Cadangan UMNO, untuk bermuzakarah
dengan PAS di sambut oleh Anwar Ibrahim dengan cadangan supaya UMNO berbincang
dengan Pakatan Rakyat. Anwar berkata UMNO patut memulakan perbincangan dengan
PR. Nampaknya DAP juga menumpang untuk bersama-sama turut berbincang dengan
parti yang dikatakan oleh Anwar memenangi pilihanraya dengan pertolongan 40,000
pengundi dari Bangladesh itu.
Ramai juga tersentak dengan
cadangan Anwar itu dan telah mendapat reaksi yang tidak selesa dari pimpinan
dalam UMNO. Mukhriz Mahathir berpendapat perbincangan dengan Anwar dengan
Pakatan itu adalah ‘unnecessary’. UMNO hanya mahu berunding dengan PAS sahaja
bukan dengan Pakatan Rakyat yang termasuk DAP.
Ramai lagi pimpinan dalam UMNO
berpendapat berunding dengan Anwar hanya membuang masa sahaja dan diantara yang
berpendapat demikian ialah Shahrizat Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO
Malaysia. Rata-rata yang berhubung dengan saya hari ini tidak merasakan perlu
perundingan itu diadakan dengan Anwar kerana cadangan dari UMNO itu ialah untuk
berbincang dan berunding dengan PAS untuk menyatukan dan meleraikan masalah
diantara orang melayu dan Muslim.
Nampaknya DAP tidak mahu
ketinggalan dalam perundingan ini kerana takut tertinggal dalam perebutan kuasa
ini setelah DAP tidak mengotakan janji-janjinya untuk menjadi parti berbilang
kaum dalam erti kata sebenarnya. Mungkin DAP sudah terbau yang parti itu tidak
mungkin dapat sokongan dari orang Melayu dalam PRU yang akan datang kerana
rekodnya semasa dalam PRU yang lalu.
Tetapi DAP adalah parti politik
yang boleh memungkin apa-apa sahaja untuk berlaku asalkan dapat bersama merasa
kuasa. Mereka telah mendapat sedikit kuasa itu di P Pinang.
DAP juga mengambil kesempatan untuk bersama berunding dalam isu ini. DAP
menyokong sepenuhnya cadangan Anwar ini dan ini lah kali pertama unjuran DAP
untuk berunding dengan UMNO, musuh ketatnya sejak dari dulu.
Seperti yang saya sebut beberapa
kali, rundingan cadangan Anwar tidaklah untuk mencerahkan keadaan bagi rakyat
dan negara, tetapi persepsi masyarakat yang saya lihat dan dengar ialah tentang
kuasa. Anwar sudah pasti merasakan sekarang ini yang beliau tidak mudah untuk
mencapai cita-cita beliau untuk menjadi Perdana Menteri. Anwar hanya
berkehendakan menjadi Perdana Menteri sahaja.
Jika Najib berkata, apa cara
sekali pun Putrajaya mesti dipertahankan BN, Anwar pula berkehendakan menjadi
Perdana Menteri dengan apa cara sekali pun. Bagi pendapat saya secara peribadi,
jika rundingan UMNO ini berlaku dengan Anwar menjadi perunding caranya, ia
tidak akan berjaya kerana manakan sesuatu perundingan itu akan berjaya jika
jawatan untuk peribadi itu menjadi agenda utamanya.
Perundingan mesti berkisar
tentang isu penting yang melibatkan bangsa Melayu sebagai tunjang politik
negara dan bagaimana bangsa Melayu yang memimpin itu menjadi pemimpin dan parti
yang benar-benar ‘magnanimous’ untuk menjaga dan berlaku adil kepada semua
bangsa. Perundingan tidak boleh berkisar tentang siapa hendak menjadi PM atau
Timbalan PM pertama dan Timbalan PM kedua dan sebagainya. Mahu tidak mahu,
Anwar mesti menerima yang isu siapa hendak menjadi PM dan sebagainya itu adalah
isu utamanya dan itulah persepsi ramai terhadap beliau.
