03 November 2013

Mainan politik cetek oleh yang cetek

Politik di negara kita adalah politik pergaduhan. Tiada pergaduahan tiada politik. Semua perkara walaupun isu yang ‘trivial’ menjadi bahan pergaduhan. Perselisihan dan perbalahan bukan dalam isu penting yang berkaitan dengan pembangunan negara dan pembinaan pemikiran manusia yang amat penting di zaman pembangunan ini. Baik dari pihak kerajaan mahu pun pihak yang bertentangan, semua isu jadi bahan perselisihan dan pergaduhan.

Semuanya politik dan tidak ada perkara yang tidak di politikkan di negara ini. Tahap politik di negara kita semakin hari semakin rendah seperti politik anak-anak hingusan. Tidak lama lagi mungkin akan timbul polimik untuk menetukan tandas yang mana yang lebih baik diantara tandas cangkung dengan tandas duduk pula.

Tempat penyembelihan korban pun menjadi perbalahan. Setengah mengatakan melakukan penyembelihan dalam kawasan sekolah pun telah mencetuskan pergaduhan di antara dua pihak di kalangan orang Islam sendiri seolah-olah Islam ini belum di lengkapkan oleh Muhammad saw lagi. Mereka sanggup bertelagah, asalkan mereka bangkang pihak lawan. Yang penting mesti bantah dan berbeza dengan pihak lain. Itu politik.

Bagaimana isu ini pun telah membuatkan orang bergaduh sedangkan Muhammad saw di turunkan untuk melengkapkan agama dengan syariatnya jelas dan mantap. Kita sepatutnya tahu Rasullah saw tidak akan wafat dahulu selagi udang-undang dan syariat Islam belum di lengkapkan.

Kita mengakui yang Muhammad saw itu adalah Nabi dan Rasul yang terakhir dan merupakan pembawa syariat dan pelengkap kepada hidup beragama di dunia ini. Kenapa masih ada pihak yang cuba untuk memperbaiki lagi agama dan syariatnya sedangkan kita mengaku agama Islam itu adalah agama pelengkap kepada semua umat manusia.

Jika kumpulan yang mengaku menjadi pejuang agama Islam itu mempunyai matlamat yang betul, mereka harus memahami yang tugas utama pemimpin ini ialah untuk menjadikan sesiapa dikalangan agama bukan Islam merasakan kebaikan dan keseronokan bersama kita yang beragama Islam. Islam itu merupakan pengubat kepada segala keburukan kehidupan umat. Pemimpin Islam sepatutnya mampu untuk menjadikan orang Buddha, Christian dan Hindu serta agama-agama lain menjadi lebih baik.

Seorang Hindu akan menjadi Hindu yang lebih baik. Orang Buddha pula akan menjadi buddis yang lebih baik apabila di pimpin oleh Islam. Itulah kepimpinan Islam yang sebenar-benarnya Islam. Jika tidak dapat membawa mereka menjadi Islam, setidak-tidaknya kepimpinan Islam itu akan menjadikan mereka yang beragama lain itu lebih baik dengan agama masing-masing bila dipimpin oleh pimpinan Islam yang tulin.

Tetapi sebaliknya berlaku sekarang ini. Pimpinan UMNO atau kebanyakan parti politik dan NGO berhaluan kanan lebih cenderung untuk berlawanan diantara agama dan kepercayaan masing-masing. Ini berlaku kerana kepimpinan parti-parti yang ada dikalangan pimpinan yang lemah dan fakir jiwa mereka.  Menunjukkan sifat berani berperang yang palsu itu dijadikan cara untuk mendapatkan sokongan dikalangan puak masing-masing.

Masing-masing membawa aura peperangan sesama sendiri untuk membawa pandangan ramai jauh dari tindakan kedurjanaan mereka seperti rasuah dan samunan yang mereka telah lakukan terhadap negara. Mengalihkan pandangan ramai terhadap kesalahan mereka ini menjadikan negara dalam keadaan haru-biru dan tidak lekang dari kerja memecah- belahkan rakyat yang berbilang agama dan bangsa dengan cara hidup masing-masing.

