18 December 2013

Sesungguhnya dijajah oleh bangsa sendiri lebih perit dari dijajah oleh kuasa asing

Ramai masih tidak berpuas hati dengan jawapan dan pencerahan Abdul Wahid Omar, orang baru dalam kabinet Malaysia berhubung dengan isu tol sekarang ini. Saya amat terkejut dengan jawapannya dan telah saya sentuh dalam posting yang lepas. Saya ingin menambah sedikit lagi tentang jawapan seorang tokoh perbankan yang terkenal yang sekarang di masukkan ke dalam Jemaah Menteri Malaysia.

Tentulah seorang tokoh perbankan itu di masukkan ke dalam Jemaah Menteri itu bersebab, iaitu untuk menambah nilai dan kekuatan kepada Jemaah Menteri kita itu untuk kepentingan rakyat. Walaupun ramai telah mengalu-ngalukan beliau menyertai kabinet dengan harapan menggunung, tetapi saya tidak berasa begitu sejak dari awal kemasukan beliau, kerana UMNO itu adalah pelemah kepada pemikiran manusia. Sekarang Wahid sudah menjadi mangsa UMNO yang terakhir sekali.

Bukan Wahid orang yang pertama yang bergelar ahli korporat yang menyertai kabinet Malaysia tetapi sebelum ini ramai telah dibawa masuk tetapi mereka tidak boleh mengubah UMNO itu, tetapi mereka diubah dan dipengaruhi oleh ‘attribute’ jembel kabinet negara itu.

Isu tol ini perlu mendapat tentangan dari rakyat kerana ia amat tidak adil dan kandungan perjanjian yang tidak diketahui umum itu memeritkan rakyat tidak terkira. Pada 1hb Januari yang akan datang ini (2014), 15 pemegang konsessi akan menaikan tol dari .50 sen sehingga RM2 dan ini merupakan tindakan yang sangat tidak berperi kemanusiaan terhadap rakyat yang sudah tersedia menderita sekarang ini.

Kerajaan mesti berunding untuk mengkaji semula perjanjian yang dibuat dalam isu ini. Kita tidak mahu jawapan seperti yang diberikan oleh Wahid, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Siapa yang tidak tahu jika mengikut perjanjian konsessi itu kadar tol akan bertambah mengikut waktu yang dipersetujui dan itu pun sebabnya rakyat marah. Ada yang memberi komen, “This boy looks smart, but only until he opens his ass”.

Dalam hal tol ini kerajaan nampaknya begitu bersimpati dengan semua pemegang konsessi dan menjadikan kandungan dalam perjanjian konsessi sebagai halangan untuk kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa. Tetapi perjanjian Royalti minyak kerajaan Pusat tidak teragak-agak menggunakan ototnya untuk tidak menghormatinya. Dalam isu Royalti minyak keengganan kerajaan Pusat untuk menghormati perjanjian itu juga mengorbankan rakyat. Justeru segala-gala perbalahan akan memaksa rakyat untuk berkorban.

Buat masa sekarang ini semua pemegang konsessi perlu memberitahu rakyat bila dan masanya tol akan dinaikkan seperti terkandung dalam perjanjian itu. Rakyat perlu diberitahu kerana ia membabitkan kehidupan rakyat yang kini sedang menghadapi masalah kehidupan dan mereka jugalah yangt dijanjikan oleh kerajaan yang mereka akan menjadi rakyat yang berpendapatan tinggi dan negara kita akan menjadi negara maju menjelang tahun 2020 nanti.

Kenapa rakyat diperlakukan sedemikian rupa oleh pemerintah? Kenapa pemerintah menjadi masalah kepada rakyat dan kenapa pimpinan begitu bebal dan tidak memahami keadaan rakyat yang semakin susah dengan kos perkkhidmatan dan barangan yang melambung tinggi?

