Isu Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan
Syiah yang dihebohkan sekarang ini tidak kena-mengena dengan akidah atau
perjuangan Islam. Itu hanya permainan politik pimpinan UMNO yang kini semakin
terhakis dari pandangan rakyat. Pemimpin yang mengeluarkan isu Syiah sejak
perhimpunan agung yang lalu sehingga sekarang ini tidak pun mengamalkan cara
dan kehendak Ahli Sunnah Wal Jamaah itu.
Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam UMNO
itu telah dan masih melanggar pantang larang sebagai ASWJ itu. Ketandusan idea
politik mereka menyebabkan ada pihak yang mahu dikalangan kita orang Islam ini
bergaduh, kerana sejak beberapa ketika dahulu UMNO itu ‘survive’ di atas
perpecahan orang Melayu yang rata-rata beragama Islam itu.
Malahan UMNO yang didaftarkan
pada bulan Februari 1988 dahulu diasaskan oleh perpecahan orang Melayu
khususnya ahli-ahli UMNO. UMNO tidak mungkin ‘survive’ dalam situasi tenang dan
aman, kerana jika keadaan politik itu aman, maka UMNO merasa takut rakyat
memberikan fokus untuk menilai prestasi mereka terhadap rakyat.
UMNO sentiasa merasakan mereka
sedang berjalan dalam keadaan gelap gelita dan sunyi dan terpaksa membuat
bising dengan menyanyi atau membakar mercun untuk memecah kesunyian yang amat
mereka takuti. Semasa kampung saya belum mendapat kemudahan eletrik, keadaan
pada malam hari amat gelap.
Sesiapa yang berjalan di dalam
gelap itu merasakan di depan dan belakang mereka ada hantu atau harimau dan
berbagai-bagai lagi yang mereka takuti. Selalulah saya mendengar di jalan-jalan
kecil yang sunyi dan gelap gelita itu anak-anak muda menyanyi dengan sekuat
hati bagi memecahkan kesunyian dan menghilangkan sedikit rasa takut dan
gementar itu.
Bermacam-macam lagi saya dengar. Ada yang menyanyikan lagu
P Ramlee, malahan ada juga yang menyanyikan lagi Mat Sentul. Ada yang membakar mercun dan berbagai-bagai
cara untuk menghilangkan rasa takut itu sementara sampai ke rumah atau
mana-mana tempat yang mereka tujui. Pendeknya mereka akan berbuat bising untuk
menghilangkan rasa takut itu.
Tetapi sekarang keadaan itu tidak
berlaku lagi kerana api eletrik sudah sampai di setiap rumah dan dijalanraya
pula sudah ada lampu yang di pasang oleh pihak Lembaga Letrik Negara atau
sekarang ini TNB. Anak-anak muda sekarang tidak tahu dan merasakan keadaan itu
kerana mereka tidak mengalami keadaan itu. Lahir mereka ke dunia ini sudah ada
lampu eletrik dan air… ‘Air dalam bosi, potik di topi di tongah menyalo’.
Tetapi masih ada lagi manusia
yang masih mempunyai rasa takut dan tidak meyakinkan itu, tetapi bukan dirasai
oleh orang kampung saya. Perasaan itu masih ada di dalam jiwa pemimpin UMNO dan
ramai ahli-ahlinya. Perasaan takut seolah-olah ada hantu di depan dan di belakang
dan dalam kesunyian mereka itu membuatkan mereka mencari apa sahaja jalan untuk
memecah kesunyian untuk menghilangkan rasa takut dan gementar itu.
Mereka sekarang tidak menyanyikan
lagi lagu P. Ramlee atau Mat Sentul, mereka menyanyikan lagu ala rap yang
bertajuk Syiah dan Sunni. Mereka mahu
menghilangkan rasa takut mereka dengan berbuat bising. Selalunya orang yang
penakut ini akan bercakap besar dan garang seperti yang kita dengar di kalangan
mereka yang entah macam mana duduk di atas dan memimpin kita itu. Pemimpin
seperti ini terpaksa melakukan banyak perkara yang pelik bagi menutup kelemahan
mereka yang mudah dilihat oleh orang ramai.
Kenapa UMNO memilih untuk
menjadikan isu Agama sebagai cara mendinding diri mereka dari kejatuhan itu
diketahui ramai? UMNO tahu cabaran kepadanya ialah PAS. Parti Islam itu
merupakan parti yang digeruni oleh UMNO walaupun dalam ucapan pemimpinm mereka,
mereka cuba
untuk melindungi rasa takut mereka dengan kata-kata ego dan pengecut mereka.
Mereka tidak berani untuk menunjukkan jiwa besar dengan mengakui kelemahan
mereka.