Pada hakikatnya segala tindakan ini adalah tindakan penentangan secara ‘head-on’ terhadap Allah kerana yang membezakan mereka dengan kaum yang berlainan itu juga adalah kejadian Allah, Tuhan semesta alam. Memerangan bangsa-bangsa ciptaan Tuhan itu adalah manifestasi terhadap tidak berpuas hati terhadap kejadian Tuhan itu sendiri.

Orang Melayu tidak meminta mereka menjadi Melayu. Begitu juga bangsa Cina dan India, serta kaum Iban, Melanau, Kadazan dan bangsa-bangsa lain yang membuatkan negara kita cantik dan tinggi di pandangan dunia ini. Itu sebabnya saya katakan mereka menentang Tuhan kerana masing-masing membenci diantara bangsa-bangsa yang mendiami negara bertuah ini.

Saya pun pernah menuntut di sekolah ‘missionary’ dan sekolah itu tidak mengurangkan Islam saya. Jika saya bukannya Islam yang baik, sekolah itu tidak menambah-burukan Islam saya. Malahan mengenali ‘attribute’ agama yang lain itu jugalah yang menyedarkan saya yang awalan agama seseorng itu ialah mengenali Allah.

Politik negara kini sudah melampau batasan keagamaan. Politik negara kini sedang mempersoalkan kebesaran Tuhan jika di pandang dari sudut kewujudan Tuhan dan ciptaannya. Masing-masing resah dengan apa yang di jadikan Tuhan. Masing-masing bukannya hendak berjuang mengenali dan menghormati masing-masing bangsa dan agama seperti yang di tuntut oleh Tuhan, tetapi melakukan kerja yang bertentangan secara ‘head-on’ dengan kehendak dan suruhan Tuhan itu.

Blog ini berharap, politik patut tumpukan usaha untuk membina bangsa-bangsa dan negara ini. Bukannya membina permusuhan di antara satu bangsa dan agama yang lain.

Jika ada parti yang melaungkan ‘mulitracialism’ di negara ini tentukan yang parti itu benar-benar melaksanakannya, bukan setakat retorik bodoh dengan cuba memperbodohkan rakyat yang ramai ini.

Parti yang saya maksudkan itu tidak akan dapat melindungi sifat sebenar mereka, kerana mereka hanya ‘menyorok di sebalik telunjuk’, atau ‘berselindung di sebalik pelita yang terang’. Oleh kerana mereka mempunyai kebodohan, mereka menganggap semua yang lain itu juga adalah bodoh seperti mereka..

4 comments:

ahmadyaniDotCom said...

Orang yang arif dalam agama pun 'bersubahat' sama hanya kerana wang dan pangkat. Itu yang membuatkan lebih kecelaruan.

Sohaib said...

Apa jua sekali pun, hakikat nya org Islam adalah roh kpd dunia yg fana ini. Baik nya org Islam pasti baik lah dunia & isi2 nya. Tiada org Islam maka hancur lah dunia & isi2 nya. Maka org Islam mesti bertanggungjawab atas semua ehwal2 dunia baik yg berlaku sekarang dan yg akan datang

Anonymous said...

Kalau Bapak masih ingat, dulu ramai pegawai bukan bumi pegang jawatan penting dlm Kerajaan ie Tan Sri Thaw, Tan Sri Herbert Clifort dll. Lepas kita merdeka ramai expatriate atau pegawai dagang British berkerja dlm Kerajaan ie KPTG, KPPA, PTG dll. Manager felda umpamanya ramai bangsa Eropah membuka hutan & ada kalangan masuk Islam. Itu dulu Pak...berkerja kerana bangsa Eropah ni tau pemimpin kita ni ikhlas nak tolong bangsa sendiri.
Sekarang ada mualaf pun tak guna! Namanya sedap lah dengar sama mcm nama Khalifah... Menjadi think tank penasihat tetapi perangai mualaf ni mcm setan menyebabkan pemimpin kita jadi leka & badoh..

Anonymous said...

ada kupulan pendesak keluar kenyataan menghasut tapi tidak dikenakan tindakan tetapi bila kena batang hidung mereka sendiri berduyun-duyun pula buat repot polis supaya diambil tindakan.