Rakyat sedang menunggu dengan perasaan gundah gulana. Mereka akan dicukai melalui percukaian GST sebanyak 6 peratus. Rakyat sedang bertanya menjelangnya April 2015 berapa harga dan perkhidmatan semasa itu? Jika harga barangan dan perkhidmatan melambung naik sebelum GST dilaksanakan, 6 peratus itu adalah berdasarkan kepada harga yang sudah melambung itu.

Ssungguhnya kerajaan hari ini mesti berhenti dan berundur. UMNO wajar mengundurkan barisan pimpinan hari ini jika parti itu mahu kekal memerintah. Jika ia tidak dilakukan keseluruhan UMNO dan komponennya akan diundurkan oleh rakyat. Mereka ingat saranan untuk mereka berhenti dan bersara itu adalah saranan yang main-main.  Najib, Muhyiddin dan semua pimpinan UMNO hari ini sepatutnya mengangkat tangan menyerah diri kepada rakyat dan lakukan tindakan yang disanjung rakyat, iaitu berundur dari jawatan dan tanggungjawab sekarang.

Bukan tidak ramai dikalangan ahli Kabinet Malaysia yang bersama merasakan kelemahan UMNO pimpinan Najib ini, tetapi tidak siapa berani bertanggungjawab dengan menzahirkan kepada Najib, ‘you have to go’. Tetapi mereka semuanya takut kerana mereka takut kepada menghadapi kenyataan. Mereka rela berdiam diri dan memerhatikan parti mereka dan kerajaan yang mereka sertai itu menjadi hina dari masa ke semasa. Justeru mereka juga adalah kumpulan yang tidak bertanggungjawab dan dosanya sama dengan si pelaku kesalahan itu.

Ahli-ahli Kabinet mesti berani untuk menegur apa yang tidak betul yang dilakukan oleh pucuk pimpinan mereka. Seruan ini bukan sahaja kepada ahli-ahli Jemaah Menteri tetapi juga kepada ahli-ahli Parlimen yang mewakili rakyat. Jika semua bertanggungjawab masakan rakyat akan merasakan apa yang mereka rasakan ini kerana mereka mempunyai wakil di dalam Dewan_Dewan Legislatif, tempat mereka bersuara mewakili perasaan rakyat yang ramai.

Tetapi ahli-ahli Parlimen juga tidak bertanggungjawab kerana mereka hanya pandai bersungut dibelakang tetapi mereka tidak mempunyai cukup kekuatan untuk bertindak dan melakukan perubahan bagi pihak rakyat. Mereka lebih menumpukan kepada apa untung rugi peribadi mereka jika mereka bertindak lebih-lebih lagi bertindak menongkah arus.

Kita sekarang sedang menghadapi masalah kos kehidupan yang tinggi dan tidak lama lagi terpaksa membayar tol yang lebih tinggi kerana pembayaran tol yang tinggi itu sudah termaktub di dalam perjanjian konsessi itu. Semua keperluan di kuasai oleh individu secara monopoli. Gula, tepung, beras, air dan banyak lagi dimonopoli oleh segelintiran manusia yang hanya boleh berjaya tanpa saingan. Mereka ini sahajalah yang mendapat keuntungan besar dari keringat ahli-ahli parti selama ini. Mereka ini lah yang melakukan manipulasi terhadap tokoh-tokoh legislatif dan pimpinan  kerajaan sekarang ini.

Itulah sebabnya keresahan rakyat tidak akan selesai selagi masih ada kumpulan ‘law-makers’ dan kerajaan yang boleh dijual beli oleh beberapa ‘East India Companies’ UMNO sekarang ini.

Jika dahulu rakyat negara ini dijajah oleh British dalam ekonomi melalui East India Company, sekarang ini rakyat terjajah oleh syarikat-syarikat besar rakyat sendiri yang hampir dengan kuasa.