Keadaan akan jauh lebih baik dan
berbeza situasinya jika UMNO berunding dengan PAS dahulu, kerana PAS, saya dan
ramai melihat sebagai parti yang serius dalam perjuangannya. Secara relatifnya
PAS dilihat lebih jujur dari Anwar. Masalah kejujuran ini merupakan isu yang
membebankan Anwar secara peribadi malahan ramai berpendapat PKR dan
penyokongnya lebih jujur dari Anwar sendiri.
Malahan ramai berpendirian yang
membuatkan UMNO masih diterima oleh masyarakat ialah kerana Anwar sendiri kerana
Anwar telah menjadikan ramai orang-orang UMNO menjadi mangsa politik
peribadinya semasa beliau berkuasa dan berpengaruh dalam UMNO dahulu. Anwar
telah mencederakan perasaan ramai pemimpin dalam UMNO dahulu.
Itu sebabnya sudah ramai
berpendapat yang jika beberapa orang dalam Pakatan Rakyat berehat, maka Pakatan
Rakyat akan menjadi alternatif yang otomatik dan ‘natural’ bagi rakyat kerana
kelemahan UMNO yang tidak boleh diperbaiki lagi itu. Ramai yang berkata jika
tiada Anwar, Lim Kit Siang, Karpal Singh serta beberapa orang pemimpin dalam
Pakatan Rakyat sekarang ini, Pakatan Rakyat akan bertambah sokongan dari ramai.
Hakikatnya manusia di luar ini
memandang pemimpin muda seperti Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Tony Phua serta Liew
Chin Tong yang lebih layak untuk mendapat sokongan jika dikaji dari sudut
masyarakat berbilang kaum. Dalam PAS ramai memberikan penghormatan kepada
pemimpin seperti Salahudin Ayob, Tuan Ibrahim Tuan Man, Hatta Ramli, Husam Musa,
Dr Zulkifli dan beberapa orang yang lain yang dianggap oleh ramai sebagai
pemimpin yang boleh diraut dan dibentuk untuk kebaikan masyarakat dan
kepimpinan mereka sendiri.
Jika dibiarkan Anwar berunding
bersama dengan Najib atau beberapa orang lain, mereka ini akan hanya memberikan
fokus ‘to settle old scores’ bagi mereka sahaja. Anwar bukannya pemimpin yang
dipersepsikan sebagai pemimpin yang serius untuk mengisi kekosongan roh politik
negara, sebaliknya beliau mempunyai ‘stigma’ yang kuat melekat kepada dirinya
sebagai berjuang untuk mendapatkan ‘premiership or nothing’. ‘Stigma’ itu tidak
mungkin boleh tanggal dari diri Anwar.
Akhir-akhir ini blog ini selalu
memberikan pendapat yang sesebuah pertubuhan dan kumpulan itu, imej dan bagaimana
masyarakat memberikan persepsinya bergantung kepada manusia yang
mengendalikannya.
Itu sebabnya Anwar bukannya orang
yang secocok untuk merundingkan untuk kebaikan ini. Begitu juga dari pihak
UMNO, Najib dan pimpinan ‘senior’ mereka juga bukan orangnya untuk melakukan
dan melangsungkan rundingan itu. Anwar, Najib dan ramai pemimpin dari pihak
UMNO bukannya sesuai untuk merundingkan isu ini kerana mereka kekurangan
bekalan untuk mengisi kekosongan politik negara hari ini.
Begitu juga dari DAP…Karpal, LKS
serta kroni mereka dalam DAP itu tidak memungkinkan menghasilkan perkara yang
baik untuk melaksanakan rundingan itu kerana masyarakat memandang Tony Phua,
Liew Chin Tong dan beberapa yang lain sudah tersedia ada dalam barisan pimpinan
DAP itu. Itu sebabnya Lim Guan Eng sendiri dan pemimpin yang gelojoh seperti
Anthony Loke, yang di persepsikan hanya sebagai aktivis parti semata-mata itu
tidak boleh terlibat dalam rundingan itu. Mereka tidak mempunyai ‘cut’ untuk
rundingan yang serius seperti yang kita sedang bincangkan ini.
