19 November 2013

Jika Sabah dan Sarawak boleh menentukan nasib pihak lain, kenapa tak tentukan nasib sendiri?

Saya mendapat desakan untuk memberikan pandangan lanjutan kepada apa yang di tulis dalam posting saya dua hari lepas, berhubung dengan isu Sarawak dan Persekutuan Malaysia. Saya menulisnya dalam respon saya terhadap apa yang di perkatakan oleh Tan Sri James Masing, seorang Menteri Kanan Sarawak beberapa hari lepas. Dr James Masing telah menzahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap layanan dan sikap pemimpin UMNO yang muda-muda yang tidak tahu atau buta sejarah tentang kehadiran Sarawak dan Sabah dalam Persekutuan Malaysia sejak 1963 dahulu.

UMNO merupakan tunjang kepada BN tetapi pemimpinnya sendiri tidak tahu apa kah dia semangat Perjanjian Persekutuan Malaysia sehinggakan Sarawak termasuk Sabah dianggap sebagai kuli kepada Semenanjung Malaysia atau Persekutuan Tanah Melayu itu. Desakan itu bukan sahaja datang dari Sarawak dan Sabah, malahan ramai dari Semenanjung sendiri mahukan pencerahan tentang isu ini. 

Saya hanya rakyat biasa dan bukannya seorang tokoh undang-undang dan perlembagaan atau pun sesiapa dan saya bukanlah orangnya yang boleh melakukan tindakan dengan penuh ‘authority’. Saya hanya mencatatkan pemikiran dan perasaan saya sebagai seorang rakyat yang sentias berdoa dan berhajat untuk melihat negara kita ditingkatkan maruahnya sebagai sebuah negara merdeka yang berwibawa dan sentiasa adil kepada semua wilayah dan rakyat keseluruhannya.

Apa yang saya tulis hanyalah berdasarkan kepada pandangan seorang rakyat Malaysia biasa yang sentiasa mahu melihat negara ini terlandas keatas premis dan teras politik yang betul dan benar. Saya bukannya seorang pemimpin, hanya saya seorang yang sensitif dengan apa yang berlaku dalam negara ini terutamanya dalam bidang politik, bidang yang sangat penting bagi rakyat negara berbilang kaum dan ethnik ini. Saya hanya mempunyai pandangan sendiri dalam isu ini kerana saya tidak putus-putus meneliti inti dan semangat penubuhan Malaysia.

Ia di tambah pula dengan keadaan negara ini adalah sebuah negara Persekutuan yang terdiri dari tiga buah negara (Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak) yang berlainan landskap penduduknya dan politiknya sekali. Isu ini tentunya satu isu yang sangat besar dan berat dan jika di sandarkan harapan penyelesaian isu ini kepada kemampuan pimpinan Persekutuan yang ada pada hari ini, isu ini merupakan isu yang tidak mungkin dapat di selesaikan. Dalam pada itu penyelesaiannya sangat perlu dan wajib di lakukan.

Negara memerlukan seorang yang cukup wibawanya untuk mengurus dan memimpin perubahan untuk pembaik-pulihan keadaan yang tidak nampak penyelesaiannya. Tetapi jika mendapat seorang lain dari pimpinan yang ada sekarang ini untuk melakukan perubahan ini, banyak tanggungjawabnya terpikul di bahu pimpinan di kedua-dua buah negeri, Sabah dan Sarawak

Kita terima hakikat yang UMNO merupakan parti yang penting untuk melakukan perubahan. Tetapi pemasalahan ini tidak wujud di Sarawak kerana UMNO tidak ada di negeri itu. Yang penting pemimpin-pemimpin di Sarawak perlu bersatu untuk mendapatkan tuntutan negeri itu sebagai ahli kepada Persekutuan Malaysia itu.

Jika semua pemimpin parti dan ahli-ahli Legislatif dari negeri Sarawak bersatu dan berhadapan dengan Persekutuan itu dengan satu suara, maka ia boleh menghasilkan satu tindakan yang ‘decisive’ bagi kepentingan rakyat dan negeri Sarawak secara ‘collective’. Dalam isu ini pimpinan di Sarawak sepatutnya melupakan perbezaan politik kepartian dan bersatu bagi mencapai matlamat untuk mendapatkan keadilan yang mereka di Sarawak rasakan tidak wujud dalam Persekutuan itu. 

Di Sabah isu ini juga merupakan isu yang sangat besar, tetapi di negeri ini keadaan berbeza kerana UMNO wujud dan mempunyai banyak pengaruh di negeri ini, malahan salah seorang dari kepimpinan tertingginya datang dari Sabah. Malahan UMNO di Sabah jika diteliti dari sudut ini sedang berhadapan dengan tekanan perasaan rakyatnya sendiri.

Sabah tidak lagi seperti dahulu, kerana dahulunya Sabah di Ketuai oleh Parti USNO. Jika dahului USNO dan parti-parti lain boleh bersatu untuk melakukan tuntutan setelah menyedari tentang ketidak adilan pihak Persekutuan terhadap negeri-negeri Borneo ini. Sekarang UMNO menjadi isu besar dan jika benar rakyat Sabah inginkan sebuah negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia secara adil, maka UMNO Sabah sendiri patut bersama-sama bersatu bagi mencapai perjuangan untuk mendapatkan kembali maruah sebagai sebuah negeri yang berdaulat dan merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.

