09 December 2013

Takut bini, bini yang menakutkan atau bini yang selalu menakut-nakutkan suami?

Tidak berapa lama dahulu ada rakan-rakan saya berjenaka semasa bersembang didalam satu majlis keramaian yang saya hadiri. Semasa itu isu pertemuan sulit diantara Najib dengan Anwar sedang heboh diperkatakan ramai. Ada seorang sahabat berkata Muhyiddin terasa dirinya tidak selamat lagi jika ada perundingan dan dilaksanakan keputusan perundingan itu.

Dalam rundingan itu dikatakan Najib akan terus menjadi Perdana Menteri. Anwar pula akan menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Muhyidin akan menjadi Timbalan Perdana Menteri Kedua. Betul atau tidak persetujuan itu berlaku tidak siapa yang tahu kerana pertemuan itu diuruskan oleh Yusuf Kala, bekas Naib Presiden Indonesia.

Sahabat saya yang bersama saya berkata, “Muhyidin sekarang pun adalah Timbalan Perdana Menteri Kedua kerana Timbalan Perdana Menteri Pertama ialah Najib Tun Razak. Perdana Menteri sebenarnya ialah Rosmah Mansor”. Semasa itu kami mengambilnya hanya sebagai jenaka dan tidak mengambilnya sebagai satu isu serius. Maklum sajalah politik di negara ini, sarat dengan spekulasi yang tidak menentu.

Tetapi Sabtu lepas jenaka diantara kami dimajlis keramaian itu sudah bukan jenaka lagi. Rakan yang berjenaka dengan kami dahulu itu menelefon dan berkata, “Ha bro, betui tak yang teman beritahu dulu? Najib sendiri ‘confirm’ kan yang isterinya sememangnya mempunyai keupayaan yang lebih dari beliau sendiri. Isterinya lebih hebat dari beliau sendiri. Ha…isterinya sememangnya bertaraf Perdana Menteri kemampuannya”.

Maksud rakan saya tadi ialah Najib sebenarnya adalah seperti Timbalan kepada Rosmah Mansor. Maka Muhyidin itu adalah Timbalan Perdana Menteri Kedua. Jika kita percaya dengan kata-kata Najib semasa ucapan penggulungan beliau sabtu lalu, sememangnya benar Rosmah itu adalah seperti ‘Perdana Menteri de facto’ kita. Itu lah sebabnya buat kali pertama kita mendengar Najib mengampu isterinya sendiri dihadapan khalayak ramai.

Najib pula disebaliknya ditakuti dan menjadi ampuan jemaah kabinet. Menteri-Menteri Besar serta Menteri seperti Shahidan Kassim yang mengampu Najib dan Rosmah sendiri. Maka benarlah Rosmah Mansor itu ‘Perdana Menteri de facto’ negara dan Timbalannya ialah Najib, suaminya yang pandai berucap bergegar itu.

Maka adalah elok dan molek jika Najib memberi laluan kepada isterinya untuk menjadi Perdana Menteri. “Let her become our real PM rather than acting like one” kata salah seorang sahabat saya yang selalu berhubung dengan saya.

Najib tercari-cari alasan untuk menutupi perlakuan isterinya, yang mengambil kesempatan kepada kuasa PM yang ada kepada suaminya. Di dunia ini sebenarnya ramai wanita yang menjadi isteri Perdana Menteri tetapi tidaklah dikempenkan oleh suami mereka untuk isteri mereka dalam apa-apa hal pun.

Tidak ada siapa yang mengenali isteri Lee Kuan Yew, pemimpin ternama dirantau ini. Isterinya hanya dikenali semasa beliau meninggal dunia, tetapi setelah beberapa lama beliau meninggal dunia orang ramai kembali lupa kepada nama beliau sehingga hari ini.

Tetapi disini berlainan keadaannya. Isteri Perdana Menteri kita hidup ‘glamour’ tidak tentu diarah, seolah-olah negara ini beliau sahaja yang punya. Kerana menyelamatkan seorang pelajar dan menguruskan membawa pulang pelajar-pelajar kita pulang ke Malaysia itu, isteri PM kita dibolehkan membelanjakan wang negara sesuka hatinya.

