Kita akan memasuki tahun baru
2014 dan sesiapa yang ditanya apakah pandangan mereka tentang keadaan kita
ditahun hadapan ini mereka menjawab, “nothing to shout about”. Pemimpin kita
masih yang sama, tentulah keadaan akan setidak-tidaknya sama jika tidak lebih
buruk lagi.
Bidang ekonomi tidak payah kita
ulas lagi kerana kita tahu apa keadaannya pada tahun yang akan tiba tidak
berapa hari sahaja lagi. Politik juga begitu. Politik akan lebih tidak menentu
lagi kerana mereka yang membawa masalah kepada negara masih memimpin kita.
Tidak mungkin pembawa masalah itu akan layak diyakini untuk melakukan
perubahan.
Yang kita tahu pucuk pimpinan
kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang amat meragukan sesiapa yang
berfikiran serius. Bank Dunia dalam laporan
terakhirnya menyentuh tentang penjualan aset negara yang dilakukan oleh
kerajaan untuk mengurangkan defisit negara ke empat peratus. Berita itu
disangkal oleh Putrajaya kerana apa yang mereka lakukan hanyalah tindakan
‘monetization of assets’, atau dalam bahasa pasar kita di kampung, sebagai
menggadaikan harta benda kita untuk mendapatkan wang untuk menguruskan negara.
Sebenarnya kedua-dua istilah itu
membawa makna yang sama. Bukankah ‘mencairkan aset’ itu caranya sama sahaja
sebagai bergadai? Kenapa kerajaan mencairkan atau ‘monetized’ harta kita?
Jawabnya untuk mendapatkan wang atau dana untuk menguruskan negara. Maknanya
sama sahaja. Bila saya mendengar alasan Putrajaya itu teringat pula kepada
insiden nenek saya yang balik dari menghadiri satu majlis di balairaya di kampung
saya.
Bila saya tanya siapa yang hadir
dalam majlis itu nenek saya berkata ramai yang hadir. “Tuan Pegawai Daerah ada,
Tuan DO pun ada kata nenek saya dulu. Pegawai Daerah dan Tuan DO itu kan orang yang sama.
Dalam isu yang sedang ditulis ini, perbezaannya satu dalam bahasa Melayu dan
satu lagi dalam bahasa Inggeris. ‘Monetization of assets’ itu bermakna
mencairkan harta dengan wang. Dalam proses itu maka harta kita menjadi sandaran
kepada peminjam dan ia tidak lebih dan tidak kurang adalah gadaian terhadap
harta benda kita.
Tentunya ini dilakukan untuk
mendapatkan wang bagi menguruskan negara. Hasilnya sekarang ini negara
sememangnya sudah menjadi ‘kurus’ dan 'kering kontang' dan kerana itu terpaksa
gadaikan apa yang ada. Pentadbiran Najib ini berbelanja boros, lebih dari cara
Arab berbelanja semasa mula-mula terjumpa duit minyak pada tahun-tahun tujuh
puluhan dan lapan puluhan dahulu.
Sesungguhnya kerajaan dalam
keadaan ‘desperado’ yang teramat sangat. Ia memerlukan wang untuk membayar gaji
kakitangan dan keperluan pentadbiran yang lain. Dari segi teknikalnya kita
sudah muflis. Akan adalah pihak-pihak yang marah dengan komen ini, tetapi
apakan daya itu adalah hakikatnya. Najib tidak boleh terus memimpin, begitu
juga yang lain-lain dalam pimpinan tertinggi UMNO itu. ‘Orang darat’ yang ada
pada hari ini tidak akan dapat membina negara lagi, kerana mereka hanya
mempunyai kepakaran menjahanamkan negara sahaja.
Amerika Syarikat telah
menggunakan cara penggadaian harta negara ini sebegitu lama, akhirnya negara
besar dunia itu dalam keadaan kucar kacir ekonominya. AS telah berhutang kepada
dunia dan sistem kewangan dunia yang paling besar di dunia ini dan hanya
menunggu masa sahaja bagi negara itu untuk hancur lebur.
