Buat pertama kalinya, saya ingin
membuat komen tentang apa yang disebut oleh Wahid, Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, tentang kenaikan tol, isu yang sangat menyakitkan rakyat ini. Wahid
mempertahankan kenaikan tol yang dibuat oleh ‘concessionaire’ lebuhraya kerana
kenaikan itu adalah perkara yang sudah termasuk di dalam perjanjian
‘concession’ yang ditandatangani dengan kerajaan.
Sememangnyalah begitu. Apa yang
telah dipersetujui dahulu dan ditandatangani pula perjanjian itu, maka ia
terpaksa dilaksanakan mengikut lunas-lunas perjanjian itu. Elok kita beritahu
Wahid yang semuanya itu difahami rakyat kerana rakyat bukan lagi buta huruf
seperti dahulu.
Tetapi seperkara yang Wahid mesti
tahu ialah rakyat sedang menghadapi kos kehidupan yang terlalu tinggi dan
memeritkan kerana harga barang keperluan dan perkhidmatan seperti membayar tol
ini amatlah tinggi. Pemimpin kita bercakap yang semua pihak perlu berkorban
untuk memastikan negara kita melalui zaman susah ini dengan sabar dan perlu
berkorban untuk negara.
Nah, rakyat telah berkorban
dengan pengurangan berbagai-bagai subsidi seperti subsidi bahan bakar dan
berbagai-bagai lagi. Oleh yang demikian, tidakkah terfikir dan terdetik di
dalam fikiran pemegang konsessi lebuhraya yang banyak ini untuk bersama-sama
dengan rakyat untuk berkorban? Tidak bolehkah kerajaan berunding dengan
pemegang konsessi ini untuk mengurangkan sedikit tol ini dan bersama-sama
menunjukkan sikap ingin bersama berkorban dalam keadaan ekonomi rakyat yang
sangat memeritkan sekarang ini.
Kenapa hanya rakyat yang
berkorban sedangkan pemegang tol tidak dapat bersetuju untuk tidak melaksanakan
kenaikan tol itu walaupun masa untuk menaikkan tol itu sudah sampai seperti yang
ada di dalam perjanjian konsessi itu? Apa ruginya pemegang konsessi jika mereka
tidak menaikan harga tol itu?
Apa yang sepatutnya berlaku kadar
tol mestilah semakin hari semakin kurang kerana ‘traffic’ yang menggunakan tol
itu bertambah dari hari ke hari. Kadar tol sepatutnya semakin hari semakin
kurang. Pemegang-pemegang konsessi lebuhraya di negara ini tidak mempunyai
perasaan kerana mereka bukan tidak tahu yang rakyat terseksa dengan harga kadar
tol yang semakin hari semakin tinggi itu.
Janganlah Wahid memberi jawapan
seperti jawapan yang diberikan oleh Hassan Malek dalam isu kenaikan harga ayam
dahulu dengan meminta rakyat jangan makan ayam kalau harga ayam naik. Itu
jawapan seorang pemimpin yang tidak mempunyai perasaan. Wahid pula meminta rakyat
menggunakan jalan alternatif yang disediakan. Tidak semua jalan bertol
mempunyai jalan alternatif, jika Wahid ingin nak tahu.
Masalahnya di negara ini jika
kerajaan dan negara mahu pengorbanan untuknya, hanya rakyat yang marhean dan
buruk ini sahaja yang perlu berkorban dan mengambil segala sedikit subsidi dan
bantuan yang ada, sedangkan yang telah mengumpul kekayaan daripada perkhidmatan
yang mahal, seperti pemegang konsessi lebuhraya hanya mahu mengambil keuntungan
tanpa mahu berkorban. Jika pemegang konsessi ini mempunyai sikap bersedia untuk
bersama berkorban kenapa tidak mengambil tindakan dengan mengurangkan atau
setidak-tidaknya mengekalkan kadar kutipan tol tersebut?
Pemegang konsessi dan kerajaan
tidak jujur terhadap rakyat yang telah lemas dengan slogan ‘rakyat didahulukan’ itu. Ia hanya merupakan retorik yang ‘bigotry’ dan tidak membawa
apa-apa makna kepada kita yang mendengarnya.
Perniagaan konsessi lebuhraya ini
sebenarnya merupakan perniagaan yang sangat untung dari segi menghadap masalah.
Perniagaan ini adalah ‘cash business’ dan tidak menghadapi hutang tidak berbayar
dari pengguna. Lintas sahaja ‘toll gate’ kita akan membayar dengan tunai.
