Negara menghadapi kekeliruan
dalam semua hal. Dalam masa yang sama kita bergegar-gegar bercakap untuk menjadi
negara maju. Apa yang dimaksudkan sebagai negara maju tidak pula kita ketahui.
Tetapi kalau dipandang dari satu sudut, negara mahu kepada mereka ini ialah
sebuah negara yang mempunyai bangunan yang tinggi-tinggi, tiang bendera yang
tertinggi didunia dan jambatan yang panjang-panjang. Ia juga termasuk gong yang
terbesar yang pernah tersergam di Angkasapuri pada suatu ketika dahulu.
Kepada setengah pihak dan
kepimpinan, bangunan pusat pentadbiran yang terbesar dalam dunia. Putrajaya
merupakan kejayaan nasional. Putrajaya merupakan komplek yang sedikit kecil
dari komplek pentadbiran kerajaan di Abuja, Nigeria, sebuah negara Afrika yang kini telah menjadikan negara itu hampir kekeringan
kewangannya kerana menyelenggara pusat pentadbiran itu.
‘Nation building’ itu mungkin
juga dengan mengadakan jalan dan lebuhraya yang indah dan cantik serta
mengadakan infrastruktur yang kelas pertama dalam dunia dan pemimpin-pemimpin nya
yang kaya raya dengan jet-jet peribadi dan perkara yang setaraf dengannya. Bagi
setengah diantara mereka jika sudah mendapat kemajuan seperti itu maka itulah
kejayaan sebagai pembawa pembangunan apa yang dinamakan sebagai ‘nation building’.
Tidak pernah terfikir oleh
kerajaan yang memimpin bahawa pembangunan negara itu merupakan ruang lingkup
yang sangat besar, dan bukan setakat melihat pembangunan fisikal yang boleh
dipandang dan dipegang sahaja. Pembangunan fisikal ini merupakan satu elemen
yang ‘fractional’ sahaja dalam definasi ‘nation building’ itu. Tetapi itulah
yang dianggap oleh kepimpinan kita dan mereka yang bersekongkol dengan mereka
sebagai definasi ‘nation building’ itu.
Maka wujud lah rakyat yang
berlumba-lumba mencari kekayaan sebagai tanda aras tahap sosial mereka yang
tidak ada batasnya sehinggakan dari seorang kampung yang sederhana, wujud sikap
berlumba-lumba terbang kesana kemari dengan jet-jet eksekutif misalnya, tetapi
tidak pula menilai moral tindakan mereka itu. Mereka ini hanya dilihat sebagai
seorang ‘maharajah’ setelah mempunyai pengaruh dalam politik melalui persahabatan
secara kroni atau melalui perkahwinan dua insan yang berpengaruh dengan kuasa.
Bagi pemimpin yang sudah tersedia
sebagai seorang dari keluarga yang tahap sosialnya tinggi, tidak akan tergamak
melakukan tindakan yang menjadi bahan jenaka kepada masyarakat ramai yang
memerhatikannya. Mereka yang sudah tersedia hidup dari kecilnya sebagai
bangsawan yang asli, tidak akan melakukan tindakan yang menjolok mata rakyat
kerana mereka selalunya hidup secara sederhana dan kehidupan mereka adalah ‘natural’
sebagai orang yang bertahap sosialnya tinggi dari zaman mudanya.
Di sini kerajaan dan pimpinan
gagal samasekali untuk membina masyarakat yang seimbang kehidupan mereka kerana
mereka menyangka dan berpendapat mereka adalah pilihan Tuhan yang boleh
bersikap apa sahaja caranya. Mereka menganggap membangunkan negara hanya dengan
memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang sejemput setiap kali pemberian yang
di buat. Dalam pada itu wujud projek yang tidak di perlukan tetapi
projek-projek ini semuanya adalah ‘crony motivated projects’ yang menjadi cara
rasuah yang dilakukan secara sistematik sejak lama dahulu.
Mereka mentadbir negara seperti
orang menampal kain koyak dan berlubang-lubang. Di mana berlubang di situ ditampal.
Mana yang putus di situ disambungnya. Mereka hanya memberikan ubat tahan sakit,
tetapi penyakitnya tidak diubati. Penyakit-penyakitnya sampai kehari ini masih
terbiar dan mereka tidak pun tahu apa penyakit yang dihadapi rakyat yang ramai.