Jika ‘monetization of assets’ ini
untuk membayar harga pentadbiran sahaja maka kita tunggu sahaja kejatuhan
negara kita ini. Benar banyak negara menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan
sumber kewangan, tetapi mereka menggunakan wang dari cara ini untuk
membangunkan negara dan menambah nilai kepada wang pinjaman cara ini. Tetapi
kita hendak menggunakan kewangan cara ini kerana negara tidak lagi mempunyai
tunai untuk membayar kos mentadbir negara bukannya untuk pembangunannya.
Sekarang ini kita berhadapan
dengan risiko yang datang dari setiap pihak. Risiko yang terbesar ialah dari
pimpinan kerajaan sekarang dan risiko yang hampir sama besarnya juga akan
datang dari pihak pembangkang yang sekarang berusaha untuk mengambil alih
kepimpinan sekarang.
Masalah yang terhasil dari kebobrokan
kepimpinan hari ini tidak selesai dengan hanya menukar parti yang memerintah.
Kita terpaksa melalui proses pemulihan ‘beyond partisan politics’. Ia tidak
boleh diselesaikan dengan hanya memberikan kuasa kepada Anwar Ibrahim
semata-mata, kerana memilih Anwar hanya akan membawa masalah yang baru yang
kita tidak tahu harganya.
Penyelesaian terhadap isu dan
masalah hari ini bukan setakat menghapuskan PTPTN, mengurangkan cukai dan
sebagainya seperti yang terkandung di dalam manifesto Pakatan Rakyat itu. Ia
memerlukan manusia yang mampu memulakan politik dan pentadbiran baru dengan
nilai kerajaan yang baru. ‘We need planners’ untuk memulakan usaha untuk
‘reset’ negara ini dengan situasi yang baru.
Kita tidak memerlukan pemimpin
yang hanya pandai mengumpulkan manusia untuk berdemonstrasi dan sebagainya. ‘We
don’t need street fighters at all’ dalam membicarakan perubahan yang wajib
dilakukan. Kita tidak memerlukan pemimpin yang berdiri diatas pentas dan pandai
melawak sehinggakan orang seperti saya pun boleh membahak dan ketawa besar
kerana terlalu terhibur dengan lawak jenakanya. Kita tidak memerlukan pelakon
dalam isu menangani keresahan politik negara pada hari ini.
Kita yang sudah berusia ini ingin
melihat negara kembali kepada landasan yang sepatutnya kita berada sebelum kita
mewarisi negara ini kepada generasi yang akan datang.
Dengan apa yang ada pada hari
ini, usahkan hendak menjamin masa depan generasi akan datang, generasi sekarang
pun sudah nampak akan lebur dan hancur hasil dari permainan politik perut
masing-masing.
satelah saya teliti tulisan beberapa Pak Aspan saya fikir sudah sampai masanya bagi PR mempunyai ketua baharu ......
ReplyDeletedan dengan ketua yang baharu barulah rakyat Malaysia mempunyai pilihan selain BN...
Itulah pemumpin yang dibanggakan..dikatakan pejuang nasib rakyat..pembela tanah air..padahal merekalah penindas rakyat,penggadai negara..beberapa bulan sbelum ni,saya pernah mendengar badan berkanun,jabatan kerajaan tidak mencukupi dana untuk bayar gaji kakitangan..ternyata memang benar kerajaan sekarang sudah kehabisan sumber kewangan..beberapa hari lalu dalam akhbar,orang ramai sibuk ingin tahu dan menebus rebat untuk touch n go..tak sampai seminggu,sudah ada khabar mengatakan kerajaan tidak akan teruskan rebat pada tahun hadapan..nampaknya kerajaan tidak mahu melepaskan kutipan duit rakyat walaupun 1sen..
ReplyDeletePada pendapat saya kita tumbangkan dulu kerajaan yg ada ini melalui PRU14. Apakah kita tidak yakin ada pemerintah lain yg lebih baik dari umno/bn? Oleh kerana org melayu tidak yakin ada org lain yg mampu memerintah maka melayu terus menyokong umno yg mereka ketahui korup, penyangak, kroni dll. Dahulu Indonesia jatuhkan suharto, apakah sekarang Indonesia semakin teruk dari zaman suharto. Memang rasuah tidak boleh dihapuskan sepenuhnya tetapi berapa ramai pegawai atau org politik telah didakwa dimakamah kerana rasuah dan telah dihukum.