Terjajah lagi kita semua. Bila kita kan merdeka tidak dapat kita ketahui. Rasa terjajah oleh kuasa asing tidak seperit dijajah oleh bangsa sendiri. Nak bercakap lantang pula, nanti ada pula pemimpin yang halau kita dari negara ini jika tidak berpuas hati.

30 comments:

Anonymous said...

tak sangka semakin membiak lembu-lembu kat malaysia ni. Maaf, dalam kabinet.

6.30Malaysia said...

Janji apa ni!???
Sengsara Rakyat Didahulukan!!!

Anonymous said...

Sdr. Aspan,
Pemimpin yang menerajui negara ini seolah-olah perompak berlesen sekian lama. Tidak ada keazaman langsung untuk membela rakyat. Mereka sentiasa bercakap berdegar-degar seperti Megat Komeng lagaknya, tetapi seperti sampah yang tidak boleh dikitar semula lagi. IQ dipertonton pula memperlihatkan kejanggalan bagaimana boleh terpilih membarisi kepemimpinan negara. Ibarat ikan dari kepala hinggalah keekornya semua telah busuk, nak dibuat ikan pekasam pun sudah tak boleh dan perlu dibuang sahaia. Dimanakah roh perjuangan pemimpin untuk memacu negara sejahtera? Nil.

Anonymous said...

AS Salam Pak Pan,

Saya rasa ini lah msa nya untuk meminta persetujuan rakyat jika kerajaan yang memerentah sekarang ini jujur dan bermaruah.

Bubarkan kerajaan.
Adakan pilihan raya semua..
Minta rakyat buat keputusan.

Itupu jika UMNO ada kote..

Banie said...

Copy & forward:
Umpama timun hendaknya
Melanggar kami terluka
Dilanggar kami cedera
Tapi itulah nasib kami yang hina

Tanpa elaun seperti menteri
Makan bayar sendiri
Kereta pandu sendiri
Minyak isi sendiri
Jalan sesak kami hadap setiap hari

Mudah pula tuan berkata
Jangan makan bila ayam naik harga
Jangan minum manis bila naik harga gula
Jangan guna jalan jika tol naik berganda
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia

Kami umpama kain basahan
Tuan perah habis habisan
Akhirnya kami kekeringan
Merana kami tuan kesenangan

Duit sejemput kami diperas hingga rabak
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak
Diusul kami tuan amuk sampai koyak
Kami senyum lihat tuan makin menggalak

Tak mengapalah tuan
Kami terima segala ketentuan
Cuma ingat pesan Tuhan
Setiap perkara ada balasan
Nasib tuan belum ketahuan

Tuan jangan lupa
Kami manusia biasa
Sabar kami ada tahapnya
Luka kecil boleh menjadi nanah juga
Jangan sampai menjadi barah pula
Cukuplah tuan menyeksa
Cukuplah tuan buat kami merana

Kuasa tuan dari kami
Naiknya tuan dari kami
Jatuhnya tuan juga dari kami..
**** tolong sebarkan.tanda protes KAMI****

rakyat Malaysia said...

Sesiapa saja yang cuba merubah UMNO akan terubah. Ini sarkis sudah lama training..sudah jinak. Sesiapa yang masuk sarkis berkenaan kononnya untuk merubah keadaan yang dikawal leh sarkis trainer, pada akhirnya mereka sendiri menjadi jinak. Bila timbul isu Malaysia pernah dijajah ataupun tidak, semua jadi bingung. Sekarang, tiada beza penjajah British dengan UMNO/BN. Mengambil semua sumber yang ada untuk mengayakan diri. Pembangunan yang dilakukan hanyalah cara untuk memudahkan lagi untuk rompakan terang-terangan tersebut. Dikatakan negara demokrasi berparlimen..itu hanyalah diatas kertas semata-mata. Pada perlaksanaannya, demokrasi diMalaysia hanyalah demokrasi terpimpin. Demokrasi hanya pada nama tetapi sebenarnya tidak ubah seperti diktator. Kekayaan negara boleh diberi/dibahagi kepada saudara/kroni tanpa segan silu, media utama dikawal dan dimanipulasi, apa saja 'official statement' perlu diterima rakyat biarpun tidak masuk akal.Rakyat terpaksa menanggung akibatnya. Jika dinegara lain berlaku situasi macam malaysia hari ini, rakyat semakin ditekan, mungkin rakyat negara tersebut akan bangkit berdemo. Tetapi dinegara kita, rakyat kita lebih lembut, jika berdemo, pemerintah akan membuat kita tidak senang duduk, bukan setakat diri sendiri, juga ahli keluarga yang lain.bila melibatkan ahli keluarga yang lain inilah, rakyat Malaysia akan berlembut.tidak mahu menyusahkan/melibatkan ahli keluarga mereka.