Apa pun elok dimulakan dengan
cadangan awal dahulu, iaitu perundingan diantara UMNO dengan PAS, kerana PAS
adalah parti yang penting dalam PRU yang akan datang. Carilah individu-individu
yang betul yang boleh merundingkan berbagai isu diantara dua parti ini.
Jangan mulakan rundingan untuk
menentukan siapa yang menjadi PM, TPM dan sebagainya. Tumpukan kepada isu
mengisi kekosongan yang kita sedang alami dalam siasah negara ini. Untuk itu kita tidak boleh membiarkan negara di pimpin oleh pemimpin yang dianggap sebagai 'playful leaders'.
Pastinya perundingan ini jangan
dilibatkan mereka yang pandai berpolitiking sahaja. Kita bawa kedepan mereka
yang bercakap politik dan siasah dalam ruang lingkup yang lebih besar, bukannya
dengan mereka yang semata-mata aktivis parti yang hanya pandai 'berpolitiking pagi ke malam, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan tahun ke tahun'..
Buat masa ini DAP wajar duduk sebagai pembangkang sahaja....kerana 'the party is good at it. The party doesn't need the unworthy Malays and Muslims' support. They can be on their own as long as they remain as an opposition party perpetually.....and there is nothing wrong with it'.
Buat masa ini DAP wajar duduk sebagai pembangkang sahaja....kerana 'the party is good at it. The party doesn't need the unworthy Malays and Muslims' support. They can be on their own as long as they remain as an opposition party perpetually.....and there is nothing wrong with it'.
17 comments:
Salam Pak Aspan,
Bila kita mengambil keputusan bergerak secara berjemaah atau berparti; ya, kita punyai pilihan mempertahankan hak kita sendiri dengan apa cara yang kita pilih. Namun itulah fitrah bila kerja berpasukan; membantu membina dan bukan menolong meroboh. Jika tidak boleh menahan diri mengkritik batang tubuh diri sendiri yang penuh nanah luka dan pelbagai penyakit; lebih molek kita sendiri berusaha menjaga pemakanan dan lakukan sedikit senaman rutin untuk menyembuh luka dan penyakit tersebut. Malah, itulah tujuan kerja secara berpasukan; menampung yang mana kurang, menyimpan yang lebih untuk masa hadapan. Lihat dan perhatilah sama kerja kuat siang malam orang lain. Hargailah mereka walaupun sedikit. Saya melihat di antara mereka yang bekerja penuh dedikasi,jangan rendahkan usaha2 mereka ini.Biarpun caranya tidak seperti kerja dan usaha Pak sendiri.Pak, menganalisa dari screen computer dan membaca permainan dari kaca mata pengalaman kawan2 lama yang masih kekal dalam UMNO tidak membantu kita maju ke depan. Pak, mengkritik tanpa usaha memperbaiki bukan resam politik baru yang anak muda impikan-ianya datang dari UMNO. Jangan kekalkan di sini.Please.
Mohon Maaf.
Dari anak Kedah yang ayahandanya, Pak Aspan sangat kenali.
Asmkm anonymous 12.22. Saya amat bersetuju dengan anda.Berjiwa merdekalah kita. Mari kita berusaha agar Negara yang kita sayangi ini tidak menjadi sebuah negara yang gagal walaupun melimpah luah hasil bumi yang Allah kurniakan.
Tepat sekali Tuan. Kalau tidak ada Anwar kamipun akan menyokong PR. Saya akan mengundi PAS sahaja jika PAS dicalonkan di kawasan saya. anwar ni susah nak cakaplah tuan. Cukup-cukuplah dia tu..