Apabila telinga yang sakit diberinya
panadol, bila mata rasa sakit diberikan kita dua butir panadol, begitu juga
apabila kita menghadapi sakit tengkuk, tiada yang lain selain dari memberikan
panadol. Tetapi penyakit darah tinggi yang dihidapi mereka yang menyebabkan
sakit di telinga, dimata dan di tengkuk itu tidak diubati.
BRIM diberikan sedikit-sedikit,
apabila hendak sampai hari raya diberikannya duit raya sejemput dan apabila
sampai kepenghujung tahun diberikannya seratus ringgit untuk menambah bantuan
membeli buku. Tetapi kemiskinan rakyat tidak terurus sampai ke hari ini. Rakyat
sentiasa dijadikan sebagai umpan untuk menambah kekuasaaan mereka.
Pemimpin tidak tahu membezakan diantara
sakit dengan penyakit. Negara yang kayaraya tidak dapat membantu rakyat dengan
kesusahan mereka Negara kita negara
pengeluar minyak yang termaju, tetapi hasil syarikat minyak negara diperguna
oleh keluarga pemimpin tertentu untuk mengaut segala hasilnya sedangkan penubuhan
syarikat minyak nasional itu tidak lain untuk membangunkan ekonomi rakyat yang
ramai.
Negara-negara maju seperti negara
Scandinavia tidak ada minyak dan apa-apa hasil
bumi, tetapi pendapatan per kapita mereka melebihi per kapita pendapatan negara
maju G8. Di negara tersebut tidak kita kenal pun siapa pemimpin mereka di
peringkat antarabangsa, tetapi di sini pemimpin-pemimpin kita leka dengan
pujian seperti pemimpin dunia ketiga dan entah apa lagi.
Malahan keluarga seperti isteri
dan anak-anak mereka memperguna wang rakyat untuk kesoronokan dan kebanggaan
peribadi. Bukan sahaja pemimpin kita dikenali, isteri mereka pun terkenal
seantero dunia. Pemimpin kita leka dengan ‘glamour’ dan itulah dia bukti
kegagalan kita untuk membina mentaliti rakyat bersesuaian dengan kemajuan dunia
ini.
Mentaliti ini seolah-olah sama
seperti mentaliti rakyat negara-negara Afrika maka tidak terkejut ada
cendiakawan negara ini menganggapkan Malaysia
seperti ‘Zimbabwe
in different name’ suatu ketika dahulu.
Entah bila kita akan sampai
ketahap pemikiran dan penilaian rakyat negara maju tidak siapa dapat
mengagaknya. Yang pasti jika masih lagi ‘set’ pimpinan yang ada pada hari ini
sampai bila-bila kita tidak akan sampai ketahap negara maju. Kita hiduplah
dengan budaya songsong seperti yang kita semua lalui pada hari ini.
Itu sebab retorik Najib dan
kepimpinan negara bercakap tentang matlamat pencapaian negara maju menjelang
2020 itu hanyalah merupakan mimpi di siang hari dan kita tidak akan
kemana-mana. Kita akan tetap duduk dan tinggal ditahap ini sampai semua pimpinan
yang ada hari ini dapat diketepikan.
Kalau dilihat pada keadaan hari
ini ia amat susah hendak dilakukan kerana rakyat ramai termasuk ahli-ahlu parti
politik negara amat seronok memberikan sokongan kepada pemimpin yang menipu
mereka yang tidak mempunyai apa-apa kemampuan.
Ada perbilangan orang Melayu, ‘bukan salah
ibu mengandung’ tetapi mereka sengaja hendak dan bersoronok hidup dalam
penipuan pimpinan terhadap mereka.
Impian menjadi sebuah negara maju sudah berjaya dilaksanakan iaitu negara kita maju dalam semua bidang yang merugikan negara dan rakyat.Tak mampu maju seperti negara barat atau timur, dasar pandang ke Afrika pula.....
ReplyDeleteSalam Pak Aspan,
ReplyDeleteSaya rasa terpanggil untuk meninggalkan sedikit catatan di ruang Pak Aspan. Melhat kepada senario yang berlaku kepada negara kita sekarang, banyak yang perlu dilakukan untuk mengembalikan negara ini ke landasan yang tepat untuk menjadi sebuah negara yang makmur. Namun apabila melihat gelagat pemimpin2 hari ini, ramai orang hanya mampu menggelengkan kepala.