Anonymous said...

inilah wajah sebenar kepimpinan umno, mereka tidak sanggup untuk mati memperjuangkan ideologi negara malaysia tapi akan mematikan rakyat untuk perjuangan peribadi mereka.

Unknown said...

Setuju dengan ulasan rakyat Malaysia, kecuali ayat 'Sekarang, tiada beza penjajah British dengan UMNO/BN.' Sebenarnya keselesaan dibawah penjajah British lebih baik berbanding dengan penjajahan UMNO. Walaupun kita tidak mahu penjajahan asing, cubalah banding antara kedua-dua bentuk penjajahan itu dalam konteks ini. Sistem diamalkan dalam pentadbiran oleh penjajahan British masih diamalkan selepas tarikh kemerdekaan sehingga era Datuk Hussein Onn. Semua perkhidmatan untuk kemudahan awam dilaksanakan oleh kerajaan sendiri, dengan pembaziran (jika ada) adalah minima dan rakyat tidaklah terbeban sangat dari segi ekonomi, pendidikan, kesihatan, air serta elektrik dan pelbagai kemudahan awam lainnya. Itu dibawah UMNO yang asal, ada keikhlasan dalam mengurus tadbir kewangan dan pembangunan negara. Tetapi ia beransur hilang sebaik sahaja ianya diniagakan menerusi penswastaan. Memburukkan lagi keadaan maka terjadilah perpecahan melayu, menyebabkan UMNO yg asal itu diharamkan oleh mahkamah Malaysia, lantas dengan perpecahan inilah tertubuh UMNO Baru iaitu UMNO(B) dan dalam bahasa melayunya Pekembar(B), nak sebut yang bahasa melayu itu getik pula. Disinilah Pekembar(B) nyata gagal berperang melawan nafsu serakahnya sendiri.

Anonymous said...

bila dah jadi menteri kena defend
government lar!
Cuba tengok muka Paul low sekarang, ada transparensi lagi??

Wong Fey Hong said...

Inilah padahnya bila Najib melantik ahli-ahli koprat (sebut keparat) sebagai ahli kabinet atau jemaah penasihatnya.Mereka semata-mata memikirkan soal keuntungan sahaja tanpa mengambilkira akibatnya kepada orang lain khususnya rakyat jelata.Mereka mentadbir negara ini seperti sebuah syarikat.Anehnya,apakah Najib sudah tidak mampu berfikir atau memang malas hendak berfikir tentang akibat dari segala kenaikan ini terhadap rakyat dan juga masa depan kerajaan pimpinannya.Mungkin juga beliau sudah dapat menjangka bahawa sekarang ini adalah penggal terakhir pemerintahannya lalu tanpa rasa bersalah meletakkan segala bebanan kepada rakyat dan beliau mendapat labanya...Wallahu'alam.

Anonymous said...