ReplyDeleteMat taib yg penuh dgn rasuah akan terus bermaharaja lela selagi org melayu merasa yakin tiadanya umno melayu akan pupus dan negara akan bangkrup atau musnah. Ramai melayu telah syirik kpd Allah SWT dan yakin umno yg menentukan hidup mati mereka.
Apakah kita tunggu negara bangkrup dahulu baru kita mahu abngkit? Negara kita adalah yg terkaya di Asia Tenggara tetapi kerana salah takbir dan korup, rakyat terus menjadi hamba kpd bangsanya sendiri.
Apakah kita mahu tunggu pemimpin yg bersih suci turun dari langit? Sebab itu melayu lambat maju berbanding bangsa lain kerana takut berubah. Anwar bukanlah pemimpin yg sempurna tetapi spt mandela,ghandi dll, mereka ini hanya pencetus perubahan. Siapakah yg berjaya menyatukan pembangkang selama ini? Kalau pembangkang terus berpecah maka umno/bn akan terus berkuasa.
Tumbangkan kerajaan yg ada ini dahulu pd PRU14 dahulu kemudian betulkan SPR,SPRM,PDRM dan makamah kita barulah adakan pilihanraya yg benar2 adil dan telus. Kita akan pilih parti yg benar2 memperjuangkan nasib rakyat secara telus dan ikhlas, InsyaAllah.
Salam Pak Aspan,
ReplyDeleteWell said, Pak Aspan. Dari dulu lagi saya percaya kita memerlukan saf kepimpinan yang baru bagi menggantikan pemimpin yang sudah lapuk ini baik dari pemerintah dan pembangkang bagi membawa negara ke landasan yang betul. Hanya di negara2 membangun atau dunia ketiga sahaja pemimpin2 dipuja dan pemimpin pula tak mahu turun2. Amat malang sekali mentaliti rakyat, terutama orang2 melayu semakin hari semakin ke belakang walaupun sudah lebih 56 tahun merdeka dek ulah permainan politik pemimpin2 sekarang. Kerja memperbodohkan rakyat hanya berlaku di Korea Utara, tapi tidak ada bezanya di negara kita sekarang. Tunggu saja negara seperti Vietnam, Laos, Kemboja berada di depan kita. Petunjuk ke arah itu sudah ada. Trust me, I don't see light at the end of the tunnel, right now.
Salam pak aspan,
ReplyDeleteKalau yg ada dlm parlimen sekarang semuanya tak layak untuk mentadbir negara, jadi nya siapa yg layak? Tak kan nak lantik mat bangla kot!
Salam Pak Aspan, bila-bila masa pun, "MUNGKIN" teruk pastilah pilihan lebih baik dari "TERBUKTI" sangat teruk. Apatah lagi sebarang kelebihan kumpulan "MUNGKIN" ini sentiasa disorok dan kekurangan mereka dibangkit berpuluh kali ganda di media.
ReplyDeleteSekurang-kurangnya ada harapan, di samping membolehkan kumpulan "TERBUKTI" sangat teruk ini bangkit muhasabah dan membaiki diri.
As Salam Tuan Aspan.
ReplyDeleteBetul sangat kata Tuan itu, bahawa kita tak perlukan pemimpin yang pandai menghimpun orang ramai untuk berdemontrasi dan berceramah sebagai Raja Lawak atau sebagainya....
Yang perlu hanya duduk di hadapan komputer dan menulis blog (sambil menghembus asap rokok) sahaja kerana pastinya saluran 1 dan 2 akan membaca dan mengamati tulisan kita itu siang dan malam, tambahan pula rakyat kita amat rajin membaca tulisan yang panjang berjela-jela. Bila hampir PRU kelak kita biarkanlah sahaja BU/UMNO melanyak kita dan tak cukup lagi mereka ajak SPR sekali berkomplot bagi memenangkan mereka. Kita hanya perlu berpeluk tubuh dan menulis sahaja tak perlu berbuat apa-apa.