Saya bukan untuk menjadi rasis, saya juga bukan mengatakan sesuatu itu salah atau benar tapi saya hanya mengatakan soal realiti pada hari ini, tentang anak2 melayu khasnya hasil lebih separuh abad merdeka. Dimanakah mereka ini? Kita lihat banyak mereka yang bekerja di restoran2 makanan segera, bekerja sebagai jurujual di pasaraya dan juga di kilang2 yang mana kebanyakan pemilik2nya adalah bukan melayu. Kalau lebih baik sedikit mungkin mereka bekerja di jabatan kerajaan. Inikah hasil kononnya memperkasakan ekonomi orang melayu bagi menghadapi cabaran sebuah negara maju di mana pencatur politik utama negara ini juga adalah orang2 melayu?
Menoleh ke belakang, pasca kemerdekaan memang terdapat usaha untuk mempertingkatkan taraf hidup dan ekonomi orang melayu, tatkala Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1970. Pada 10 tahun pertama memang ada peningkatan ekonomi orang melayu walau masih jauh dari sasaran. Tetapi setelah lebih 40 tahun DEB diperkenalkan, adakah sasaran sudah tercapai?
Menoleh ke belakang lagi, pemimpin2 dan penggerak UMNO pada waktu dulu kebanyakannya terdiri dari guru2 yang mungkin ikhlas berjuang tanpa mengharap ganjaran sesuai dengan pandangan masyarakat bahawa mereka adalah orang berilmu dan dihormati. Itu dulu, sekarang lihat pula siapa pemimpin2 UMNO kalau bukan dari kalangan koporat, dan apabila perjuangan itu berlandaskan keuntungan, maka sudah pasti keuntungan wang ringgit menjadi keutamaan, dan mereka sanggup menjual apa sahaja waima jwa mereka.
Untuk menjadi sebuah negara maju, bukan projek2 mega berbilion ringgit yang menjadi ukuran sedangkan pengisian modal insan adalah kosong. Pendidikan adalah elemen utama, bukan bangunan2 tersegam indah tidak bernyawa. Menyediakan pendidikan yang tepat kepada rakyat sudah pasti akan menjadi pemangkin kepada kemajuan, tidak perlu slogan kosong. Kenapa pemimpin tidak berusaha gigih mempertingkat sistem pendidikan? Kenapa dulu tidak kita memperkenalkan dasar 'Oil for Education' apabila minyak dijumpai? Bayangkan kesannya sekarang.
Lihat pula apa yang terjadi kepada negara kita yang masih lagi tersangkut dlm 'middle income trap' pasca krisis ekonomi 1997 sehingga sekarang. Sedangkan Singapura, Korea Selatan dan Taiwan sudah terlalu jauh ke depan. Soalnya berbalik kepada pendidikan yang dapat menyediakan tenaga kerja professional yang kompeten. Selama mana kita hanya mampu menyediakan 'low cost labor'.
Lihat juga ke mana halatuju negara kita sekiranya selama 15 tahun berturut2 negara ini diuruskan dengan fiscal deficit? Apakah apabila hutang menjadi 100 peratus dari GDP baru kita nak sedar?
Bayangkan juga ketirisan dan salah urus yang berlaku sejak 30 tahun lepas yang sudah tentu berjumlah berpuluh bilion kalau tidak beratus bilion.
Maka kita hadapilah realiti ini.
Salam,
Seorang Rakyat
Kesian kami rkyat marhaen ni..yg celik hati sikit..bleh tinjau2 blog tuan aspan...camna yg percaya hanya kpd tv3 dan utusan n nstp. slain dr media milik bn..ianya adalah fitnah..dakyah... Syabas juga blog tuan ni famous kalu zaman mahathir dah lama tuan kna isa kdn. Hehehe....
ReplyDelete.Pekerja kilang.
pandangan yg baik. kita sekarang di tentukan kepimpinan dr pendalaman .yg pendidikan sudah sedar.yg memenangkan kerusi kecil di pedalaman.mereka gula2kan kumpulam ini. kemudian mereka kumpulan cerdik pandai. tengok cara mereka di parlimen.malu kita dengar. ..sabarlah sehingga yg jauh itu menjadi pandai.
ReplyDeleteRakyat lebih berhak diberikan hak milik tanah daripada memberi tanah kepada syarikat kroni.Ini punca utama kenapa rakyat sentiasa ketinggalan dalam aspek kemajuan ekonomi, kerana tanah telah dimonopoli oleh syarikat-syarikat kroni dan dalam pada masa yang sama kehidupan rakyat berhadapan dengan masalah kebanjiran buruh pendatang asing.
