat ditangkap pembunuhnya. Segala alat2 yg digunakan utk membunuh dpat ditemui dlm sungai di Banting. Kes bunuh pegawai bank baru2 ini sudah dikira selesai dgn tertangkapnya suspek utama. Kes liwat mantan TPM yg menjadi tumpuan seluruh dunia pun sudah lama selesai dgn berbagai bukti termasuk tilam tebal yg diusung ke Mahkamah.... Kes Altantuya pun selesai bilamana Polis dpat kumpulkan bukti2 dari percikan & serpihan tulang daging si mati. Sayangnya pembunuh terlepas. Entah siapa yg bunuh....sayang pembunuh tak dapat dicari....!
    SPRM sudah menyiasat byak kes2 rasuah. SPRM sudah byak memanggil saksi penting. SPRM sudah byak menyerahkan kes2 siasatan utk didakwa. Tetapi kemana sangkutnya fail2 sudah siap disiasat ?
    Kepercayaan org ramai terhadap undang2 semakin pudar bilamana politik & rasuah sudah jadi asam + garam. Muka Najib sudah tidak seri lagi di kaca mata tv & media. Cakap Najib semakin murah. Ibarat org berbohong, sama spt org munafik...pemimpin sudah hilang maruah diri.

    ReplyDelete
  9. Pohon copy sebhgian rencana ini ke dalam status saya di facebook

    ReplyDelete
  10. Para 10 yang berbunyi

    ‘Tikus dan lalat tidak akan berkeliaran di tempat yang busuk dan kotor’.

    Mungkin tuan maksudkan ‘Tikus dan lalat tidak akan berkeliaran di tempat yang nyaman dan bersih’.

    ReplyDelete
  11. Pak Lubis, terima kasih kerana menjumpai kesilapan dalam ayat tadi. Saya telah perbetulkan. T kasih sekali lagi

    ReplyDelete
  12. sedar atau tidak kita sebenarnya diransang untuk hidup dalam keadaan berpuak-puak.Banyak diskriminasi berlaku tanpa sedar bertujuan untuk membezakan puak itu dan puak ini.

    ReplyDelete
  13. Mana aci kalau macam ni. Si X dah songlap RM8.8b, den baru RM1.5b sahaja. Bagilah masa lebih sikit. Jauh sangat beza, memang den tak puas hati sangat ni...
    Hidup Melayu!!!!

    ReplyDelete
  14. ‘Tikus dan lalat tidak akan berkeliaran di tempat yang busuk dan kotor’.

    Mungkin tuan maksudkan ‘Tikus dan lalat tidak akan berkeliaran di tempat yang nyaman dan bersih’.


    Saya rasa tak ada salah dalam ayat pertama kerana UMNO-BN corak hidup mereka adalah macam tikus dan nyamuk, lalat hisap darah rakyat yang Bersih dan nyaman......yang malang adalah rakyat yang tak serentak Sedar yang Hidup tanpa Sultan UMNO-BN adalah yang paling Nyaman dan Bersih...Jangan Ubah corak hidup kerana Kekejaman Sultan UMNO-BN.....macam lalat, nyamuk, tikus...Bagi Bantai KUAT Kuat sampai Mati!!

    ReplyDelete
  15. pak aspan,

    Buakan lalat la oii...LANGAU

    ReplyDelete