Mari kita tanya semua penjenguk blog ini.... Kerajaan korupsi mana di dunia yang dijatuhkan dengan hanya mata pena? (ilek!!!) jika dahulu mata pena lebih tajam dari mata pedang, tetapi sekarang mata wang jauh lebih tajam dari mata pedang.....Siapa banyak wang sekarang? Melayu dah berkurun-kurun hanya pandai simpan ekor celah kangkang sahaja bila nampak pencuri dan kalau dikatakan penakut atau dayus mereka pantas marah dan bagi membuktikan mereka tidak penakut mereka akan menyalak tuan rumah pula. Terima kasih.
The formula in getting the alternative leader is quite simple. Go for eliminating proses first.
ReplyDeleteNo Najib or anyone in the UMNO supreme council.
No Anwar
No Kit Siang
No Guan Eng
After deleting these names from the list, then only we find among the remaining members of Parliaments to take charge and start the changes.
badar,
ReplyDeleteyou are getting close to the solution. as for me, as long anwar is not the alternative, i am happy.
Thanx
kita tunggu negara bankrap dulu la....
ReplyDeletehttp://www.rockybru.com.my/2013/12/more-securitisation-101-for-yb-rr.html
ReplyDeleteeconomics 101 for the dungu like Rafizi
Tentu ramai masih lagi ingat siri himpunan Setia Bersama Rakyat yang disebutkan sebagai Semarak lewat 1980an dahulu. Apakah tujuan siri himpunan Semarak itu? Tidak lain dan tidak bukan ianya adalah untuk survival politik UMNO(B). Timbul persoalan kini, pertama siapakah yang masih setia bersama rakyat sekarang ini? Jelas kelihatan hanya PR yang memiliki semangat itu, bagaimana pula dengan UMNO(B)? UMNO(B) hanya setia bersama kroni dan cukong-cukong belaannya sahaja. Kedua, UMNO(B) dibangkitkan dengan himpunan Semarak secara menggerakkan massa untuk bersama mencapai tujuan yang diniatkan tadi. Kenapa tatkala PR hendak melakukan himpunan massa seperti yang pernah dilakukan UMNO(B) tidak dibolehkan pula? Terdapat double standard dalam menilai perkara yang sama. Dengan adanya himpunan massa itu, maka wujudlah satu gerakan yang padu berbanding hanya membangkitkan atau memperjuangkan sesuatu isu secara individu atau kumpulan yang kecil saiznya.
ReplyDeleteAsmkm AA,
ReplyDeleteHari demi hari saudara menulis dengan mengatakan seolah olah tidak seorang pun yang layak membawa negara keluar dari kemelut yang berpanjangan ini. Menulis tanpa memberi cadangan untuk keluar dari kemelut ini memang mudah.Saya mengikuti penulisan saudara hingga kini hanya ingin menunggu cadangan bernas dari saudara.Olih itu tolong beritahu siapakah yang ada didalam pemikiran saudara layak.Ini kerana saudara banyak pengalaman dalam dunia politik. Wassalam.
ReplyDeleteHairan saya kenapa Anwar pula yang layak menggantikan kepimpinan? Takkanlah tak tau kenapa dia tidak boleh jadi pemimpin no satu kita.
Itulah sebabnya kita tidak mahu berubah. mana boleh orang satu dalam satu lubang dua kali jadi pemimpin.
Commonlah tuan-tuan. Sama-samatau cukuplah...
Anon diatas,
ReplyDeletemaksud anda 'jatuh dalam satu lubang dua kali kan?' anda salah taip tu bro..
Anonymous 15:14,
ReplyDeleteSaudara bertanya kepada saya siapa yang layak untuk menggantikan kepimpinan hari ini untuk mengeluarkan negara dari kemelut negara sekarang ini. belumlah sampai masanya untuk saya menzahirkan siapa yang saya maksudkan itu kerana masih terlalu ramai yang masih tidak mengakui pimpinan dari kedua-dua belah pihak tidak ada yang mempunyai ciri membangunkan apa yang telah pubah ranah pada hari ini.
Hanya yang penting kita fahami, pemimpin yang harus mangambil alih kepimpnan negara mestilah seorang yang faham tentang segala masalah yang sebenarnya yang kita sedang hadapi pada hari ini.