Pak,
I don't see the need for PAS to have a discussion with UMNO for the sake of a "mythical perpaduan melayu". We've seen what kind of politician that exist in UMNO. UMNO is full of those who doesn't understand that democracy is built on the idea of fairness and justice for all and the people are free to chose and to disagree without any penalty and without losing their nationality.
With the kind of moronic thinking of "aku menang pilihanraya maka akulah tuan dan rakyat adalah hamba aku" that UMNO has then PAS doesn't need to be associated with those who are either lunatic or moronic. It doesn't become PAS to be short on brain but long on dreams. Furthermore, UMNO have a history of performing double cross and of course treachery in politic. What's the true reason for UMNO wanting to discuss "Malay unity" with PAS? I surmise it's not really about the malays or about the state of this nation. Heck, their Kedah MB even went so far as to threatened to discriminate Kedahan constituency that supported PR which violates the sacred principle of democracy and the right of the people to choose. PAS want to be in bed with these vicious and immoral people?
Malay unity can be achieved outside of UMNO and and it can also encompassed all other races and party too. And it doesn't have to be with UMNO. Isn't it time for PAS to acknowledge that UMNO doesn't really want Malay unity simply because their hold on to power depended on the Malay being fractured and divided into several faction.
UMNO invitation to PAS as I see it as nothing more than a strategy of "Divide and conquer". Divide the coalescing union of PR and then hold onto power by taking advantage of PR's break up. It is a simple strategy and I don't think PAS is stupid enough to fall for it again. It doesn't become PAS to have a discussion with UMNO without acknowledging that PR has the right to be involve in the discussion. And UMNO should not be surprise if PKR and DAP are skeptical about the "malay unity discussion" UMNO wants with PAS. UMNO track record of hypocrisy and treachery are well known and it is prudent for PR leaders to be wary of UMNO underhanded tactic and crooked politic of convenience where "the end justifies the means" or in plain terms "politik jahat dan adu domba"!
Nick.
Salam Pak Aspan..
Lontaran fikiran Pak Aspan memang relevan. Sedari dulu lagi saya pikir anwar dan sekutu sewaktu dengannya sudah tidak lagi relevan..Mereka2 ini tidak faham aspirasi pengundi muda..mereka2 ini bolehlah dianggap kepala batu 'old school of thought' yang tidak boleh diubah lagi…karpal dgn pendirian malaysia bukan negara Islam, Anwar dgn cita2 nak jadi PM tapi terpalit 'dosa2 silam' sewaktu bersama UMNO, Kit Siang dgn 'kiasu'nya….bermuzakarah sampai ke nafas terakhir mereka pun tidak akan mencapai apa2..
Pasca PRU Ke-13, perasaan saya amat kuat mengatakan hanya pemimpin muda seperti rafizi ramli, nurul izzah, tony pua dan salehudin ayub perlu ke depan untuk mencorak masa depan negara…kerana mereka ini belum tercemar, mempunyai stamina untuk berjuang dan memahami aspirasi pengundi muda…cuma mereka perlu berusaha lebih keras memenangi undi melayu di kampung2…
Seorang Rakyat
Y should PAS talk to UMNO. Didnt thry learn their lesson previously, not once but many times. Instead, PAS should focous on the G5, the oil producing States in Malaysia. G5 has 94 MP Seats. And PAS has Husam who is well verse in The Malaysia Agreement 1963.
Hakikat nya xde seorang pun dlm parti2 dlm Msia skrg yg layak jadi pemimpin yg betul2 jiwa rakyat. Bair lah Msia serah je kpd Permintahan Diraja atau Tentera
Negara Malaysia mulai di bentuk di atas asas perpaduan semua kaum, dan bukannya perpaduan satu kaum sahaja. Apakah kebaikan yang boleh dicapai dengan perpaduan melayu PAS dan melayu UMNO dan apa pula keburukannya? Perlu diambil kira terdapat keahlian bukan melayu dalam PAS. Nak dibuat apa pula dengan mereka itu, masuk MCA atau MIC? Semasa PRU pula sama ada UMNO atau PAS dalam BN menentang parti di pihak pembangkang dan tewas, siapakah yang rugi? Sudikah ahli PAS menyertai tarian Ali Tinju jika Rosmah dipersenda oleh PKR? Bacaannya amat mudah, seperti diperkatakan oleh saudara nick di atas.