UMNO sarat dengan pemimpin yang
palsu yang hanya menunjuk-nunjuk kehebatan mereka sedangkan rakyat semakin hari
semakin memahami hakikat ini. Mereka menunjuk-nunjukkan kekayaan mereka yang
rakyat tahu adalah hasil dari manipulasi wang rakyat juga dalam sistem
pentadbiran yang begitu sarat dengan rasuah dan salah guna kuasa itu.
Bagi saya, isu Syiah dan Sunni
ini elok kita abaikan sahaja kerana ia diperbesarkan oleh mereka yang mengaku
Ahli Sunnah tetapi segala larangan ahli Sunnah itu dilakukan oleh mereka secara terbuka. Bagi mereka, UMNO
sahaja yang dibenarkan melanggar segala kehendak agama itu.
UMNO seolah-olah maksum dan tidak
ada siapa yang mesti meragui mereka. Merekalah pejuang bangsa, mereka lah
pejuang pembangunan negara dan yang lebih dahsyat lagi mereka lah pejuang dan
pelindung agama kita.
Mereka lebih hebat dari aulia-aulia
dan ambia-ambia yang ditugaskan menjaga dunia dan alam ini selepas kewafatan
Junjungan Besar Muhammad saw lebih dari seribu tahun dahulu.
Bagi mereka UMNO adalah
segala-galanya. Tidak makbul doa seseorang itu dan tidak sampai hajat sesiapa pun
tanpa dikehendaki oleh UMNO. UMNO sahaja yang menentukan nasib semua orang
dunia dan akhirat. Seolah-olah begitu.
Saya baru sahaja tahu yang dunia dan alam ini diwariskan kepada UMNO untuk menjaganya. Kalaulah tidak ada Najib, Muhyiddin dan Zahid serta Tengku Adnan Mansor, tentu kacau bilau dunia ini.
Kalau boleh, masukkan Anwar Ibrahim sekali sebaris dengan mereka, mungkin pasti kita semua selamat di dunia dan akhirat. Mati kita mungkin mati dalam iman, bak kata P. Ramlee dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk. Di akhir kalam nak mati pun kita akan bangun seketika, dan senyum.
Mengikut jalan cerita dalam filem itu mereka yang sudah merompak pun mati mereka dalam iman. Itulah cerita yang dilakonkan kembali oleh pemimpin-pemimpin UMNO sekarang ini.
Selamat menonton!
Saya baru sahaja tahu yang dunia dan alam ini diwariskan kepada UMNO untuk menjaganya. Kalaulah tidak ada Najib, Muhyiddin dan Zahid serta Tengku Adnan Mansor, tentu kacau bilau dunia ini.
Barisan pelakon Ali Baba Bujang Lapuk versi terbaru. |
"Aku mati dalam Iman" |
Mengikut jalan cerita dalam filem itu mereka yang sudah merompak pun mati mereka dalam iman. Itulah cerita yang dilakonkan kembali oleh pemimpin-pemimpin UMNO sekarang ini.
Selamat menonton!
15 comments:
Kalau sorang bini pun tak bole dijaga & dikawal, bagaimana nak menjaga rakyat Mlsia 26 juta! Pemimpin angkuh & sombong riak saja yg mengatakan umno penyelamat Melayu..
Cukup tepat pak aspan sebijik macam cerita Ali baba Dan 44 penyamun
Aspan,
Just to share this...
Pendekar Bujang Lapok - Sarkis lah - http://www.youtube.com/watch?v=pv7ddLh6p8M
alif mim nun wau = umno
umno = sarkis
Shalom.
Perasaan takut itu seumpama 'guilty conscious' yang sentiasa dirasai mengikuti ke mana sahaja mereka pergi, sehingga didalam PAU 2013 baru-baru ini. Sekiranya tidak melakukan sebarang kesalahan, apa yang perlu ditakutkan. Disebab dengan adanya kuasa, adalah keberanian tetapi dengan cara menyalahgunakan kuasa juga. Tembelang sudahpun berbau, menantikan ianya pecah sahaja.
Mahu dikatakan Ahli Sunnah, tidak pula mengamalkannya. Mahu dikatakan Syiah, mereka tidak akan mengaku. Jadi kedudukan Umbo ini di mana?
Jangan kata dengan syiah saja UMNO takut, cina dia takut, penerbangan komersil pun dia takut, takut bini pun ada, dah tu dengan katun pun dia takut juga. Buat apa kita pilih si penakut jadi ketua, itulah masalahnya minda kita dulu, kini dan harap-harap janganlah selamanya.