Sememangnya asas kepada ilmu pengurusan manyatakan yang mereka yang faham tentang segala masalah yang wujud disekliling kita itu sahaja yang boleh menjadi penyelamat kepada keadaan kusut ini.
Orang itu masih menjadi Ahli Parlimen sekarang ini yang telah banyak menabur jasa kepada negara dan mempunyai rekod cemerlang dalam kariernya baik diperingkat nasional dan antarabangsa.
Tetapi beliau ini hanya dikenal;i oleh orang yang agak lama dan rakyat telah banyak merasakan jasanya semasa beliau menjadi pengasas kepada struktor ekonomi negara kita.
Hanya permainan politik sahaja yang telah menyerkat beliau naik ketahap yang sepatutnya.
Sekian, sementara itu fokuskan kepada penelitian terhadap masalah yang negara hadapi dahulu sebelum memberikan tumpuan kepada siapa yang sepatutnya mengambil alih kepimpinan sekarang ini.
Selagi orang ramai tidak memahami hakikat yang pucuk pimpinan kedua-dua belah yang berbalah ini tidak boleh memimpin negara selagi itulah kita tidak terlibat untuk mencari penggantinya.
Penggantinya tidak payah dicari, pangganti itu sememangnya ada bersama kita.
Hanya beliau ini berselindung ditempat yang terang. Kita tidak mahu terlibat dengan politik anak mentah yang hanya pandai memaki hamun serta mencarut sahaja.
Kita tidak ada masa untuk berperang mulut tanpa kesudahannya.
Thanks
Wassalam
Pak Aspan...
ReplyDeleteKalau orang lama macam lu ni... Gua dah boleh agak sapa pemimpin yang ada dalam kepala otak lu tu... Ni tentu orang Gua Musang... Ni aje sosok tersohor yang setara ngan Anuar.... Takkan nak harap Si Mlikul Sembab tu... Tanah johor dah tergadai... takkan nak gadai tanah lain pulak... Ala ganti ajelah puak2 UMNO tu ( Najib & Gang )
Sdr. Aspan,
ReplyDeleteMeneliti jawapan saudara di atas boleh diagak siapakah yang saudara maksudkan. Benar, beliau telah banyak menaburkan jasanya dan cemerlang dalam menstrukturkan ekonomi negara satu ketika dulu. AP ini telah membawakan satu kejayaan kepada negara mengikut posisinya masa itu. Telah lebih 2 dekad beliau hanya pasif dan tentunya bukan mudah tiba-tiba menjadi aktif, untuk menerajui kapal yang sangat lusuh berserta anak kapal mabuknya itu. Dengan kemampuan seorang atau dua sahaja disamping faktor usia, beliau tentu akan tenggelam atau ditenggelamkan oleh ahli parti yang lain. Sejarah lampau mengenai jasa dan kecemerlangannya dirasakan tidak berupaya membantu beliau menangani masalah pemerintahan semasa. (I'm not Anonymous 15:14)
Seseorang yang dianggap berusia itu adalah seorang yang organ-organnya lebih tus dari angka umurnya.
ReplyDeleteAda yang mengkritik saya kerana usia yang lama knonnya sudah tidak boleh berkerja lagi.
Pemimpin yang saya maksudkan ini masih muda berbanding dengan ramai pemimpin yang lain walaupun anga usia mereka lebih rendah.
Maksud saya yang mengkritik itu ada yang sudah tidak cukup jumlah giginya. Ada yang sudah mengidap kencing manis dalam kabinet hari ini, dan tidak kurang yang mengadapi tekanan darah tiggi.
Walaupun usianya masih muda tetapi organ-organ di dalam tubuhnya sudah tua termasuklah otak mereka.
Ramai yang muda-muda masih tidak boleh berenang yang memerlukan tenaga yang kuat untuk melakukannya.
Saya sendiri lebih tua dari beliau ini kerana saya hanya boleh berenang dua lap sahaja, tetapi beliau ini boleh berenang tiga puluh dan lebih lap lagi apabila berenang.
Tubuh yang sihat itu adalah orang muda, tetapi tubuh yang mengahjadap masalah kesihatan adalah orang yang sudah tua kerana organnya sudah terlalu lemah untuk berfungsi.
