Nampak tak dedalu yang menumpang di pokok ini? Pokok itu akan mati akhirnya |
Dedalu ini adalah sejenis tumbuhan
yang tumbuh di atas pokok dan dahan yang besar. Jika dedalu ini tidak di buang
dan di cantas ia akan membunuh pokok besar itu akhirnya kerana dedalu ini akan
menghisap segala makanan yang ada di dalam pokok yang besar itu. Sebagai anak
kampung saya mengalami mencantas dedalu-dedalu yang tumbuh di atas pokok-pokok mangga dan beberapa pokok
buah-buahan kami yang lain.
Oleh kerana dedalu itu telah dicantas, pokok mangga dan durian itu masih hidup sehingga hari ini. Pendeknya
orang-orang kampung seperti saya, akan mengenali pokok-pokok dedalu ini dengan
mudah dan saya tahu bagaimana hendak mencantasnya. Maka pokok-pokok dedalu ini
banyak kita lihat di kampung-kampung dan orang bandar ramai yang tidak
mengenali dedalu ini terutamanya rakyat yang muda-muda.
Jika kita hendak menjadikan
dedalu ini sebagai kiasan sahaja, kita akan terjumpa dedalu ini banyak di
bandar-bandar sekarang lebih-lebih lagi di Putrajaya. Ramai pemimpin-pemimpn
kita sekarang tidak ubah sebagai dedalu ‘attribute’ nya dan mereka hidup begitu
mewah menghisap dan memakan apa yang ada di dalam khazanah negara. Pemimpin-pemimpin
dedalu inilah yang akan membuatkan negara kita bankrap kerana semuanya di makan
dan di hisap oleh pemimpin-pemimpin dedalu-dedalu yang begitu bercambah dalam
kepimpinan dan kerajaan negara kita ini.
Itu sebabnya kita wajar mencantas
dedalu-dedalu ini kerana ia akan membunuh kita akhirnya. Dedalu-dedalu ini akan
terus membesar dan rimbun, sedangkan batangnya (negara) akan menjadi kurus dan
lemah yang akhirnya membawa maut kepada semua sistem kerajaan kita.
Seperti pohon dedalu, jenis
dedalu dalam pimpinan kita ada berbagai-bagai macam. Ada yang tinggi lampai dan ada yang rendah
serta gemuk dan semua mereka ini akan menjahanamkan negara kerana jika dedalu
sudah hinggap dan tumbuh di batang tubuh kita ia akan membawa maut kepada kita
semua. Dedalu ini tidak tumbuh di bumi, ia tumbuh di atas pokok dan
kedudukannya sentiasa di tempat yang tinggi. Yang merana adalah pokok besar di
mana dedalu itu tumbuh.
Saya tidak tahu dedalu jenis yang
mana satu menggunakan dan membaham wang kerajaan melalui perjalanannya dengan
jet-jet eksekutif keseluruh dunia itu. Kita pun belum mengenali jenis dedalu
yang menghisap wang kerajaan melalui pinjaman memelihara lembu di Gemas itu.
Dedalu yang menghisap darah rakyat dalam isu pembekalan sistem pertahanan
negara dahulu pun entah jenis apa dedalunya. Tetapi mereka adalah dedalu, ‘parasite’
yang akan membunuh mana-mana batang dan tubuh yang di hinggapinya.
Seperti yang saya ceritakan tadi
saya telah mencantas dedalu-dedalu yang hidup di pohon mangga saya di kampung
dahulu dan Alhamdulillah pokok mangga dan durian kami itu masih hidup sampai ke
hari ini. Boleh lah anak-anak cucu merasa buah-buah itu sekarang. Seandainya
ibu saya tidak membuang dan mencantas dedalu-dedalu itu dahulu, tidak mungkin anak-anak
cucu ibu saya, dapat merasakan buah mangga dan durian itu.