Tetapi kita hendak beritahu Najib, yang bukan beliau sahaja yang sayangkan atau takut isteri ini. Ramai yang lain begitu juga. Mungkin jika ada perbezaan sedikit, yang lain itu bukannya takut isteri sangat, tetapi isteri mereka selalu menakut-nakutkan mereka.Tetapi apakan daya, kita mempunyai slogan ‘Malaysia Boleh’.

Semuanya boleh, selain dari menggugurkan jawatan seorang Perdana Menteri nya. ‘Nasib kaulah jang!’.

27 comments:

  1. mungkin dah dilantik menjadi menteri... tapi tak disebut dalam cabinet..

    hahaaahah

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah tidak berpihak mane-mane tuan dan inilah yg sebenar2nya. amiin

    ReplyDelete
  3. Setelah sekian lama negara dikuasai umno, sehinggakan peribahasa melayu telah beradaptasi selari dengan keadaan terkini : 1. Sayangkan bini mewah-mewahkan, sayangkan anak manja-manjakan.

    ReplyDelete
  4. Dulu dia menakutkan bini setelah digoda ganggu tunggu oleh perempuan murah dan melata dan keparat..
    Kini giliran dia pula kena hebat..
    TB dan Trmacam - macam lagi yang diluar kawalan kerana tr..hal Tuya Scorpene Hermes Birkin cincin RM 73juta, Deepak RM 19 juta.
    Thau dia tidak boleh luluskan naik jet gunakan jasa baik Muyid so terbang RM 470,000 + RM 100,000 hotel semalam (4D3N hari Qatar-Dubai) elum lagi 5 serangkai dan Azalina yang menengek semangkok!
    Memang betul kata the Scribe, naikkan Senator jadi PM kemudian pencenkan Najib!
    Kita nak tengok dia angkat fon aje selesai masaalah kerana lepas ni tk payah pakai JET lagi!!
    Kelaur belanja dari kocek sendir, kita orang Malaysia nt married to that `bedebah toman' bt Mansor! Sayang on his own peril bukan atas free segala-gala rumah, apiair dan petrol!
    Hidup macam rakyat kerana yang mengundi RAJA bkan untuk diperhamba layan selera `lagak Queen'Kadok!!

    ReplyDelete
  5. Dayus adalah perkataan tidak bagus bg seorg lelaki. Dayus membawa erti tak bertanggongjwb, pengecut, tidak ada harga diri & tidak beraib malu. Istilah Kamus Dewan membawa erti hina & keji yg ditujukan kpd lelaki yg membenarkan isterinya mencari wang dgn jalan tidak halal.
    Seorg pemimpin dayus mempunyai hati pengecut & kecut. Menengok lawan takut menikus. Beraninya sekadar di mulut. Akal pemimpin dayus tidak lurus & suka beromong2 tinggi dgn menabur byak janjinya.
    Pemimpin dayus dicerca org mukanya tebal. Dicemuh Rakyat mukanya selamba. Aib malu & jatuh kejantanannya baginya adalah sama saja. Memimpin tidak menggunakn akal. Berckp tidak berhujung pangkal. Sayang bini lebih dari segalanya. Menjalankn tugas menunggu pintu ketuk didapur. Akhirnya negeri terjual rakyat sengsara...

    ReplyDelete
  6. Pinjam kata-kata Anon 11:02 GMT+8

    Pemimpin dayus dicerca org mukanya tebal. Dicemuh Rakyat mukanya selamba. Aib malu & jatuh kejantanannya baginya adalah sama saja. Menengok lawan takut menikus. Beraninya sekadar di mulut.

    Malang sungguh rakyat Malaysia jika berperdana-menterikan seorang lelaki dayus!!!kan?

    ReplyDelete
  7. Bro! bukan takut bini tapi bini tak takut kek kito!! ha ha ha

    ReplyDelete
  8. Pujian yang dibuat oleh Najib itupun mungkin juga idea dari Rosmah, nak lepas tengkuk dialah kononnya. Rosmah ni rasanya lebih cerdik sedikit berbanding Najib. Mengambil masa juga nak cari ilham untuk menghalalkan penggunaan jet eksekutif tu. Akhirnya Najib juga mendapat cemuhan. Hendak menipu rakyat sedangkan sebahagian ahli UMNO sudah menyampah dengan gelagat pemimpin.

    ReplyDelete
  9. Dulu masa lee kuan yu dtg malaysia dia cari kak mah dulu sebab dia tahu siapa PM sebenar berkuasa...........