Menambah hasil negara membawa pengertian KDNK akan menjadi lebih tinggi berbanding sekarang. Hasil negara ini termasuklah pungutan pelbagai cukai. Apabila KDNK telah meningkat dengan sendirinya (secara automatik) 'peratus' hutang negara menjadi lebih rendah, tetapi bukan amaun hutang tersebut. Jika peratus semasa ialah 53.5% berdasarkan KDNK semasa, dengan amaun hutang yang sama peratusan itu akan menjadi misalnya 46%, 'jika dan hanya jika' KDNK dapat ditingkatkan. Ini bagi membolehkan negara masih berkelayakaan dibenarkan untuk menambah lagi hutang sebanyak maksimanya 9% berdasarkan KDNK yang baru itu. Sekiranya ini merupakan matlamatnya, rakyatlah akan dibebankan tetapi hutang tambahan tersebut entah kemana hala dibelanjakan. Kenapa perlu berhutang selama ini dengan amaun yang besar, sedangkan negara memiliki banyak hasil semulajadi, perhutanan, pertanian dan peridustrian? Tidak lain daripada ketidakcekapan berbelanja, ketirisan, pemborosan dan rasuah! By whom? You know I know. Yang sahihnya bukan disebabkan oleh PAS, PKR ataupun DAP.

Anonymous said...

wahid omar kalau ada maruah patut berhenti saja dari bank tetapi apakan daya tidak ada pilihan terima sajalah asalkan tak ada gangguan.Ini bermakna tidak ada diMaybank lagi baik kerana dia tak ada apa kepakaran pun cuma ada sikit sokongan politik.Bila masuk politik dia sebagai capitalis terpinga2 macam rusa masuk kampung semua usik semua tak kena dan dah jadi liabiliti politik pula.Wahid ni orang makan gaji bukan usahawan dan bukan orang politik ,Akauntan ni jasad dan rohnya ialah untung material jadi orang susah ke mati ke tak penting yang penting usahanya untung.

1Crony said...

As Salam Tuan Aspan.

Pendapat dan pandangan tuan amat baik dan tepat pada ketikanya. UMNO (Baru) adalah sebuah parti pengkhianat bangsa Tetapi adakah semua kepincangan dan pengkhianatan tersebut mahu disalahkan Anwar Ibrahim juga? (seperti telunjuk dan tulisan Tuan yang selama ini asyik menghala atau menunding jari kepada Anwar walaupun beliau tidak bersalah)

Anonymous said...

umno bn memaksa Ekonomi negara malaysia dikembangkan dengan cara terdesak iaitu kebergantungan ekonomi kepada buruh warganegara asing.Dengan jumlah penduduk negara yang masih sedikit jika dibandingkan dengan negara lain yang punyai keluasan umno bn memaksa Ekonomi negara malaysia dikembangkan dengan cara terdesak iaitu kebergantungan ekonomi kepada buruh warganegara asing.Dengan jumlah penduduk negara yang masih sedikit jika dibandingkan dengan negara lain yang punyai keluasan yang sama, sepatutnya segala sumber yang ada hanyalah untuk kepentingan rakyat.Pengukuhan ekonomi umno bn & kroni telah menghimpit kehidupan rakyat dan membebankan rakyat dengan kos sara hidup, hutang negara terus meningkat serta masaalah-masaalah akibat kemasukkan pendatang asing kedalam negara.Tidak ada gunanya tanah dan sumber asli negara habis digunakan, jika rakyat terus terpinggir dan pemimpin terus bergelumang dengan penipuan.

perwakilan UMNO 1993 said...

1crony, siapa kata Anwar tiak ada salah? Dialah penyokong kuat penubuhan UMNO baru. Dia jugalah yang bermain dengan ratusan juta wang rakyat untuk mwembeli undi semasa melawan Ghaffar Baba.

Dialah bersama dr Mahathir melakukan kepincangan dalam UMNO semasa mereka berdua baik dulu.

Terrlalu ramai pemimpin UMNO yg Anwar patahkan kerana ingin naik cepat. Banyak lagi kesalahan beliau. Itu tidak temasuk persepsi buruk dia dengan tuduhan yang ada terhadap dia.