Oleh yang demikian dedalu-dedalu
yang hidup di Putrajaya dan di Pajabat-Pejabat Setiausaha Kerajaan
negeri-negeri itu wajar di cantas sekarang untuk memastikan pohon rendang
negara kita tidak akan mati bagi mempastikan buah-buahan yang kita rasa
sekarang itu dapat juga di rasai oleh generasi kita yang akan datang.
Dalam pilihanraya dahulu kumpulan
dedalu itu masih menang tetapi nampaknya dedalu-dedalu itu sudah mula
berkurangan. Tetapi dedalu-dedalu yang masih kuat sekarang sedang kita lihat
kerakusan mereka menghisap segala-galanya yang ada dalam pohon negara kita.
Sesungguhnya jika pohon-pohon dan
pokok buah-buahan menghadapi masalah pokok dedalu ini, di peringkat manusia dan
negara pula kita sedang berhadapan dengan kumpulan dedalu yang hidup subur di
atas harta dan tanaman kita.
Itulah perjuangan rakyat yang
insaf. Dedalu-dedalu ini adalah musuh nombor satu kepada tamadun manusia moden
sekarang ini. Banyak negara telah hilang segala-galanya kerana
pemimpin-pemimpin yang mempunyai sifat seperti dedalu ini tidak berjaya di buang
dan di ketepikan.
Saya terjumpa satu rangkap
kata-kata yang saya anggap bermakna. Bunyinya:-
Pokok dedalu…….ia menumpang
Menjadi parasit… .ia jembalang
Dahan akan mati…ia perlu di
tebang
Kalau terjumpa ….ia perlu di
buang.
Pokok dedalu…jika dah di buang,
Jangan di tanam semula…ia musuh
utama malam dan siang.
Oleh yang demikian, seandainya
dedalu-dedalu ini hilang dan di buang, maka adalah harapan untuk generasi kita
menikmati hasil tumbuhan-tumbuhan dan pokok-pokok yang kita telah tanam selama
ini.
Masalahnya sekarang dedalu itu
sudah kuat urat dan akar nya tertanam. Kita memerlukan kudrat yang kuat untuk
mencabut dedalu-dedalu yang sudah melarat dan menjalar ke hampir keseluruhan
pokok-pokok dan tanaman kita sekarang ini.
Kita mahukan negara kita hidup
sampai bila-bila. Pemimpin-pemimpin dedalu ini wajar diketepikan demi masa
depan negara dan generasi kita.
Terbaikk Tuan.
ReplyDeleteyes..apply to umno leaders only...
ReplyDeleteAs Salam Tuan Aspan.
ReplyDeleteMemang amat benar telahan Tuan berkenaan pokok menumpang atau pokok puaka Dedalu ini. Dedalu tidak akan bercambah benihnya ke pokok-pokok lain jika tidak ada agen yang membantu membawa mereka untuk terbang membiak seperti burung dan sebagainya.
Di negara ini agen jahanam tersebut adalah Pengerusi/Tim Peng SPR. Mungkin Tuan Aspan tidak pernah setuju atau mahu bersetuju dengan pendapat ini, tetapi itulah realitinya. Tidak semua yang perlu dilihat dan dikenali maka barulah kita mahu mempercayainya. Contohnya adakah kita perlu berjumpa Rasullullah SAW baru kita mempercayai wujudnya Allah SNT atau Islam? Berapa banyak tulisan Tuan Aspan yang saya baca, tak pernah menyetujui bahawa Pengerusi/Tim Peng SPR adalah agen puaka atau pengkhianat kepada Rakyat dan Negara. Trm kasih
Pak Aspan, satu penulisan & kiasan yg baik. Malangnya pemimpin umno pekak & buta tuli...!!
ReplyDeleteOrang felda merasa keciwa bila mengetahui isa samad disambung kontrak lagi sebagai Pengerusi. Isa kecundang teruk dlm umno & kontraknya sepatutnya tamat hujung tahun ini. Persefahaman telah dicapai antara Fuad Jarkasi & isa di mana Fuad akan ambil aleh jawatan Pengerusi. Sepatutnya isa honor & respect persefahaman itu & mengalah serta menyerah jawatan kpd Fuad. Fuad menang dlm MKT & kabarnya patut lapor diri di felda mulai 15 Nov lalu.