Dalam keadaan sekarang UMNO sendiri mempunyai masalah intra-parti yang besar, begitu juga dalam parti-parti lain tidak kira parti-parti kerajaan dan pembangkang. Demi untuk kepentingan negara kita tidak boleh lagi terperangkap dengan sentimen kepartian yang keterlaluan. Sekarang ialah waktu untuk semua pemimpin khususnya yang berada sebagai ahli-ahli Legislatif yang mewakili rakyat untuk melakukan tindakan yang ‘decisive’ bagi mendapatkan situasi dan ‘ambience’ politik yang baru.

Blog ini tidak pernah putus menyarankan supaya kita memulakan sebuah negara baru yang di pimpin oleh seorang pemimpin yang tinggi kewibawaannya dan menyusun semula negara kita untuk kepentingan rakyat yag sangat dahagakan ketenteraman pemikiran dan politik yang stabil dan menyakinkan.

Dalam isu ini pemimpin dari Sabah dan Sarawak terutamanya, patut berani bertindak supaya mereka akan meninggalkan nama seperti harimau meninggalkan belangnya. Jika masih mahukan UMNO pimpinan khususnya dari Sarawak dan Sabah, mereka wajar membantu menukar dan mengalih kepimpinan UMNO itu dengan kepimpinan yang berwibawa untuk perubahan itu.

Jika generasi kepimpinan hari ini tidak memenuhi kehendak ramai sekarang ini, mereka akan di ingat oleh rakyat dan generasi akan datang sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana takut kepada perkara dan manusia yang tidak perlu di takuti.

Pemikiran dan jiwa pucuk pimpinan dan barisannya hari ini terlalu lemah dan jika mereka masih di berikan kuasa maka waktu itu bukan lagi salah siapa, tetapi adalah salah pimpinan parti-parti khususnya dari Sarawak dan Sabah yang terlalu terhimpit dengan isu Perjanjian Persekutuan Malaysia ini.

Samada pemimpin-pemimpin dari Sarawak merelakan keadaan seperti ini berlaku bergantung kepada tahap komitmen perjuangan mereka. Jika mereka masih takut kerana politik peribadi dan terlalu sayangkan diri sendiri dari negeri mereka, maka tidak lagilah boleh di salahkan mana-mana pihak lain. Mereka mempunyai kekuatan sendiri malahan mereka adalah penentu kepada kejayaan BN mempertahankan mandat kerajaan persekutuan dalam pilihanraya yang lalu.

Jika tidak mahu memulakan tindakan yang ‘unorthodox’ untuk menyelamatkan maruah negeri-negeri Borneo itu, jangan salahkan sesiapa selepas ini, kerana bola ada di kaki mereka, terpulang kepada mereka untuk menendangnya kearah mana yang mereka suka.

'Tepuk dada, tanyalah selera'. Yang pastinya tidak ada siapa yang boleh membantu Sabah dan Sarawak untuk mengembalikan maruah siasah mereka selain dari menyelesaikan masalah mereka sendiri.

Jika Sarawak dan Sabah boleh menentukan kemenangan untuk BN keseluruhannya, tiada sebab kenapa pemimpin-pemimpin dan parti-parti dari kedua-dua buah negeri ini tidak boleh menentukan nasib dan untung mereka sendiri dalam Persekutuan ini.

13 comments:

  1. Saya amat bersetuju dengan pendapat tuan.Saya sebagai seorang rakyat biasa sangat berharap akan diadakan sebuah suruhanjaya untuk mendapatkan suara rakyat negara Sarawak dan negara Sabah sama ada perlu memecat malaya dari persekutuan Malaysia atau kekal dalam persekutuan seperti suruhanjaya penubuhan Malaysia terdahulu.

    ReplyDelete
  2. Bro, betul kata you. Jika pemimpin Sabah terutamanya Umno masih mahu bersama dengan Najib, Muhyiddin and the rest, sampai bila pun mereka akan terasa terjajah.

    There's nothing we from here (KL) can do. jangan tangisis malang yang menimpa kerana malang itu adalah malang carian sendiri.

    Life has to go on.

    ReplyDelete
  3. Like leaders in the peninsula, those in Sarawak and Sabah are self serving ones.

    Those leaders in East Malaysia are suffering from money addiction.
    Money addicts can't do anything Tuan Aspan Alias.

    Do understand that. That is real reality Tuan.

    As Sarawakian, I am just resting the issue.

    ReplyDelete
  4. Rakyat borneo tahu negeri Sabah Sarawak punyai kuasa menentukan siapa yang berkuasa diputrajaya tetapi masaalahnya pemimpin sabah sarawak masih memperkudakan putrajaya untuk melindungi segala salahlaku mereka.Kata orang hari ini : Syaitan akan minta tolong syaitan yang sama.