Tahukah anda, Umno ni parti apa? Kata Umno parti Melayu. Ada pula menyatakan parti perompak Melayu. Parti Umno setengah pula berpendapat parti memperbodohkan Melayu. Parti sekular Melayu Umno berpaksikan agama pada kulit, intipatinya asalkan Islam agama yg boleh disesuaikan ikut selera kehendak nafsu pemimpin Melayu haprak....
Jangan kata dengan syiah saja UMNO takut, cina dia takut, penerbangan komersil pun dia takut, takut bini pun ada, dah tu dengan katun pun dia takut juga. Buat apa kita pilih si penakut jadi ketua, itulah masalahnya minda kita dulu, kini dan harap-harap janganlah selamanya.
Pak AA.
Memang tepat analisa tuan terhadap orang2 kuat UMNO, menipu memperbodoh orang2 Melayu UMNO/penyokong BN. Tetapi malang Melayu2 pengikut/penyokong UMNO yang bodoh sombong dan tak boleh diajar sampai mati pun tak sedar diri dari dulu sampai sekarang walaupun didepan mereka terpapar perampokan dan salah gunakuasa orang2 UMNO, pelikkan tetapi benar.
Pak AA jangan kita benarkan lagi orang2 UMNO memperbodoh Melayu dan rakyat Malaysia setidaknya dalam PRU14. Kesedaran sudah ada buktinya diKelantan, Selangor, P Pinang dan sebahagian di Kedah,Perak, Trgn. insyAllah dinegeri2 Semenanjung.
Saya berkempen juga Pak AA secara sendirian dikalangan genarasi seusia dan anak2 muda dalam linkungan, cukuplah UMNO enough is enough.
Bukan aku takut bini, tapi bini tak takut pada aku. Bukan aku takut hantu, hantu yang menakut aku. Mereka tak boleh takut aku, tapi aku yang takut.
Atay
Pak Aspan,klau mereka mengaku sebegitu apa beza ny UMNO dgn DAJJAL?
Jadi PM,ahli kabinet menteri2 bukan susah sangat,cukup dengan kuasai media tv dan radio dan tahu menipu perwakilan2 umno bila ada PAU.Sebab si cai cai perwakilan ni lah yang akan jadi medium propaganda untuk menyampaikan cerita cerita bodoh untuk menipu pemuda,pakcik makcik,nenek2 yang malas membaca di luar bandar.Menipu mereka dengan mengatakan segala maklumat drpd media alternatif adalah karut dan fitnah.Hancur perwakilan maka hancur lah Umno
tuan,
Pemimpin2 Umno sendiri pun tahu yang mereka sedang berlakun. Mereka tahu rakyat Malaysia mudah ditipu, mereka berani buat apa saja waima merompak duit rakyat. Apa susah lagi 4 tahun apabila hampir dengan PRU 14 mereka akan berlakun lagi.
Kali ini bukan sahaja najib malahan semua pemimpin UMNO akan menyesal dengan perbuatan mereka selama ini menipu rakyat dan mereka bersama2 masuk kampong memohon maaf.
propaganda umno mengenai syiah adalah propaganda syaitan yg memecahbelah org islam...semua org yg mengaku Allah itu tuhan dan Nabi muhammad s.a.w adalah muslim tanpa mengira apa pun mazahab atau bangsa mereka...iaitu org islam bersatu sebagai MUSLIM..
Org muslim perlu mematuhi Al-Quran,Hadis serta Ulul Amri ( Ulama yg arif mengenai ugama - seperti imam shafie,imam maliki dan yg lain) jika terdapat perselisihan sesuatu isu,hendak berbalik/merujuk kepada A-quran dan Hadis sebagai pemutus..
Rasullulah pernah bersabda,akhir zaman org islam akan terbahagi kepada 73 golongan hanya 1 golongan yg akan memasuki syurga..
Oleh isu syiah hanya hanya mainan umno dan syaitan untuk umat islam berpecah..dari bersatu
Isu syiah ni sememangnya untuk memecah-belahkan umat islam sedunia. Oleh kerana majoriti rakyat Iran dan Ahmadinejad berfahaman syiah dan Presiden Syiria juga, Malaysia selaku negara ISLAM mengutuk dan bersetuju dengan langkah yang dicadangkan oleh Amareka dan sekutunya. Hari ini dunia menyaksikan melayu islam diMalaysia lagi pandai dari entah berapa ratus, atau ribu ulama2 sunni dan syiah. Ulama2 ini telah duduk berbincang, cuba menyelesaikan masalah syiah-sunni, yang telah bermula lebih seribu tahun lalu tetapi tetap tidak selesai. Mungkin hanya Imam Mahdi yang akan selesaikan masalah tersebut nanti. Isu kehidupan rakyat yang lain, masih lagi tidak selesai, yang mana makin bertambah isunya.
Post a Comment