Politik di negara kita adalah
politik pergaduhan. Tiada pergaduahan tiada politik. Semua perkara walaupun isu
yang ‘trivial’ menjadi bahan pergaduhan. Perselisihan dan perbalahan bukan
dalam isu penting yang berkaitan dengan pembangunan negara dan pembinaan
pemikiran manusia yang amat penting di zaman pembangunan ini. Baik dari pihak
kerajaan mahu pun pihak yang bertentangan, semua isu jadi bahan perselisihan
dan pergaduhan.
Semuanya politik dan tidak ada
perkara yang tidak di politikkan di negara ini. Tahap politik di negara kita
semakin hari semakin rendah seperti politik anak-anak hingusan. Tidak lama lagi mungkin akan timbul polimik untuk menetukan tandas yang mana yang lebih baik diantara tandas cangkung dengan tandas duduk pula.
Tempat penyembelihan korban pun
menjadi perbalahan. Setengah mengatakan melakukan penyembelihan dalam kawasan
sekolah pun telah mencetuskan pergaduhan di antara dua pihak di kalangan orang
Islam sendiri seolah-olah Islam ini belum di lengkapkan oleh Muhammad saw lagi.
Mereka sanggup bertelagah, asalkan mereka bangkang pihak lawan. Yang penting
mesti bantah dan berbeza dengan pihak lain. Itu politik.
Bagaimana isu ini pun telah
membuatkan orang bergaduh sedangkan Muhammad saw di turunkan untuk melengkapkan
agama dengan syariatnya jelas dan mantap. Kita sepatutnya tahu Rasullah saw
tidak akan wafat dahulu selagi udang-undang dan syariat Islam belum di lengkapkan.
Kita mengakui yang Muhammad saw
itu adalah Nabi dan Rasul yang terakhir dan merupakan pembawa syariat dan
pelengkap kepada hidup beragama di dunia ini. Kenapa masih ada pihak yang cuba
untuk memperbaiki lagi agama dan syariatnya sedangkan kita mengaku agama Islam
itu adalah agama pelengkap kepada semua umat manusia.
Jika kumpulan yang mengaku
menjadi pejuang agama Islam itu mempunyai matlamat yang betul, mereka harus
memahami yang tugas utama pemimpin ini ialah untuk menjadikan sesiapa
dikalangan agama bukan Islam merasakan kebaikan dan keseronokan bersama kita
yang beragama Islam. Islam itu merupakan pengubat kepada segala keburukan
kehidupan umat. Pemimpin Islam sepatutnya mampu untuk menjadikan orang Buddha,
Christian dan Hindu serta agama-agama lain menjadi lebih baik.
Seorang Hindu akan menjadi Hindu
yang lebih baik. Orang Buddha pula akan menjadi buddis yang lebih baik apabila
di pimpin oleh Islam. Itulah kepimpinan Islam yang sebenar-benarnya Islam. Jika
tidak dapat membawa mereka menjadi Islam, setidak-tidaknya kepimpinan Islam itu
akan menjadikan mereka yang beragama lain itu lebih baik dengan agama
masing-masing bila dipimpin oleh pimpinan Islam yang tulin.
Tetapi sebaliknya berlaku
sekarang ini. Pimpinan UMNO atau kebanyakan parti politik dan NGO berhaluan
kanan lebih cenderung untuk berlawanan diantara agama dan kepercayaan
masing-masing. Ini berlaku kerana kepimpinan parti-parti yang ada dikalangan
pimpinan yang lemah dan fakir jiwa mereka.
Menunjukkan sifat berani berperang yang palsu itu dijadikan cara untuk
mendapatkan sokongan dikalangan puak masing-masing.
Masing-masing membawa aura peperangan
sesama sendiri untuk membawa pandangan ramai jauh dari tindakan kedurjanaan
mereka seperti rasuah dan samunan yang mereka telah lakukan terhadap negara.
Mengalihkan pandangan ramai terhadap kesalahan mereka ini menjadikan negara
dalam keadaan haru-biru dan tidak lekang dari kerja memecah- belahkan rakyat
yang berbilang agama dan bangsa dengan cara hidup masing-masing.