    ReplyDelete
  10. Saya mengaku, bini saya suka sangat menakut-nakutkan saya. tapi saya pura-pura buat takut. Suka dia.

    ReplyDelete
  11. Encik Amar, saya berada dalam kategori kedua. Bini saya amat menakutkan saya. Kalau dia soal macam-macam, gagap saya menjawabnya.

    Saya macam PM kitalah!

    ReplyDelete
  12. takut bini selamat mengharungi kesepian malam, dialam kubur mcmmana pula bila seseorang tidak takut pecah amanah harta milik negara.

    ReplyDelete
  13. Hai Najib Sedarlah diri jangan nantisebab terlalu takutkan isteri Negara tergadai dan Melayu menderita.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu sudah lama menderita dan dizaman Najib bertambah-tambah menderita. 10 juta atau separuh orang melayu berpendapatan RM 1,500 atau kurang sebulan. 95% p3nerima BR1M adalah orang melayu dan sebahagian besarnya adalah sukusakat

      Delete
  14. hehe rosmah dah lantik dirinya sebagai PM dlm bilik gelap arhh termasuk permaisuri Msia sekali.. the fall of a man is also due to lunatic, queen control women hehehe

    ReplyDelete
  15. kalau ada yg cuba nak menakutkan saya.. hehe I am in full control, org bujang..

    ReplyDelete
  16. Humno Dumno sat on the wall,
    Humno Dumno had a great fall,
    All the HumDumno’s Lappydogs and all the Nation’s Marhaens
    could not put Humno Dumno together again.
    (‘Not within our power’, says the Marhaens, ‘Not our job’, says the HumDumnos.
    ‘Mine, mine, all mine’, says the First Lady).

    ReplyDelete
  17. Mana pula org melayu ramai miskin, kan mereka undi BN (Barang Naik)pun mereka tetap undi BN walhal PR tawarkan -Price Reduce dgn tol,tarrif TNB turun,PTPTN hapus, minyak turun yet mereka tak nak sokong. Orang melayulah yang paling kaya sebab tolak Price Reduction.

    ReplyDelete
  18. Rakyat selangor menderita kerana tak mampu beli rumah. Rumah disekitar lembah klang hanya utk cina kerana mereka berkemampuan. Sebelum PR memerintah selangor, kerja drebar pun mampu beli rumah pkns. Sekarang...elek. Memang najib teruk tetapi PR lagi dasyat?

    ReplyDelete
  19. anon 10:57, syukurlah selangor menjadi negeri moden terkaya dimalaysia tidak seperti negeri yang kaya sumber petroleum tapi masih miskin dan mundur.negeri miskin ini bagi 95% hasil petroleum tapi sama-sama juga merasa kenaikan minyak dan barang naik.Diberi cuma 5% royalti tapi akan dikenakan 6% gst pula.Sama-sama kita tengok negeri dan pemimpin mana pula yang akan makmur lepas perlaksanaan gst nanti.

    ReplyDelete
  20. Dikatakan byk duit,,tpi claim tugas luar pun x bayar, kontrek tor pun pengsann menunggu bayaran..keja suruh buat baget tak ada..bila hutang dulu tak boleh, tak buat keja d salahkan..aduhi..nak tanya ada duit lagi ke..agensi kerajaan terutama yg dekat dgn rakyat kata duit tak ada daaahhhhh da abis..

    ReplyDelete
  21. Niat di hati mahu puji bini. Rupanya pujian itu mendedahkan kelemahan diri sendiri.

    Amat malu berketuakan PM sebegini.

    ReplyDelete
  22. Mencari salah orang amat mudah setiap sudut ada saja yg tak kena

    ReplyDelete
  23. Saya mengaku saya queen control suami saya, tetapi mungkin belum sehebat k.ros? Apakah formulamu k.ros?

    ReplyDelete
  24. Anon 23:11,

    Kita tidak mencari kesalahan pihak UMNO ni. Masalahnya mereka yang menunjukan banyak kesalahan mereka yang tidak payah di cari.

    Faham tak?

    ReplyDelete
  25. Saya balik kg isteri di Rembau kerana ada kenduri. Terdengar sekumpulan orang2 kampong menyrbut ' apo nak susah2 Perdana Menteri orang kito' . Ini merujuk kepada RM.

    ReplyDelete