Dia melakukan keasalahan yg sama dalam lubang yang sama kedua kalinya.....

You are blinded by your blinded support for him.

Pak Aspan is right. He had been very long in Umno before you know anything about anybody.

Anonymous said...

Anwar diperguna oleh Tun Mahathir untuk kepentingannya sendiri. Imej, latar belakang islamik dan ketokohan Anwar dimanfaat sepenuhnya oleh PM berhati curang itu. Dengan ketokohan peribadi Anwar, menjadikan nama Mahathir pulih terutamanya pasca 1988. Anwarlah menjadi ayam tambatan UMNO, bersedia dan sentiasa ke depan mempertahankan UMNO setiap kali UMNO diserang, sehingga pihak lawan kematian hujah masa itu. Sehinggalah Tun Mahathir mengarahkan Anwar meluluskan sejumlah wang untuk bail out anaknya Mirzan, yang sebelumnya dengan wang petronas telah diluluskan beberapa kali, tetapi masih tidak mencukupi. Tetapi bila diminta untuk menggunakan wang dari dana KWSP, KWAP dan Tabung Haji, ia ditegur oleh Anwar. Hak siapakah dipertahankan oleh Anwar itu? perwakilan UMNO 1993 sepatutnya sedar bahawa Tun Mahathir berjaya menanam perasaan dengki dikalangan ahli UMNO kepada Anwar, untuk persediaannya melepaskan tengkuk sendiri. Buat kenyataan biarlah adil tanpa menyembunyikan fakta. Sayang sekali UMNO dirobek oleh Tun Mahathir sedangkan ahli yang ramai telah dibutakan hingga sekarang ini.

SkuadSiasat said...

If policy makers can only think what can be done to fill the government's COFFERS, WE the rakyat can only think what need to be done to fill the government's COFFIN..

Time nearly come..

FMZ

Anonymous said...

Salam Pak Aspa,

Susah lah nak ubah bangsa melayu ni... sbb bangsa melayu yg tak nak mencuba sesuatu yg lain dari apa yg dia ada... ntah lah...

Anonymous said...

I was also quite suprised with Wahid also with his comment that most corporate CEOs are filled by non Bumi / Chinese.

If he can substantiate that with solid numbers and statistics, then I will not disagree.

On toll roads,

I think most Rakyat won't mind paying it, with a condition that the money goes to a government administered account with a purpose to invest in future roads and infrastructure, not to benefit selected few.

Anonymous said...


ku pinjam lagu dan lirik lagu sandiwara cinta nyanyian kumpulan republik istimewa untuk PM Najib dan seluruh kabinetnya

SANDIWARA POLITIK (ASALNYA CINTA)

Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Alasannya seringkali ku dengar
Alasannya seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepada kami

Jujurlah NAJIB
KAMI tak mengapa
Biar semua jelas tiada yang berbeda
Jika nanti kau yang harus pergi
Kenan terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, kami PUN DAH tahu

Jujurlah NAJIB
KAMI tak mengapa
Biar semua jelas TIDA berbeda
Jika nanti KAU yang harus pergi
KENA terima walau sakit hati

Jujurlah NAJIB
KAMI tak mengapa
Biar semua jelas TIDA berbeda
Jika nanti KAU yang harus pergi
KENA terima walau sakit hati

Anonymous said...

Pak AA

Kita tahu dan faham sangat sikap penipu, buruk jahat dan zalim UMNO baru/BN dan penyokong serta pengundi yang bodoh sombong/buta hati dan akal yg memilih puak UMNO memerentah hingga sekarang.

Apa kata Pak AA? Pakatan Rakyat PR dan yang anti UMNO/BN berkerja kuat dan berkempen seperti menghadapi PRU13 disasarkan dikalangan melayu2 diluar bandar kakitangan2 kerajaan berperingkat2 sehingga PRU14.