Sekiranya UMNO mahu kepada perpaduan melayu, bubarkan UMNO itu sendiri dan sertai PAS bukan sebaliknya. Tiada lagi pilihan selain daripada pembubaran UMNO itu sendiri. Sekiranya PAS hendak mempermainkan UMNO, silakan tapi mestilah smart. Jika tersilap langkah PAS sendiri yang akan rugi dan parah. Ingatlah usaha yang dirintis oleh almarhum Ustaz Fadhil Noor memperkasakan PAS. Diharapkan PAS tidak terjerat lagi dengan kematangan yang telah banyak dikutip selama ini.
drp: bekas student Ustaz Fadhil Noor.
Salam Pak Aspan,
Setiap kali abis pilihanraya yang dimenangi dengan menipu rakyat, umno akan sibuk buat statement 'Nak ajak bersatu' dgn umat melayu.....(ini trend yang saya sudah perhatikan berpuluh tahun lamanya)
Setahun sebelum PRU, habis Pas dan parti2 serta pemimpin2 melayu bukan Umno akan dihentam bertubi2.....
Tetapi sehingga Disember 2014, masih ada umat melayu yang masih nak percayakan umno......termasuk Pak Aspan?
Sekian,
Orang Lama
P/S : Jika takde DSAI, sehingga kini taik umno belom timbul lah! Kalu berjuang secara melayu lembut berdepan dengan umno, alamat tertipu sampai kiamatlah!!
As slm..ketawa besar puak2 yg mpertahankn plembagaan L.Reid...kerana plembagaan ini lh yg myebabkn tk dpt pnyatuan d buat...kmbali lh pd Al Quran n Hadith, ijmaq n qias...xikut yg ini smpi kiamat hampa menghaghut....
- hmkaziz -
Salam pak
Maaf jika terkasar. Mungkin anda telah terkeluar dari pemilihan pemain kelab. Rasional bererti tidak merosakan yg sedia ada. Sakithati dan dendam pada anwar terserlah jelas. Mungkin juga anda diberi tugas lain diluar padang untuk merosak lawan. Belajar membaiki, memulih,up grade dan xpose. Kita bangsa yg muda dari segala segi. Tauhid, teknologi, diplomatik, achivement jika dibanding bangsa lain. Kecemerlangan bukan terletak pada pengiklan penaja atau individu yg boleh becakap di media tapi ia lebih pada produk itu sendiri. Manusia tidak lari kesilapan, kelemahan. So apa yg ada itulah diketengahkan. Pilihla yg lebih usahanya kurang rompaknya, tinggi ilmu rendah silap, berkaliber angkatan, teguh daya juang. Syiah,ajaran sesat bermula lamadah, baru sekarang digembur. Bukankah ini saja dibuat platform untuk betempek melolong untuk nampak hero. Maaf kita tak perlu semua itu. Tiada faedah dan merugikan membuang masa. Kita mengambil masa terlalu lama hanya untuk meneropong kerugian, kepincangan dan ketinggalan dari arus global. Pembaharuan model angkatan difikirkan terlalu berisiko dan teragak2. Sedangkan rakyat diluar negara begitu pantas mengenal beratus individu yg berkaliber untuk menggantikan pemimpin kurap. FIKIRKANLAH
Sebelum pilihanraya ( pru @ prk )umno akan menipu PAS dengan mengatakan ahli pas beramai-ramai keluar dan masuk umno, ini berlaku dan mendapat liputan meluas bila mana-mana pemimpin-pemimpin umno datang ke negeri tadbiran pas.