Yang lebih menguntungkan bagi
konsessi itulah pembayaran melalui ‘touch-n-go’ kerana mereka (pemegang
konsessi) dibayar secara ‘advanced’ dari pengguna dalam ratusan ringgit bagi
seorang pengguna. Pemegang konsessi akan menggunakan tunai yang ratusan juta
ringgit yang dikutip itu untuk dilaburkan ke dalam pasaran wang jangka pendek
seperti pinjaman ‘overnight’ atau ‘week money’ kepada bank-bank dan ‘discount
houses’ yang memberikan pulangan yang baik dan lumayan.
Pulangan tunai yang mereka
dapati dari ‘touch n go’ itu membolehkan mereka mengaut keuntungan yang besar.
Maka adalah wajar jika pemegang ‘touch n go’ atau ‘smart tag’ itu diberikan
potongan setidak-tidaknya 30% atau setidak-tidaknya 20% setiap
kali pembelian ‘advanced’ yang dilakukan oleh pengguna lebuhraya itu.
Justeru isu kenaikan tol ini
wajar dikendalikan dengan baik dan tidak hanya pandai menaikkan tol tetapi
bersama-sama berkorban untuk mengurangkan kos pengguna dalam keadaan ekonomi
yang tidak menentu sekarang ini. Jangan terlalu tertumpu kepada perjanjian yang
terlalu berat sebelah itu.
Perjanjian konsessi ini perlu dikaji
semula kerana satu isu yang tidak wajar ada di dalam perjanjian itu ialah kenaikan
kadar tol dari masa ke masa. Sepatutnya ia sepatutnya mengandungi peruntukan
untuk mengurangkan kadar tol tersebut kerana ‘traffic’ yang menggunakan
lebuhraya itu bertambah berlipat kali ganda dari tahun ke tahun.
Najib dan pimpinan patut
mengambil cadangan dengan serius kerana setakat ini Najib hanya nampak rakyat
sahaja yang patut berkorban. Jika ini
dilakukan, jangan pula nanti mengungkit-ngungkit bagaimana jasa pemegang
konsessi berkorban seperti beliau mengungkit pengorbanan isterinya yang
kononnya telah banyak berjasa kepada negara dengan kos yang begitu tinggi itu.
Kita berharap pimpinan kita
belajar untuk menggunakan keupayaan berfikir. Berfikirlah sekejap setiap hari
untuk rakyat secara serius. Kata agama kita ‘berfikir sejenak itu lebih baik
dari beramal sepanjang malam’.
Banyak untungnya kepada rakyat
jika berfikir secara serius untuk rakyat ini. Tetapi jangan pula berfikir
seperti pemikiran Wahid di Jabatan Perdana Menteri itu. Cara berfikir Wahid Omar itu tidak mempunyai faedah untuk rakyat kerana alasan beliau yang kadar tol tidak dapat dikurangkan kerana isu kandungan perjanjian yang ada dalam perjanjian pemegang konsessi itu dengan kerajaan.
Entah fasal apa, orang-orang yang pandai pun, apabila menyertai UMNO dan menjadi ahli dalam barisan Jemaah Menterinya, pemikiran mereka akan menjadi tumpul. Tidak ada siapa yang boleh memberi jawapannya sampai ke hari ini.
Tuan-tuan jawablah sendiri.
Entah fasal apa, orang-orang yang pandai pun, apabila menyertai UMNO dan menjadi ahli dalam barisan Jemaah Menterinya, pemikiran mereka akan menjadi tumpul. Tidak ada siapa yang boleh memberi jawapannya sampai ke hari ini.
Tuan-tuan jawablah sendiri.
As Salam Pak Pan,
ReplyDeleteMereka ne bukn tak tau semua ne Pak Pan.. malah mereka lebih bijak lagi dlm soal belit membelit.
Rakyat diperbodohkan.
Mereka memang sengaja merangka perjanjian tu sebegitu rupa supaya mereka dulu kini dan selamanya sapu duit rakyat.
sama macam sogankata induknya.
pengundi masih tak sedar..apa nak dikato..
salam
ReplyDeleteorang cerdik bila dia masuk dalam kerajaan UMNO BN lama-lama akan nampak tak cerdiknya....
kesian ..
Isu perjanjian konsesi tol dan kenaikan kadarnya ini amat jelas dan nyata pihak mana yang dibela oleh kerajaan (baca UMNO). Ironinya perjanjian royalti petroleum yang juga sah tidak pula dipatuhi, oleh kerajaan yang sama. Inikah kerajaan yang boleh disandarkan harapan? Slogan 'Tradisi Membela Rakyat' yang pernah dilaung-laungkan oleh UMNO dahulu, telah berpuluh tahun tidak kedengaran lagi. Bila kematiannya, di mana kubur dan nisannya tidak diketahui.