Anonymous said...

Asmkm saudara Aspan, Memang terasa perit di tindas bangsa sendiri.Bak kata anak anak zaman ini 'tahu tak pe'.Tentang Anwar, maafkanlah dia .Orang yang telah menunjukkan keinsafan dan berusaha memperbaiki kesalahannya mesti diberi peluang.Marilah kita mengembleng tenaga membawa negara tercinta ke mercu kejayaan .InsyaAllah.

1Crony said...

As Salam Tuan Aspan.

Harap-harap usaha dan semangat Tuan Aspan untuk membuat pencerahan kepada rakyat melalui penulisan akan termakbul kiranya. Mungkinkah Tuan sehebat Anwar?

Kalau tak sehebat Anwar pun tidak mengapa, kerana sebulan sekali tentunya saya akan membaca blog tuan ini. Yang saya risaukan adalah sifat manusia yang seperti serigala yang tidak mampu mencapai anggur di atas dahan dan dikatanya pula anggur itu masam.....

Atau tidak pandai menari dikatanya lantai tak sama tinggi. Jangan pula kita yang buta fakta dikatakan orang lain yang tidak belajar sejarah...Tak gitu perwakilan UMNO 1993?. Terima kasih

Nordin Razak said...

Sekarang semua Menterijadi pengecut sebab menjaga kepentingan sendiri. Muhyiddin juga jadi pengecut dan tidak seperti semasa Pak Lah menjadi perdana menteri dulu. Beliau berani menyuruh Pak Lah letak jawatan. Tetapi masa sekarang mulutnya tertutup rapi. Ya Allah selamatkanlah orang-orang Melayu dari ditindas oleh pemimpin Melayu sendiri (Pemimpin UMNO)

Anonymous said...

bersyukurlah walaupun kena jajah.........penjajahnya bangsa melayu juga, jangan sampai bangsa lain tepok-tepok tangan kalau nampak melayu gadoh sesama melayu.....

PokAmid said...

Mereka kat atas sana adalah jenis khinzir yang busuk lagi membusukkan!!! Kebusukan ini dimulai oleh seketul SHIT!!!

Bila SHIT nak mampus pergi ke jahannam????

Anonymous said...

Salam Tuan...
Tulisan tuan sentiasa segar dan realistik. Benar kita masih dijajah cuma kulit penjajah yang berbeza. Hati rakus menjarah tanah ini tidak pernah padam malah sentiasa marak bersama kebutaan kita. Betullah kalau pihak yang menggelarkan mereka rejiman ke10 terus lawan dan lawan. Mereka tahu benih yang ditinggalkan ini benih perosak. Akhirnya terus dibodohkan dan selama ini kita memang bodoh. Sampai bila????

Anonymous said...

umno ni jenis bukan tak sampai nak ambil anggur kat dahan tu tapi jenis mmg sampai ambil buah anggur kat dahan tu...dapat je buah tu dimakan dgn lahapnya...manis lazat buah itu dimakan sembunyi2...kenyang perut lepas tu cakap buah tu masam...lagi pun tak sampai tangan nak ambik tapi yang bersepai kulit saki baki lebih makan ti dicakapnya kera atau babi hutan kerjakan...inilah perangai umno kesayangan orang putih dulu kala!!!

Anonymous said...

Bang...anwar dgn umno tu lantaklah..itu masalah parti...ini hal kerajaan memerintah dgn rakyat...sekarang lagi parah...mentaliti umno tak boleh beza parti dgn kerajaan...org kata macai terasa pulak...hidup melayu!!!memang hidup pun tapi lemau!!!

Anonymous said...

Kebijaksanaan Mahathir ialah dia kenyang dan puas makan nangka yang lain-lain tu kena getahnya, sehingga sekarang terkial-kial membersihkan getah dibadan. Itulah analogi kisahnya