Salam Pak Aspan,
Kalau PAS bijak, ia pasti dapat baca muslihat umno dalam "jemputan'nya untuk berunding. Bila umno lemah, jemputan datang. Bila umno kuat, PAS dimakihambun.Sejarah kerjasam PAS dengan umno patut jadi pedoman untuk PAS. Bersama PR, PAS ada peluang memgang lebih kuasa jika Putrajaya berjaya ditawan. Dengan umno selebihlebihnya 2 jawatan kabinet junior.
Berkatan dengan DAP, saya rasa DAP lebih terbukanya pintu untuk Melayu di akar umbi. Cara lamanya untuk menarik sokongan melayu dengan menarik tokoh-tokoh terus ke jawatan lantikan tidak akan berbuah. Lihatlah saje bekas naib pengerusi yang berpaling tadah begitu saja. DAP harus tubuh satu biro khas untuk membincang dan selesaikan masalah yang dihadapi melayu.Berikan bantuan yang benar, bukan ala umno supaya mata melayu boleh terbuka dan tidak termakan tomahan umno kononya DAP anti-melayu.
UMNO terbukti memandang rendah terhadap kemampuan PAS. Kenapa perlu umno berbincang dengan PAS sedangkan umno dengan tanpa masaalah dapat menawan kembali negeri Terenganu dan kedah.Dari dulu sehingga sekarang, sebelum Wujudnya PKR dan DAP belum lagi diterima melayu, umno telah mempermainkan PAS dengan perang dingin iaitu pembohongan ahli PAS pakat beramai-ramai masuk Umno.Jelas sekali dalam hal ini umno cuma hendak memperkudakan PAS atas dasar sentimen agama ciptaan umno iaitu dasar pembohongan menegakkan agama yang umno mainkan selama ini.Jika benar sekalipun hukum dahulu pemimpin umno yang rasuah dan lain-lainnya dengan undang-undang yang ada barulah relevan umno hendak berbincang dengan PAS yang diketahui ramai akan melaksanakan undang-undang hudud.Apakah islam boleh tutup mata sebelah terhadap pelaku rasuah ?
isu menuduh pemimpin pakatan rakyat menjadi dalang pecerobohan kesultanan suluk kiram di Lahad Datu belum lagi diselesaikan, yang terkini isu menuduh orang no 2 pas adalah penganut syiah, tuduh pas tidak pandai memilih pemimpin.....tidak relevan parti islam pas menerima ajakan umno untuk bermuzakarah, sedangkan umno sedang memfitnah dan menghasut dengan membabi-buta....
apapun kita kena tengok berjaya atau tidak muzakarah PAS dan UMNO ini..
hakikatnya UMNO masih lagi berkuasa..kalau mereka mahukan PAS..demi perpaduan org melayu dan Islam yg makin mundur dan tak tentu arah tuju politiknya perkara ini mesti dilakukan
berjaya atau tidak sekurang2nya usaha utk penyatuan dan kematangan politik melayu mestilah ada jalannya..
kita seolah2 kini spr hidup utk terus berpolitik sampai terlupa utk pembangunan dan kelangsungan agama bangsa dan negara.. melayu sbg yg mengaku tuan sdg menghadapi masalah
adanya sedikit kejujuran usaha muzakarah mesti dilakukan atau kita boleh terus kong kalikong sampai tak berkesudahan
PR takda magic touch dan umno adalah ahli silap mata yg sidah kurang trick..sampai bila kita nak sedar negara ini milik bersama segala masalah adalah masalah bersama dan perlu selesai bersama2
tak payah muzakarah... sebab yang mencadangkan tu jenis 'mughalladhoh'!!! pemimpin yg ada sekarang memang perlu ditukar bukan sahaja anwar ibrahim, najib bini rosmah, lim kit siang, kapal sink, lim guan eng,... malahan hj hadi sendiri... yg jelas banyak berpihak pd anak menantu dlm membuat keputusan... din ayam damansara pun perlu di'sembelih'!!!
Post a Comment