Saya yakin masalah usia tidak menjadi perkara besar. Yang penting organ-orhan yang diberikan Tuhan itu masih baik seperti ketika usia muda-muda dahulu. Tidak guna usia muda tetapi pemikiran tidak kuat kerana organ otak yang sudah terlalu tua.
Ada seorang yang mengatakan pemimpin yang saya maksudkan ini sudah dimakan usia tetapi tidak menyedari sipolan yang mengkritik ini sedang berjuang untuk mengelakan kakinya dipotong.
Justru itu, siapa yang tua sebenarnya?
Salam dan saya hormat kepada anda kerana bertanya dan memberikan pandangan dengan cara yang bubudaya melayu tulin...tidak kurang ajar dengan bahasa yang baik dan memberikan pandangan dengan jujur dan ikhlas.
Anda adalah orang yang boleh dibawa berbincang tentang isu yang penting untuk semua.
Salam saudara, hanay jika perlu saudara berbincang dengan saya dimana-mana agar kita dapat meningkat pemikiran kita lagi.
Anon,
ReplyDeleteI think you have misunderstood what Aspan is saying
Abuamir,
Yes, one step at a time.
Badar,
And appoint you as the Mahafiraun. Case close.
Jalal,
Ok, lets appoint Karpal Singh as PM. Or better, LKY already retired, ask him to come over to singapore.
Sdr. Aspan,
ReplyDeletePerenggan 4 jawapan pertama saudara di atas dengan maksud diterakan dalam jawapan kedua menjadikan ianya satu teka teki pula. Maaf jika saya yang kurang faham dan biarlah begitu buat sementara ini.
Hakikat sebenar yang dihadapi oleh negara kini adalah hasil kekusutan oleh Tun Dr Mahathir (TDM) yang memulakan kecelaruan ini. Sayang sekali tiada usaha dalaman yang betul-betul kuat untuk membetulkan keadaan.
Tanpa ada sebarang niat untuk memihak kepada Anwar, dia hanyalah pemimpin dikuasai oleh TDM. Dia dinaikkan dengan begitu pantas untuk dijadikan ayam tambatan TDM membina imej sendiri dan pada masa yang sama menyebabkan pemimpin-pemimpin lebih senior merasa iri hati. Anwar dilihat seperti kesayangan TDM sehinggalah undang-undang pencegahan rasuah yang masih berkuatkuasa sekarang dibawa dan diluluskan kabinet tanpa TDM ketika itu, mula mencubit ramai dikalangan pemimpin tadi. Disebabkan Anwar selaku Menteri Kewangan ketika itu mempertahankan wang tabungan rakyat dari dipergunakan oleh TDM untuk menyelamatkan satu syarikat perkapalan, maka fitnah direkayasa oleh TDM dikenakan kepada Anwar. Hendak didakwa mengambil rasuah wang/hartanah/saham dll tiada asas. Dengan itu tuduhan fitnah adalah paling sesuai untuk membunuh kareer politiknya, meninggalkan tanggapan negatif tiada hujungnya. Kemudiannya TDM sendiri memegang jawatan Menteri Kewangan bagi membolehkan dirinya menguasai urustadbir kewangan negara tanpa halangan.
Walaupun saudara seperti tidak menyukai Anwar, harap dapat memikirkan dari sudut ini biarpun tidak terpeinci penerangannya.
Terima kasih.
Siapa yang mempunyai moral peribadi yang buruk tidak dibolehkan memimpin. Bagaimana hendak menjaga moral rakyat kalau sendiri punya moral lintang pukang. Moral buruk tidak boleh ditutupi dengan lawak jenaka, betul pak Aspan?
ReplyDeleteJika ada ahli kumpulan lanun yang ada baik sedikit hatinya, tentu akan menyembunyikan sifat itu. Sekiranya diketahui oleh para lanun yang lain, lebih-lebih lagi ketuanya, mesti mendapat musibahlah dia itu. Begitu juga kisah seorang pembantu kepada isteri firaun, merahsiakan keimanannya semasa dalam istana. Sehingga satu ketika secara tidak sengaja, terdedah pegangan akidahnya. Akhirnya dia dibunuh oleh firaun itu.