ReplyDeleteKerajaan UMNO ini berlepas tangan dalam melaksanakan tanggungjawabnya dengan dasar penswataan. Untuk isu projek pembinaan jalan dahulu dilaksanakan sendiri oleh JKR, menepati spesifikasi serta kos beli bahan sahaja. Tiada kos keuntungan dibuat oleh JKR, begitu juga bebas daripada sebarang percukaian dan pastinya bebas rasuah projek kerana agensi ini tidak berorientasikan keuntungan. Setelah diswastakan, maka semua kos tentulah diambilkira oleh syarikat swasta tersebut. Rasuah semakin subur. Akhirnya rakyat dituntut supaya berkorban. Samalah juga dalam menyediakan bekalan elektrik. Gila apakah ini? Nilai-nilai pengurusan yang baik dari penjajah yang selari dengan ajaran islam tidak diamal menyebabkan rakyat semakin sengsara. Inilah antara 'jasa besar' dasar ekonomi Tun Mahathir lulusan perubatan sebagai pemimpin kita selama 22 tahun itu.
... dah tu sapa yang undi puak UMNO ni??? mustahil babi & anjing yg pilih!!!
DeleteYB Rafizi mendedahkan b/wa KERAJAAN melalui GLCnya memiliki 80% ekuiti syarikat concessionaire highway dan PURATA pulangan bagi syarikat ni antara 49-63 sen bagi setiap ringgit pelaburan.Yang pampasan yang dibuat oleh kerajaan kerana "menangguh kenaikan tol tempoh hari" tak lain "ambil duit dari kocek kanan dan masukkan dalam kocek kiri".Jadi dengan KEUNTUNGAN yang berbilion ni(samalah seperti TNB)apa alasan yang MASUK AKAL untuk menaikkan harga/tol?
ReplyDeleteminta lalu...
Deletemaaf cakap la... bila kata GLC pegang saham banyak dlm syarikat konsesi... maknanya tu kroni malaun tu la dapat untung. kalau tak mcmana anak menteri bole buat rumah RM7juta... menteri bole sponsor artis juta-juta jadi 'penyedap'... buat kahwin anak nilai jutaan ringgit!!! takkan tu duit gaji diaorang??? orang UMNO tak paham semua ni sebab boooooddo. macam la tanpa UMNO habis rakyat Malaysia mati kebuluran. Brunei tadak UMNO pun kaya-raya... minyak petrol murah...
alif mim nun wau =sarkis memang tepat!!!
Dalam sebuk membuat keuntungan PLUS lupa buat kemudahan scaner di toll simpang 4 Melaka. Mahal sangat ke scanner tu?
ReplyDeleteAmat setuju dengan perkara diatas.plus bukan saja tidak memberi diskaun kepada pembeli smart tag tetapi membuat untung dengan penjualan plus tag yang mahal. saya telah menghantar 2 biji plus tag yang sensornya dah rosak utk dibaiki.plus yang cekap ini mengambil masa 5 minggu utk menyiapkannya dan dikenakan bayaran rm 100 utk 2 sebuah.Udahlah lah kita bayar prepaid bila sampai aje ke pondok toll ada aje kereta yang sangkut dan lagi melambatkan perjalanan.Duit yang dikutip tak di gunakan utk upgrade Sistem. sepatutnya benda ni diberi percuma aje kerana kos telah diperolehi dpd bayaran yang telah dibuat yg telah dilaburkan ke tempat lain.Bateri pulak kena beli sendiri.
ReplyDeleteSaya bekerja di shah alam dan sebelum pilihanraya itu hari ada ura2 nak hapuskan tol batu 3 tetapi hampeh.saya rasa kos pembinaan jalan yang tak seberapa panjang ni dengan penggunaan trafik yang tinggi , syarikat konsesi telah lamat mendapat pulangan pelaburan mereka.mengapa penghapusan tol belum dilaksanakan lagi spt tol jalan kucing ,jln pahang dan banyak lagi yang ada di kl tu.
keraaaajaan UMNO nak batal tol???? he he he.... minta maaf la. Kalau tadak tol mcmana Najib nak cekau duit bagi kat Rosmah pi luar negara... cari pelabur!!!! selagi UMNO jadi pemerintah takkan senang rakyat melainkan org UMNO sbb diaorang ada kad ahli UMNO... semua murah bila tunjuk kad UMNO terutama JKKK...
Delete47% rakyat bangang menyusahkan 53% rakyat yg berfikir!!!