Akan tetapi isa masih nak bergayut di dahan & rimbunan pohon utk bersantai & menikmati udara sejuk di bawah pokok. Isa terus melobi melalui isteri mudanya terus kpd kak Ros... Apa lagi surat fuad ditarik balik & Isa sambung kontrak.
Ini lah pemimpin umno pandai menggunakn talian hayat utk terus bergayut di mana2 biarpun di dahan reput atau pokok saka, asal dapat membalun apa yg ada. Isa Samad susah nak lepas jawatan di felda. Buaya mana tak kenal bangkai, kucing mana tak kenal tikus, ikan mane tak kenal lubok??? Selagi ada lubok, maka di situ ada ikan. Kalau Pak Aspan kata pemimpin umno mcm rumpun dedalu, maka pemimpin umno jugak macam ikan keli....apa saja yg lalu di sungai semua disapu walaupun bangkai!!!
Seseorang yang berasal dari 'keturunan orang susah' merasai penderitaan pada masa zaman penjajahan dahulu tidak semestinya akan menjadi seorang pemimpin kepada negara sekarang.Ada orang sanggup mengadaikan nyawanya mengangkat senjata melawan penjajah, sementara orang yang lain pula lebih suka menjadi tukang angkat payung dan kipas untuk penjajah.Memang ada orang terdahulu percaya anak watan boleh menubuhkan negara sendiri dan ada pula memberi kepercayaan penuh kepada pemerintahan penjajah kerana mungkin berpendapat hendak membuat jarum pun tidak mampu.Macam-macam ragam manusia semasa zaman penjajahan dulu, Ada yang ditindas dengan cukai penjajah, ada pula yang jadi tukang punggut dan jurukira punggutan cukai kepada penjajah.Mungkin sesetengah orang bergantung hidup hanya mampu makan ubi kayu dan sesetengah orang menyara hidup berkerja dengan penjajah.Jika kesusahan masa lampau diingat kembali, mungkin sedikit sebanyak segala salahlaku yang berlaku sekarang dapat dihindari.Bersamalah kita mengimbas kembali sejarah asal usul diri sendiri yang sebenar.
ReplyDeleteSdr. Aspan
ReplyDeleteUlasan/kiasan mengenai dedalu ini teramat tepat 'hanya dan cuma hanya' bagi BN pasca 1982 dimana ia mula mencambah dan baligh pd 1988 semakin mengukuh hingga kini dan ia memang jelas terbukti 1Malaysia! Di negeri2 PR memerintah pun dedalu ini menyedut segala zat yg sepatutnya untuk negeri berkenaan. Untuk mengekalkan pokok induk terus hidup dan lebih segar serta produktif, semua dedalu ini wajib [nak sebut fardu ain tak berani] dibuang terus.
Pak AA adalah seorang melayu yang disanjungi ramai.
ReplyDeleteMelayu, Umno, Dedalu. Mana mampus dulu....
ReplyDeleteTuan tulis Dedalu je boleh hidup...
Pada firasat saya Umno hidup jg pada tulisan dan gambar serta orang2 Melayu bodoh spt pak2 menteri 1 Malaysia. Tetapi Umno mati mampus alkojol pada Melayu cerdik.
dedalu inilah dibela ..dibubuh baja...dipuja...didewakan.hingga ejen pereputan dan parasit buatapa saja pun tak apa..dgn alasan siapa jadi pemimpin pun sama. ini lagu ygdi ratip di desa dan bandar.yg berakademik pun mengiakan. maknanya kalu aku buat dosa org lain pun sama.generasimuda nampaknya boleh kita harapkan InsyAAllah.
ReplyDeletePak Aspan,
ReplyDeleteYou know the critical problems facing our country.
Doing the right thing now is important for the benefit of generations to come.