Pada hakikatnya segala tindakan
ini adalah tindakan penentangan secara ‘head-on’ terhadap Allah kerana yang
membezakan mereka dengan kaum yang berlainan itu juga adalah kejadian Allah,
Tuhan semesta alam. Memerangan bangsa-bangsa ciptaan Tuhan itu adalah
manifestasi terhadap tidak berpuas hati terhadap kejadian Tuhan itu sendiri.
Orang Melayu tidak meminta mereka
menjadi Melayu. Begitu juga bangsa Cina dan India, serta kaum Iban, Melanau,
Kadazan dan bangsa-bangsa lain yang membuatkan negara kita cantik dan tinggi di
pandangan dunia ini. Itu sebabnya saya katakan mereka menentang Tuhan kerana
masing-masing membenci diantara bangsa-bangsa yang mendiami negara bertuah ini.
Saya pun pernah menuntut di sekolah
‘missionary’ dan sekolah itu tidak mengurangkan Islam saya. Jika saya bukannya
Islam yang baik, sekolah itu tidak menambah-burukan Islam saya. Malahan
mengenali ‘attribute’ agama yang lain itu jugalah yang menyedarkan saya yang
awalan agama seseorng itu ialah mengenali Allah.
Politik negara kini sudah
melampau batasan keagamaan. Politik negara kini sedang mempersoalkan kebesaran
Tuhan jika di pandang dari sudut kewujudan Tuhan dan ciptaannya. Masing-masing
resah dengan apa yang di jadikan Tuhan. Masing-masing bukannya hendak berjuang
mengenali dan menghormati masing-masing bangsa dan agama seperti yang di tuntut
oleh Tuhan, tetapi melakukan kerja yang bertentangan secara ‘head-on’ dengan
kehendak dan suruhan Tuhan itu.
Blog ini berharap, politik patut
tumpukan usaha untuk membina bangsa-bangsa dan negara ini. Bukannya membina permusuhan
di antara satu bangsa dan agama yang lain.
Jika ada parti yang melaungkan
‘mulitracialism’ di negara ini tentukan yang parti itu benar-benar
melaksanakannya, bukan setakat retorik bodoh dengan cuba memperbodohkan rakyat yang
ramai ini.
Parti yang saya maksudkan itu tidak akan dapat melindungi sifat sebenar mereka, kerana mereka hanya ‘menyorok di sebalik telunjuk’, atau ‘berselindung di sebalik pelita yang terang’. Oleh kerana mereka mempunyai kebodohan, mereka menganggap semua yang lain itu juga adalah bodoh seperti mereka..
Orang yang arif dalam agama pun 'bersubahat' sama hanya kerana wang dan pangkat. Itu yang membuatkan lebih kecelaruan.
ReplyDeleteApa jua sekali pun, hakikat nya org Islam adalah roh kpd dunia yg fana ini. Baik nya org Islam pasti baik lah dunia & isi2 nya. Tiada org Islam maka hancur lah dunia & isi2 nya. Maka org Islam mesti bertanggungjawab atas semua ehwal2 dunia baik yg berlaku sekarang dan yg akan datang
ReplyDeleteKalau Bapak masih ingat, dulu ramai pegawai bukan bumi pegang jawatan penting dlm Kerajaan ie Tan Sri Thaw, Tan Sri Herbert Clifort dll. Lepas kita merdeka ramai expatriate atau pegawai dagang British berkerja dlm Kerajaan ie KPTG, KPPA, PTG dll. Manager felda umpamanya ramai bangsa Eropah membuka hutan & ada kalangan masuk Islam. Itu dulu Pak...berkerja kerana bangsa Eropah ni tau pemimpin kita ni ikhlas nak tolong bangsa sendiri.
ReplyDeleteSekarang ada mualaf pun tak guna! Namanya sedap lah dengar sama mcm nama Khalifah... Menjadi think tank penasihat tetapi perangai mualaf ni mcm setan menyebabkan pemimpin kita jadi leka & badoh..
ada kupulan pendesak keluar kenyataan menghasut tapi tidak dikenakan tindakan tetapi bila kena batang hidung mereka sendiri berduyun-duyun pula buat repot polis supaya diambil tindakan.
ReplyDelete