ReplyDeleteSekiranya seseorang itu merasakan memang betul tindakan ketua lanun ataupun firaun tadi, maka orang itu merupakan ahli lanun sejati atau pengikut firaun bagi kes yang kedua tadi.
Apa pula kaitannya dengan UMNO? Bagi sesiapa yang benar-benar mengikuti rentetan sejarah UMNO semenjak 1987, pasti tahu kaitan tersebut. Tidak mungkin sama sekali para lanun akan memilih yang baik menjadi ketuanya. Begitu juga tidak mungkin lanun yang baik melantik dirinya menjadi ketua. Jika dimungkinkan sekalipun, ketua yang baik itu pula berada dalam masalah besar. Apa yang perlu dibuat ialah hapuskan semua lanun itu. Ini kerana jika dia itu baik, jangan terlibat dengan lanun. Mujur juga firaun telahpun dihapuskan oleh Allah AWJ.
You can continue talking till the cow come home , at the end of the day it is always UMNO and BN nothing else of course because DAP and its coalition are just not good enough forever.Sorry pals.
ReplyDeleteSdr. Aspan,
ReplyDeleteSaudara telah meletakkan faktor usia yang saya nyatakan sebagai keutamaan saya menidakkan keupayaan AP tersebut, diperbanding secara fizikal pula. Bukan itu yang dimaksudkan. Kenyataannya adalah hanya seorang atau dua itu adalah terlalu sedikit bilangannya, untuk menongkah arus deras budaya buruk yang sudah sebati dalam UMNO. Seseorang yang berusia tentulah banyak pengalamannya, tetapi adakah dia akan diberi penghormatan oleh generasi UMNO yang ada sekarang ini seterusnya BN, dimana terdapat jurang perbezaan usia atau era antara mereka. Selama ini dia yang terpinggir hanya pasif dan kehebatannya dulu tidak nampak diserlahkan oleh UMNO selama ini. Rekodnya seperti telah dipadamkan ataupun dipindahmilik. Dia memerlukan sokongan yang kuat dari pemimpin UMNO yang lain untuk berfungsi secara aktif. Bolehkah ini terjadi? Secara logiknya untuk ia boleh dijayakan, hampir mustahil.
Looes 74,
ReplyDeleteKarpal Singh has to step my dead body before he can become the PM of Tanah Melayu, you fool.For LKY he can go to h@#l.
Assalamualaikum tuan,
ReplyDeleteDari dahulu saya pengundi atas pagar. Dalam PRU lalu, kerusi DUN saya bagi PR, Parlimen saya undi BN. Itu hak saya.
Tapi dalam soal menterajui negara, walaupun Najib itu nampaknya sangat celaru, saya tetap merasakan 'memperbaiki' dia adalah lebih baik daripada memperjudikan nasib dengan mengangkat Anwar sebagai PM. Bagi sesiapa sahaja yang mahu berfikir, memerhati dan meneliti, Anwar jelaslah mempunyai rekod yang cukup mengerikan. Bahasa badannya sahaja sudah cukup untuk menunjukkan lelaki ini memang sakit dan berpenyakit.
Anon 21:52 berkata 'Anwar (dulu) hanyalah pemimpin yang dikuasai oleh TDM'. Ayat itu cukup untuk menunjukkan Anwar bukanlah pemimpin berwibawa kerana orang berwibawa tidak akan membenarkan dirinya dikuasai sesiapa. Tetapi kerana laparkan kuasa, Anwar sanggup jilat kaki Mahathir waktu itu. Siapakah yang boleh lupa lagaknya ketika itu sehingga dia perasan dirinya 'the untouchable'?
Sebenarnya Anwar bukan dikuasai Mahathir walaupun memang perangai Mahathir itu mahu menguasai semua orang. Anwar dikuasai oleh hawa nafsunya. Dia menjadi sesumpah. Di mana dia rasa boleh menguntungkan cita-cita politiknya, di situ dia tukar kulit. Dia tinggalkan kawan-kawan dalam ABIM, dia khianati PAS yang pernah menyanjunginya, kerana apa?