Itulah situasi hari ini diMalaysia, tanah air ku. Satu demi satu naik..petrol, gula, rokok, letrik, tambang pengangkutan awam, bas sekolah anak2, nanti akan ada GST lagi..Hanya air hujan yang turun, sampai banjir.Rakyat perlu berkorban, kurangkan belanja, mengikat perut, sedangkan pemimpin semakin banyak berbelanja. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "RAKYAT"...jika slogan rakyat didahulukan, rakyat dalam konteks slogan ini adalah pemimpin dan kroni kerana mereka juga pemilik ic biru. Bila mana diseru supaya rakyat perlu berkorban, mereka semua itu bukan lagi rakyat kerana mereka tidak perlu berkorban.
ReplyDeletemalaun-malaun ni dok tgu rakyat bangkit di jalanan kot... pada masa tu dah terlambat!!! emosi dan psikologi yg tidak terkawal, tertekan akibat ditindas lebih dahsyat kesannya dari C4 attatunya..
DeleteNa'uzubillahiminzaalik...
Kerana Perdana Mamak, Rakyat Sengsara!
ReplyDeleteSalam.. Siapa la yg tandatangan perjanjian konsesi tol ni.. Tak baca dulu ker perjanjian tu.. Sepatutnya samy vellu yg dipertanggungjawabkan bayar semua pampasan tu bukannya guna duit hasil cukai rakyat..
ReplyDeletePak AA.
ReplyDeleteJawapannya mudah sahaja orang2 UMNO
tamak, korup, penyamun zalim dan penipu.
Mereka seketurunan/sekroni berdosa kepada rakyat dunia akhirat.
salam tuan
ReplyDeleteSusahnya kita kerana mempunyai kerajaan yang ghairah nak berniaga dengan rakyat.
pls add me at FB : airmatabuaya amb
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1607&idc=8029#.UrBBWPQW1wM
saya pun nak niaga jugak
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pengundi terutamanya pengundi melayu yang telah memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional untuk terus mentadbir negara kita ini semasa PRU13 yang lalu.Semoga mereka tidak merasa tertekan dengan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan yang memerintah sekarang ini.Ini semua adalah ketentuan dari Ilahhi (kata ulamak muda Umno...)...hahaha,padan muko kau wok!…
ReplyDeleteMenteri otak udang..............
ReplyDeleteHidup Umnoooo..
ReplyDeleteRakyat diminta berkorban demi kebaikkan negara pada masa hadapan. Dan apa pula pengorbanan yang dibuat oleh pemimpin kecuali yang rakyat nampak ialah pembaziran demi pembaziran yang tidak perlu.
ReplyDeleteIni kezaliman yang nyata di depan mata.
belum pru kami dengar.kami paham denyut hati rakyat lepas pru kami dengar....dengar suara anjing menyalak bukit ...bukit apa anjing boleh buat...salak lah hingga pru akan dtg. kita kata apa pun mereka pekakkan telinga. sy fikir kena guna cara hishammudin rais. turun ke jln raya. tapi ada yg dungu akn kata sisah org ramai.
ReplyDeleteSetelah dibantah nanti akan keluar keputusan untuk menangguh dulu buat satu tempoh tertentu. Jika tidak pun akan ada pengurangan dalam kenaikan itu, naik tetap juga naik tetapi kuranglah sedikit jumlahnya. Kita yang bising-bising ni akan terkesima dibuatnya. Maka dengan itu imej kerajaan UMNO/BN nampaklah seperti merasai denyut nadi rakyat dan berkokok-kokok menteri-menteri ayam seminggu dua. Bagi rakyat yang telah dibonsaikan mindanya akan setia untuk memberi sokongan disamping mengumpan bakal penyokong. Skrip drama ini dah boleh agak. UMNO/BN sebenarnya mempersetankan rakyat, sokongan dari rakyat ditagih tetapi kebajikan diberi sungguh haprak.
ReplyDeleteDatuk Seri Abdul Wahid Omar ni satu menteri lagi yang bengong & bangang yang tidak perihatin kepada rakyat terbanyak tahunya nak perkaya keroni sahaja. Apa tidaknya kedudukan kutipan tol yang ada sekarang pun mereka telahpun kaya raya. Memang mereka ini lintah darat dan pemimpin yang tolol dan tidak bertanggung-jawab. Pemimpin Umno hanya tahu berjanji dalam pilihanraya sahaja, setelah menang mereka akan menyusahkan rakyat terbanyak
ReplyDeleteTuan. PLUS adalah URC (UMNO related Company). Company lubok Emas UMNO. Sebab itu lah perjanjian berat sebelah.
ReplyDeletetol dijalankan secara konsesi,pada umumnya sebelum diserahkan kepada kerajaan, harga tol sepatutnya menjadi semakin murah bukan sebaliknya,
ReplyDeleteditambah pula dengan kenaikan-kenaikan harga minyak,gula,elektrik dsb,langkah kerajaan untuk membiarkan kenaikan tol menunjukkan mereka telah GAGAL.