    Apa yang berlaku dinegeri sabah adalah sangat susah diperbetulkan.bila banyak campurtangan orang luar(pendatang mengaku melayu) dan ini akan menjadi duri dalam daging perjuangan peribumi sabah.

    Keadaan dinegeri Sarawak adalah lebih baik sedikit berbanding Sabah, dengan kedudukan geografinya hanya bersempadan dengan kalimantan indonesia. tiada siapa yang akan berani buat projek ic kepada dayak indonesia kerana akan memberi majoriti kepada peribumi/dayak dan menganggu projek melayu raya umno.

    ReplyDelete
  5. Kehendak rakyat borneo ialah :

    1. Membahaskan usul perjanjian pembentukkan Malaysia diparlimen dan seterusnya mahu semangat persekutuan dihormati dan dipatuhi.

    2. Mengadakan suatu suruhanjaya bagi mendapatkan pendapat suara rakyar borneo sendiri tentang halatuju persekutuan malaysia, samaada memecat malaya dari malaysia atau keluar dari persekutuan malaysia menubuhkan negara baru.Membawa perkara ini ke makamah dunia icj berkaitan apa-apa keputusan suruhanjaya tersebut bagi kebaikan bersama dan tuntutan gantirugi.

    ReplyDelete
  6. Saya sgt teruja dgn post berakitan dgn isu ini. Terima kasih kerana sentiasa "mencerahkan" perkara sebenar. Kalau bolih mahu saya temui Pak Aspan. Bincang2 mengenai perkara ini dgn tujuan menjadikan negara kita kekal utuh dan maju tanpa adanya sebarang "teehing problem". Menangani isu ini: semua pehak kena memahami sejarah pembenttukan Malaysia, wajib jelas dan dicerahkan maksud tersirt dan tersurat akan tujuan pembentukan Malaysia, menanganinya, kita perlukan pemimpin yg berwibawa dan faham akan tujuan gagasan ini, semua pehak kena hormati persetujuan yg telah dicapai. Bagi sayaa, tidak perlu "pecah atau berpecah", yg penting khusus pemimpin negara kena berani dan miliki political will yg kental utk menguruskan kesatuan negara dgn adil saksama tanpa mempunyai laaain2 agenda. Apapun, kesatuan dan kedaulatan negara kena dipertahankan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara Mohamed Salleh, nie posting 2013, dan saya rasa saudara sendiri tidak faham akan tuntutan sebenar Sabah Sarawak. Saya ada beberapa soalan untuk saudara jawab :

      1. Apakah Sabah dan Sarawak negeri-negeri di bawah Persekutuan Tanah Melayu 1957? Jika ya, ade wakil dari Sabah Sarawak semasa menandatangani perjanjian berkenaan?
      2. Perlembagaan Malaysia sekarang menggunapakai perlembagaan dari Persekutuan Tanah Melayu 1957 ataupun perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963?

      Terima kasih.

      Delete
  7. Aspan...

    Yg soheh rakyat sabah dan Serawak adalah manusia yg paling bodoh sama jugalah dgn Arab...cakap apalah mereka ini bukan ketagih dadah tapi ketagih duit ini adalah hasil didikan Umno baru- Mamak kutty Mahathir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg lebih soheh kluar di TV 123 ialah orang Malaya yg dapat brim bagi yg kedana & dpt projek bagi yg kureng kedana.
      Diperbodoh dgn betul2 bodoh x sama.Spesis yg suka kata orang lain bodoh mimgkin lebih bldoh dpd lembu.

      Delete
  8. pak aspan..



    suatu ketika dahulu....

    maximum ongkili, jeffery titigan pun cuba nak ceraikan sabah daripada malaysia.. kedua dua pun dah disumbat kedalam ISA. fucked up. pasal? majority pemimpin sabah semua berkurap jer.... duk jer...


    bagus ko berjaga jaga agar posting macma ni, pasal 20 and 18 points. mungkin akan mengundang invitation ke ISA. aku pun tak mau pak aspan dimasukan kedalam lokap.. pasal lokap tak ader wifi utk menulis blog., ko pun tau la.... nanti macam blogger milo suam nanti...


    ReplyDelete

  9. It is in the best interest of Sabah and Sarawak to take care of themselves to protect their future generations.

    Great leaders like Tunku Abdul Rahman, Tun Razak and Tun Hussien Onn are no more.

    The present generation of ' leaders ' and politicians are grossly misguided , self serving and incompetent.

    Rampant Corruption combined with incompetency, abuse of power and gross mismanagement are most destructive.......a dangerous disease, including narrow, divisive and damaging politics of race and religion, with no cure at this stage.

    No right thinking leader would want to import this disease to destroy his/her innocent ordinary people.

    ReplyDelete
  10. Pemimpin sabah sarawak seolah-olah diikat kaki dan tangan, mulut ditutup dengan rapat dan telinga diazankan dengan intimidasi.Yang berani bersemangat persekutuan akan dibelasah dengan ISA, tetai kalau diam-diam akan disuntik heroin (wang rakyat).

    ReplyDelete
  11. Negara sabah atau negeri sabah
    http://www.negara-sabah.blogspot.com

    ReplyDelete