Kalau dia boleh dikuasai oleh pihak lain dengan mudah, tak hairanlah juga kalau Anwar dengan mudahnya nanti menjual diri dan negara kepada kuasa-kuasa luar. Rekod dia cukup kelabu dalam hal seperti itu.
Satu lagi, siapakah yang membawa budaya mengkayakan kawan rakan SECARA KETARA dalam UMNO? Siapakah tauke yang paling rancak mengagihkan pink form kepada kawan-kawannya? Itu masa dia jadi menteri kewangan. Time dia jadi Menteri Pelajaran, siapakah yang lambakkan projek buku teks kepada syarikat kawan-kawannya sehingga penerbit lain susah nak tumpang cari makan? Tak pernah berlaku dalam sejarah ada penerbit buku yang baru muncul setahun dua, terus dapat projek berjuta-juta. Dan selepas Anwar tumbang (tungging!), syarikat-syarikat itu juga turut lingkup. Kalau benar mereka penerbit yang hebat dan berwibawa, macam Karangkraf dah tentulah siapa naik, siapa turun pun, mereka akan tetap tegak dan berkembang juga.
Yg penting...pmimpin muda tu bukan khairy jamaludin atau mukhriz..... Hehehe.......
ReplyDeleteSalam Pak,
ReplyDeleteDalam waktu kita hampir sampai ke kemuncak dgn satu matlamat tiba-tiba tuan tembak kaki mereka yg sudah berada di depan.
Yang di belakang terkejut, terpinga-pinga berlanggar semasa sendiri. Apa sudah jadi? Ketika musuh mencari jln memusnahkan kepercayaan terhadap pemimpin kita, malangnya kita juga turut tumpang sekaki memburukkan pemimpin sendiri siap bagi peluru sekali.
Kita lupa bahawa kelemahan tetap ada dan bukan mudah utk diselesaikan dgn serba kekurangan yg ada.
Kemudian kita berungut kenapa rakyat tidak bersatu pada hal kita juga menyumbangkan peluru utk menembak sesama kita.
Aduss..
As Salam Tuan Aspan.
ReplyDeleteBetterhadi.....
Anda tolong carilah seorang pemimpin yang bernama manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan dan kesilapan di seluruh pelusuk dunia ini. Kalau tidak jumpa juga maka kamu mohonlah kepada Allah agar diturunkan kembali Rasulullah SAW ke dunia atau kalau tidak dimakbulkan maka kamu mohon lagi untuk diturunkan Malaikat yang akan menyerupai manusia untuk menjadi pemimpin kamu kelak mungkin tercapai hajat kamu. Politik dan kepimpinan memang tiada pengakhirannya sehinggalah dunia kiamat, oleh itu kalau tiada rotan maka akarpun berguna juga. Berfikirlah secara manusia dan bukannya sebagai Malaikat. Terima kasih
1Crony,
ReplyDeleteSaya memang setuju, tak ada seorang pemimpin bernama manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan atau kesilapan. Tapi kes Anwar bin Ibrahim bukanlah boleh dikategorikan sebagai silap lagi, sebaliknya salah. Silap tu sesuatu yang tidak sengaja, tapi kalau salah...anda tafsirlah sendiri.
Tidak hanya menjadi pengamal kronisme tegar semasa berkuasa, selepas bersama Pakatan Rakyat pun dia masih cenderung mengulangi perbuatan-perbuatan salah. Deretan pembohongan dan penipuan yang dilakukannya, hatta atas nama perang psikologi atau apa sekalipun adalah bukti nyata orang ini sanggup melakukan apa sahaja bagi memuaskan nafsu politiknya. Pembohong, dalam apa keadaan pun tidak layak menjadi pemimpin.
Bagi saya, dan saya yakin ramai lagi, Anwar bukanlah akar tetapi ULAR!
Saya lebih mengharap PR akan dapat menampilkan pemimpin yang lebih baik, yang lebih mulia akhlak dan budinya bagi menerajui negara yang semakin tidak tentu haluan di UBN ini.
1Crony,
ReplyDeleteKenal kah anda dengan Anwar ni? Kalau dia jadi PM dialah PM yang apling sombong.