ReplyDeleteTuan anon 16:05. Tak perlu khuatir..low cost labour disediakan oleh rakan rapat kita,indon..nepal..bngla..mynmar...vietnm dsb.. Kcuali petroleum monopoli glc..hasil bumi kita ni siapa taikun n towkey yg mngeluarkannya? Balak..pasir..mineral brharga...malah bot pukat laut dalam pn mlayu skadar jd awak2 je. Kalau tuan tahu statistik tanah2 org mlayu yg trjual kpd kaum lain..lg tuan sedih. Johor tu kubu kuat kebanggaan umno pembela mlayu..maju negerinya....maju ke mlayunya...kg2 tradisi mlayu yg status tanahnya bebas...apa dh jd? Rezab mlayu yg jauh dr bandar,slamat lg. Peneroka felda,lega lg. tak perlu 100 tahun lg...50 tahun kehadapan saja,apa yg ada dlm minda tuan tentang mlayu yg ketika ini setengah abad ditadbir pmimpin mlayu.. Maaf ,agak rasis tp inikan semenanjung tanah melayu...atau ini akibat dosa silam bersekongkol dgn british meluluskan jus soli demi kemerdekaan dan survival bangsawan2 mlayu ketika itu.
ReplyDeletePak AA mmg understand hati setiap warga di seluruh sudut mengenai hal ehwal urusan pentadbiran dan juga tidak ketinggalan..ketahui segala-gala perbuatan yg rakus oleh kerajaan BN yg telah lama mengeksploitasi hak dan kebebasan serta kebajikan rakyat.
ReplyDeleteSaudara Aspan,
ReplyDeleteMentaliti pemimpin persekutuan iaitu BN terutamanya UMNO pasca 1981 sehingga kini, bertaraf sampah yg tidak langsung boleh digunakan lagi malahan menjadi toksid beracun pula. Mereka benar-benar tidak pernah ikhlas untuk membangunkan negara ini dengan nilai yang baik. Ia diburukkan lagi dengan kebodohan mereka sendiri. Dengan mengkucar-kacirkan masyarakat, mereka dapat terus memegang tampuk kuasa. Lihat sahaja kepada masalah kewangan, perundangan, keselamatan, ekonomi, hubungan berbilang kaum/agama, pendidikan, akhlak dan banyak lagi isu lain, tiada satupun yang dapat dibanggakan pencapaiannya. Apa pula fungsi pakar dan penasihat? Hampas belaka! Sampah sarap beracun ini amat wajar dilupuskan demi untuk kesejahteraan semua.
Pak Aspan,
ReplyDeleteMost politicians and big businesses only take care of their self interest.
Dividing the ordinary people is crucial to keep politicians in power......the politicians want the ordinary people distrust and hate each other so they could take advantage of their unfounded insecurity and fear.
The REAL security and welbeing of ordinary people and their future is dependent upon their NORMAL relationship with each other of various races.....without the damaging of politics of race, religion, hate, fear, intimidation, harrassment, blame and etc..to complicate matter and make life unnecessarily stressful and difficult to live.
Bad political leadership over the decades had done a lot of permanent damage.
memanglah kalau boleh nak hilangkan rasa sakit dengan ubatan rawatan penyakit akan tetapi yang yang timbul cuma mencari penyakit.BN,barang naik penyakit rakyat demam tak kebah,ubat yang diberi GST gasak sampai terkubor.
ReplyDeletePak Aspan,memang betul pemimpin negara ini memikir kn dgn membina bangunan pencakar langit,menghantar angkasawan ke angkasa lepas, menganjur kn F1,memecah kn rekod2 dunia ada lh bukti kemajuan negara.Pemberian BR1M di war2kn sbg keprihatinan kerajaan tp sebenar ny membuka kepincangan mereka dlm mentadbir negara.Jika negara ni sdh maju,mustahil hampir separuh rakyat negara ini mendapat bantuan itu.Baru2 ini satu kajian mendapati 85% rakyat Malaysia tidak mampu utk bersara.Apa kh ini bukti negara sdh maju?
ReplyDeleteTidak tahu pula selama ini ada jenis pemimpin yang tidak faham-faham bahawa bukan tanggungjawab rakyat hendak dibebankan untuk menanggung kewangan sikap pemimpin yang boros,salahguna kuasa dan rasuah.Dinegara maju yang melaksanakan gst sebagai suatu sumber memperkasakan pendapatan, kewangan negara dan bukannya menyelamatkan kekeringan sumber kekayaan negara akibat dipunahkan para pemimpin yang memimpin.
ReplyDelete